Koleksi Sensasi


Pelecehan dan penghinaan terhadap Al-Quran kembali terjadi, kali ini dilakukan oleh bekas anggota Navy Seal (angkatan laut) AS.

Ben Smith yang merupakan bekas anggota Navy Seal AS, muncul dalam sebuah video di YouTube di mana dalam video tersebut memperlihatkan dia menjatuhkan Al-Quran di lantai dan menuduh Presiden AS Barack Obama sebagai individu yang memiliki hubungan dengan Al-Qaidah.

Berbicara pada pertemuan Tea Party, propagandis sayap kanan ini bersikeras bahawa Presiden AS Barack Obama dan pemerintahannya adalah Marxis yang menyamar dan mendanai Al-Qaidah, Ikhwanul Muslimin dan pemberontakan Musim Semi Arab untuk membentuk negara Islam di Timur Tengah.

Setelah asal tuduh tersebut, dalam rekaman video itu dia kemudian melemparkan Al-Quran ke lantai, yang disambut dengan tepuk tangan riuh dari penonton yang mendengarkan pidatonya.

Mengatakan bahawa Obama membungkuk kepada raja Saudi dan bekerja sama dengan Iran, Ben Smith menuduh pemerintahan Obama telah bersalah dengan melakukan pengkhianatan.

Ben Smith juga melanjutkan dengan menuduh semua Muslim yang solat lima kali sehari berupaya memasuk semua orang di dunia untuk masuk Islam dengan melakukan jihad. Dia juga membandingkannya ajaran Islam dengan Nazi.

Sejak meninggalkan militer, Ben Smith telah pergi ke berbagai negara untuk berbicara di pertemuan Tea Party.

Tea Party adalah gerakan ultra-konservatif AS yang memiliki hubungan dekat dengan kelompok-kelompok lobi pro-Israel.

Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.


Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
    
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
     
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
    
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.
    
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
    
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
    
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
    
Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu
    
"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.
    
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
    
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
    
Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.
    
Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.
    
Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.
    
Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. - Bernama

Selama berpuluh-puluh tahun gambar Raja-Raja Melayu yang bermesyuarat buat kali pertama di Astana Negara, Kuala Kangsar, Perak telah disalahtafsir, tanpa teguran oleh pihak yang bertanggunjawab. Seperti Arkib Negara dan Muzium Negara. Kesalahan besar yang paling mengarut dan tidak boleh diterima dalam gambar ini ialah keberadaan pahlawan-pahlawan Pahang yang menentang penjajahan British. Tokoh-tokoh Pahang yang dimaksudkan ialah Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau dan Mat Lela (anak Datuk Bahaman).

Sesiapa yang mengetahui sejarah harus tahu bahawa Perang menentang British di Pahang telah tamat lebih kurang pada pada tahun 1895 dengan berundurnya para pemimpin ulung perjuangan tersebut iaitu Tok Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah ke Terengganu, Kelantan dan Siam.

Apakah logik Pahlawan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang sudah berundur diri ke luar Pahang pada tahun 1895 tiba-tiba kembali pula mengiringi Sultan Ahmad ke Kuala Kangsar pada tahun 1897 dan boleh pula bergambar dengan Sultan Ahmad yang ketika itu juga tidak menyenangi pahlawan-pahlawan tersebut akibat hasutan British yang Jahat. Sudah diketahui bahawa Britsih dengan angakatan sebenar mana sekalipun tidak mampu untuk menyentuh pahlawan-pahlawan Pahang tersebut sehinggakan sanggup menawarkan ganjaran yang banyak kepada sesiapa yang boleh menangkap mereka.

Cuba lihat tokoh yang dianggap sebagai Tok Gajah di dalam gambar tersebut (duduk bersila memakai serban, memikul pedang kerajaan) sebenarnya adalah hulubalang Tuanku Muhammad Negeri Sembilan di samping tokoh yang berserban dan memikul keris panjang kerajaan yang dikatakan sebagai Tok Bahaman (A dan B, lihat gambar). Gambar yang dikatakan sebagai Mat Kilau dan Mat Lela pula (C dan D, lihat gambar) sebenarnya adalah dua daripada “Tiga Kundang” iaitu penjawat Sultan Idris Perak.

