Koleksi Sensasi

JDT1, Pahang Terikat Seri 1-1


Misi Johor Darul Ta‘zim (Johor DT) untuk menempatkan diri di pentas final Piala FA buat kali kedua berturut-turut tampak sukar selepas hanya seri 1-1 dengan Pahang pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.

Keputusan itu juga meletakkan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan berada dalam keadaan selesa dengan membawa bekalan bermakna apabila kedua-dua pasukan bertembung di Kuantan pada 30 Mei ini. 

Tanpa menunggu lama, skuad Tok Gajah terlebih dulu menyerlah dengan serangan pantas seawal minit keenam apabila melakukan percubaan berbahaya ke gawang Johor DT namun rembatan leret Dickson Nwakaeme sedikit tersasar dari pintu gol.

Bagaikan dikejutkan dengan percubaan itu, skuad Harimau Selatan kembali menyusun rentak melancarkan serangan dengan sentuhan Safiq Rahim pada minit ketujuh hampir menewaskan penjaga gol Md Khairul Azhan Khalid.
posted@malaysiasensasi.net