Koleksi Sensasi


Shake N /GoTake Mini Fruit, Yogurt, Juice Ice Blender

Features:

Multi-functional mini blender
- Instantly blend smoothies and protein shakes
- Blend and drink from the same bottle
- Blend ice with ease
- Convenient flip top straw
- Quick breakfast solution
- Doubles as takeaway cup
- Secure sports bottle flip top
- Cordless with dishwasher safe blending compartment
- Boost daily fruit and vegetable intake with personalised, healthy concoctions

Specifications:
- Motor Base:
- Wattage: 180w
- On/off power switch with safety interlock
- Weight: 684g
- Dimension: 5.5" (tall) x 4" (diameter)
- Travel Bottle:
- Weight: 4.3oz (123g)
- Dimension: 9" (tall) x 2.5" (diameter)
- Maximum container volume: 16oz

Package includes:
2 bottles set
1x Blender
2x Sports Bottles
1x User Guide

RM38/pcs
MOQ = 12
----------------------------------
RM49/pcs
MOQ = 1


MOQ - Minimum Order Quantity
posted@malaysiasensasi.net

Suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan, ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata mayat dalam keadaan terlentang itu ditemui orang awam yang memaklumkannya kepada polis.

"Pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit masih lengkap berpakaian dengan memakai baju kotak-kotak berwarna merah, berseluar panjang biru gelap, bertali pinggang, tidak berkasut namun tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa.

"Bagaimanapun, rupa bentuk fizikal dan pakaian adalah bersamaan dengan gambar dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta dari gambaran yang diberikan oleh saksi yang mengejar suspek," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Gan berkata mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan identiti suspek akan dikenal pasti melalui semakan rekod cap jari.

"Dengan penemuan mayat suspek ini, polis yakin kes bunuh membabitkan kanak-kanak ini telah berjaya diselesaikan, bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat seorang lelaki pada kira-kira 2.50 petang.

Beliau berkata jentera pertama tiba di lokasi 10 minit kemudian dengan enam anggota untuk mengangkat mayat berkenaan.

Khamis lepas, seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya terputus daripada badan dipercayai dikelar suspek di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini.

Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa, dan apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai.

Susulan itu, pihak bomba menjalankan misi mencari suspek di sepanjang Sungai Klang sejak semalam. posted@malaysiasensasi.net

Kanak-kanak perempuan 18 bulan yang ditemui mati tanpa kepala di Sungai Klang di sini, dipercayai dibunuh menggunakan serpihan jubin seramik, sebelum suspek terjun ke sungai itu.
Polis sudah mengenal pasti suspek kes kejam dan ngeri itu iaitu lelaki berusia lewat 30-an yang juga bekas banduan.



Sumber berkata, gambaran pada kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kompleks menunjukkan ada pengawal keselamatan melihat lelaki berkenaan berjalan bersama mangsa, Siti Soffea Emelda Abdullah.

Bagaimanapun sumber itu berkata, ketika itu mungkin pengawal keselamatan itu tidak tahu kanak-kanak itu diculik.

Siti Soffea bersama ibunya, Siti Salmy Suib, 32, di Kompleks Membeli-Belah Kota Raya dan kemudian meninggalkan anaknya bersama seorang kawan untuk ke tandas pada pukul 3 petang.

Bagaimanapun, selepas kira-kira lima minit, ibu mangsa mendapati kedua-duanya tidak kelihatan di tempat terakhir anaknya ditinggalkan di tingkat empat bangunan itu.

Siti Salmy hanya mendapat berita mengenai kejadian yang menimpa anaknya selepas polis menjejaki pergerakan kanak-kanak itu dan lelaki terbabit.

Pada kira-kira pukul 9 malam, beberapa orang awam melihat seorang lelaki mendukung Siti Soffea ke arah Sungai Klang, kira-kira 1.5 kilometer dari kompleks berkenaan.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, beliau sedang mandi di sungai berkenaan apabila melihat seorang lelaki tunduk melihat sesuatu yang seakan-akan patung.