Tokoh yang duduk bersila di hadapan Sultan Ahmad Pahang, memakai songkok hitam pula dikatakan sebagai almarhum Orang Kaya Haji Lipis (Wan Daud bin Wan Pahang), sedangkan beliau telah kembali ke rahmatullah lapan tahun terdahulu apabila terbunuh ditembak dengan peluru emas pada penghujung tahun 1889.





Minutes of the Session of The Council of Chiefs of the Federated Malay States Held at The Astana Negara, Kuala Kangsar
on the 14th, 15th, 16th and 17th Days of July 1897
Sumber - MISC, Koleksi Terbitan Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, hlmn 2


Yang hadir seperti rekod adalah (perwakilan Pahang) :

1. Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali
2. Tengku Ali bin Sultan Ahmad
3. Engku Muda Wan Mansur bin Bendahara Tun Ali
4. Engku Bendahara Sri Maharaja, Engku Ngah bin Engku Tanjung
5. Tuan Mandak Said Ali al-Jufri
6. Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim bin Jaafar
7. Imam Perang Indera Setia Raja Che Samat



Inilah sahaja jumlah nama Orang Besar-Besar Pahang yang hadir pada mesyuarat tersebut yang mengiringi Marhum Sultan Ahmad. Yang direkodkan tidak hadir ialah Tengku Mahmud bin Sultan Ahmad.Tidak ada disebut nama Tok Gajah, Mat Kilau, dan Mat Lela.

Oleh itu, pendapat yang menyenaraikan “kehadiran” Orang Kaya Haji Wan Daud, Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi dan sebagainya di dalam gambar beramai-ramai ketika mesyuarat tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali.







TUANKU MUHAMMAD SYAH dengan pembesar Negeri Sembilan tahun 1897
Sumber gambar dari, Arkib Negara.


Inilah gambar Tuanku Muhammad Syah dengan pembesar Negeri Sembilan tahun 1897. Duduk atas kerusi dari kiri: Datuk Klana Ma’amor (Undang Sungai Ujong), Tuanku Muhammad Syah dan Dato’ Bidin (Undang Rembau).

Perhatikan pembesar/hulubalang yang duduk bersila no.2 dari kiri (inilah tokoh yang selalu disangka sebagai Dato’ Bahaman). Perhatikan pula hulubalang yang berdiri di belakang, no.2 dari kanan (ini pula tokoh yang disangka sebagai Tok Gajah). Mereka masih menyandang senjata kebesaran Kerajaan Negeri Sembilan yang sama seperti di DURBAR Kuala Kangsar 14-17 Julai 1897.

Kesimpulanya, selepas berundur ke Kelantan, dan Siam. Pahlawan-pahlawan Pahang diketahui ceritanya, kecuali dari mulut ke mulut. Britsih pula, ingin menunjukkan kekuasaanya dengan mengatakan bahawa Mat Kilau telah mati, pada tahun 1985. Sebenarnya beliau masih hidup dan muncul semula di Pahang pada tahun 1969. Tok Gajah telah disahkah meninggal dunia oleh Mat Kilau. Datuk Bahaman pula, tetap menjadi misteri apabila orang tua yang muncul di Kuantan yang dikatakan sebagai Tok Guru Peramu itu adalah sebenarnya Datuk Bahaman.


http://malaysiasensasi.blogspot.com/2009/12/siapa-tok-guru-peramu.html
http://malaysiasensasi.blogspot.com/2010/01/siapa-tok-guru-peramu-2.html


India – Seorang gadis berusia 20 tahun kini dalam keadaan kritikal selepas `mahkamah rimba’ di kampungnya mengarahkan dia dihukum rogol setelah didapati bersalah menjalin hubungan dengan seorang pemuda dari kampung bersebelahan.

Hukuman kejam itu dilakukan oleh sekumpulan 13 lelaki dengan 10 daripada mereka adalah juri dalam mahkamah rimba berkenaan.

Di sebalik keadaannya yang kritikal itu, mangsa sempat memberitahu ceritanya kepada The Times of India bahawa dia menjalin hubungan dengan seorang lelaki.

