Koleksi Sensasi

5 Geng Yang Paling Kejam dan Berbahaya Di Dunia

5 Geng ini terkenal dengan sikap mereka yang ganas dan kejam serta menghukum mangsanya tidak berperikemanusiaan bahkan membunuh sudah menjadi kebiasaan kepada mereka. Hal ini membuatkan geng ini ditakuti oleh banyak orang.

1. Mara Salvatrucha


Mara Salvatrucha adalah geng kriminal yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat dan menyebar ke Amerika Tengah serta sebahagian sebahagian daripada Amerika Syarikat dan Kanada. Biasanya geng ini juga disebut sebagai MS, Mara dan MS-13 dimana sebahagian besar anggotanya tediri dari orang El Salvador, Honduras, Guatemala, dan Nikaragua. Salah seorang anggotanya percaya bahwa pada 2005 anggota Mara Salvatrucha sudah mencapai lebih lima ribu orang. Kejahatan-kejahatan yang dilakukan MS-13 termasuk penyeludupan dan penjualan da dah, perdagangan manusia, pencurian kenderaan, gaduh, dan pembunuhan.


2. Gang Latin Kings


Almighty Latin King and Queen Nation (ALKQN, ALKN, LKN) dianggap sebagai geng jalanan Hispanic terbesar dan paling terstruktur di Amerika Syarikat, yang telah dibentuk sejak tahun 1940-an di Chicago, Illinois. Pada awal penubuhannya Gang ini didominasi oleh orang Puerto Rico namun pada masa ini kebanyakkannya di anggotai oleh orang mexico. Geng ini tidak sekejam Geng Mara Salvatrucha namun masih terlibat dalam penjualan da dah yang lebih terancang dan pembunuh upahan.


3. Gang Aryan Brotherhood


Geng Aryan Brotherhood, juga dikenali sebagai Brand atau AB, adalah geng dari penjara semasa era neo-Nazi dan sindiket jenayah terancang di AS dengan ahli kira-kira seramai 10,000 dari dalam dan luar penjara. Menurut Biro Persekutuan Siasatan (FBI), walaupun kumpulan itu memenuhi lebih kurang 0.1% daripada banduan di penjara, tetapi mereka bertanggungjawab lebih kurang 20% daripada kes pembunuhan di penjara persekutuan. AB memberi tumpuan kepada aktiviti ekonomi khas entiti jenayah terancang, terutama pengedaran da dah, peras ugut, tahanan pela curan, dan pembunuh upahan. 


4. Gang Los Zetas


Geng Los Zetas adalah kumpulan sindiket jenayah kejam yang berkuasa daripada Mexico dan geng ini dianggap sebagai kartel paling berbahaya, paling canggih, dan memiliki teknologi terbaik di Mexico oleh pemerintah Amerika Syarikat. Geng ini ditubuhkan pada 1999 oleh bekas komando Askar Mexico yang disisihkan dan membuat keputusan bekerja kepada Gulf Cartel, kartel penyeludupan da dah yang berkuasa pada masa itu. Namun pada Februari 2010 mereka memberontak dan mendirikan organisasi kriminal sendiri. Los Zetas memiliki persenjataan dan perlengkapan yang canggih tidak seperti geng lain. 50% pendapatannya berasal dari penyeludupan da dah. Taktik yang digunakan secara brutal, termasuk pemenggalan kepala, penyiksaan, dan pukul, memperlihatkan mereka lebih memilih pendekatan kekerasan daripada rasuah.


5. Gang 18 Street


Geng 18 street merupakan geng brutal dari Bandar Los Angeles, Amerika Syarikat. Mereka dipercayai mempunyai beribu ahli dari seluruh Negeri. Rival mereka utama yakni Mara Salvatrucha dan sering berperang senjata api antara geng. Mereka juga melaksanakan peraturan ketat pada anggotanya demi melindungi geng. Ada hukuman bernama 18 saat dibelasah. Masa itu anggota yang kena hukuman harus rela mendapat tendangan, pukulan, atau tonjokan ahli lain selama waktu ditentukan.