"Apabila saya bergerak lebih dekat baharu saya nampak seorang kanak-kanak perempuan tanpa kepala hampir tenggelam dalam sungai.

"Lelaki itu nampak saya mendekatinya dan terus memandang tepat pada saya," katanya yang mendakwa melihat lelaki itu meminum darah dari kepala kanak-kanak yang dipenggal itu.

Mohammad, 29, yang tinggal di bawah jambatan kemudian meminta pertolongan rakannya yang dikenali sebagai Las.

Mohammad and Las juga mengaku melihat suspek mengelar leher Siti Soffea menggunakan serpihan jubin seramik dan mengisi darah kanak-kanak itu ke dalam botol.

"Apabila polis tiba, lelaki itu terjun ke sungai dan cuba melarikan diri," katanya yang menghubungi polis, manakala Las diminta memerhati pergerakan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis percaya suspek mati lemas ketika cuba melarikan diri.

Polis kini berusaha mengesan mayat suspek di dalam sungai itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Kong Meng berkata, beberapa serpihan jubin seramin, kesan darah dan sepasang selipar dipercayai milik suspek ditemui di lokasi kejadian.

Pemeriksaan ke atas mayat Siti Soffea mendapati bahagian belakang kepala kanak-kanak itu juga pecah, dipercayai akibat hentakan. 

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.076 pada Sabtu dengan majoriti tipis sebanyak 238 undi.


Calonnya, Datuk Mah Siew Keong, 53, memperoleh 20,157 undi, menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat 19,919 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib dekat sini pada pukul 9.38 malam.

Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng dari DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Mah yang merupakan Presiden Gerakan, parti komponen BN dan pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal menerusi pilihan raya 1999 dan 2008.

Mah juga kembali bertanding di kerusi sama pada 2008 dan 2013, namun tewas kepada calon DAP, masing-masing M.Manogaran dan mendiang Seah.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar pada 1995 dan memegang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sebanyak 35 pusat pengundi menerusi 120 saluran di Teluk Intan dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang bagi proses pengundian biasa.

Seramai 39,850 pengundi atau 66.5% keluar mengundi pada (PRK) Teluk Intan, Sabtu selepas proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

Sementara itu, seramai 392 daripada 410 pengundi awal atau 95.61% telah mengundi pada 27 Mei lalu.

Kawasan Parlimen Teluk Intan mempunyai 41.94% pengundi Cina, 38.61% (Melayu), India (19%), Orang Asli (0.18%) dan lain-lain (0.27%).

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu, Seah mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, telah memfailkan kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun di Mahkamah Tinggi Syariah.


Perkara itu diberitahu oleh peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, suami kepada Nurul Izzah, ketika kes itu disebut di dalam kamar Hakim Syarie Amran Mat Zain Khamis.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes itu.

Pada 30 April lepas, Nurul Izzah yang diwakili peguam Nor Mawaddah Ramli memfailkan tuntutan itu dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada peguam dan defendan pada 24 Mei lepas.

Ketika ditemui pemberita, Azmi berkata mahkamah turut menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Raja Ahmad Shahrir Iskandar selaku responden, untuk menyempurnakan wakalah pelantikan peguam secara rasmi.

“Dalam prosiding hari ini, saya (Azmi) bersama peguam Zulkifli Che Yong hadir untuk mewakili responden,” katanya.

Menurutnya mahkamah akan bertanya mengenai pendirian responden mengenai perkara itu sebelum diminta untuk mengemukakan pembelaannya.

