Koleksi Sensasi

Adi Fashla Terkejut Tuduhan Tak Betul Kemalangan Di Bentong


Penyampai radio Era FM iaitu Adi Fashla terkejut apabila timbul pelbagai andaian dan tuduhan tidak betul mengenai kejadian kemalangan melibatkannya di Lebuhraya Karak, Bentong pada Ahad lalu.

Adi atau nama sebenarnya Adi Fashla Jurami, 36, berkata, ada yang membuat andaian kononnya dia menunggang motosikal berkuasa tinggi iaitu BMW HP4 terlalu laju sehingga melanggar kereta lain dan ada juga mengatakan kejadian itu merupakan balasan buat Adi kerana mengambil cuti sakit pada ketika itu.

Adi terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan kira-kira pukul 10 pagi pada Ahad lalu selepas gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kiri jalan.

Insiden tersebut membuatkan bahu dan jari pada bahagian kirinya retak teruk. Dia kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Damansara di sini dan dibenarkan keluar wad pada Selasa (hari ini).

Sementara itu, Adi berkata, walaupun insiden kemalangan itu amat menyakitkan, namun ia tidak pernah membuatkan dia serik untuk menunggang motosikal yang baharu dibelinya pada Mac lalu.