Koleksi Sensasi

Keyboard Warrior Kritik Rozita Che Wan & Zain Saidin Tak Pandai Jaga Anak


Baru-baru ini, Zain Saidin memuat naik gambar dirinya sedang menyusukan anaknya, Aaisyah Dhia Rana, tanpa mengenakan pakaian sehingga menampakan susuk tubuh badannya yang sasa di laman Instagram.

Disebabkan gambar itu, ramai keyboard warrior melemparkan kata-kata yang tidak enak dibaca.

Bagi mereka, cara Zain menyusukan anaknya itu tidak betul dan boleh membuatkan si comel itu mati tersedak.

Bukan itu saja, malah mereka dengan begitu berani mendakwa pasangan artis ini memberi susu formula untuk Aaisyah pada usia yang masih awal.

"Dah minum susu formula ke, sian bb" - IrmaIbrahim906

"Harap #tetek je sado, tp hadooo. Che Ta tu dok watpa? Tidoq ja kaaa?" - Alifffjayden

Keyboard warrior juga menyelar tindakan Zain yang kerap show off badannya yang sasa itu di Instagram.

Bagaimanapun, dakwaan liar Irma itu membuatkan Che Ta berang dan membalas komen wanita itu.


"@irma.ibrahim.906 bkn susu formula!!!!! Breastfeed pam masuk dlm botol !!!!!!" 

Begitulah kehidupan menjadi artis. Ada je tanggapan negatif dari keyboard² warrior ini. Jika hendak menegur sekali pun, usahlah menegur dengan cara yang biadab. 

Zain pun baru pertama kali menimang anak, jadi usahlah terlalu menekannya. Lebih baik jaga anak sendiri dari menyibuk anak orang lain. Doakan saja yang terbaik untuk mereka sekeluarga. - My Media Hub
posted@malaysiasensasi.net