Koleksi Sensasi

'Kiyai' Sesat Di Indonesia Mengaku Nikahkan Pasangan Sejenis

Terlampau sesat dan menyimpang dari ajaran Islam.. Seorang Pensyarah Agama mengaku ‘kiyai’ dari Indonesia yang membuat pengakuan tergempar iaitu pernah menikahkan pasangan sejenis kepada portal berita Malaysiakini.


Memetik daripada laman portal Malaysiakini, Abdul Muiz Ghazali, Pensyarah Agama di Institut Studi Islam Fahmina (Isif) yang beroperasi di Cirebon, Jawa Barat tampil mengakui dia pernah menikahkan seorang lelaki dengan mak nyah atau pasangan transgendernya.

Beliau mendakwa pasangan itu yang masing-masing berumur 40 dan 43 tahun dinikahkan olehnya selepas mereka berjumpa dengannya dan mengakui saling mencintai.

Apa yang lebih mengejutkan adalah dia kiyai sesat itu turut mengeluarkan sijil nikahnya sendiri kepada pasangan transgender itu kerana di Indonesia pernikahan golongan sejenis tidak diiktiraf. 

“Kita ada catatan pernikahan yang kita buat sendiri, sekiranya ada masalah boleh jumpa saya semula. Saya yang akan menceraikan nanti (jika pernikahan itu gagal mencapai kebahagiaan), disaksikan komuniti (LGBT), kerana soal nikah cerai itu harus ada pengakuan dari masyarakat.”

Entah mana kitab yang dirujuknya Muiz menambah, “Islam tidak pernah melarang pernikahan berlainan jantina. Tetapi umat Islam ya, mereka yang larang, agama tidak.”

Bagi menyokong dakwaannya, Muiz memetik ayat Al-Quran dari Surah Al-Imran ayat ke-14, yang menyebut bahawa Allah mewujudkan kecintaan terhadap apa-apa yang diingini sebagai kesenangan hidup.

“Merujuk surah ini, terdapat perkataan manusia boleh mencintai apa-apa yang dingini, jika perempuan mencintai perempuan (contohnya), ya, sudah kelihatan sejenis di sini, itu teks Al-Quran.

Yang ada dalam al-Quran itu orang yang dianggap lelaki bukan dari jenis kelamin (aspek biologi),” katanya.

Kiyai Sesat itu juga menyatakan permintaan untuk menikah sesama jenistidak banyak di negara itu kerana komuniti transgender tidaklah terlalu ramai. Beliau juga menjelaskan terdapat ustaz atau kiyai lain yang turut melakukan perkara sama seperti yang dilakukan olehnya.

Selain itu ‘kiyai’ Sesat itu juga menceritakan bahawa sebelum ini dia tidak menerima golongan tersebut, namun berubah fikiran setelah dia melakukan kajian sendiri.

Malah dia sanggup menyamar sebagai individu gelandangan semata-mata untuk mendekati golongan transgender yang melacur di jalanan.

“Apa yang dipakai oleh mereka akan turut saya pakai. Dari situ saya berpendapat bahawa transgender memerlukan tuhan cuma tidak jumpa jalan, misalnya dilarang ke masjid. Jadi saya ingin mendampingi mereka melalui agama,” katanya.

Lantas, dia mengambil keputusan untuk membawa golongan itu ke pesantren (sekolah agama) bagi mendekati ilmu agama.

“LGBT adalah golongan yang terbuka, jika ada masyarakat boleh membuka ruang untuk mereka mengapa kita tidak boleh.”

Usaha murni yang dibuat oleh Kiyai sesat adalah merupakan satu jalan kebaikkan iaitu dengan membawa golongan LGBT ke sekolah agama untuk mendekatkan diri mereka kepada Islam. Namun apa yang salah tetap salah mengikut ajaran Islam. Tindakkan dia mempergunakan ayat Al-Quran untuk menghalalkan caranya adalah satu tindakan yang terkutuk bagi seorang Guru Agama atau 'Kiyai'. Dalam rukun nikah sendiri terdapat pengantin lelaki dan pengantin perempuan bukannya mana-mana pasangan tidak mengira jantina. Wallahualam..