Koleksi Sensasi

Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung


Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia  juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar.

Uqasha  turut menegaskan keputusannya mahu bertudung pada bulan lalu tiada kaitan dengan permintaan mana-mana lelaki yang cuba dikaitkan dengannya.

Perubahan itu ujarnya datang atas kemahuan sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Uqasha berkata, dia juga bersyukur masih lagi menerima pelbagai tawaran berlakon termasuklah perojek terbaharu iaitu penggambaran filem Mat Kilau.

Selain itu dia juga bakal muncul dengan drama Opps Terlebih Sudah dan Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya. posted@malaysiasensasi.net