Kuala Lumpur –  Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.
Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.
“Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.
“Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya,” katanya.
Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.
Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – HARIAN METRO

posted@malaysiasensasi.net


Sejak dari kecil lagi kita dihidangkan dengan tayangan aksi dalam WWE (WWF pada ketika itu) terutama di warung-warung kopi. Pada ketika itu, lokasi warung kopi sentiasa menerima kunjungan tidak kira golongan tua mahupun muda semata-matamahu menonton wrestling sambil menghirup air kopi. Namun pada ketika itu, mungkin ada yang menganggap bahawa aksi yang dipertontonkan itu adalah benar belaka. Namun sebenarnya apa yang kita lihat adalah merupakan satu lakonan yang tampak seperti real. Kalau betul-betul sudah tentu tayangan ini sudah diharamkan. 



Sukan gusti adalah sukan yang penuh kontroversi, antara benar dan tidak benar. Tapi yang nyata, ia hanyalah satu bentuk hiburan, bukannya pergaduhan betul-betul. Dan kebanyakannya adalah mengikut skrip.
Salah satu yang menjadi kontroversi ialah darah ketika bergusti. Ya, mungkin adakalanya mereka betul-betul berdarah (mungkin secara tidak sengaja atau kemalangan). Tapi tidak boleh diabaikan juga dengan darah palsu, yang sengaja diadakan untuk membuatkan persembahan lebih dramatik.i-malaysiakini
posted@malaysiasensasi.net


Jam atom adalah jam yang mempunyai waktu paling tepat dan standard frekuensi khas, yang digunakan sebagai standard utama untuk pembahagian waktu antarabangsa, juga untuk mengawal frekuensi gelombang siaran televisyen dan sistem satelit navigasi global seperti GPS.

Prinsip operasi jam atom tidak didasarkan pada elemen fizik nuklear, tetapi lebih kepada fizik atom dan menggunakan signal microwave di mana elektron dalam atom memancar ketika mereka mengubah tahap tenaga. 

Ketepatan jam atom bergantung kepada fakta di mana suhu sampel atom-atom 'kurang panas' bergerak jauh lebih lambat, serta memiliki tahap perlanggaran yang kurang dan pada jalur frekuensi dan intrinsik dari transisi elektronik. Frekuensi yang lebih tinggi dan garis sempit meningkatkan ketepatan.

Malangnya, jam atom adalah terlalu tepat. Ia lebih tepat daripada bumi sendiri kerana putaran Bumi tidak sempurna. Dan sistem penyimpanan masa kita pada hari ini adalah berdasarkan putaran tahunan bumi mengelilingi matahari, jadi ini adalah mengapa setiap empat tahun kita mempunyai "hari lompat" pada bulan Februari.

Oleh itu, dari masa ke semasa, pelarasan positif atau negatif satu saat adalah perlu untuk skala masa bagi menjadikan jam atom selaras dengan realiti.

Seorang wanita yang juga ibu ditahan selepas disyaki membunuh tiga anaknya yang kurang upaya di kediaman mereka di selatan-barat London.


Tania Clarence, 42, dipercayai membunuh Olivia, 4, dan pasangan kembar Ben dan Max, 3, yang menghadapi masalah otot tulang belakang dengan cara melemaskan mereka.

Sewaktu kejadian, suaminya, Gary Clarence, 43, dan anak sulung mereka, Taya, 8, berada di Afrika Selatan.

Polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi oleh rakan keluarga tersebut yang memberitahu mereka tidak dapat dihubungi lebih dari 24 jam.

Ketiga-tiga mayat kanak-kanak tersebut ditemui di bilik mereka di tingkat atas.

Jiran-jiran yang ditemui menyifatkan Tania sebagai ibu yang penyayang dan kejadian tersebut merupakan satu tragedi kepada keluarga itu.

Wanita itu kini ditahan untuk siasatan dan turut menerima rawatan di Hospital St George kerana mengalami cedera ringan.
posted@malaysiasensasi.net

elakon baharu, Nina Iskandar mengakui antara sebab dia mula menutup aurat dan mengenakan tudung adalah kerana menghormati undang-undang terbaharu negara asalnya, Brunei Darussalam yang secara rasmi melaksanakan hukum hudud.


Nina, 23, bagaimanapun berkata, perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi ia ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi.

