Koleksi Sensasi



Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.


Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.

Al-Fatihah.

BAGAIMANA wajah Kuala Lumpur 100 tahun lalu? Siapa yang membuka, menghuni dan menyemarakkan kota itu pada akhir abad ke-19? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisihkan sumbangan besar Haji Abdullah Hukum, pedagang dari Kerinchi, Sumatera yang turut menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur bermula 1850-an.

Abdullah Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun, ketika itu berusia 15 tahun berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street.

Ketika itu, Kuala Lumpur mempunyai dua lorong saja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) dahulunya adalah tempat sekumpulan ceti beroperasi dan di situ juga ada sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Rumah kedai pada masa itu berbumbung atap bertam dan berdinding buluh, manakala peniaga di situ kebanyakannya menjual kain dan makanan, semuanya orang Melayu berketurunan Rawa dan Mendahiling. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah di antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah pada masa itu ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.

Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).

Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.

Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).

Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.

Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ, Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsa,sempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Bangsa kemudian bertukar menjadi Bangsar.

Apabila meletus peperangan Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad memanggil Abdullah Hukum untuk membantu melawan musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Dagang sebagai panglima perang.

Sebagai menghormati jasa dan bakti Datuk Dagang, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Datuk Dagang dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Datuk Dagang menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.


Seorang wanita terkejut besar apabila mendapati seekor ular mematuk payudaranya ketika baru bangun tidur.

Caroline Griffin, 49 berkata dia dipatuk ketika cuba menghalau reptilia berkenaan dari katilnya 

“Saya bimbang ular itu berbisa dan saya mungkin mati,” katanya. 

Ibu empat anak itu mendapati ular sepanjang 1.2 meter dari jenis California kingsnake berada di dadanya sebaik menurunkan selimut.

“Pada mulanya saya menyangka anak saya mahu mengenakan saya, tetapi saya mula ketakutan apabila melihat reptilia itu bergerak.

“Saya menjerit sekuat hati dan ular itu terus mematuk payudara saya,” katanya. - AFP


Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan filem epik Hollywood yang mengisahkan kehidupan Nabi Nuh (AS) dengan alasan ia bercanggah dengan ajaran Islam.

“Islam melarang segala bentuk penggambaran fizikal rasul, nabi, rasul dan sahabat Rasulullah (SAW),” menurut kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.


Fatwa itu juga menyebut, filem sedemikian menyentuh sensitiviti umat Islam dan melanggar ajaran Islam.

Filem lakonan Russel Crowe yang memegang watak Nabi Nuh (AS) itu menelan belanja sebanyak £75 juta (RM 412 juta), turut diharamkan oleh tiga negara Arab.

Filem kontroversi itu tidak akan ditayangkan di Qatar, Bahrain atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain dijangka turut mengharamkannya.

“Lembaga penapisan filem Qatar, Bahrain dan UAE mengesahkan pengharaman tayangan filem “Noah” di negara mereka melalui pengumuman rasmi yang dibuat minggu ini,” kata jurucakap Paramount Picture.

“Kenyataan rasmi mengenai pengharaman itu dibuat kerana filem berkenaan bertentangan dengan Islam. Kami menjangka tindakan serupa akan akan dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir, Jordan dan Kuwait,” katanya.

Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Islam melarang bentuk fizikal nabi dan rasul digambarkan secara jelas.

Tindakan menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) secara fizikal di Eropah dan Amerika Utara sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan di negara Islam.

Ia turut meningkatkan ketegangan antara negara barat dan dunia Islam.

Surah Nuh di dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan daripada banjir besar namun ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati.

Kisah Nabi Nuh (AS) juga diceritakan di dalam Injil.- AFP


Angkara protes melampau Ultras Malaya, skuad kebangsaan kemungkinan terpaksa beraksi di stadium kosong atau di gelanggang berkecuali selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengeluarkan surat pertuduhan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Jumaat lalu.

Menerusi surat pertuduhan itu AFC mendakwa FAM di bawah Artikel 65, 66, dan 67 kerana gagal menyediakan keselamatan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dengan Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 1 Mac lalu selepas Ultras Malaya bertindak membakar suar dan mercun serta membaling bom asap ke dalam padang.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, selepas menerima surat pertuduhan daripada AFC, mereka perlu menjawab segala pertuduhan itu selewat-lewatnya hari ini.

“AFC menghantar surat pertuduhan Jumaat lalu. Surat pertuduhan itu dikeluarkan berdasarkan laporan Komisioner Perlawanan di bawah Artikel 65, 66, dan 67 membabitkan keselamatan perlawanan dan keganasan penyokong.

“Pertuduhan itu dibuat atas tindakan penyokong membakar suar, mercun dan membaling bom asap sehingga menyebabkan perlawanan dihentikan. Jadi kami perlu menjawab segala pertuduhan ini esok (hari ini) atau meminta penangguhan bagi menyediakan penjelasan kepada AFC,” katanya ketika dihubungi semalam.


