Koleksi Sensasi

Krisis MB Selangor: 'Tunjuk Bukti Saya Dibeli' - Cabar Saari

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan bukti beliau telah dibeli oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 


Hadi dalam ucapan penggulungannya pada Sabtu mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun PAS demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Saari menjelaskan tindakannnya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah adalah bagi menafikan peluang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan lebih banyak kekacauan terhadap pentadbiran kerajaan negeri. 

Saari menegaskan kesilapan yang dilakukannya hanyalah demi menyelamatkan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor dan membidas PAS kerana membenarkan ahli parti mencaci dan menghina beliau tanpa mengetahui kisah sebenar. 

Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun PAS yang menandatangani SD yang menyokong Dr Wan Azizah pada 14 Ogoso lalu, tiga hari sebelum PAS membuat kenyataan rasmi mengenai krisis menteri besar Selangor.