Koleksi Sensasi

Anwar Dapat Simpati Selepas Muat Naik Gambar Cucu

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik gambar beliau bersama cucunya di Facebook milik beliau beberapa hari lalu berjaya menarik simpati banyak pihak.

Dengan kapsyen; Adakah aku akan dapat lihat cucuku membesar?, gambar tersebut menerima hampir 80,000 Likes dan 1,161 share (ketika berita ini ditulis).

Komen juga mencecah ribuan namun tidak semua yang menyokong beliau.

Di sebalik ramai yang menasihati beliau untuk bersabar terdapat juga komen yang menyatakan beliau harus menerima balasan di atas perbuatan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya.

Anwar mempunyai 4 anak perempuan dan seorang lelaki hasil perkahwinan dengan Wan Azizah Wan Ismail.

Esok dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.-MYNEWSHUB