Seorang lelaki, Yasuo Takamatsu tidak berputus asa menyelam untuk mencari isterinya yang hilang selepas ombak besar tsunami melanda Jepun tiga tahun lalu.

"Isteri saya lemah-lembut dan baik," kata Takamatsu.

"Dia sentiasa berada di sisi saya baik secara fizikal atau mental. Saya masih merinduinya," tambah lelaki berusia 57 tahun itu.

Bekerja sebagai seorang pemandu bas, Takamatsu tiada pengalaman menyelam sebelum ini tetapi dia mempelajarinya demi mencari mayat isteri yang dikasihi, Yuko.

Lelaki tersebut masih tidak dapat melupakan saat Yuko kali terakhir menghubunginya sebelum hilang dibawa tsunami setinggi 20 meter.

Dalam mesej pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada pukul 3.21 petang (waktu tempatan) itu Yuko memberitahu: "Saya mahu pulang."

Mesej tersebut dihantar setengah jam selepas gempa bumi kuat bawah laut melanda Jepun pada 11 Mac, 2011 yang diikuti dengan tsunami yang bergerak ke pantai Jepun.

"Itulah pesanan terakhir daripada isteri saya," kata Yuko.

"Saya sedih mengenangkan dia masih di luar sana (laut). Saya mahu membawanya pulang secepat mungkin," tambahnya.

Secara rasmi, lebih 15,800 orang terbunuh dalam bencana tersebut dengan sekitar 2,636 mangsa disenaraikan sebagai masih hilang.

Dalam usaha mencari isterinya, Takamatsu dibantu oleh seorang juruselam berpengalaman, Masayoshi Takahashi. yang mengajarnya cara untuk menyelam.

Menurut Takahashi, dia gembira dapat membantu pelajarnya itu dan akan mengajar Takamatsu untuk menyelam dengan selamat.

"Menyelam untuk mencari sesuatu tidak sama dengan selaman santai kerana anda berisiko untuk terperangkap dalam serpihan hanyut dan bangkai kapal," katanya.

"Saya mahu dia boleh bertenang dan memeriksa dengan teliti di dalam laut. Dia tahu apa yang dicari," tambah juruselam tersebut.

Takamatsu juga sedar bahawa peluang untuk menemui Yuko adalah tipis.

Selepas tiga tahun isterinya hilang, arus laut telah menghanyutkan apa sahaja ke serata Lautan Pasifik dengan banyak serpihan dan mayat tenggelam di dasar laut.

"Namun, saya tidak boleh berputus asa. Saya mesti terus mencari isteri saya" kata Takamatsu. - AFP


Seorang lelaki yang taasub dengan watak Batman ditahan selepas mencuri kostum watak fantasi berkenaan di sebuah kedai di Australia.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, lelaki itu dilihat masuk ke kedai barangan terpakai di New South Wales dengan hanya memakai seluar dalam wanita.

Dia kemudian mengambil kostum Batman dan memakainya sebelum meninggalkan kedai berkenaan.

Selepas memakai kostum itu, dia tidak pergi “membanteras jenayah” seperti kebiasaan watak Batman, sebaliknya mundar-mandir di sekitar kedai dan tindakannya itu dirakam kamera pengawasan kedai itu.

Pemilik kedai itu, Michelle Rowe berkata, kejadian berkenaan memang unik.

“Selalunya seseorang yang ingin merompak sekurang-kurangnya berpakaian lengkap, tetapi ini agak pelik.

“Dia masuk ke kedai dengan memakai ‘G-String’ semata-mata,” katanya.

Lelaki itu juga turut mengambil patung mainan adiwira berkenaan dan akan dibicarakan di mahkamah dalam minggu ini.- Agensi


Taiping: Seramai 114 orang termasuk lapan warga asing yang dipercayai pengikut ajaran Syiah, ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau, berhampiran sempadan Gerik, di sini, ketika meraikan satu majlis malam kelmarin.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 10 malam itu, seramai 54 lelaki, 28 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tujuh hingga 70 tahun ditahan.

Operasi besar-besaran itu membabitkan 150 pegawai dan anggota polis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan lokasi rumah itu terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama sempadan Gerik dan Selama, di sini.

Ketua Polis Daerah Selama Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kegiatan meragukan kumpulan terbabit terbongkar selepas seorang pengikutnya memaklumkan kepada polis berhubung aktiviti yang diadakan di sebuah rumah penduduk di kawasan berkenaan dan meminta pihak JAIPk supaya tidak mengganggu aktiviti yang mereka jalankan.

“Susulan daripada laporan yang meragukan, polis kemudian menjalankan siasatan terperinci bersama JAIPk dan memantau aktiviti yang dilakukan kumpulan terbabit sebelum melakukan serbuan.

KAPTEN Chelsea, John Terry mengakui masanya bersama England telah berlalu dan dia sudahpun menerima hakikat tersebut.
Dia menekankan karier bersama England sudah tiada dan menolak kemungkinan untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan itu.
Bekas kapten The Three Lions ini bersara dari aksi antarabangsa selepas Euro 2012 dan sejak itu dia tidak lagi bersama skuad bimbingan Roy Hodgson ini.
Bagaimana pun, ada khabar angin mengatakan dia akan dipanggil bagi menyertai skuad England ke Piala Dunia di Brazil Jun ini.
"Masa saya sudah berlalu. Sekarang masa untuk Gary Cahill dan pemain-pemain muda yang lain untuk membawa nama England," jelasnya.


