Koleksi Sensasi

Kebiasaannya wanita memilih untuk bersalin dengan cara berbaring sama ada melalui kaedah normal ataupun pembedahan.


Bersalin sambil berdiri di Peru

Tetapi, di Peru mereka mengubah tradisi ini dengan mempercayai bersalin secara berdiri memiliki kelebihan tersendiri terutamanya penduduk pribumi Peru.

Menurut salah seorang penduduk, Benigna Condori, dia telah membuat keputusan untuk melahirkan dua bayi terakhirnya di salah sebuah klinik yang membenarkan wanita bersalin sambil berdiri dan bukannya baring.

Selepas lima kelahiran bayinya sebelum ini, Condori memilih untuk bersalin secara berdiri kerana percaya kaedah rawatan tersebut mampu menyelamatkan nyawa ibu dan bayinya daripada mengalami masalah ketika bersalin.

Ini kerana salah seorang rakannya mati ketika bersalin di rumah walaupun cuba diselamatkan oleh beberapa orang bidan.

Lantaran itu, dia memilih untuk bersalin melalui kaedah ini walaupun terpaksa mengatur langkah berjam-jam lamanya melalui pergunungan Andes untuk ke klinik kesihatan yang menggabungkan perubatan moden dan tradisional.

Kaedah bersalin secara berdiri ini sebenarnya telah lama diamalkan oleh penduduk Peru yang terdiri daripada pelbagai etnik khususnya di pergunungan Andes. Ini kerana banyak tembikar-tembikar kuno di pergunungan Andes yang ditemui menggambarkan wanita Peru bersalin dalam kedudukan duduk dan berdiri.

Ketika itu, jarak dan kos pengangkutan menjadi penghalang utama kepada sesetengah wanita yang ingin bersalin.

Bagi kaum lelaki Peru, menghantar isteri mereka ke pusat kesihatan bukanlah budaya mereka. Malah, amalan kelahiran secara tradisional di kalangan masyarakat luar bandar Peru menggalakkan wanita bersalin dalam keadaan mencangkung di dalam bilik gelap dengan dibantu ahli keluarga yang lain.

Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak dipraktikkan secara meluas kerana ia membahayakan nyawa ibu dan anak. 

Menurut Menteri Kesihatan Peru, melalui tulisannya di dalam sebuah buku kesihatan, posisi kelahiran menegak boleh menjadi lebih baik kepada wanita kerana dapat mengurangkan tekanan di uterus. Selain itu juga, saluran darah yang besar mampu memberi kesan kepada jumlah oksigen yang sampai kepada bayi.

Posisi duduk atau berdiri semasa bersalin juga mengurangkan masa proses kelahiran dan bersalin. Selain itu, kaedah ini membolehkan si ibu melihat keseluruhan proses kelahiran berlangsung berbanding ketika berbaring.

Di Peru, sekurang-kurangnya 185 orang wanita meninggal dunia dalam setiap 100 ribu kelahiran. Kebanyakan kematian ini berlaku ketika kaum wanita bersalin di rumah.

Disebabkan itu jugalah, Condori tidak mahu mengambil sebarang risiko dan sanggup merentasi pergunungan Andes kerana dirasakan lebih selamat berbanding bersalin dirumah.

Menjelang tahun 2015, kerajaan Peru berhasrat untuk mengurangkan bilangan kematian wanita kepada 66 peratus dalam setiap 100,000 kelahiran, Peru telah membuka 390 buah rumah menunggu bersalin sejak sedekad lalu, di mana wanita dari kawasan perkampungan boleh menetap secara percuma sementara menunggu waktu untuk bersalin.

Menteri Kesihatan Peru menjelaskan, kebanyakan kaedah perubatan tidak sedar mengenai keperluan wanita mengandung, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar yang melihat kelahiran sebagai satu cara semulajadi dan tidak berfikir perubahan kepada posisi bersalin menegak perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, menurut wakil Tabung Kependudukan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) di Peru, Ramirez, wanita Andes biasanya melahirkan anak secara tradisional di rumah dan dibantu oleh nenek, pasangan ataupun bidan. Mereka telah biasa dengan keadaan itu sejak sekian lama dan sukar diubah.

