Koleksi Sensasi

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim juga pernah melobi projek semasa berada dalam parti dan mengecamnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan.

Rafizi mendedahkan Zaid yang juga bakal calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pernah melobi beberapa projek di Selangor.

"Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota PKR, beliau juga tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri.

Rafizi Ramli
"Sebagai pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri Datuk Zaid, meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Rafizi turut mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dengan Zaid yang menunjukkan usaha melobi dua projek di Selayang dan Petaling Jaya.

Susulan pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding PRK Kajang, Zaid juga menyatakan hasratnya untuk melawan bekas bosnya itu.

Zaid berkata tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang adalah tidak wajar dan memberi amaran krisis politik bakal berlaku di Selangor.

Dalam kandungan email tersebut, Rafizi mendakwa Zaid berinteraksi dengannya menggunakan alamat e-mel carbofree@gmail.com bagi melobi projek pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).

"Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu, Selayang.

"Saya dimaklumkan bahawa rakan-rakan kongsi beliau membuat cadangan pembangunan bersama dengan KHSB," kata Rafizi lagi.

Bagaimanapun, Rafizi tidak melayan permintaan Zaid sebaliknya meminta beliau menggunakan proses sepatutnya.

"Saya memaklumkan perkara ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur pejabat kami untuk membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, terutamanya bersabit harta awam," katanya.

Rafizi kemudian mengecam bekas menteri Kabinet itu kerana masih mengamalkan budaya politik Umno walaupun selepas meninggalkan parti tersebut.

"Sebelum beliau terus lantang mencabar orang lain, wajarlah Zaid menjelaskan kenapa beliau kekal dengan budaya Umno-BN setelah meninggalkan parti tersebut," kata Rafizi.

Zaid menyertai PKR pada 2009 selepas keluar daripada Umno dan bertanding untuk jawatan timbalan presiden pada tahun berikutnya, namun keluar parti pada November 2010 gara-gara kemelut yang dialami dalam pilihan raya PKR.

Pada Disember 2010, Zaid menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (dahulunya dikenali Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik sebagai presiden parti.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee meletakkan jawatan pada hujung Januari lalu bagi memberikan laluan kepada Anwar, dikatakan juga bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Zaid berkata keputusan untuk bertanding yang diambilnya adalah bagi memastikan Abdul Khalid terus kekal sebagai menteri besar Selangor. – 26 Februari, 2014.themalaysianinsider

Tan Sri Ninian Mogan Lourdenadin, doktor berketurunan India yang beralih menjadi hartawan runcit, kini tersenarai antara individu terbaru 40 rakyat Malaysia terkaya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes.
Untuk makluman anda, gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya,
Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya.
Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah Lourdenadin…individu berketurunan India yang kaya raya itu?
Maklumlah, sebelum ini bila bercakap tentang ahli perniagaan India, yang sering disebut orang ialah Ananda Krishnan dan Tony Fernandes saja.
Sebenarnya tak banyak yang kita tahu mengenai latar belakang beliau.
Yang pasti beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan perubatan di Malaysia, Fiji, Papua New Guinea dan Australia.
Dengan penyenaraian Lourdenadin ini, jumlah individu terkaya di Malaysia yang berketurunan India nampaknya makin bertambah.
Ini adalah antara senarainya;
1. Usaha Tegas-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
2. AirAsia-Anthony Francis Fernandes(Datuk Tony Fernandes)
3. Multi Vest Resorces Berhad-K.Ketheeswaran(Dato K.Kenneth Eswaran)
4. Chase Perdana Berhad-Mohan Krishna Swamy(Dato Mohan K Swamy)
5. MK Land- Kasi
6. Binariang-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
7. Pan Malaysian Pools-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
8. Tanjong Golden Village-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
9. Maxis-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
10. Tanjong PLC-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
11. Astro-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
12. Powertek Berhad-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
13. Quest International-Vijay Eswaran
14. Amway- Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham
15. Eversendai-A.K.Nathan
16. Measat Global Berhad- Ralph Marshall
17. MBF Holdings Berhad- Dr Ninian Mogan Lourdenadin(Lourdes)CEO
18. MBF Holdings Berhad- Susan A/P Rajanayagam MD
19. Meda Inc. – Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
20. SP Setia- George Anthony Dass David
21. Scicom- Dato’ Ahmad Kabeer Bin Mohamed Nagoor/Krishnan Menon
22. Safeguards Corporation-Darmendran Kunaretnam