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merampas gelaran juara All England 2014 selepas membenam musuh tradisinya Chen Long dari China pada final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal pagi Isnin waktu tempatan.

Pemain nombor satu dunia itu bermula garang dengan menewaskan Chen Long pada set pertama dengan 21-13. Pada set kedua Chen Long menunjukkan aksi agresif dengan memberikan tentangan sengit menerusi turutan mata yang hampir sama.

Namun ketenangan Chong Wei mengawal emosi di gelanggang serta mempelbagaikan teknik permainan membawa kejayaan dengan menyingkirkan Chen Long, 21-18 pada set kedua itu dalam masa 59 minit. 

Chong Wei pernah meraih kejuaraan itu pada tahun 2010 dan 2011. Kemudian Lin Dan dari China meraih kejuaraan tersebut pada tahun 2012 dan Chen Long pada tahun 2013.

Kemenangan kali ketiga Chong Wei dalam All England itu dimeriahkan dengan sokongan padu penonton Malaysia yang berada di sana. Perlawanan itu turut bersiaran langsung di televisyen satelit.

Sementara itu, juara All England bagi beregu lelaki dimenangi gandingan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia selepas menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dengan 21-19 dan 21-19.

Acara perseorangan wanita pula dimenangi Wang Shixian dari China yang mengenepikan rakan sepasukannya Li Xuerui dengan straight set 21-19 dan 21-18.

China turut mendominasi acara beregu wanita menerusi Wang Xiaoli-Yu Yang selepas menewaskan beregu sepasukan mereka Ma Jin-Tang Yuanting, 21-17, 18-21 dan 23-21 dalam masa sejam 21 minit.

BUTTERWORTH – Gara-gara gagal mengawal kemarahan terhadap ibu selepas bertengkar, seorang anak nekad merempuh ibunya hingga mati dalam kejadian di Taman Bunga Raya, Jalan Raja Uda di sini.

Dalam kejadian jam 7.10 petang itu, mangsa, Tan Ng Choun, 57, maut selepas cedera parah akibat tersepit di pagar konkrit kerana dirempuh kereta dipandu anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa yang berjarak lebih kurang 50 meter dari rumah anaknya.

“Mangsa sebelum itu mengunjungi rumah anak lelakinya yang berusia 27 tahun yang terletak berdekatan untuk menyelesaikan masalah keluarga mereka membabitkan teman lelaki ibunya.
“Namun selepas gagal mencapai jalan penyelesaian, mangsa pulang ke rumahnya menunggang motosikal sambil diekori anak lelakinya yang memandu kereta,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik menghampiri pintu pagar rumah, anak lelakinya bertindak merempuh ibunya yang berada di atas motosikal menyebabkan mangsa tersepit.

“Rempuhan kuat itu bukan sahaja menyebabkan dia mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian tetapi turut menyebabkan pagar konkrit di rumahnya runtuh.

“Beberapa jiran yang terkejut melihat kejadian itu kemudiannya cuba membantu mangsa sebelum mereka bertindak menghubungi polis kemudiannya,” katanya.

Abdul Rahman berkata, punca pergaduhan dua beranak itu besar kemungkinan disebabkan oleh tidak puas hati anak mangsa terhadap teman lelaki ibunya.

“Sejak kematian suaminya, mangsa menjalin hubungan dengan seorang lelaki tetapi tidak disenangi oleh anak lelakinya itu.

“Mereka dikatakan sering bergaduh berkaitan masalah berkenaan, bagaimanapun polis perlu melakukan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, suspek ditahan di lokasi kejadian dan kini direman selama seminggu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Seberang Jaya sejurus selepas itu.


Karpal Singh, peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat, ketua pembangkang itu tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

"Berikutan sabitan kesalahan beliau hari ini, Anwar tidak boleh memfailkan kertas pencalonan untuk pilihan raya kecil Kajang pada 11 Mac (Selasa), " katanya kepada pemberita di mahkamah pada Jumaat.

Anwar dikenakan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan hari ini setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lepas.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim dalam pendengaran rayuan pihak pendakwaan, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000, yang perlu dijelaskan sebelum pukul 11 pagi Isnin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata panel itu sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan terkhilaf dalam penemuannya bahawa sampel DNA digunakan dalam kes berkenaan, telah dicemar.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful (ketika itu berusia 23 tahun), di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 28 Jan tahun ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Anwar sebagai calon pakatan pembangkang untuk pilihan raya kecil Kajang setelah anggota dewan undangan negeri kawasan itu daripada PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi berkenaan sehari sebelumnya.

Karpal Singh berkata mengikut Akta Pertubuhan, Anwar yang merupakan penasihat PKR, juga tidak boleh bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei ini.