Lantaran itu, kebanyakan pusat kesihatan di Peru sedang membuat perubahan yang membolehkan wanita yang ingin bersalin membawa ahli keluarga sementara menunggu.

Malah, pusat kesihatan tersebut juga membenarkan wanita mencangkung dan duduk ketika proses bersalin.

sentiasapanas

Setiap negara di seluruh dunia ada kisah hantu paling seram yang tersendiri. Cerita-cerita seram ini biasanya dibawa dari mulut ke mulut. Hantu paling seram yang pernah kita dengar seperti langsuir, pontianak dan sebagainya, tetapi bagaimana di negara-negara luar? Adakah hantu paling seram bagi mereka?

Jom kita lihat 10 hantu paling seram di serantau dunia.

Zombie

Zombie

Zombie adalah mayat yang bangkit dari alam kubur. Rupanya amat mengerikan dengan tubuh yang tidak sempurna, badan dipenuhi darah dan organ-organ badan tidak mencukupi. Zombie amat laparkan daging benda-benda hidup termasuklah manusia dan haiwan. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.

Aswang

Aswang

Hantu paling seram berasal dari Filipina. Pada siang hari, ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam. Malamnya ia akan bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang raksasa hitam.

Yurei

Yurei

Yurei adalah hantu paling seram di negara Jepun. Berkulit pucat, berambut panjang, berjalan mengambang dan dikelilingi oleh bola-bola api yang dipanggil "Hitodama". Yurei biasanya hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam. Sentiasa hauskan darah manusia. 

Rugaru

Rugaru

Rugaru pada asalnya adalah manusia normal. Pada usia 30an, tanpa disedari oleh dirinya sendiri, dia telah berubah menjadi Rugaru. Keadaan tidak normal ketika ingin menjadi rugaru adalah, dia sentiasa berasa lapar dan memakan apa saja dihadapannya. Hinggalah pada satu ketika hanya daging manusia yang mampu memuaskan nafsu laparnya.

Banshee

Banshee

Banshee berupa wanita tanpa seurat pakaian, rupa yang menyeramkan dan berambut panjang. Banshee adalah lambang kepada kematian. Dia akan muncul dan menangis di belakang orang yang akan meninggal.

Bloody Mary

Bloody Mary

Bloody Mary adalah antara hantu paling seram di dunia barat. Asalnya dia tuduh membunuh anaknya sendiri untuk satu ritual ilmu hitam. Masyarakat pada ketika itu amat marah kepadanya dan menyeksanya sehingga meninggal dunia. Untuk memanggil hantu Bloody Mary, seru namanya 3 kali dihadapan cermin.

Doppelganger

Doppelganger

Doppelganger adalah hantu paling seram yang mampu mengubah bentuknya menyerupai anda. Bukan setakat rupa dan bentuk badan, malah ia mampu meniru pakaian yang sedang anda pakai dan tingkah laku anda. Kononya, jika anda melihat Doppelganger, bermakna waktu kematian anda sudah hampir tiba.

Wendigo

Wendigo

Kisah Wendigo berasal dari Amerika Syarikat. Makhluk ini tinggi, besar, mempunyai taring dan mempunyai rupa seperti serigala. Kehidupannya adalah di kawasan pergunungan dan hutan. Ia perlu memakan daging manusia untuk hidup lebih lama.

Incubus

Incubus

Mempunyai wajah yang menyeramkan, bertanduk dan bersayap di punggung. Sentiasa muncul di waktu malam dan sasarannya adalah gadis-gadis muda yang sedang lena diulit mimpi. Setelah menemui sasarannya, Incubus akan mengadakan hubungan kelamin dengan sasarannya secara ghaib bertujuan untuk mengandungkan anaknya. Apabila mengandungkan anak Incubus, janin di dalam kandungan akan menyebabkan ibu sakit dan lemah secara perlahan-lahan dan seterusnya meninggal dunia. Apabila si ibu meninggal, maka lahirlah zuriat Incubus di alam ghaib.

Changeling

Changeling

Makhluk yang digelar Changeling ini mampu menyerupai kanak-kanak. Biasanya ia menyerupai kanak-kanak yang anda kenali. Penyamarannya dari segi rupa boleh dikatakan 100% sama dengan kana-kanak tersebut cuma kelakuannya agak berbeza. Changeling akan menyerupai kanak-kanak yang anda kenali setelah kanak-kanak itu diculik oleh makhluk ghaib yang lain. Changeling akan terus hidup  dan akan membawa bencana kepada anda.