Untuk rekod, Ananda Krishnan mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion), Tony Fernandes mempunyai RM1.77 bilion manakala Lourdenadin memiliki aset sebanyak RM1.5 billion.
Seorang lagi wajah baru ialah kontraktor Datuk A K Nathan, 54, ahli perniagaan berketurunan India yang berjaya di negara ini dengan harta sebanyak AS$250 juta (RM830 juta).
Syarikatnya, Eversendai, terbabit dalam banyak pembinaan di Asia Barat termasuk Burj Khalifa di Dubai.
Penulis bukan mahu menjadi seorang yang rasis dalam hal ini, tetapi penulis rasa kita orang Melayu jangan lagi asyik berbalah sama sendiri dan asyik berpolitik sepanjang masa.
Di saat kita asyik bertelagah, orang lain nampaknya makin maju dan kedepan dalam semua bidang.
Contohnya seperti penyenaraian orang terkaya ini, siapa sangka dalam masa terdekat ini usahawan India kita nampaknya semakin ‘menjadi-jadi’ kekayaan mereka sedangkan jumlah ahli perniagaan Melayu yang ada dalam senarai hanyalah balik-balik orang yang sama.
Suatu ketika dulu, masyarakat India sering dikaitkan dengan gangsterism dan kemiskinan tetapi nampaknya ada anjakan paradigma yang hebat dalam masyarakat mereka.
Jumlah masyarakat India yang terjun ke dunia profesional semakin bertambah dari hari ke hari, mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan juga semakin meningkat, itu belum dikira graduan mereka yang semakin ramai lulus dari universiti dalam dan luar negara.
Benar, masih ramai di antara mereka yang berada di garis kemiskinan tetapi jumlahnya makin berkurangan dari tahun ke tahun.
Ini sesuatu yang patut dibanggakan!
Sebanarnya tidak ada sebab untuk kita tidak boleh berjaya, apatah lagi Islam merupakan agama yang memberi panduan dan galakkan untuk umatnya kaya dan cemerlang.
Dalam Islam, sememangnya umat Islam digalakkan mencari rezeki melalui cara berniaga.
Malahan telah dinyatakan dalam hadis bahawa sembilan daripada sepuluh sumber rezeki melalui perniagaan.

…kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat ) – Surah al-Jumaat, ayat 10.
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang sesorang mencari sebanyak mana pun dari nikmat Allah s. w. t khususnya dalam perniagaan tetapi seharusnya tidak mengabaikan suruhan-Nya.
Setiap manusia yang dilahirkan telah ditentukan rezeki masing-masing.
Jadi, melalui rezeki itulah pula kita sebagai manusia berusaha untuk mendapatkan rezeki. Telah diterangkan dalam hadis bahawa terdapat sepuluh sumber rezeki yang Allah turunkan, sembilan daripadanya ialah dari berniaga. Manakala satu bahagian yang selebihnya dari sumber yang lain.
Sebab itulah kita digalakkan berniaga.
Mudah-mudahan, apa yang dicapai oleh Lourdenadin, Ananda, Tony dan AK Nathan akan memberi inspirasi untuk orang kita lebih maju dalam semua bidang terutama dalam perniagaan seperti yang disebutkan tadi. InsyaAllah. lamankongsi


Jawapan bagi yang musykil ttg solat di mana mana..susulan dr program STREET DAKWAH di SOGO.
Berikut adalah jawapan dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre,moga bermanfaat
Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar?
Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau.
Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb?
Jawapan:
Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, “mungkin”, “rasanya”, “biasanya”, “pernah”, tidak menjadikan ia najis. Walau kita biasa melihat anjing menjilat di lopak air di depan rumah kita sebelum ini, namun kita tidak melihatnya pada lopak hari ini, maka lopak itu masih lagi suci. Syaitan akan suka membisikkan was-was pada kita kerana hendak kita meninggalkan solat atau merasakan solat ini sesuatu yang sangat susah. Street dakwah kali ini menceritakan betapa di mana jua kita boleh solat, selagi kita tak lihat ada najis di situ.
Bukan kena ada lapik ke?
Saya dihulurkan sejadah oleh beberapa sukarelawan Tautan Rahmat. Saya menolaknya. Mengapa? Kerana saya ingin menunjukkan, sejadah bukan syarat untuk solat. Tentu lebih baik solat dengan sejadah. Namun jangan sampai menjadikan ia satu kewajipan. Ingat kata kunci di sini, Street Dakwah!
Bagaimana nak berwudhuk? Boleh tayammum ke?
Kami tunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk berwudhuk dengan menggunakan tak sampai suku botol air mineral yang kecil. Berwudhuk juga boleh dibuat di mana-mana. Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat. Tayammum dibolehkan bila memang tiada air atau ada keuzuran.
Wanita boleh sertai?
Tentu sekali. Islam tak pernah mendiskriminasi wanita. Yang penting tutuplah aurat kalian bukan sahaja ketika masuk waktu solat, bahkan setiap ketika. Mudah saja nak solat, bila pakaian ketika keluar menutup aurat kita dengan sempurna.
-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre


Satu video muzik terbaharu penyanyi popular, Katy Perry mungkin dikeluarkan dari laman web perkongsian video, YouTube selepas seorang lelaki membantah tindakan seorang penari dalam video berkenaan yang memakai rantai mengandungi kalimah Allah, lapor akhbar MailOnline.

Shazad Iqbal yang berasal dari Bradford membuat satu petisyen di internet bagi mendesak YouTube mengeluarkan klip video berkenaan kerana ia menghina agama Islam.

Petisyen berkenaan kini ditandatangani hampir 40,000 pengguna internet dari seluruh dunia termasuk Australia, Arab Saudi, Pakistan dan Bangladesh.

Dalam klip video yang berjudul Dark Horse itu, Perry menjadi seorang puteri ketika zaman purba Mesir dan sedang memilih beberapa orang lelaki untuk menjadi pasangannya.

Dalam satu babak video muzik itu, seorang lelaki yang muncul dengan memakai rantai tertera kalimah Allah kemudiannya menjadi pasir kerana dia tidak memenuhi ciri-ciri untuk menjadi pasangan puteri tersebut.

"Video ini secara terang-terangan menghina Islam kerana Perry yang dilihat seperti seorang yang jahat memusnahkan seseorang yang memakai rantai tentera kalimah Allah," katanya. - Agensi


Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mengesahkan tidak akan menerima pelawaan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk bola sepak negara itu, 25 Mei ini.

Tunku Ismail, 29, yang ditemui berkata, beliau belum layak untuk memegang jawatan tertinggi itu sebaliknya lebih berminat memberi cadangan dan pandangan bagi meningkatkan mutu bola sepak negara. 

“Saya tidak layak. Saya masih belajar lagi, macam mana hendak mentadbir persatuan bola sepak negara. Saya rasa masa dan pengorbanan saya lebih kepada Johor. 

“Kenapa saya kata saya tak layak jadi presiden atau memegang apa jua jawatan dalam FAM, kerana saya tahu saya akan melebihkan Johor. Orang yang menjadi Presiden FAM kena berlaku adil kepada semua persatuan bola sepak negeri atau kelab.

“Saya rasa saya tidak akan adil. Saya mengaku saya tidak adil kerana akan melebihkan Johor, justeru saya tak layak jadi Presiden FAM,” kata Tunku Ismail.


Cinta yang mendalam terhadap kekasih ‘Awang Hitam’ membuatkan seorang wanita tempatan meraung dan memeluk kekasihnya itu ketika disoal siasat polis selepas mereka ditahan dalam Op Tiong di sekitar kawasan kondominium, di Taman Kosas, di sini awal pagi semalam.

Wanita terbabit ditahan bersama 40 warga Afrika berusia 30 hingga 40 tahun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan imigresen.

Wanita itu dipercayai dipergunakan kekasihnya untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan dia terjebak.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, operasi bermula jam 1.30 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurutnya, operasi bersepadu ini dilancarkan bagi membendung kes jenayah komersil membabitkan warga asing terutama warga Afrika yang terbabit dalam kes tipu parcel, pemalsuan dokumen, penggubalan wang haram, penipuan perniagaan yang tidak wujud dan lain-lain lagi

Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

Aishah, 14, (kiri) dan Ammar bersalam dengan ibu saudara mereka Norshalena Norshal (kanan) ketika hari pertama memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala di Kota Baharu.- foto BERNAMA
"Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya," kata Aishah.

Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.

Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.

Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah.

"Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50.

"Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal," kata Aishah.

Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa 'marah dan sedih', sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden.

Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan.


Phnom Penh: Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu.

Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean.

Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur  seorang remaja perempuan.  

Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu.    Chin memberitahu polis,  dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu.

Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu. 

“Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur  kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit,” kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh.  “Kami tidak pasti  sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup,” katanya. - Agensi

Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.

Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.

"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.

Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah

Rumah yang menjadi lokasi kes bunuh


"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.

Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian. - Harian Metro


Ketua kartel dadah yang paling berkuasa di dunia, Joaquin 'El Chapo' Guzman (gambar) ditahan dalam satu serbuan terancang oleh anggota marin Mexico di sebuah apartmen tepi pantai di bandar Mazatlan.

Guzman, 56, yang melarikan diri dari pihak berkuasa sejak 12 tahun lalu ditahan pada pukul 6.40 pagi waktu tempatan bersama seorang wanita dan dua pengawal peribadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang tembakan dilepaskan dalam serbuan tersebut.

Dia sebelum ini dianggap legenda dunia penjenayah kerana berjaya melarikan diri dari penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling ketat di Mexico dengan bersembunyi dalam sebuah lori dobi pada tahun 2011.

Pihak berkuasa menganggap beliau sebagai pengedar dadah paling berkuasa dan bertanggungjawab membekalkan dadah untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara di seluruh dunia.

Sindiket pengedaran dadah yang diketuai Guzman dipercayai menjana keuntungan lebih AS$3 bilion (RM9.8 bilion) setahun dan lelaki itu beberapa kali disenarai sebagai individu paling kaya di dunia oleh majalah Forbes.

Guzman atau lebih dikenali sebagai Shorty dikehendaki oleh beberapa negara dan kerajaan AS menawarkan ganjaran sebanyak AS$5 juta (RM16.4 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan lelaki itu. - Agensi


Seramai 1,000 penunjuk perasaan berhimpun di kota raya terbesar Brazil di sini kerana membantah tindakan kerajaan berbelanja sehingga berbilion-bilion dolar bagi mengendali temasya bola sepak Piala Dunia tahun ini.

Mereka berang perbelanjaan besar itu dilakukan ketika sistem pengangkutan awam di Brazil berada dalam keadaan daif sekali gus disifatkan sebagai satu pembaziran.

Bantahan tersebut bermula secara aman tetapi sebilangan samseng kemudian mula bertindak ganas dengan merosakkan beberapa buah bank dan bertempur dengan polis.

Anggota-anggota keselamatan menggunakan gas pemedih mata dan grenad rencatan untuk menyuraikan mereka.

Sebilangan penunjuk perasaan turut ditangkap. Protes kelmarin itu adalah yang terbaharu di Brazil sejak Jun lalu.

Setakat ini sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam beberapa protes serupa di negara itu. - AFP


Kuala Krai : Dua beradik berpakaian sekolah maut akibat dirempuh kereta semasa melintas jalan dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi, kemalangan di Kampung Laloh Kuala Krai.

Kedua-dua pelajar wanita sekolah menengah itu maut di tempat kejadian akibat rempuhan kuat dan kecederaan yang parah di kepala, mayat kedua mangsa di hantar ke Hospital Kuala Krai untuk tindakan lanjut.



Salam takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat, semoga kedua-dua beradik itu dicucuri rahmat Amin, Al-fatihah.