Katanya pihak pembelaan akan memfailkan rayuan Isnin ini selepas semua urusan ikat jamin selesai.

Beliau berkata mereka mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan notis rayuan.

Sementara itu, ketika menyuarakan pendapat serupa, peguam R. Sivarasa berkata Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Anwar, yang disabitkan kesalahan, bertanding pada pilihan raya kecil itu dan tidak boleh mengemukakan kertas pencalonan Selasa ini. - BERNAMA


Bukan cerita terkini, namun ada baiknya saya siarkan untuk dijadikan iktibar. Menurut sumber artikel ini, seorang pelajar lelaki sekolah menengah dan pasangannya yang masih bersekolah rendah ditangkap khalwat di tandas sebuah sekolah di  Panton Labu, Aceh Utara.

Menurut sumber berita, kedua-duanya dikatakan sering melakukan hubungan kelamin sehinggalah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung. Selepas ditangkap, pelajar lelaki itu bersedia untuk bernikah dengan pasangannya sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah itu. 

Namun, sebelum itu, penduduk Desa Meunasah Manyang, Kecamatan Ingin Jaya, Aceh Besar telah memandikan pasangan itu dengan air longkang. Selesai dimandikan, kedua-duanya telah diarak dari sekolah ke Desa Meunasah Kota Pantonlabu. 

Tidak dinyatakan secara jelas sama ada remaja ini dikahwinkan sejurus selepas itu atau perbuatan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa.

P/s: Kalau di Malaysia, orang kampung buat begini, saya jamin, pertama: mereka akan diserang oleh kaum kerabat pasangan yang ditangkap khalwat itu, kedua: mungkin ada menteri dan NGO akan membidas/mengutuk tindakan itu, anda mungkin dapat meneka NGO dan menteri itu, ketiga: tidak mustahil orang yang memandikan pasangan itu akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan pelik! Saya berkata demikian kerana banyak ibu bapa menyerang cikgu di sekolah walaupun mereka mengetahui bahawa anak mereka berkelakuan macam syaitan!

Jangan pula kata saya anggap hukuman ini islamik, namun upacara memandikan dengan air longkang itu melambangkan betapa jijiknya perbuatan mereka.


INILAH satu fenomena keajaiban alam yang berlaku di bumi, yang masih menjadi misteri sejak ribuan tahun sehinggalah sekarang. Terletak di muara sungai Catatumbo berhampiran Tasik Maracaibo (Venezuela). 

Fenomena misteri itu adalah, berlakunya petir dan kilat sabung-menyabung yang sangat dahsyat dan bunyinya yang mengegarkan jantung sesiapa saja yang mendengar dan melihatnya. Fenomena inilah yang dinamakan 'Catatumbo Lightning'. Kejadian misteri ini berlaku setiap hari sejak ribuan tahun dahulu tanpa pernah berhenti sehingga sekarang.

Cuba anda bayangkan, petir tersebut menyambar selama 10 jam dalam sehari, dan petir tersebut menyambar sehingga 280 kali sambaran dalam satu jam. Boleh anda bayangkan berapa kali 'petir Catatumbo' menyambar dalam sehari !!

Dan yang lebih menakjubkan lagi, dalam satu tahun, petir ini menyambar sehingga 140 hingga 160 hari dari 365 hari dalam setahun. Dan petir tersebut kebanyakkannya menyambar dengan ketinggian 5 km. Subhanallah! Sungguh luar biasa sekali...

Sejak ribuan tahun para pelaut telah menggunakan 'Catatumbo Lightning' sebagai arah panduan agar mereka tidak tersesat di lautan. Kerana 'Catatumbo Lightning' boleh dilihat dari jarak sehingga 400km atau 250 batu jauhnya. 

Walaupun saintis telah membuat banyak kajian dan teori mengenai fenomena misteri ini, tetapi apa yang menyebabkannya terjadi begitu masih tidak dapat di rungkai sehingga kini.

Kawasan fenomena misteri itu akan diletakkan di bawah perlindungan UNESCO, kerana ia adalah satu fenomena yang luar biasa yang pernah berlaku di planet bumi.


KEJADIAN PETIR DAN GURUH ADA DI SEBUTKAN DIDALAM AL-QURAN:

Surah An Nur, Ayat 43:

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. 

Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Surah Ar Ra'd:

Adalah surah ke-13 dalam Al Qur'an dan terdiri atas 43 ayat. Surah ini dinamakan Ar Ra'd yang bererti guruh (petir) kerana dalam ayat 13 ini Allah berfirman yang ertinya "Dan guruh itu bertasbih sambil memuji-Nya", menunjukkan sifat kesucian dan kesempurnaan Allah SWT.

Dan lagi sesuai dengan sifat Al-Quran yang mengandungi ancaman dan harapan, maka demikian pulalah halnya bunyi guruh itu menimbulkan kecemasan dan harapan kepada manusia.

