Koleksi Sensasi

'Dia Pasti Takut Pada Allah Kerana Membunuh' - Kata Bapa Anggota IS



SEORANG pelajar perubatan dari United Kingdom merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menyembelih 17 tawanan.
Kemunculan Nasser Muthana, 20, dalam video pembunuhan tentera Syria itu dikesan bapanya.
Video ngeri yang dimuat naik ke You Tube pada Sabtu itu turut mendedahkan pengakhiran hidup pekerja kemanusiaan Amerika Syarikat berusia 26 tahun iaitu Peter Kassig yang diculik.
The 20-year-old was a student in CardiffNasser Muthana appeared in an ISIS video in June
Pelajar perubatan dari United Kingdom yang menyertai IS.
Bapa pemuda itu, Ahmed Muthana berkata,"Saya tidak pasti, tapi dia kelihatan seperti anak saya. Dia pasti takut pada Allah ketika ini kerana telah membunuh. Bagaimana dia akan berdepan dengan Allah jika membunuh manusia?
Ditanya adakah Muthana akan memaafkan pemuda tersebut dan membenarkan dia pulang ke Cardiff, katanya yang berusia 57 tahun,"Tidak, dia telah mengalami masalah mental - sama ada dia atau orang lain, apa yang dilakukan adalah tidak betul."
Analisis mendapati, video pembunuhan itu merupakan provokasi IS terhadap barat bagi meneruskan peperangan yang beraku antara kedua-dua pihak.

posted@malaysiasensasi.net