Kecoh sebelum ini menerusi akhbar tempatan yang mendakwa dua orang pelawak terkenal tanah air iaitu Shahrol Shiro dan Jep Sepahtu dikatakan bergaduh dan tidak ‘sebulu’ akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka berdua.
Apa yang menjadi tanda tanya adalah kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh dua orang pelawak ini sehingga mencetuskan kekeliruan peminat-peminat mereka di mana Shahrol mengakui kecewa dengan Jep yang menunjukkan sikap dingin terhadap dirinya.
Namun menerusi laporan media baru-baru ini, Jep pula menafikan bergaduh dengan Shahrol dan menganggap bahawa dakwaan Shahrol tidak berasas dan tidak ada apa-apa masalah dengan Shahrol.
Bercakap kepada Astro Gempak, Ajak yang juga salah seorang teman rapat Shahrol tidak menafikan atau mengiyakan kes pergaduhan yang berlaku antara Shahrol dan Jep sebelum ini.
“Sejujurnya saya  tidak mahu dan tidak berani untuk beri sebarang komen tentang perkara ini. Tetapi sekiranya, sekali lagi saya ulang sekiranya Shahrol dan Jep bergaduh diharapkan ianya tidak berpanjangan.
“Pergaduhan antara mereka berdua  ini saya tidak mahu menafikan mahupun mengiyakan. Mungkin saya sendiri terlepas pandang tentang perkara ini. Contoh terdekat, ketika program MLM 2013 saya tidak nafikan kami para peserta sedikit tertekan kerana risau fikir pasal persiapan persembahan untuk gelanggang akhir. Mungkin dari situ muka nampak tak ceria dan buat rakan-rakan lain rasa berkecil atau terasa hati,”  jelas Ajak ketika dihubungi.
Ajak Tidak Mahu Menafikan Atau Mengiyakan Kes Perang Dingin Shahrol dan Jep 
Tambah Ajak lagi, dia sendiri tidak mahu perkara seperti ini berpanjangan sekiranya benar ada sedikit perselisihan faham antara Shahrol dan Jep seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.
“Kalau betul ada perselisihan faham antara mereka harap kedua-duanya dapat berdamai secepat mungkin sebab saya takkan perkara ini seperti menjejaskan perhubungan mereka berdua. Sebab Shahrol dan Jep sebelum ini sangat rapat dan kami mewakili pelawak kelahiran negeri Johor.
“Kami berada di bawah satu bumbung, jadi tak mahu disebabkan perkara seperti ini akan jejaskan perhubungan yang terjalin erat sejak dahulu lagi. Tapi saya percaya mereka akan berdamai dan tidak timbul isu untuk bermusuhan sampai bila-bila,” ujar Ajak mengakhiri perbualan. astrogempak



Respon Sharnaaz isu serang Lisdawati, ugut Fauzi Nawawi - Serentak dengan kontroversi yang kini sedang melanda Hanez Suraya, Sharnaaz Ahmad pula dikaitkan dengan pasangan suami isteri Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

Aktor kacak itu didakwa cuba menyerang Lisdawati dan menghantar SMS berbaur ugutan kepada Fauzi Nawawi di dua lokasi berasingan iaitu di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Punca Sharnaaz bertindak sedemikian tidak diketahui sesiapa termasuk Lisdawati. Laporan polis telah dibuat dan kita tunggu sahaja sebarang maklumat hasil siasatan pihak polis.

Sharnaaz Ahmad yang dihubungi Harian Metro pula bagaimanapun enggan memberikan ulasan lanjut tentang kejadian itu dan mendakwa punca salah faham itu hanya kecil tetapi diperbesarkan oleh pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

“Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka. Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media.”

“Biarlah mereka memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut memohon maaf.”


Di tempat nombor 1 untuk cabai/lada terpedas di dunia ialah Moruga Scorpion dengan tingkat SHU sebanyak 2,009,231 dalam skala scoville. Walaupun terkenal akan pedasnya cabai ini, namun ia memiliki rasa yang seperti buah, sehingga ketika anda memakannya maka akan terasa kombinasi antara manis dan pedas. Dikatakan hanya satu gigitan saja dapat membakar lidah kerana kepedasannya - posted@malaysiasensasi.net


Pengarah filem Aku Akan Muncul iaitu Roy Krishnan berkata, dia dan kru produksi diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran filem tersebut di sebuah hutan di Kota Tinggi, Johor pada Oktober 2012.

Roy berkata, atas faktor keselamatan, pihak produksi telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memanggil seorang ustaz untuk menghalau makhluk-makhluk halus itu agar penggambaran dapat dijalankan dengan lancar.

Tambah Roy, dia juga bersyukur walaupun melihat kelibat makhluk tersebut, namun pelakon-pelakon yang terlibat tidak diganggu termasuklah dirasuk ataupun mengalami histeria.

Selain Julia Ziegler, filem seram terbitan RM Vision Film Production Sdn. Bhd itu turut dibarisi pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Mutalib (Allahtyarham), Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Noor Akma, Zaibo dan Musly Ramly.

Barisan pelakon-pelakon baharu pula terdiri daripada Abam (Bochey), Syafiq, Megat Samsuddin, Alfie, Firah, Shairah dan Azura.

Ia mengisahkan tentang Kesuma (Julia) yang memiliki raut wajah yang cantik, tetapi gemar membandingkan kecantikannya itu dengan rakannya Mawar sehingga membuatkan rakan-rakannya yang lain seperti bosan dengan tingkah lakunya.

