Koleksi Sensasi

Kenyataan ‘Long Live Hitler’ Bung Mokhtar Tidak Boleh Diterima, Kata Duta Jerman

Duta Jerman ke Malaysia, H.E Holger Michael mengatakan kenyataan "long live Hitler" daripada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin sempena kemenangan pasukan bola sepak pasukan Jerman dalam persaingan separuh akhir menentang Brazil malam tadi sebagai tidak boleh diterima.

Duta Jerman itu bagaimanapun mengalu-alukan sokongan yang diberikan Bung Mokhtar kepada pasukan bola sepak Jerman.

"Kami mengalu-alukan sokongan kepada pasukan Jerman tetapi kami menolak menyamakannya dengan rejim Adolf Hitler," kata Michael dalam satu kenyataan hari ini.


Bung Mokhtar  mencetuskan kontroversi awal hari ini dengan mengaitkan kemenangan Jerman membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Piala Dunia 2014 awal pagi tadi dengan Hitler.

Melalui laman mikro blog miliknya, Bung Mokhtar memuatnaik status:"Well done...Bravo...Long live Hitler..."

Kenyataannya itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi pihak yang tidak menyokong tindakannya itu.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy bagaimanapun tidak terkejut terhadap kenyataan Bung Mokhtar "pergi minum todi" yang kontroversi berserta "long live Hitler" awal hari ini.

"Itu jenaka India. India minum todi...(dan) datang daripada ahli Parlimen seperti (Datuk) Bung Mokhtar Radin. Itu tidak mengejutkan," katanya di Pulau Pinang hari ini.

Beliau turut berkata, Bung Mokhtar juga terkenal sebagai ahli Parlimen yang membuat jenaka berunsur perkauman, seksis dan kenyataan tidak sepatutnya. – 9 Julai, 2014.

themalaysianinside