“Saya dan kekasih saya diseret di depan ketua kampung. Mereka mengarahkan kami membayar £490. Apabila kami menyatakan bahawa kami tidak mampu membayarnya, saya telah diperlakukan dengan kejam,’’ katanya kepada akhbar tersebut.

Kejadian itu bermula apabila ketua kampung tersebut melihat gadis itu dan kekasihnya sedang duduk berdua-duaan.

Ketua kampung bersama dengan penduduk di situ kemudiannya telah mengheret pasangan kekasih berlainan agama itu ke tempat perbicaraan dan di situ bermulalah undang-undang rimba.

Menurut polis, kekasihnya diarah membayar wang dan jika gagal berbuat demikian maka pemuda di kampung itu akan `berseronok’ dengan gadis tersebut.

Gadis itu yang diikat di pokok kemudiannya telah dipindahkan ke sebuah bangsal selepas teman lelakinya gagal membayar wang berkenaan.

Dia dikurung dalam bangsa selama semalaman dan dirogol bergilir-gilir secara berterusan manakala keluarganya pula tidak dibenarkan keluar rumah.

Dia diselamatkan selepas keluarganya berjaya melepaskan diri dan membawa gadis itu ke pusat perubatan namun dia dipindahkan ke hospital selepas berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan.

Hanya ketika dia berada di hospital barulah perkara keji itu terbongkar dan laporan dibuat kepada polis.

CURIGA dengan sikap isterinya yang malas dan jarang menyediakan keperluannya setiap kali balik ke rumah membuatkan seorang lelaki bertindak balik ke rumah lebih awal daripada kebiasaan.
Ternyata ‘terjahan’nya membongkar segala rahsia isterinya selama ini apabila dia mendapati wanita itu sedang berasmara dengan lelaki lain di atas katil.
Menyedari kehadirannya, ‘kekasih gelap’ wanita itu bergegas keluar dari bilik itu, manakala isterinya yang panik cuba menjelaskan perkara itu.
Bagaimanapun, suaminya yang merekodkan perbualan itu berkata:
“This will go on the internet, and wait until your mother and sister see it (Ia akan tersebar di internet, dan tunggu sehingga ibu dan kakak awak melihatnya).
“Nothing gets done around here, beds are never made, there is nothing to eat in the refrigerator (Tiada apa yang awak lakukan, katil tak pernah dikemas, tiada apa untuk dimakan dalam peti sejuk).
“I always wonder what you do with your time, and I caught you. I busted you (Saya selalu terfikir apa yang awak buat dengan masa yang ada, dan kali ini saya dapat jawapannya).”
Video tersebut kemudiannya dimuatnaik oleh lelaki berkenaan ke YouTube dan beberapa laman web sebagai membalas dendam atas perbuatan isterinya itu.
Biar pun agak memalukan, ramai yang bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan yang dianggap wajar sebagai pengajaran kepada wanita itu.
Hai, tak tahulah nak cakap apa. Kasihan ada, padan muka pun ada…


APABILA manusia itu dibelenggu kemiskinan, apa sahaja cara akan digunakan demi untuk mencari makanan untuk mengenyangkan perut yang sedang lapar.

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Bangladesh, menjadikan ruang internet gempar apabila fotonya sedang meminum susu dari seekor ibu anjing tersebar luas.

Kejadian itu berlaku di sebuah daerah di bahagian utara Bangladesh yang dikenali sebagai Gaibandha.

Shakil Ahmed dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan dia sering kelaparan apabila ibunya meninggalkannya di rumah untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Tabiat Shakil bermula dengan meminum susu daripada ibu anjing peliharaannya sendiri, walaupun ditegur ibu bapa dan jiran, Shakil tetap melakukannya.

Biarpun kini, anjing peliharaannya itu telah mati, Shakil masih tidak dapat berhenti daripada meminum susu anjing.

Dia kini meminum susu anjing daripada ibu anjing yang ditemuinya di jalanan


BERLIN – Bekas diktator Jerman, Adolf Hitler sebelum ini dipercayai membunuh diri di sebuah kubu bawah tanah di sini tahun 1945 menjelang kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Namun, seorang penulis, Simoni Renee Guerreiro Dias dalam bukunya, Hitler in Brazil mengejutkan banyak pihak apabila dia mendakwa bekas diktator itu meninggal dunia pada tahun 1984 selepas hidup dalam penyamaran di sebuah bandar kecil dekat sempadan Brazil dengan Bolivia.

