Koleksi Sensasi

Lelaki Dituduh Lakukan Seks Dengan Tilam

Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengadakan seks dengan tilam. Dalam keterangannya kepada Mahkamah Majistret di Derry, seorang anggota polis berkata, dia menemui lelaki yang pernah didapati bersalah atas tuduhan seks, berbogel dari pinggang ke bawah. 

Sambil menonton filem porno menerusi pemain DVD, dia melakukan gerakan seks dengan tilam di tempat letak kereta sebuah rumah orang tua di bandar itu awal pagi Sabtu lalu. 

 Martin Gregory Coll, 52, dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan berkait dengan kejadian itu. Selain dituduh berkelakuan tidak senonoh, dia juga berdepan tuduhan ‘melakukan perbuatan lucah dan menjijikkan sehingga mencetuskan kemarahan orang awam dengan menonton filem porno secara terbuka sambil mengadakan seks dengan tilam ketika berbogel.’  
Sarjan polis itu memberitahu Hakim Peter King, defendan dijatuhi hukuman tertunda minggu lalu kerana mencuri tabung dari sebuah depoh bas dilihat memasuki kawasan rumah orang tua berkenaan menerusi pintu belakang, jam 5 pagi.- Agensi posted@malaysiasensasi.net