Seorang lelaki England yang mengakui tidak memiliki status kelamin diyakini sebagai orang pertama di dunia yang secara rasmi diakui tidak memiliki kategori gender sebagai lelaki atau pun wanita.

Norrie May-Welby (48) lahir ke dunia sebagai seorang lelaki. Namun, dia kemudian memutuskan melakukan pembedahan kelamin pada 1990 ketika berusia 28 tahun. Setelah itu, dia merasa tidak bahagia menjadi seorang perempuan dan akhirnya Norrie memutuskan untuk menjadi seorang “neuter”. Dan hasilnya, dia sekarang secara rasmi diakui sebagai seseorang yang tidak memiliki gender secara spesifik.

May-Welby pernah berhijrah ke Australia pada usia tujuh tahun. Dia lahir dan dibesarkan di Paisley, kota Renfrewshire, England.

Kerajaan England menolak mengeluarkan akta kelahiran untuk Norrie kerana tidak dapat membuat klasifikasi baru untuk status warga tanpa gender. Selain itu, doktor juga mengakui tak boleh memastikan jenis kelamin dari tubuh lelaki ini.

“Konsep lelaki atau wanita tidak sesuai buat saya. Kesimpulan paling sederhana adalah tidak memiliki salah satu identiti,” ungkap Norrie.

Lembaga Kepercayaan Gender England menyatakan tidak ada halangan dengan pilihan yang diambil Norrie. “Banyak orang menyukai idea untuk menjadi orang tanpa gender,” kata seorang jurucakap. 

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditanam hidup-hidup oleh keluarganya di tenggara Turki kerana beliau didakwa memiliki rakan lelaki.

Hasil maklumat, polis berjaya menemui mayat Medine Memi ditanam dalam keadaan duduk dengan tangan terikat dalam sebuah lubang sedalam dua meter di reban ayam berhampiran rumahnya di Kahta, Adiyaman, 40 hari selepas beliau dilapor hilang.

Bedah siasat menemui tanah di dalam perut dan paru-paru, mengesahkan Medine ditanam hidup-hidup.

“Tiada tanda menunjukkan beliau pengsan atau diracun. Dalam erti kata lain beliau sedar sepenuhnya ketika ditanam,” kata pakar.

Bapa dan datuk Medine kini ditahan pihak berkuasa. Dalam soal siasat, bapanya menyatakan, keluarganya tidak suka beliau memiliki kawan lelaki.

Kes pembunuhan menebus maruah berlaku di wilayah didiami puak Kurdish di tenggara Turki.

KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.


“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.

“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.gambar hiasan

Tak tahu apa yang ada dalam fikiran seorang setiausaha hingga tergamak memerah susu sendiri untuk dijadikan hidangan bosnya.

Video Setiausaha Kantoi Perah Susu Badan!

Perbuatan pelik ini kantoi apabila setiausaha tersebut tidak menyedari gelagatnya telah dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di pantri pejabatnya.

Pada mulanya setiausaha tersebut kelihatan bersahaja membuka peti ais, mengambil susu kotak, menuang ke dalam cawan lalu meminumnya.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu dia mula menyingkap baju dan memerah susu sendiri ke dalam kotak sebelum mencampurnya ke dalam minuman.



Difahamkan, perbuatan ini membuatkan setiausaha tersebut dibuang kerja. 

mynewshub


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT "

Bagi anda yang meminati perkara-perkara mistik dan seram, pastinya anda mengetahui apakah itu papan ouija.
Papan ouija dikatakan boleh memanggil roh orang yang sudah meninggal dunia dan berinteraksi dengannya menerusi huruf-huruf yang terdapat dalam papan tersebut.
Daripada video yang ingin kami kongsikan ini, dapat dilihat sebuah teddy bear berwarna putih yang diletakkan di atas almari kelihatan bergerak secara tiba-tiba semasa tiga sekawan ini sedang bermain ritual papan ouija tersebut.
Pada mulanya mereka tidak menyedari kejadian itu, namun apabila seorang daripada lelaki itu menyedari pergerakan teddy bear terbabit, mereka terus berhenti bermain dan mula memeriksa patung beruang itu.
Selepas itu, mereka bertiga menyambung kembali aktiviti yang tergendala dan tidak semena-mena ketiga-ketiga mereka terus bertempiaran lari apabila teddy bear itu sekali lagi bergerak secara tiba-tiba.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut.

"Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi,"katanya selepas melancarkan Forum 'Women@Work' di sini.

Dalam pada itu Khairy turut mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh.

Bekas Pengerusi DAP Kebangsaan dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu serta pembantu peribadinya terbunuh dalam nahas di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Gua Tempurung, Kampar, awal hari ini.  ~bernama

Inilah akibat bila tersilap fakta...lain kali eloklah dibaca betul-betul sesuatu kenyataan sebelum berlumba-lumba update status di fb - kan dah kena

Harta karun yang dipercayai tertanam di Pulau Nangka adalah lambang kepada kemakmuran dan kekayaan Kesultanan Melaka suatu ketika dulu, kata Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin.
pulau nangka

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) berkata, ketika itu, pelabuhan Melaka sentiasa sibuk dengan kehadiran ribuan kapal dagang yang akan menghadiahkan pelbagai barangan, termasuk emas kepada sultan sebagai cukai.

"Semua barangan yang diterima disimpan dalam istana dan mungkin juga mereka memindahkannya ke Pulau Nangka atau Pulau Besar ketika serangan Portugis pada 1511.

"Malahan, ada juga yang menyatakan harta karun zaman Kesultanan Melaka ditanam di Bukit St John," katanya, di sini, baru-baru ini.

Laporan eksklusif di muka depan The Star, Isnin mendedahkan mengenai dua syarikat yang mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja evakuasi dan dipantau rapi oleh Perzim.

Mohd Jamil berkata, dakwaan wujudnya harta karun di Pulau Nangka sebenarnya sudah tersebar sejak 1997 dan pulau berkenaan diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Beliau juga mengakui adanya cubaan pihak tertentu untuk mencari harta karun berkenaan, bagaimanapun ia gagal.

Sementara itu, Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis Abas mengesahkan kaji selidik pakar arkeologi mendedahkan tiada sebarang tanda menunjukkan adanya harta karun di Bukit St John.

"Kini hanya Pulau Nangka menjadi lokasi terakhir kemungkinan harta karun itu disembunyikan," katanya.

Beliau juga memaklumkan pihaknya menerima panggilan telefon dari pelbagai pihak di dalam dan luar negara termasuk media asing berikutan pendedahan The Star mengenai harta karun itu.

Erin Malek dedah gambar wajah sebenar ayahnya - Lama benar kita tidak mendengar cerita tentang Erin Malek, seorang pelakon yang peramah, cantik dan jelita. Dia mungkin tidak mahu sengaja mencari populariti murahan dengan menimbulkan kontroversi.

Baru-baru ini, aktres berusia 20 tahun itu telah memuatnaik sekeping gambar wajah sebenar ayahnya yang kacak dan macho di laman Instagram miliknya. Pendedahan itu dibuat selepas bapa Erin membuat kejutan menyambut hari jadinya baru-baru ini. Jom layan foto di bawah.


BERLIN: Sepasang suami isteri di Zwickau di negeri Saxony, Jerman dilaporkan ketagih membuat bising ketika melakukan hubungan seks menyebabkan mereka diarah keluar dari apartmen yang disewa pasangan itu.

Akhbar harian Bild melaporkan, jiran pasangan terbabit membuat aduan mengenai bunyi bising ketika mereka melakukan aktiviti berkenaan yang menyebabkan ramai penduduk terganggu pada waktu malam.

Bunyi bising yang kerap dan berterusan daripada jeritan dan suara mengerang boleh kedengaran di seluruh rumah dan ia menjadi gangguan yang sudah tidak dapat diterima lagi, kata pemilik rumah berkenaan.

Michael Krug, 25, dan pasangannya, Nicole Khn, 25 bersama dua anak kecil mereka diminta keluar dari apartmen itu pada pertengahan April, lapor akhbar.

Kami sebenarnya menikmati seks yang lebih baik dan bertahan lebih lama, kata Khn kepada Bild.

Pasangan itu kini sudah menemui tempat baru untuk disewa yang mempunyai dinding lebih tebal berbanding flat sekarang.