Dias berkata, Hitler berjaya melarikan diri dari tempat persembunyiannya di sini dan menuju ke Amerika Selatan.

Penulis berkenaan mengemukakan sekeping gambar gambar menunjukkan Hitler bersama seorang wanita kulit hitam untuk membuktikan dakwaannya.

Melalui bukunya, Dias mencabar pendapat ramai ahli sejarah yang percaya Hitler menembak dirinya di kubu bawah tanah berkenaan pada 20 April 1945.

Pengarang tersebut sebaliknya memberitahu, bekas pemimpin Parti Nazi itu melarikan diri ke Argentina dan kemudian ke Paraguay sebelum menetap di Mato Grosso, Brazil.

Menurutnya, Hitler kemudian menetap di sebuah bandar kecil, Nossa Senhora do Livramento bersama seorang teman wanita.

Menurut Dias, Hitler sengaja memilih wanita kulit hitam sebagai kekasih bertujuan untuk mengelirukan musuh-musuhnya.

Sebelum ini, bekas diktator tersebut terkenal kerana membenci bangsa Yahudi dan kulit hitam tetapi memuliakan bangsa Aryan.

Dias merancang untuk menjalankan ujian DNA dengan menggunakan seorang saudara Hitler yang tinggal di Israel setelah diberi kebenaran untuk menggali kubur Adolf Hitler yang didakwa ditanam di Nossa Senhora do Livramento bagi membuktikan dakwaannya. – Agensi


Melihat darah daging sendiri menderita kesakitan yang teramat sangat di depan mata pastilah satu pengalaman yang amat pahit.

Kepahitan itu tak mungkin mampu diterjemahkan dengan kata-kata kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Namun apabila seorang adik berkongsi ‘detik’ kesengsaraan abangnya yang sedang meniti saat-saat  akhir sebagai pesakit kanser menggunakan foto, derita itu kelihatan jelas dan menyentuh hati.



Itulah yang dirasakan apabila melihat gambar-gambar yang dirakam Ahmad Yusni pada 39 hari terakhir yang dilalui abangnya, Mohammad Sani sebaik sahaja didiagnos menghidap kanser ‘germ sell’.

Sel kanser yang dihidap Mohammad Sani sangat agresif, hinggakan dia terpaksa menanggung kesakitan di seluruh tubuhnya.

Kesakitan itu tertera jelas dalam gambar-gambar dirakam Ahmad Yusni, antaranya momen pada 11 Disember 2012 di rumah mereka di Georgetown, Pulau Pinang di mana abangnya berlutut di atas katil menahan kesakitan yang teramat sangat hinggakan dia tidak mampu untuk menelan sebarang makanan mahu pun minuman.

Pada 14 Disember pula, Mohammad Sani dirakam duduk termenung di hadapan tandas sambil merokok kerana tidak mampu untuk tidur walau sejenak meskipun selepas diberikan morfin bagi menahan kesakitan.

Akhirnya selepas 39 hari, Mohammad Sani menghembuskan nafas terakhir pada usia 33 tahun.

Mohammad Sani dikebumikan bersebelahan pusara bapa dan abangnya yang sudah pergi terlebih dahulu.

Mengenang semula detik-detik bersama abangnya hingga ke saat akhir nyawa ditarik, Ahmad Yusni menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.

Paling tidak dapat dilupakannya, terdapat dua malam di mana dia melihat abangnya bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat depan mata namun tidak ada apa yang mampu dilakukan bagi membantu. Akhirnya dia ikut menangis kerana terlalu sedih.

Sumber: Dailymail UK

 Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohammad Sani. - REM RAMZI


Dipetik dari Sky News,19 Januari 2014, seorang tentera yang berasal dari Jepun yang bertugas semasa Perang Dunia II terus bersembunyi di dalam hutan Filipina selama lebih dari 30 tahun. Dia menolak untuk keluar dari hutan kerana tidak percaya Perang Dunia II telah tamat.