"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.

"Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal Mei mengumumkan baginda akan meneruskan pelaksanaan hukum hudud biarpun mendapat kritikan di negara itu dan peringkat antarabangsa.

Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.

Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mati pada fasa ketiga.

Dalam pada itu, Nina berkata, perubahannya itu tidak dirancang, sebaliknya perasaan untuk menutup aurat datang secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu.

Jelas Nina lagi, sebelum itu dia sering mencuba mengenakan hijab sekiranya keluar bersama rakan-rakan dan berasa selesa dengan imej berkenaan.

"Sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba sama ada saya selesa atau pun tidak dan baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang.

"Perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?," ujarnya.

Sementara itu, Nina berkata, pihak pengurusannya di Malaysia iaitu  Metrowealth International Group (MIG) juga tiada halangan untuk dia mengenakan tudung dan gembira dengan perubahannya itu.

Dalam perkembangan lain, Nina yang mengakui bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan pada Ogos depan memberitahu masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan mereka kerana masih terlalu awal.

Malah kata Nina, mereka juga belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan untuk hari bahagia itu nanti.



2 in 1 Price,  Monopod+Wireless Bluetooth Shutter

1) Monopod
Works with all compact point and shoot digital cameras that has self-timer and tripod socket. Capture photos or video above the crowds or in hard to reach places.

Easy to operate, just set the timer, extend the rod, and you're ready to shoot.

- Brand new and high quality.
- Specially designed for, phone camera.
- Easy to install and remove.
- Light weight, portable, easy to take.
- Weight: 0.79 oz (11 g).

Package include:

1X Extendable Handheld Monopod
1X Free Phone Holder

1) Wireless Bluetooth Shutter

Wireless Camera Bluetooth Remote Shutter For IOS Android/iPhone
- Communication : Bluetooth version 3.0
- Transmit Frequency :2.4Ghz~2.4835Ghz
- Communication Distance : 10m(30ft)
- Battery life : CR2032x1 cell /about 6 month under working in 10 times a day
- Dimension : 50mm x 33mm x 10.5mm
- Compatible with Android 4.2.2 OS or newer and IOS 6.0 or newer

KLIK SINI UNTUK BELI

posted@malaysiasensasi.net

Pulau Migingo hanya sebuah pulau kecil. Luasnya 2000 meter persegi, tidak sampai setengah ekar atau separuh saiz padang bola sepak sahaja. Ia terletak di Tasik Victoria, tasik terbesar di Afrika, juga tasik tropika terbesar di dunia. Walaupun saiznya yang kecil, pulau ini merupakan rumah bagi 131 orang penduduk (mengikut bancian 2009) yang tinggal dalam pondok sempit diperbuat daripada kepingan zink dan kayu. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan dan peniaga ikan. Di sebalik persekitaran yang padat itu, terdapat sebuahfarmasi, sebuah salun kecantikan, lima buah bar selain turut menempatkan beberapa buah hotel dan pusat pelacuran.

perkampungan nelayan
Pulau Migingo
Dua orang nelayan Kenya, Dalmas Tembo dan George Kibebe ialah orang yang terawal tiba di Pulau Migingo, dipercayai telah menetap di sini sejak 1991. Pada ketika itu, pulau ini hanya ditumbuhi lalang selain menjadi persinggahan burung dan habitat ular. Mereka kemudiannya disertai oleh 60 orang ahli geng penangkap ikan yang lain setelah mendapat tahu kawasan tersebut kaya dengan "Nile perch" (sejenis spesies ikan). Kesannya, nelayan lain dari Kenya, Uganda dan Tanzania turut datang ke pulau ini menjadikannya sebagai pusat komersial yang berkembang maju.

perkampungan nelayan
Koordinat: 0°52′58″S 33°56′17″E

perkampungan nelayan
perkampungan nelayan
Pulau Migingo merupakan lubuk pendapatan terutamanya kepada nelayan dengan lebih daripada 100 buah bot mendaratkan hasil tangkapan mereka setiap pagi untuk ditimbang dan dijual kepada pembeli/pemborong.

perkampungan nelayan
Kewujudan banyak Nile Perch di perairan sekitar Pulau Migingo menjurus kepada perebutan wilayah antara dua negara – Uganda dan Kenya. Secara teknikalnya, ia berada dalam sempadan antarabangsa Kenya sepertimana terkandung dalam peta dan dokumen-dokumen rasmi.

