Koleksi Sensasi

MLM 2014: Jangan Samakan Virus Dengan Jozan - Zizan Razak

Pelakon, pelawak dan pengacara terkenal tanah air, Zizan Razak mengaku menawarkan diri sendiri untuk menyertai kumpulan Virus  yang turut dianggotai oleh Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu untuk program Maharaja Lawak Mega 2014 yang akan bermula tidak lama lagi.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, semuanya berlaku selepas kumpulan Jozan tidak dapat menyertai MLM 2014 atas sebab-sebab tertentu.

“Pada awalnya saya ditanya oleh pihak pengurusan Astro Talent, adakah berminat untuk menyertai MLM2014? Saya kata okay, dan saya mahu kumpulan Jozan lah.

“Namun Johan tidak dapat menyertai kali ini atas sebab-sebab tertentu dan kebetulan Yus dan Tauke ajak saya sertai kumpulannya untuk MLM, saya rasa ini peluang terbaik kerana tidak pernah lagi saya melawak secara trio,” kata Zizan Razak.

Jelas Zizan lagi, Yus dan Tauke telah banyak kali melamar dirinya untuk sertai kumpulan Virus. Setelah Johan mengambil keputusan untuk tidak mahu menyertai MLM tahun ini, dia setuju untuk bekerjasama dengan Virus.

“Jangan samakan Jozan dan Virus, ianya dua kumpulan yang berbeza untuk berlawak. Saya yakin ‘chemistry’ antara kami bertiga mampu memberi persembahan yang terbaik dan menghiburkan.

“Berlawak secara trio adalah perkara baru, sebelum ini saya pernah buat secara solo dan berdua. Tidak salah untuk saya mencuba demi mempertingkatkan lagi mutu lawak saya,” tambah Zizan lagi.

Zizan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk MLM kali ini untuk bergelar juara. Niatnya adalah untuk membuat lawak dan menghiburkan penonton yang setia menyokong MLM.

Jangan lupa untuk menonton Hot Seats program MLM 2014 yang akan berlangsung pada 31 Oktober 2014 yang akan bersiaran menerusi Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula jam 10 malam.

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini MLM 2014!