Tentera bernama Hiroo Onoda itu keluar dari hutan di Filipina yang dihuninya sejak tahun 1944 itu, selepas bekas komandannya datang dan menjelaskan kepadanya bahawa Perang Dunia II sudah berakhir.

Onoda merupakan seorang pegawai tentera yang bertugas mencari maklumat dan dilatih untuk melakukan perang gerila. Onoda dihantar oleh Jepun ke Pulau Lubang di Filipina pada tahun 1944 lalu.

Onoda diperintahkan oleh komandannya supaya tidak menyerah kalah, rela bunuh diri untuk menyelamatkan maklumat, dan harus terus bertahan di dalam hutan sehingga bala bantuan datang.

Onoda bersama tiga rakannya terus mematuhi perintah tersebut, walau Jepun telah kalah pada Perang Dunia II di tahun 1945.

Diketahuinya kehadiran Onoda terjadi pada tahun 1972. Dia bersama dua rakannya terlibat insiden tembak-menembak dengan tentera Filipina. Dua rakannya mati dan Onoda berjaya melarikan diri.

Insiden itu mengejutkan Jepun. Lantas kerajaan Jepun menghantar wakil ke Filipina untuk menjemput Onoda untuk pulang ke Jepun, dan menjelaskan padanya bahawa Perang Dunia II telah tamat.

Dalam kenyataan akhbar selepas kembali ke Jepun, Onoda mengatakan bahawa tindakannya hidup selama 30 tahun di hutan bukan tindakan yang membuang-buang waktu. 

"Tanpa pengalaman seperti itu, mungkin saya tidak boleh hidup sampai saat ini," kata Onoda pada media. 

Selepas kembali ke Jepun pada tahun 1975, Onoda terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Tidak lama kemudian, dia berhijrah ke Brazil menjadi ushawan ternakan lembu. 

Namun, tentera komited tinggi itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 17 Januari 2014 di usia 91 tahun. 


Ketahui-5-jenis-makanan-yang-perlu-dijauhkan-dari-kanak-kanak
Setiap ibubapa menginginkan anak mereka membesar dengan sihat. Salah satu faktor anak-anak membesar dengan sihat adalah pemakanan. Namun, kini terdapat pelbagai jenis makanan yang tidak sihat lebih-lebih lagi jenis makanan segera atau Instant Food / Fast Food
Golongan dewasa tentulah faham yang makanan sihat itu terdiri daripada bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, salad dan sayuran hijau. Buah-buahan segar pula digunakan sebagai pencuci mulut atau pembuka selera. Keadaan berlaku sebaliknya kepada kanak-kanak. Mereka menganggap makanan sedemikian sebagai jijk, membosankan, hambar dan lebih teruk ia dianggap sebagai racun !
Keadaan inilah yang menyebabkan kanak-kanak berperang dengan makanan dan isu ini adalah sangat mengecewakan. Namun adalah penting terutamanya ibu bapa menjadi contoh terbaik menggalakkan pemakanan sihat. Yakinlah, bahawa suatu hari nanti, anak anda akan berterima kasih kepada anda kerana menyuapkannya dengan makanan yang sihat.
Saban hari, terlalu banyak makanan yang nampak lazat tetapi pada hakikatnya makanan tersebut mengandungi nilai pemakanan yang kecil berbanding pengawet, gula dan lemak yang digunakan.
Tetapi, bagaimana anda boleh tahu makanan yang boleh dielakkan ?
Untuk membantu anda membuat keputusan, terdapat 5 senarai makanan yang perlu dielakkan tetapi lazim diberi kepada kanak-kanak di Malaysia sama ada bersarapan, makan tengahari, makan malam atau makanan ringan.
Periksa kandungan gula dalam bijirin semasa sarapan pagi
Periksa kandungan gula dalam bijirin semasa sarapan pagi
1. Bijirin untuk sarapan pagi.
Tidak dinafikan, apabila tiba waktu bersarapan, bijirin menjadi salah satu pilihan ibubapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan. Setiap hari kita dimomokkan di televisyen dengan iklan-iklan bijirin yang dimakan bersama susu dan sebagainya. Bijirin sememangnya mensasarkan kanak-kanak kerana golongan itu mudah dipengaruhi. Ditambah pula dengan pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, kuantiti gula yang digunakan amatlah melebihi keperluan bagi seorang kanak-kanak.
Jauhi burger dan daging proses yang lain
Jauhi burger dan daging proses yang lain
2. Daging proses
Ya, daging proses memang cepat untuk disediakan. Cuma keluarkan dari peti sejuk, dinyahbeku kemudian goreng dan siap untuk dimakan. Namun tidak kita perasan bahawa makanan ini sebenarnya ibarat span menyerap minyak masak yang digunakan semasa menggoreng ditambah lagi dengan pengawet digunakan. Ini akan meningkatkan lagi risiko sakit jantung dan lebih teruk lagi kanser. Kesannya tidaklah drastik tetapi jangka masa panjang.
"French Fries" tidak bagus untuk kesihatan
“French Fries” tidak bagus untuk kesihatan
3. Kentang Goreng
Tiada cara lain mengelakkan makanan ini sekiranya memang sudah tersenarai dalam makanan mingguan anak-anak anda. Namun masalah sebenar adalah apabila member anak-anak kentang goreng setiap kali makan. Kentang goreng tidak menyediakan nilai nutrisi kepada anak-anak, sebaliknya kandungan lemak dan garam yang amat tinggi!
Makan pizza kerana malas masak tidak sepatutnya berlaku
Makan pizza kerana malas masak tidak sepatutnya berlaku
4. Pizza
Dibandar, khususnya Kuala Lumpur, makanan segera seperti pizza ini tidak asing lagi. Ibubapa yang penat seharian bekerja memlilih untuk menghubungi pizza dan menunggu ianya sampai di depan rumah. Namun ia sememangnya tidak sihat kerana pengawet disamping lemak dan kalori yang tinggi.
Kurangkan pemakanan keropok dan makanan bergoreng
Kurangkan pemakanan keropok dan makanan bergoreng
5. Snek Ringan / Keropok.
Kebanyakan makanan jenis ini dihasilkan dengan tepung yang diproses kemudian ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi. Oleh hal yang demikian, amatlah tidak digalakkan sama sekali untuk memberi anak-anak anda memakan snek seperti ini
Kesimpulannya, sekiranya anda memahami cadangan sebenar, adalah dijamin anak anda akan berasa dan menikmati hidup yang lebih sihat pada masa akan datang.
sumber: siraplimau