Selain itu, kemewahan yang dinikmati oleh para nelayan di sini dihidu oleh lanun-lanun. Mereka datang ke Pulau Migingo dan menyamun hasil tangkapan, wang dan enjin bot para nelayan menyebabkan pihak berkuasa (Uganda @ Kenya) terpaksa dipanggil untuk bantuan perlindungan. Uganda menjadi pihak pertama yang memberikan bantuan dengan menghantar pasukan polis maritim.

Sejurus tiba, wakil Uganda itu menaikkan bendera negara mereka seterusnya perlahan-lahan mengeksploitasi para penduduk yang tinggal di pulau ini. Beberapa peraturan baru diperkenalkan manakala bot dan pukat milik nelayan Kenya kerap dirampas oleh pasukan beruniform Uganda atas dakwaan menangkap ikan di perairan mereka. Bagaimanapun, pertikaian ke atas pemilikan Pulau Migingo masih belum diselesaikan.

perkampungan nelayan
Okunoshima ialah sebuah pulau yang padat dengan arnab manakala Pulau Migingo padat dengan rumah nelayan. Apa yang menarik, terdapat sebuah pulau yang lebih besar hanya 200 meter di timur pulau ini dan ianya masih lapang untuk diduduki. Tapi, kenapa mereka nak sangat tinggal di atas pulau yang sempit ini?

perkampungan nelayan

Pautan: Amusing Planet

posted@malaysiasensasi.net

Sepasang kekasih yang baru lepas habis berjoging di Ayer Keroh sempat ke sebuah hotel bajet di Ujong Pasir, di sini, yang terletak 15 kilometer kerana mendakwa mahu membersihkan diri sebelum mereka dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana berkhalwat.

berjoging, dicekup jabatan agama islam, hotel bajet, mengaku terlanjur, sepasang kekasih berkhalwat,
Dalam operasi jam 9 pagi, pasangan itu yang lengkap berpakaian sukan ditahan berdua-duaan di dalam bilik hotel bajet disewa teman lelaki wanita terbabit. Difahamkan, pasangan kekasih berumur 19 tahun itu orang tempatan yang tinggal bersama keluarga masing-masing.

Ketua Penguat Kuasa Agama (JAIM) Rahimin Bani berkata, maklumat diterima daripada orang awam memberitahu melihat pasangan disyaki pelajar sekolah yang kedua-duanya memakai seluar trek masuk ke hotel berkenaan pada awal pagi.

Katanya, anggota penguatkuasa agama bergegas ke hotel itu untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan terbabit berkurung di dalam bilik itu.

Setelah disoal siasat, pihaknya mendapati bilik berkenaan disewa lelaki terbabit sejak semalam (kelmarin) dan membawa teman wanitanya untuk membersihkan diri selepas berjoging sebelum mendaftar keluar.

'Kedua-dua pasangan itu yang tidak bekerja itu terus ditahan untuk siasatan lanjut kerana didapati berkurung di dalam bilik berkenaan tanpa hubungan mahram' katanya, di sini, semalam.

Rahimin menambah lagi, remaja wanita itu mendakwa dia baru datang ke hotel berkenaan dan tujuannya hanya mahu mandi di situ sebelum ditahan JAIM.

Pasangan itu mendakwa tidak berbuat sebarang perbuatan tidak senonoh ketika bersama di dalam bilik itu dan hanya bersarapan dengan membawa makanan yang dibungkus.

