Koleksi Sensasi

3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda di Malaysia Ditaja Kerajaan BN........

Terkini, Ahmad Maslan ingin mendedahkan hasil kajian, pandangan & pengamatannya kepada anda semua, yang selama mana anda bergelar rakyat Malaysia mungkin ramai yang tidak sedar, hanya menteri yang bernama Ahmad Maslan sahaja yang sedar mengenai perkara dan pengiraan seperti ini.
Apabila selama ini anda sebenarnya berdasarkan pengamatan & kajian Ahmad Maslan, rakyat Malaysia terlalu banyak terhutang budi dengan kerajaan Malaysia. Yang menariknya lagi, anda dikatakan hanya perlu mencari rezeki untuk tempoh 9 bulan sahaja bagi menampung kehidupan anda selama setahun kerana……selebihnya telah ditanggung, ditaja dan disubsidi oleh Barisan Nasional tanpa anda sedari.
Ya, di sinilah Ahmad Maslan ingin menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada anda, anda, tuan, puan di sini sehingga mengeluarkan kenyataan seperti di atas tadi?

Senarai Jasa Kerajaan Malaysia BN Kepada Anda Rakyat Malaysia

  1. Anak-anak ke sekolah dapat RM100‎ bantuan persekolahan
  2. Kalau rajin ‘kerja malam’ 10 anak, RM1,000 dapat
  3. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat
  4. Subsidi minyak masak 1kg RM1.50
  5. Subsidi tepung 1kg RM1.00
  6. Subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi Subsidi
  7. Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi
  8. Pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian
  9. Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000
  10. RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN

Jumlah Bantuan & Tajaan Kerajaan BN kepada Anda Semua?

Jadi kira punya kira, tolak tambah apa semua segala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel‎, tepung, beras dan gas memasak, berdasarkan pengiraan Ahmad Maslan kehidupan anda selama 3 bulan pada tahun 2014 ini sudah pun ditaja & dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional. Anda hanya perlu mencari rezeki 9 bulan sahaja lagi dalam tempoh setahun.
Ahmad Maslan mahu anda semua berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun 2014 ini sehingga telah memudahkan kehidupan rakyat seperti anda, anda di sini terutama yang memiliki tanggungan keluarga yang besar. Benarkah kehiduapan anda selama ini “seindah” & semudah yang diungkapkan oleh Ahmad Maslan? Realiti?
beritasemasa