Koleksi Sensasi

"Gosip Rumah Tangga Retak Mengaibkan" - Raja Farah


Pelakon Raja Farah meminta agar semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin mengenai  rumahtangganya yang dikhabarkan berantakan.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 26, berkata, khabar angin itu bukan sahaja tidak berasas, malah boleh menjejaskan rumah tangga yang dibina hampir empat tahun itu.

Raja Farah berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang mengatakan rumah tangganya sedang bergolak berikutan dia mengambil keputusan untuk kembali semula dalam industri seni.

Raja Farah mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria pada 2010.

Selepas perkahwinan itu Raja Farah meninggalkan bidang lakonan bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.

Dalam pada itu, Raja Farah berkata, khabar angin tersebut tercetus apabila dia sering ke majlis-majlis hiburan secara bersendirian tanpa ditemani suami.

Raja Farah mengakui suaminya turut kecewa dengan spekulasi yang tersebar itu.

Jelasnya, cerita-cerita buruk tentang hal dalaman dan peribadi yang keluar itu boleh mengaibkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu katanya, keputusan untuk kembali semula berlakon adalah kerana terlalu merindui bidang yang ditinggalkannya itu.

Dia meminta keizinan dan pendapat suami terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu tawaran.

Sementara itu, Raja Farah bakal muncul sebagai bintang jemputan dalam drama Hanya Satu yang akan bersiaran pada pukul 12 tengah hari bermula 15 September.