Koleksi Sensasi

Andy (Flop Poppy) Anggap Konsert Percuma Bunuh Kerjaya Artis


Vokalis kumpulan Flop Poppy iaitu Andy, menganggap konsert-konsert percuma yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk stesen televisyen memberi kesan buruk pada industri muzik dan membunuh kerjaya seseorang artis.

Andy, 42, berkata, apabila sering kali diberikan persembahan secara percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan, pengunjung atau peminat tidak akan mengeluarkan duit mereka untuk sebarang bentuk bagi menyaksikan acara hiburan.

Andy berkata, dia hanya akan beraksi di pentas-pentas yang memberi imej berbeza kepada dirinya dalam industri hiburan tanah air.

Jelasnya, sekarang bukan lagi masa untuk membuat persembahan sekadar tujuan mempromosi atau mencari populariti sebaliknya memberi sumbangan terhadap industri muzik yang semakin merundum.

Andy bakal membuat persembahan secara akustik di Akustika I  yang dijadualkan berlangsung pada 16 September ini Dewan Filharmonik Petronas.

Sementara itu, Andy berkata kumpulan Flop Poppy yang dianggotai oleh Megat Asraf Nazree Mazlan, Azhar Abd. Ghani, Aznizam Johari dan Hasmi Nasaruddin kini bergerak mengikut haluan masing-masing.