"Saya masih ingat, suatu ketika di dalam tahun 2010, saya mengalami kesempitan hidup yang teramat sangat. Saya baru diberhentikan kerja ketika itu. 

Saya mempunyai seorang anak kecil dan seorang isteri yang bekerja biasa sahaja. Pendapatannya kecil.

Pernah suatu ketika kami tidak langsung mempunyai beras untuk dimakan, susu anak habis dan minyak kereta tinggal sedikit. Oleh kerana saya ketika itu gagal mendapat sebarang pekerjaan, kami memang bergantung hidup dengan pendapatan isteri yang tidak seberapa.

Kami mengharungi detik-detik sukar ini selama beberapa bulan. Tetapi...

Setelah menyertai program Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi, hidup saya berubah serta-merta, dalam tempoh sebulan Allah bukakan rezeki yang tak terduga kepada saya..biarlah pengalaman itu dirasakan oleh anda semua setelah anda hadir ke bengkel ini

sumber testimoni: www.seminar2u.net





Agak kasar juga komen-komen yang dimuatnaik pelakon Ammar Alfian di Twitter tentang bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana. Korang boleh baca sendiri screenshot di bawah.

Menurut Ammar, dia mendakwa sudah meragut kesucian Puteri Sarah Liyana ketika mereka masih pasangan kekasih dua tahun lalu. Adakah dakwaan beliau ini benar atau sengaja ingin menyindir Syamsul Yusof?

Itu admin kurang pasti namun tindakan sedemikian memang kurang bijak dan bakal menyamarakkan lagi permusuhannya dengan Syamsul.

dotinfo1


Seorang pelajar China Guo Shijun merayu pihak berkuasa universiti agar membenarkan bapanya yang lumpuh tinggal di bilik asramanya sepanjang penggal pengajian.

