Koleksi Sensasi

Inilah Lelaki Gelandangan Yang Suka Berfesyen dan Paling Bergaya di Dunia..


Slavik berusia 55 tahun, seorang lelaki yang kehilangan tempat tinggal berasal dari Ukraine City Of Lviv. Walaupun beliau kelihatan kusut, dia gemar bergaya dengan mengenakan pakaian di pungut dari tong sampah di sekitar bandar ini, serta di beberapa tempat tinggal untuk orang gelandangan yang disediakan. Beliau akan menukar pakaian sekurang-kurangnya dua kali sehari serta tidak pernah memakai pakaian yang sama. Beliau juga menggayakan rambut dan janggutnya untuk memadankan setiap fesyen yang dikenakannya.

Slavik diperkenalkan kepada dunia oleh seorang jurugambar dari Ukraine bernama Yurko Dyachyshyn. Yurko tertarik dengan Slavik semasa dia bekerja pada projek di pusat bandar. Tidak lama kemudian, dia mula mengambil gambar Slavik dengan memberi bayaran sebanyak $1 setiap kali pertemuan.



"Slavik adalah orang gelandangan yang paling bergaya di dunia. Beliau adalah seorang gipsi yang kehilangan tempat tinggal tetapi bukan seperti mereka yang lain" jelas Yurko. "Jalan hidupnya adalah berbeza daripada mereka yang lain. Beliau tidak membawa banyak beg, juga tidak menyelongkar dalam tong sampah. Beliau mempunyai tempat bersembunyi dan tiada siapa yang tahu mengenainya. Dia menyimpan rahsia hidupnya."

Setelah lebih banyak masa diluangkan bersama Slavik, Yurko menyedari bahawa asas utama dalam hidup adalah sentiasa tenang dalam menghadapi keserabutan kehidupan terutamanya dibandar yang sesak ini. Slavik seperti mengalamai masalah kecelaruan mental sehingga sukar baginya untuk menerangkan dengan tepat kisah hidupnya sebelum menjadi gelandangan.



Yurko berterusan melawat Slavik setiap bulan sepanjang dua tahun. Walaupun sukar untuknya mengesan Slavik, namun dia sentiasa berjaya berjumpa dengan Slavik. Kedua-dua mereka menjadi kawan - Slavik juga mula mencari Yurko untuk menunjukkan pakaian terbarunya. 





Malangnya, sejak bulan Januari 2013, Yurko tidak lagi berjaya mengesan Slavik tetapi dia berpegang pada harapan bahawa mereka akan berjumpa kembali suatu hari nanti.
posted@malaysiasensasi.net