Koleksi Sensasi

Pembantu Rumah Lakukan Hubungan Sulit Dengan Anak Majikan

Dubai : Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dihukum penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan amahnya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung, telah dibebaskan oleh mahkamah.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah rayuan mendapati wanita itu sengaja mereka-reka cerita berkenaan bagi mengelakkan dia daripada dihantar pulang ke negaranya di Ethiopia. Dengan membuat cerita bahawa dia mengandung, wanita berusia 28 tahun tersebut telah memeras ugut keluarga berkenaan.

Dia sebelum ini mendakwa telah mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali iaitu di rumah majikannya di Ajman dan di sebuah bilik hotel, pada bulan April dan Jun lalu. Budak itu didakwa masuk ke bilik amah tersebut dan membuka baju wanita berkenaan sebelum mengadakan hubungan seks.

Selepas mengetahui bahawa wanita itu mengandung, majikannya telah membawa pembantu rumah mereka ke hospital dan dia melahirkan anak pada Februari lalu. Selepas kes itu dibawa ke mahkamah, amah terbabit bersama budak lelaki itu telah dihukum penjara 6 bulan.

Amah berkenaan akan dihantar pulang ke negaranya selepas dia menamatkan tempoh hukuman di penjara. Ketika mengemukakan rayuan, peguam budak tersebut berkata adalah mustahil bagi budak itu untuk menempah bilik hotel hanya semata-mata untuk mengadakan seks dengan pembantu rumahnya.

"Adalah jelas bahawa pembantu rumah ini melakukan seks dengan pihak ketiga, namun menuduh anak guam saya melakukannya hanya disebabkan wanita itu bergaduh dengan abang kepada anak guam saya ini" ; katanya.
posted@malaysiasensasi.net