Isi yang terpenting dari surah ini ialah bahawa bimbingan Allah kepada makhluk-Nya bertalian erat dengan hukum sebab dan akibat. Bagi Allah SWT tidak ada pilih kasih dalam menetapkan hukuman. Balasan atau hukuman adalah akibat dan ketaatan atau keingkaran terhadap hukum Allah.


Los Angeles: Seorang bekas guru mengaku menutup mata dan memberi anak muridnya makan biskut disalut air maninya.

Mark Berndt, 62, mengaku bersalah terhadap 23 tuduhan yang dilakukan terhadap 30 anak muridnya di Sekolah Rendah Miramonte, Los Angeles. Dia mungkin dihukum penjara 25 tahun. 

Berndt dilapor menggelar tindakannya itu permainan merasa dan menawarkan biskut disalut air maninya kepada pelajar yang ditutup mata mereka. Sebelum membuat pengakuan, ibu mangsa membuat kenyataan di mahkamah mendakwa hidup anak perempuan mereka kini musnah. Menurut laporan, ada pelajar yang kini mengalami masalah pemakanan. 

Berndt akhirnya ditahan selepas juruteknik gambar kedai menjual ubat melihat gambar pelajar berusia lapan tahun ditutup mata. 

Polis kemudian menemui sudu plastik yang mengandungi air mani di kelas itu. 

Dia turut disyaki meletakkan lipas di muka pelajar yang ditutup mulutnya. 

Peguambela Manny Medrano memaklumkan kepada stesen televisyen KTLA 5, Berndt amat kesal dengan perbuatannya itu. 

Tertuduh mengajar di sekolah itu selama 30 tahun dan dipecat pada 2011 selepas dakwaan terhadapnya dibuat. Berndt ditahan pada Januari 2012.


Padah terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, nyawa seorang wanita berakhir dengan sebutir peluru menembusi kepala sebelum mayatnya ditinggalkan di sebuah ladang sawit di Sungai Pelek, Sepang.

Mayat wanita berusia 29 tahun yang lengkap berpakaiannamun ada kesan tembakan di kepala ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu jam 9 pagi Sabtu lalu, sebelum mereka memaklumkan kepada polis. 

Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan terbabit dengan sindiket pengedaran dadah. 

“Mangsa tinggal di Cheras bersama anaknya manakala suaminya tinggal berasingan kerana mereka di dalam proses bercerai.

“Mangsa tidak terbabit sepenuh masa dalam aktiviti pengedaran dadah, tetapi hanya mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupannya bersama anak kecil,” katanya.


Di Russia, seorang pemandu traktor yang mabuk secara tidak sengaja menyebabkan kepala tiga orang terputus selepas dia terbabas dan merempuh kenderaan dinaiki mereka

Jacob Gavrilov, 43, menunjukkan paras alkohol lima kali melebihi tahap dibenarkan manakala lampu kenderaannya tidak dinyalakan ketika kejadian. 

Akibatnya, Joseph Zhdanov, 32, isterinya Maria, 28, dan rakan mereka mati serta-merta dalam kejadian lewat malam di Irkutsk Oblast, selatan Russia itu. 

Akbat kejadian itu, tayar depan traktor berkenaan tercabut manakala kereta dinaiki mangsa terperosok di bawahnya mengakibatkan bumbung remuk teruk sehingga kepala ketiga-tiga mangsa putus.

Jurucakap polis Andrew Ankudinov berkata, Gavrilov yang tidak cedera cuba melarikan diri namun berjaya dikesan dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian. 


Montreal: Menteri Pertahanan Kanada semalam memohon maaf kepada ibu seorang askar yang menerima cek bernilai satu sen sebagai ‘bayaran pelepasan’ tiga tahun selepas anaknya membunuh diri.

Rob Nicholson menyalahkan kesilapan birokratik yang tidak sensitif mengakibatkan bayaran tidak munasabah itu dibuat kepada keluarga Justin Stark, 22. 

Stark membunuh diri pada 2011 selepas pulang daripada tugasan selama tujuh bulan di Afghanistan. 

“Saya akan mengambil langkah segera untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Perkara itu turut dikutuk ahli parlimen pembangkang, Wayne Marston.

“Cukuplah apa dilalui ibu Stark, memang kejadian ini tidak masuk akal langsung,” katanya. - AFP

Dipetik dari Metro.co.uk, seorang ayah menceritakan pengalamannya saat ia merasa malu melihat apa yang telah dilakukan oleh sang anak. Mengapa demikian?

Lelaki dariPhilipina ini menjelaskan bahawa sudah dua minggu, setiap hari anaknya membawa beg besar dan keluar dari rumah. Ia pergi ke luar bandar di sana entah untuk berbuat apa. Maka si ayah yang ingin tahu ini mengikuti anaknya.

Ternyata sampai di sana, ia terkejut melihat apa yang dilakukan oleh anaknya. Ternyata mereka disambut oleh beberapa ekor anjing yang kelihatan mempunyai penyakit kulit, kotor dan sakit. Dan  anaknya memberikannya makan. Jadi inilah yang dilakukan oleh anaknya beberapa hari terakhir.

