Koleksi Sensasi

Tergolek Atas Jalan Akibat Diragut

Ada di kalangan kita yang gemar ‘mempertahankan’ peragut yang dipukul oleh orang ramai atas kesalahan mereka.
Bagi mereka, tidak wajar orang ramai meluahkan kemarahan mereka dengan cara sebegitu, sebaliknya biar pihak polis yang menyelesaikannya.
Bagaimanapun, tatkala melihat video yang dirakamkan menerusi kamera papan pemuka kenderaan seorang pengguna jalan raya ini, mungkin memang ‘patut’ para peragut diberikan pengajaran sebegitu oleh orang ramai.
Apa tidaknya, betapa murahnya nyawa orang lain di mata mereka semata-mata mahu mendapat kesenangan dengan cara mudah.
Dalam rakaman ini, mujurlah pemandu ini sempat menghentikan kenderaannya daripada merempuh penunggang dan pembonceng sebuah motosikal yang jatuh tergolek di atas jalan setelah dihimpit oleh motosikal peragut.
Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Dato’ Keramat pada 26 Mac lalu. Saksikan.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

(Sumber: Facebook Heng ES)