Guo yang tidak mahu menangguhkan pengajiannya kerana terpaksa menjaga bapanya yang lumpuh dan ibu yang sakit terpaksa membuat permohonan pengecualian itu. Disebabkan dia berjaya mendapat tempat di universiti terbaik dan pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi itu kagum dengan dedikasinya menghadapi kesukaran dalam hidup, mereka membenarkan dia membawa bapanya ke asrama universiti bagi meringankan beban ditanggungnya. Guo, 20, yang berasal dari keluarga miskin menjalani zaman kanak-kanak dengan penuh kesukaran. Ibunya menghidap sakit mental selepas diserang meningitis ketika Guo masih kecil. Dia dan bapanya terpaksa bergilir-gilir menjaga ibunya. Walaupun dibebani tanggungjawab besar ketika kecil. Guo tetap berupaya memperoleh gred tertinggi di sekolah.

Nasib yang menimpa Guo bertambah buruk apabila bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan terbabit dengan nahas ketika bekerja. Bapanya terjatuh 15 meter dari sktruktur jambatan yang dibina di Liuan, wilayah Anhui menyebabkan lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak kejadian itu, datuk dan nenek Guo mengambil alih tugas menjaga ibunya, tetapi tidak mampu untuk turut menjaga bapanya.

Kerana itu, Guo terpaksa menyewa sebuah bilik kecil berhampiran asrama universitinya dan membawa bapanya tinggal bersama-samanya bagi memudahkan dia menjaga bapanya. Untuk membiayai pengajiannya di universiti, Guo meminjam wang daripada rakan dan saudara-maranya. - Agensi


Pesakit mengalami obesiti yang terdesak untuk mengurangkan berat badan kini boleh menelan belon di dalam pil menerusi kaedah perubatan terbaru bagi menangani masalah kegemukan.

Tidak seperti rawatan belon gastrik, Obalon tidak memerlukan pembedahan invasif. Sebaliknya, prosedur 10 minit itu hanya memerlukan pesakit menelan kapsul bersaiz sebesar pil vitamin yang mengandungi belon kempis.

Kapsul itu dilekat kepada kateter mikro dan sebaik saja kapsul itu hadam di dalam perut, belon itu akan mengembang menjadi sebesar saiz sebiji epal. Kapsul itu akan larut dan katerer akan dikeluarkan dari mulut.

Belon itu akan berada di bahagian atas perut, menyebabkan pesakit rasa kenyang dengan harapan pesakit akan mengurangkan makan dan seterusnya berat badan akan berkurangan. Pesakit akan menerima belon kedua 30 hari selepas prosedur pertama dengan pilihan belon ketiga selepas kira-kira 60 hari, berdasarkan penurunan berat badan mereka dan kekenyangan yang dialami.

Pada akhir rawatan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan, belon itu akan mengecut dan dibuang melalui rawatan endoskopi. Obalon berharga £2,995 (RM16,469) untuk dua rawatan belon. Ia boleh didapati di beberapa hospital dan klinik di sekitar London.


Keadaan juara Formula Satu dunia tujuh kali,  Michael Schumacher dilaporkan berbahaya sekiranya ditinggalkan dalam keadaan vegetatif berterusan walaupun keluarganya masih mengharapkan wira nombor satu itu sembuh seperti sedia kala.

Lagenda F1 Jerman berusia 44 tahun itu berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu.

Menurut laporan Mirror, walaupun keadaan Schumacher stabil, doktor bimbang sekiranya kerosakan otak Schumacher akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik.

Laporan itu menyebut, walaupun jika doktor berjaya menyedarkan Schumacher daripada koma, beliau masih tidak dapat bercakap, bergerak atau makan sendiri.

Koma yang dialami Schumacher memerlukan masa untuk sembuh.

Walaupun keluarga dan rakan-rakan Schumacher memberikan sokongan moral, mereka tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka bahawa keberangkalian Schumacher untuk sembuh adalah tipis, laporan itu menambah.

Pada kebiasanya, mumia sudah banyak mengalami kerosakan di tubuhnya. Namun lain halnya dengan mumia yang satu ini. Ia dikenali dengan Rosalia Lombardo.

Bila melihat gambarnya, kita mungkin seperti melihat foto gadis kecil sedang tidur. Padahal, siapa sangka dia adalah mumia dari tahun 1920?