Si ayah sedikit malu mengetahui kenyataan ini. "Aku malu mengatakan bahawa aku agak jijik. Namun anakku mengubah pandangan itu. Ia tak takut seperti aku. Padahal aku hampir ngeri melihat zombie kecil itu melakukan tos dengan anakku beberapa kali," ceritanya. 

Namun sang ayah kemudian merasa terharu dan bangga pada apa yang dilakukan anaknya. Sejak saat itu, dia bersedia membantu membelikan bekalan makanan yang diperlukan oleh anjing tersebut. Tindakan heroik anaknya menyelamatkan anjing itu, anak lelakinya berkata bahawa ia ingin membuka perlindungan haiwan sendiri. 

Dalam adat mereka , perkahwinan hantu sering dijalankan. Kita juga biasa melihat mereka menjalankan upacara hantu setiap tahun. Di China , orang sanggup menggali kubur dan mencuri mayat wanita dalam usaha mereka berkahwin dengan wanita tersebut. Akhirnya, dua orang perompak tertimbus dalam kubur tesebut. Makanya, tercapailah hasrat mereka untuk berkahwin dengan hantu atau mayat yang mereka gali. Selain itu juga, mereka  mengambil barang-barang berharga yang ditinggalkan bersama mayat.
Artikel yang berkaitan tercapai hasrat berkhawin dengan hantu:
Beijing: Dua perompak terperangkap dan mati lemas dalam sebuah kubur hingga menyebabkan tiga rakan mereka yang berkawal terpaksa menghubungi anggota polis untuk meminta bantuan. Kubur purba di Xi’an, wilayah Shaanxi itu dirompak lima lelaki pada awal pagi 10 Ogos lalu. Dua daripada perompak yang menggali lubang pada kubur berkenaan kemudian terperangkap.
Seorang daripada tiga rakan mereka yang ditugaskan untuk berkawal dapat melarikan diri, manakala dua lagi ditahan. Seorang perompak yang terperangkap ditemui mati manakala rakannya pula menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke hospital.
Polis masih memburu lelaki yang melarikan diri itu. Pada Mac lalu, empat lelaki didakwa di mahkamah Xi’an kerana menggali mayat wanita dalam usaha untuk menjalankan upacara “perkahwinan hantu”. – Agensi

  • Rahsia Murah Rezeki Amalan Guru Pondok
  • Belajar Rawatan Islam Dalam 4 Jam
  • Teknik Ampuh Menjemput Rezeki

  • Henan, China. Sejak tahun 1986, Yuan Lihai telah menerima lebih 100 foundlings [bayi yang ditinggalkan ]. Sebahagian dari mereka yang dah membesar telah berkahwin dan kerja telah meninggalkannya, dan masih terdapat 39 berada bersama beliau hingga hari ini, sebahagian dari kanak-kanak itu ada yang menderita sakit mental dan cacat. Yuan Lihai hanya menjual makanan ringan di jalanan untuk menyara hidup untuk dirinya kanak-kanak dan bayi, manakala suaminya yang menentang pengambilan pembuangan bayi telah berpisah dengan beliau.

    Bermula pada tahun 1987, Yuan Lihai telah mengambil kanak-kanak cacat atau berpenyakit, setelah menerima lebih 100 kanak-kanak dalam tempoh 25 tahun yang lalu, dengan beberapa orang kanak-kanak telah meninggal dunia akibat penyakit yang teruk dan rawatan perubatan yang tidak mencukupi.

    Yuan Lihai agak terkenal di sana, dengan orang-orang biasa, hospital, dan juga polis, perkhidmatan kecemasan, ramai di antara kanak-kanak tersebut telah dihantar kepadanya.

    Pada tahap tertentu, institusi kebajikan awam anak yatim telah menolak jenis "rumah anak yatim persendirian"  komplikasi antara moral, undang-undang, dan faedah / keuntungan menyebabkan peruntukan kepadanya tidak dapat dilaksanakan. 

    Hantu memecahkan kaca kereta berjaya dirakamkan kamera. Video ini dimuat naik pada 3 November 2013. Rakaman sepanjang 50 saat ini dimuat naik oleh Nguyen Adam .
    Video bertajuk “OMG: Ghostly Image Damages Car” ini merakam bentuk berwarna putih melalui  kawasan letak kereta.
    Softpedia, melaporkan jurucakap Jabatan Polis Hatford, Connecticut, Amerika Syarikat (AS), Leftenan Brian Foley berkata petugasnya menemui kaca kereta bertaburan di tanah bersebelahan kereta.
    Rakaman ini telah disaksikan polis tempatan. Polis menyatakan kemungkinan bentuk putih itu adalah angin yang bergerak disekitar kawasan letak kereta. Namun kemudian polis merasa keliru dengan penemuan cermin betaburan ditempat parking kenderaan.
    Lihat video di bawah
    dairishare


    Persiapan majlis resepsi anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq yang akan dilakukan secara serentak pada 18 April depan berjalan lancar dan hampir selesai.

    Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, kad undangan akan mula diedarkan dalam tempoh dua minggu lagi.