Dalam masa sama, di bilik berlainan hotel bajet yang sama satu lagi pasangan ditahan selepas didapati berkurung melibatkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dan pasangannya berusia 22 tahun.

Beliau berkata, pasangan itu didapati telah mendaftar masuk ke bilik itu sejak malam sehingga ditahan berdasarkan siasatan, mereka sering berjumpa dan bermalam bersama pada setiap bulan serta mengakui sudah beberapa kali terlanjur.posted@malaysiasensasi.net

Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan Umno menjadikan isu terhadap kenyataan Adun DAP (Seri Delima) RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dalam Sidang Dun Pulau Pinang, Selasa lalu.

Menurutnya, andai kenyataan itu disifatkan bermasalah, Rayer sepatutnya ditegur di dalam sidang itu dengan membawa usul bukan dengan cara menyerang dan mengugut.

“Mengapa kenyataan Rayers menjadi masalah kepada Umno? Kalau ya pun masalah, tegurlah. Bawa usul. Jangan bawa cara tindakan biadab.

“Ini nak cuba pertahankan serangan terhadap Dun kerana satu kenyataan. Kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita harus serang Parlimen kerana sikap dan kenyataan biadab pimpinan Umno dan menteri? Tapi kita tak boleh lakukan begitu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis meraikan perkahwinan anak perempuannya, di sini.

Beliau juga menyebut mahu menanti tindakan pihak berkuasa terhadap serangan tersebut.

“Saya nak tengok sejauh mana tindakan diambil. Tapi saya yakin... saya sendiri berpengalaman, baling batu pada bas ketika saya berkempen, apa tindakan? Tidak ada,” katanya.

Malah Anwar mengingatkan pemimpin Umno bahawa dirinya sendiri telah dihina sejak berpuluh tahun lamanya.

 “Cara menyerang ini cara biadab. Menggunakan samseng untuk mengugut orang. Saya tidak anggap tindakan menyerbu Dun ini ringan.

“Mainkan sentimen ‘sebab’. Oh sebab orang maki saya, adakah saya terajang orang Umno itu? Tak boleh.

“Kita mesti hormat proses undang-undang. Menteri dalam negeri selain daripada polis harus mengambil tindakan. Menjamin keselamatan rakyat tak kira sama ada kawan atau musuh politik,” katanya.

Fantasi seks pasangan warga Kanada berakhir dengan kejadian memalukan apabila seorang wanita terpaksa dihantar ke hospital kerana kunci gari yang mengikat tangan mereka tersekat di dalam kemaluannya.

Pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Jason dan Michelle berada di Van Nuys, California, ketika mereka “melakonkan” fantasi mengenai seorang puteri dan seekor naga.

Kejadian itu dipaparkan dalam satu episod dalam program “Sex Sent Me To The E.R.” di saluran TLC.

Ketika melakukan perkara itu, kunci gari yang mengikat tangan mereka di masukkan ke dalam kemaluan Michelle dan tersekat di bahagian uterus menyebabkan mereka terpaksa “menambah babak” fantasi mereka di unit kecemasan hospital.

Pada mulanya, pasangan itu enggan memberitahu perkara sebenar kepada doktor yang melakukan pemeriksaan kerana malu akibat perkara itu.

Namun, selepas doktor gagal mengesan punca masalah yang dihadapi Michelle, dia terpaksa membuka mulut.

“Ia sukar bagi saya, tetapi saya akhirnya terpaksa mendedahkan perkara sebenar,” katanya.

Ahli psikologi unit kecemasan, Doktor Michelle Pearl tidak mengendalikan kes berkenaan tetapi dia menyatakan ini bukan kali pertama kes seperti itu terjadi.

Gara-gara meniru di sekolah, seorang budak dipukul hingga mati oleh bapanya di Hangzhou, timur China.


Polis berkata, Ye Hung, 35, dituduh memukul Chou, 11, dengan mengikat anaknya sebelum dipukul dengan kejam.

