Koleksi Sensasi

Ibu Paksa Lima Beradik Mencuri Di Pasar Raya

MAKKAH: Sekumpulan lima beradik dipaksa ibu mereka mencuri dari kompleks beli-belah dan pasar raya selama beberapa tahun sebelum kegiatan itu terdedah di depan bapa mereka.


Wanita itu yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain berang apabila pada satu ketika anak-anaknya enggan mengikut kehendaknya.

Dia kemudian mengheret anak-anaknya kepada suaminya dan menuduh mereka pencuri.

Mendengar tuduhan itu, lelaki terbabit berang dan memarahi anak-anaknya tetapi selepas didesak berkali-kali, mereka akhirnya membocorkan rahsia wanita terbabit.

Lelaki itu berkata, dia menyesal kerana dikelirukan isterinya dan segera membawa anak-anaknya ke pakar psikologi untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, anak sulung pasangan terbabit, Nizar, berkata, ibunya terbabit dalam kegiatan tidak bermoral sejak beberapa tahun lalu.

“Dia selalu meninggalkan kami sendirian di rumah untuk berfoya-foya dengan lelaki lain di luar,” katanya.

Nizar, 16, berkata apabila dia mengugut membocorkan rahsia ibunya, wanita berkenaan mengancam mengadukan kegiatan mencuri itu kepada bapanya.

“Saya tak ada pilihan kecuali menutup mulut dan mengikut arahannya,” katanya.

Adik Nizar, Sahar, berkata apabila dia enggan mencuri, wanita terbabit memaksanya menjadi pemerhati sementara dia sendiri mengambil barang di pasar raya.

“Pada ketika tertentu, ibu membawa kami ke sebuah apartmen dan meninggalkan saya dalam bilik, manakala dia berada di bilik lain dengan lelaki tidak dikenali,” katanya.