    Tambah Fatimah, majlis menyambut tetamu akan diadakan secara sederhana di Dewan Perdana Felda dengan bertemakan putih dan merah jambu dengan busana rekaan Alia Bustamam.

    Sementara itu majlis resepsi Puteri Sarah Liyana akan diadakan pada sebelah selepas akad nikah pada 8 Mac ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night.

    Dalam pada itu, ditanya tentang penaja, kata Patimah, mereka tidak mengambil mana-mana penaja untuk majlis resepsi tersebut.

    Perkara tersebut juga atas permintaan Syamsul yang mahu majlis berjalan dalam keadaan yang sederhana.

    Syamsul bakal diijabkabulkan dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac ini di Masjid Sri Damansara kira-kira pada pukul 10 pagi.

    Manakala, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul.

    STOCKHOLM - SWEDEN. Hari ketujuh perbicaraan pasangan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalludin yang didakwa di Mahkamah Daerah Solna atas tuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga tahun 2013 hari ini menyaksikan giliran Azizul dipanggil memberikan keterangan.



    Azizul yang memakai baju kemeja berwarna hijau lengkap bertali leher dan berkot hitam dipanggil bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa sebaik sahaja Mahkamah bermula pada jam 9 pagi.

    Perbicaraan yang dijalankan dalam Bahasa Sweden dengan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa itu dimulakan dengan Azizul diminta untuk menceritakan mengenai latar belakangnya bermula dengan diri, keluarga, isteri dan anak-anaknya.

    Beliau yang ditahan reman sejak 18 Disember tahun lalu sempat berkongsi saat manis menceritakan bagaimana isterinya, Shalwati menghantar anak-anaknya ke sekolah setiap pagi dengan menaiki pengangkutan awam.

    Saat ditanya adakah dia pernah melakukan kekerasan terhadap empat orang anaknya, Azizul menafikan perkara tersebut. Azizul yang mengaku mengamalkan cara didikan tegas bagaimanapun berkata dia telah mengurangkan ketegasan tersebut sewaktu berpindah ke Sweden kerana dikejutkan dengan situasi sedih yang berlaku sewaktu mendaftarkan persekolahan anak ketiganya, Adam.

    Mengulas mengenai insiden tersebut, Azizul kedengaran tersekat-sekat sambil ada ketikanya menundukkan muka sementara Shalwati yang memakai baju dan tudung berwarna merah dilihat mula mengesat air mata.

    Seluruh mahkamah juga merasa hiba apabila Azizul menerangkan dia terkesan dengan situasi yang mana Adam tidak dibenarkan untuk didaftarkan di sekolah biasa sebaliknya diminta ke sekolah khas (slow learner) akibat daripada disleksia yang dialaminya.

    Azizul yang menggelar Adam sebagai ‘streetsmart’ mengatakan akibat insiden itu, dia mengurangkan ketegasan bagi mengelakkan tekanan terhadap anak-anaknya terutamanya Adam.

    Saat ditanya mengenai insiden-insiden pukulan yang didakwa dilakukan oleh beliau, Azizul menafikan ada memukul anak-anaknya di muka, belakang badan dan tangan sebaliknya menyatakan dia hanya memberikan pukulan ringan sebagai pengajaran kepada anak-anaknya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan bukannya berniat mencederakan atau mendatangkan kesakitan.

    Azizul yang ditanya berkaitan empat insiden di mana dia dikatakan memukul anak-anaknya menerangkan insiden pertama berlaku ketika di meja makan sewaktu menikmati makan malam yang mana Azizul berkata ianya adalah mustahil untuk beliau memukul Ammar ketika itu kerana tempat duduk anak keduanya itu berhadapan dengannya dan kedudukan itu tidak memungkinkan Ammar dipukul.

    Insiden kedua pula dikatakan berlaku apabila Azizul menggunakan rotan sewaktu mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran. Azizul menegaskan ianya tidak berlaku kerana kayu nipis yang dikatakan sebagai alat memukul itu hanya digunakan sebagai penunjuk dan jika digunakan untuk memukul sekalipun, ia tidak mendatangkan kesakitan atau kesan.

    Selain itu, terdapat juga insiden yang berlaku di dalam kereta di mana Azizul dikatakan memukul Ammar yang bertengkar dengan Aisyah sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Azizul menafikan kejadian tersebut dengan menceritakan dia hanya menyentuh bahu Ammar dan memintanya berhenti berbalah dengan kakaknya.  

    Sewaktu kejadian itu, Azizul yang sedang memandu terdengar anak-anaknya bertengkar apabila Ammar yang  duduk di bahagian depan menggerakkan kerusinya jauh ke belakang mengakibatkan Aisyah yang duduk di tempat duduk belakang tersepit. Aisyah yang beberapa kali meminta Ammar membetulkan kerusinya tidak dihiraukan menyebabkan Azizul menghalang dan meminta Ammar untuk membetulkan kerusinya.