Bagaimanapun, kecantikan yang dimiliki Kesuma tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan kemalangan ketika mencari inai.

Akibatnya, wajah Kesuma telah menjadi buruk dan untuk memulihkan wajahnya itu, Kesuma meminta bantuan Mak Yam (Maimon) yang cukup terkenal sebagai seorang dukun yang hebat.

Dalam pada itu Beritahu Roy, karyanya akan dilihat berbeza berbanding filem lain di mana kesemua babak yang melibatkan hantu telah disunting dalam bentuk teknik pengimejan berkomputer (CGI) oleh pakar penyunting di India.


Kerja penggalian 11 kubur di pekarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, dekat sini, semalam, menemui serban dan kopiah putih dalam keadaan masih elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu.

Kecuali kopiah yang hanya terkoyak sedikit di bahagian atas, serban itu masih tidak terjejas dan melilit dalam bentuk asal.

Penemuan itu terhasil apabila Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib memantau kerja penggalian semula kubur berkenaan untuk dikebumikan di tanah perkuburan lain di dalam masjid berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pembesarannya.

Serban dan kopiah itu milik Allahyarham Shamsudin Abas yang meninggal dunia ketika berusia lebih 80 tahun pada 1992 dan dikebumikan di masjid itu yang dibina pada 1942.

Cucu ketujuhnya, Rohana Shamsudin, 48, berkata, arwah datuknya dikebumikan bersama serban dan kopiah selepas sakit tua selama dua bulan.


Kuala Lumpur: “Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.”

Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta. 

Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran.

Pelawak Abam (Bocey) memberitahu ada beberapa pihak meminta dia menguruskan badan sebagai langkah untuk kekal lama dalam industri hiburan tempatan.


Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, bagaimanapun berkata, dia enggan berbuat demikian kerana menganggap tubuh badannya yang besar itu telah memberi rezeki dalam kerjayanya sebagai seorang pelawak.

Abam bagaimanapun tidak bersedia berkongsi berapakah berat badannya sekarang.

Dalam pada itu tambah Abam, dia juga tidak sangka, sejak memenangi tempat ketiga Maharaja Lawak Mega (MLM) terbitan Astro Warna, dia bersama ahli-ahli kumpulannya iaitu Acey dan Fard tidak putus-putus menerima tawaran lakonan.

Malah, dia dan ahli-ahli Bocey juga telah berbincang tidak akan menyekat rezeki anggota kumpulannya yang lain jika salah seorang daripada mereka sahaja menerima tawaran berlakon.

Dalam perkembangan lain, lakonan Abam juga dapat ditonton menerusi filem terbaharu arahan Roy Krishnan iaitu Aku Akan Muncul, yang akan ditayangkan pada 27 Februari ini.

Antara pelakon-pelakon lain yang terlibat ialah Julia Ziegler, Datuk Jalaluddin Hassan dan Liza Abdullah.


Di Arab Saudi, gara-gara menumbuk muka ibu sendiri hingga patah gigi, seorang lelaki di Saudi dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan 2,400 sebatan.

Dipetik DailyMail, mahkamah turut mengarahkan gigi tertuduh yang berumur 30-an dipatahkan sama seperti yang dilakukan ke atas ibunya.

Hakim Turki Al Qarni membuat keputusan itu selepas laporan perubatan menunjukkan lelaki tersebut tidak mengalami masalah mental atau berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika mencederakan ibunya.

gambar hiasan


Seorang lelaki India, Bunty Sharma menikam mati isterinya yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS), Erin W. Willinger di Agra,

Selepas membunuh Willinger, Sharma yang merupakan pemandu teksi motosikal beroda tiga kemudian membunuh diri apabila sebuah tong gas meletup di rumahnya.

Ketua Polis Agra, Shalabh Mathur berkata, mayat Willinger ditemui di sebuah lokasi di bandar Agra pada Khamis lalu.

Willinger, 35, dan Sharma, 32, berkenalan pada tahun lalu apabila warga AS itu melawat Taj Mahal dengan rakan-rakannya di Agra.

Menurut polis, kedua-dua mereka kemudian jatuh cinta sebelum melangsungkan perkahwinan pada Oktober tahun lalu.

Willinger menggunakan nama India, Kiran Sharma selepas berkahwin. Willinger bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk mempromosikan industri pelancongan di Agra.

