Koleksi Sensasi

Jepun Juara Piala Thomas 2014

Jepun berjaya melakar sejarah menjulang Piala Thomas buat pertama kali apabila menewaskan Malaysia dengan kemenangan tipis 3-2.


Pada aksi akhir yang berlangsung penuh sengit, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi tidak berdepan masalah untuk mengutip mata pertama skuad negara.

Pemain berusia 31 tahun itu tampil dengan aksi cemerlang untuk menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Bagaimanapun, Jepun kembali menyamakan kedudukan apabila gandingan Tan Boon Heong-Hoon Thien How tewas kepada Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo 21-12, 17-21, 19-21.

Malaysia terus ketinggalan apabila perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng kecundang kepada Kento Momota 15-21, 17-21 sekali gus memberi kelebihan kepada negara matahari terbit itu.

Tidak mahu menyerah awal, Malaysia kembali bernafas apabila gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menewaskan K.Sonoda-T.Kamura 19-21, 21-17, 21-12.

Pada perlawanan penentuan, pemain ranking ke 66 dunia, Liew Daren menunjukkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada perseorangan ketiga Jepun, Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21.

Untuk rekod, Malaysia menjuarai Piala Thomas pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.
posted@malaysiasensasi.net