    Pegawai Pendakwa yang sentiasa cuba membuktikan Azizul ada memukul anaknya ketika ini bertanya mengenai kejadian Ammar dipukul semasa hari halloween. Azizul yang kelihatan tenang bagaimanapun menjawab mereka tidak menyambutnya kerana ia tidak dibenarkan di dalam Islam. Oleh itu, dia tidak tahu bilakah hari tersebut selain menyatakan kejadian ini tidak pernah berlaku.

    Ketika ditanya bagaimana dia menzahirkan perasaan marah, Azizul menjelaskan kebiasaannya dia akan meninggikan suara selain membuat bunyi sama ada mengetuk meja atau tangga. Ada ketikanya dia turut memutuskan talian internet dan membuat kiraan sebagai amaran kepada anak-anaknya.

    Perbicaraan bersambung 5 Februari 2014.


    Seekor ular menelan seekor buaya selepas membelitnya dalam satu pertarungan di Tasik Moondarra, Queensland, Australia.

    Detitk-detik pertarungan itu disaksikan oleh seorang lelaki, Travis Corlis dan isterinya, Tiffany Corlis.

    Menurut Travis, ular sawa itu sepanjang 3.04 meter manakala buaya tersebut sepanjang 0.91 meter.

    "Kedua-dua haiwan itu bertarung di dalam tasik. Kami berdiri sambil menyaksikan (pertarungan itu) dengan penuh kekaguman," kata Travis.

    Menurutnya, beberapa jam kemudian, dia mendapati ular berkenaan membelit badan buaya tersebut dan menarik haiwan berkenaan ke tepi tebing.

    Travis berkata, ular tersebut melepaskan belitan pada buaya berkenaan di tepi tasik tersebut.

    Dia berkata, ketika belitan itu dilepaskan, buaya tersebut telah mati.

    "Kira-kira 10 minit kemudian, buaya itu telah ditelan ular berkenaan," katanya.

    Tiffany berkata, pertarungan tersebut dianggapnya seperti satu kejadian yang tidak dapat dipercayainya tetapi pernah berlaku di depan matanya.

    "Namun, kejadian itu benar-benar berlaku. Ular tersebut telah menelan buaya itu," katanya.

    Menurut Tiffany, ketika bertarung, buaya berkenaan bergelut untuk memastikan kepalanya berada di atas permukaan air.

    Dia berkata, kedua-dua haiwan itu kelihatan letih semasa pertarungan tersebut berlaku.

    Pada akhirnya, kata Tiffany, buaya tersebut memenangi pertarungan itu. - AFP



    Korea Utara, mempunyai pelbagai rekod yang mengerikan dalam pemerintahannya. Dipetik dari Dailymail, salah seorang bekas banduan di penjara Korea Utara, Ahn Myong Chol, menceritakan sebuah kisah ngeri tentang kanak-kanak malang yang menjadi makanan anjing dan dikebumikan hidup-hidup.

    Ahn Myong Chol adalah salah seorang yang berjaya melarikan diri dari Korea Utara dan akhirnya bekerja di Korea Selatan. Kini selepas ia berjaya membelot dan menjadi pengurus organisasi Bebaskan Gulag Korea Utara, ia menceritakan pengalamannya semasa menjadi saksi kekejaman di sana.

    Beliau pernah melihat kanak-kanak sekolah yang baru pulang dan diserang oleh 3 ekor anjing. Dengan ganasnya anjing-anjing ini mengoyak tubuh budak-budak tersebut.

    "Anjing-anjing itu membunuh tiga budak. Dua lainnya luka parah dan penjaga menanam mereka hidup-hidup," cerita Ahn. Keesokan harinya anjing-anjing yang berjaya membunuh kanak-kanak ini akan diberi makanan istimewa sebagai hadiah. 

    Korea Utara memang mempunyai kisah tragik seperti dilaporkan oleh Chinasmack. Para tahanan di sana dipaksa kerja pada suhu di bawah 25 darjah. Banyak di antara mereka menderita kelaparan dan seringkali menggadai nyawa di sana.

    "Orang-orang di kem tidak diperlakukan seperti manusia. Mereka seperti lalat yang boleh dihancurkan," cerita Ahn. Masih banyak kanak-kanak malang yang kehilangan masa zaman kanak-kanak mereka, sebagai korban dari taktik politik, peperangan dan diskriminasi.


    Kota Bharu: Gara-gara cemburu, seorang lelaki bertindak kejam menyimbah petrol ke badan isterinya sebelum membakar wanita itu di rumah mereka di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, malam kelmarin.

    Kejadian jam 11.30 malam itu berlaku apabila mangsa yang berusia 30 tahun dan bekerja sebagai jurujual sebuah pasar raya, dituduh suaminya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

    Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lecur 40 peratus pada muka serta kedua-dua tangan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Idris Abd Rafar berkata, adik mangsa dihubungi kakaknya memberitahu dia dipukul, disiram dengan petrol dan dibakar oleh suaminya.

    Menurutnya, adik serta tiga abangnya bergegas ke rumah mangsa dan apabila sampai, mereka sempat melihat suspek menampar muka mangsa di luar rumah.