Rosalia Lombardo adalah mumia paling sempurna dan utuh yang pernah ditemui sepanjang sejarah. Ia meninggal pada usia 2 tahun akibat jangkitan paru-paru. Si ayahnya sangat bersedih dan meminta Alfredo salafia untuk memumiakan putrinya.

Ia ingin gadis kecil itu selalu utuh sehingga tak merasa jauh dari putrinya. Hingga ke hari ini, mumia ini adalah yang paling awet dan sempurna yang pernah ada. Ia seperti gadis kecil yang sedang tidur dan tak pernah membusuk.

Menurut kajian, awetnya tubuh Rosalia Lombardo kemungkinan kerana penggunaan formalin, alkohol dan glycerin. Semuanya untuk mencegah tubuhnya membusuk dan menyusut. Kerana keunikan mumia ini, ia disebut sebagai sleeping beauty of the Capuchin Catacombs.

Kini,mumia Rosalia Lombardo disimpan di sebuah bilik bawah tanah di Itali Selatan. Ada sebuah isu misteri bahawa beberapa orang pernah melihat Rosalia Lombardo sedikit membuka matanya.

Lokasi ini juga menjadi salah satu pusat sejarah bagi pelancong kerana mereka ingin menyaksikan sendiri susuk mumia yang tidak mengering ini.  


Dia selalu memberikan minuman kepada sesiapa yang hadir di majlis zikir yang diadakan di masjid Damsyiq,Syria..namun tahukah anda bahawasanya dia adalah merupakan Ulamak Besar Syria,namanya adalah Syeikh Muhammad Syukri Ad Dimasyqi al Hanafi  

Sumber: https://www.facebook.com/haniff.abutalib

Seorang pekerja pembinaan di China, menjadikan teman wanitanya sebagai tebusan di atas bumbung  selepas ibu bapanya dilaporkan enggan meluluskan perkahwinan mereka. 

Beratus-ratus penonton dan polis bersenjata memerhatikan lelaki itu melucutkan seluar dan memerintahkan teman wanitanya untuk melakukan perkara yang sama supaya dia diaibkan di hadapan jiran-jiran mereka. 

Lelaki itu, yang dikenal bernama Lin berusia 32 tahun. Beliau memegang teman wanitanya di tekak dan melambai pisau potong daging dan berbicara dengan perunding terlatih memujuknya turun dari bumbung kediaman.

Polis dan tentera yang mengepung sekeliling banggunan, dan lelaki separuh bogel yang dikatakan meminta kereta untuk dirinya sendiri dan teman wanitanya. Akhirnya lelaki dan teman wanitanya yang menjadi tebusannya turun dari bumbung. 

Tetapi dalam perjalanan ke arah kereta, pegawai polis berjaya menarik dia dari teman wanitanya dan menjatuhkannya ke tanah. Beliau digari di hadapan beratus-ratus penonton yang terpegun.

Dan menurut laporan, walaupun ibu bapa sendiri telah meluluskan perkahwinan semasa di tempat kejadian. Lelaki itu kini menghadapi hukuman penjara yang panjang.

Rumah anti-kiamat ini memiliki luas 390,19 meter persegi, dan terletak di Yellow Jacket, sebuah kota sepi di Colorado, Amerika.

Dinding rumah ini terbuat dari konkrit yang dilapisi baja tebal. Itu membuat struktur rumah ini begitu kuat, sehingga dikatakan tahan gempa. Jika dilihat dari luar, rumah ini hanya nampak seperti sebuah bangunan yang membosankan. Namun, jika dilihat ke dalam, ini adalah sebuah rumah mewah yang dilengkapi dengan rekaan dalaman yang indah. Ini mungkin adalah bunker paling mewah yang pernah ada di dunia. 

Bukan hanya itu. Rumah ini juga memiliki sistem tujuh tahap penyaringan air dan empat sistem daya yang dipasang terpisah di rumah tersebut. Sebagaimana disiarkan Curbed.com, rumah ini juga memiliki menara radio setinggi 30,48 meter dan sebuah landasan helikopter. 

Rumah ini dibina pada tahun 2003 lalu, dan sekarang dijual seharga USD 11.5Juta.