“Selepas membelasah mangsa, suspek membiarkan mangsa dalam kesakitan seharian,” katanya kepada Xinhuanet.

Menurutnya, doktor mengesahkan budak itu maut akibat serangan jantung 12 jam kemudian.

Seorang ahli keluarganya, Park Jen, 37, berkata, suspek seorang ayah bertanggung jawab dan amat mementingkan pendidikan.

“Beliau terlalu marah dan kecewa dengan perbuatan anaknya itu,” katanya.
posted@malaysiasensasi.net

Jepun berjaya melakar sejarah menjulang Piala Thomas buat pertama kali apabila menewaskan Malaysia dengan kemenangan tipis 3-2.


Pada aksi akhir yang berlangsung penuh sengit, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi tidak berdepan masalah untuk mengutip mata pertama skuad negara.

Pemain berusia 31 tahun itu tampil dengan aksi cemerlang untuk menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Bagaimanapun, Jepun kembali menyamakan kedudukan apabila gandingan Tan Boon Heong-Hoon Thien How tewas kepada Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo 21-12, 17-21, 19-21.

Malaysia terus ketinggalan apabila perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng kecundang kepada Kento Momota 15-21, 17-21 sekali gus memberi kelebihan kepada negara matahari terbit itu.

Tidak mahu menyerah awal, Malaysia kembali bernafas apabila gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menewaskan K.Sonoda-T.Kamura 19-21, 21-17, 21-12.

Pada perlawanan penentuan, pemain ranking ke 66 dunia, Liew Daren menunjukkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada perseorangan ketiga Jepun, Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21.

Untuk rekod, Malaysia menjuarai Piala Thomas pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.
posted@malaysiasensasi.net

DAP mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P051, Ahad dengan majoriti lebih kecil.

Calonnya, Ramkarpal Singh Deo memperoleh majoriti 37,659 undi menewaskan tiga lagi calon lain.

Ramkarpal memperoleh 41,242 undi manakala calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dengan 3,583 undi.


Dua lagi calon Bebas, Mohamad Nabi Bux Mohd Abd Sathar mendapat sebanyak 299 undi dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan yang juga seorang peguam sekadar memperoleh 225 undi.

Jumlah undi yang diperoleh ketiga-tiga lawan Ramkarpal itu menyaksikan mereka hilang wang pertaruhan.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam.

Kemenangan itu seolah-olah dijangka awal apabila dewan pengumuman mula sesak dipenuhi penyokong DAP yang berhimpun sejak petang sebelum keputusan diumumkan.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal akibat kemalangan jalan raya di Kampar, Perak pada 17 April lalu.

Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 pengundi Melayu, 61,112 atau 74.49 peratus pengundi Cina, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum.

Pada PRU-13 lalu, mendiang Karpal memenangi kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam yang memperoleh 14,061 undi.

Lima beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan ngeri di Cheras, Jumaat lepas akan menerima bantuan kolektif RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban kewangan mereka.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan lanjut daripada JKM mengenai kelima-lima beradik itu sebelum bantuan berkenaan disalurkan.

"Bantuan itu akan diberi sehingga mereka berusia 18 tahun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan acara 'Purple Walk 2014' dan Persatuan Wanita (Perwani) Siswi di Dataran Merdeka.

Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, Juruteknik Jefri Mohd Zain, 46, dan isterinya Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal setelah digilis sebuah lori dalam kejadiaan langgar lari berhampiran susur ke Cheras, di Jalan Loke Yew.

Pasangan itu meninggalkan lima anak - Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengucapkan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memenangi pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang kalah dalam pertandingan satu lawan satu untuk jawatan presiden, berharap Tengku Abdullah dapat memberikan pembaharuan dan menukar landskap bola sepak Malaysia.

"Semoga Kebawah Duli Tuanku dapat memberikan pembaharuan dan menukar landskap bola sepak Malaysia. Insya-Allah," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi Harimau Selatan itu.

