Koleksi Sensasi

Robot Buaya Jadi Tarikan Terbaharu di Manila

Manila - Satu robot buaya yang dihasilkan selama tiga bulan dengan melibatkan kos sebanyak AS$1,818 (RM5,791) diletakkan di atas bumbung sebuah van.



Haiwan sepanjang 6.4 meter itu dihantar ke Taman Buaya, di bandar ini yang menjadi satu daya tarikan baharu untuk para pengunjung.

Menurut seorang kakitangan taman buaya itu, Sergs Acquiatan, buaya robot tersebut dihasilkan dengan menggunakan gentian kaca, getah dan besi yang digunakan dalam pembuatan bingkai.

Dia berkata, terdapat seseorang yang berada di dalam badan robot buaya itu bagi membantu ia membuka mulut, merangkak dan menggerakkan kepalanya.

Robot buaya itu dihasilkan bagi memperingati seekor haiwan itu yang mati akibat penyakit paru-paru dan jantung pada 10 Februari tahun lalu di Taman Eko Bunawan dan Pusat Penyelidikan di Agusan del Sur.

Buaya yang bernama Lolong yang sepanjang 6.17 meter itu ditangkap di sebuah anak sungai oleh kumpulan pemburu haiwan tersebut di wilayah Agusan del Sur, Filipina pada 13 September 2011.

Haiwan itu diiktiraf sebagai yang terbesar pernah hidup dalam kurungan oleh Guinness World Records. - Agensi