Polis menyatakan, pasangan itu kemudian berpisah selepas mereka kerap bergaduh.

Menurut laporan berita Indian Express, Sharma menuduh Willinger terlalu banyak menghisap rokok, bercakap dengan beberapa lelaki lain dan tidak tinggal di rumah.

"Kedua-dua mereka cuba untuk menyelesaikan perbalahan dan telah menemui seorang kaunselor perkahwinan," kata Mathur.

Pada malam Khamis lalu, Sharma membawa isterinya itu keluar ke Agra dengan menaiki teksinya sebelum menikam dan membuang mayatnya di tepi sebatang jalan raya. - Agensi


Selepas lima kurun tenggelam di Selat Melaka dekat Aceh, Indonesia, kapal dagang Flor de la Mar yang mengandungi khazanah dianggarkan AS$2 bilion (RM6.58 bilion) kini menjadi buruan pencari harta karun.

Kapal tersebut dipercayai tenggelam ketika membawa khazanah yang dirampas daripada Kesultanan Melaka yang jatuh ke tangan penjajah itu pada tahun 1511.

Khazanah tersebut meliputi 22 peti wang emas dan perak, dua patung monyet emas bertatah batu permata yang dihadiahkan oleh kerajaan Thai kepada Melaka serta pelbagai manuskrip.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan bagi mengetuai eksplorasi untuk mencari harta karun itu.

Beliau berkata, projek pengapungan kapal dagang Portugis itu akan menelan belanja AS$30 juta (RM98.7 juta).

Katanya, ia akan dilakukan secara bersama oleh tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Portugal dan perkara itu telah diusulkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.


Pihak pentadbiran bandar raya New York menyatakan ia akan membayar sebanyak AS$6.4 juta (RM21.16 juta) kepada seorang lelaki, David Ranta yang dipenjarakan selama 23 tahun kerana kesalahan yang tidak dilakukannya.

Ranta dibebaskan pada tahun lalu selepas dia dipenjarakan pada tahun 1990 kerana membunuh seorang pemimpin agama Yahudi, Rabbi Chaskel Werzberger.

Werzberger mati ditembak dalam satu kejadian rompakan di sebuah kedai barangan kemas.

Dalam perbicaraan Ranta, beberapa saksi dipercayai ditekan oleh Detektif Louis Scarcella ketika memberikan keterangan yang menyebabkan Ranta menerima hukuman penjara berhubung kejadian itu. - AFP


Niat baik seorang wanita Sharon Smith dan pasangan Guy Earwaker membenarkan jirannya menumpang tidur di rumah mereka berakhir dengan tragedi buruk apabila anak lelakinya Riley

Turner, 4, maut selepas ditikam lebih 30 kali. Sharon membenarkan Anwar Daniel Rosser, yang mempunyai masalah mental tidur di rumahnya kerana menganggap lelaki itu tidak berbahaya selain berasa kasihan selepas dia diugut akan dipukul.

Pada kejadian tengah malam itu, suspek berusia 33 tahun menyelinap ke tingkat atas membawa empat bilah pisau bertindak menikam Riley hingga mati. Dia kemudiannya merangkak ke bilik Sharon yang terletak di sebelah bilik anaknya.

Keesokan harinya, Sharon terkejut apabila mendapati suspek tidur di lantai bersebelahannya.

Manakala, Earwaker menemui kanak-kanak malang itu berlumuran darah di atas katil dengan keadaan leher dikelar.

“Saya berharap untuk berkata 'tidak' ketika dia minta kebenaran untuk menumpang tidur pada malam itu. Dia memberitahu ada orang ingin memukulnya dan saya percaya kerana tidak ingin dia dipukul. Tetapi saya tidak tahu dia sebenarnya ada membawa pisau dan berniat untuk mencederakan kami.

“Saya berasa bersalah kerana disebabkan niat baik ingin membantu orang lain, ia mengorbankan nyawa anak saya dan saya kesal kerana dia terpaksa melalui semua ini,” katanya menurut laporan Mail Online.

Sharon berkata, dia seolah-olah serik untuk berbuat baik dengan orang lain kerana perasaan bersalah itu menghantuinya setiap hari.

Malah, dia juga menyifatkan tindakan suspek sebagai tidak boleh dimaafkan kerana telah memusnahkan hidupnya sekeluarga.

Anwar, seorang bekas tentera mengaku bersalah kerana membunuh di Bradford Crown Court.