Tengku Mahkota Pahang memenangi jawatan presiden selepas mengalahkan TMJ dengan majoriti dua pertiga undi.

Tengku Abdullah memperoleh 27 undi manakala TMJ 12 undi pada kongres FAM ke-50 di Shah Alam, Selangor.


Tahukah anda, Amerika Syarikat membelanjakan sebanyak 20 bilion dollar hanya untuk membina bom berkuasa nuklear di dunia. Projek berkenaan telah dinamakan sebagai Manhattan Project. Ia diketuai oleh seorang ahli fizik yang bernama Profesor J. Robert Oppenheimer. 

Sebenarnya, usaha untuk membangunkan bom nuklear berkuasa atom ini adalah misi kerjasama antara kerajaan Amerika Syarikat dengan Kanada dan United Kingdom. Bom berkuasa nuklear ada dua jenis. Pertama dikenali sebagai Bom Atom dan kedua adalah Bom Hidrogen. 

Di antara kedua-dua jenis bom ini, Bom Hidrogen yang paling hebat dan berkuasa tinggi hingga mampu memusnahkan sebuah kawasan yang berkeluasan 35 kilometer persegi. Dalam satu ujian Bom Hidrogen di kepulauan Marshall pada 1 November 1952, kekuatannya telah melenyapkan pulau Elugelab dari peta dunia.

Percayakah anda jika kami katakan gambar-gambar yang kami kongsikan ini sebenarnya adalah lukisan?.

Pelukisnya, Sheryl Luxenberg yang tinggal di Ottawa, Ontarion merupakan artis visual yang pernah memenangi anugerah atas bakatnya itu. Karya seninya yang dipanggil ‘hyperrealism’ itu dihasilkan menerusi teknik campuran akrilik dan cat warna air.

Bagi menambahkan lagi ilusi seakan-akan ‘hidup‘ pada lukisannya, Sheryl turut menggunakan penyembur cat. Jom layan beberapa lukisan artis berbakat besar ini…
posted@malaysiasensasi.net

Ketua Tentera Thailand Jeneral Prayuth Chan mengumumkan rampasan kuasa di negara ini pada Khamis berikutan kegagalan pihak yang terlibat dalam sengketa politik mencapai persetujuan setelah bermesyuarat selama dua hari.

Pemimpin kumpulan penyokong dan penentang kerajaan ditangkap.

Sebelum ini, Tentera Thailand mengumumkan Undang-Undang Tentera dilaksanakan di negara itu ekoran pergolakan politik tanpa kesudahan yang berlarutan selama enam bulan.
Ketua Tentera Thailand itu beri jaminan rampasan kuasa tidak menjejaskan hubungan antarabangsa dalam satu pengumuman media ke seluruh negara itu.

“Dalam usaha untuk mengembalikan keamanan Jawatankuasa Keamanan Nasional terdiri daripada tentera, Angkatan Tentera Thai, Tentera Udara Diraja dan polis perlu merampas kuasa pada 22 Mei pada jam 4.30 petang,” katanya.

Tindakan rampasan kuasa ini adalah yang ke-12 dalam sejarah Thailand sejak 1932.

"Semua rakyat Thailand perlu bertenang dan pegawai-pegawai kerajaan perlu bekerjasama seperti biasa, " katanya.
posted@malaysiasensasi.net

Pelakon Norman Hakim terkejut apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya iaitu Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang baru dibina sedang bergolak.


Norman berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.

Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status pada Instagram miliknya seolah-olah rumah tangga dia berhadapan dengan ujian selain memohon peminat mendoakan kebahagiaan dia dan suami.

Status tersebut membuatkan ramai yang mengandaikan hubungan Abby dan Muhammad Noor Farhan sedang bergolak.

Dalam pada itu, tambah Norman, dia juga meminta orang ramai untuk berdoa agar pasangan berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin.

Abby atau nama sebenarnya  Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan  Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza.
posted@malaysiasensasi.net