Koleksi Sensasi


Nama suku inilah yang menjadi sebutan untuk orang yang memakan orang lain. Suku ini diketahui merupakan suku pertama di dunia yang melakukan amalan kanibalisme. Oleh para pelaut biasa disebut “The Carib people of the Lesser Antilles”. Nama ini diberikan oleh colombus dalam catatannya dengan menyebut nama “caniba” (yang merupakan kata lain dari kariba yang ertinya “orang yang memakan orang”). Para suku karibia ini biasanya melakukan kanibalisme kepada musuhnya,namun semenjak masuknya agama kristian kesana,perlahan lahan budaya itu mulai hilang.

PUNJAB - PAKISTAN. Seorang mangsa rogol dibunuh kejam apabila mayatnya digantung pada sebatang pokok di sebuah perkampungan miskin di Layyah, wilayah Punjab, Pakistan.


Pegawai polis kanan Sadaqat Ali Chohan berkata, Muzammil Bibi, 20, diserang tiga lelaki berhampiran rumahnya sebelum diheret ke kawasan semak untuk dirogol secara bergilir-gilir.

“Ini adalah serangan rogol paling kejam di Pakistan. Ketika ditemui, mangsa pengsan dan pakaiannya koyak-rabak,” katanya pada laporan Dailymail.

Menurutnya, melalui siasatan awal, mangsa dicekik di leher dan dipukul beberapa kali berdasarkan kesan lebam pada anggotanya.

Difahamkan, ibu bapa mangsa meminta bantuan penduduk kampung untuk mencari mangsa sejurus mengetahui kehilangannya.

Keesokan harinya, penduduk kampung menemui mangsa tergantung pada sebatang pokok berhampiran rumahnya dalam keadaan tidak bermaya dan berlumuran darah.

Bulan lalu, kes sama turut berlaku apabila penduduk kampung menemui dua mayat adik-beradik mangsa rogol tergantung pada sebatang pokok di sebuah perkampungan di Uttar Prakash, India.

Pedi Spin PediSpin Pedicure Foot File Hard Skin Callus Remover Kit Set


The PediSpin is battery operated requiring no cables so you can use it anywhere you wish without the need of looking for a mains socket, it requires 4 x AA batteries that are not included. It's light and fits in the palm of your hand nicely; making it perfect to take with you even when you travel.

Save yourself a lot of time and money taking care of your feet at home, getting salon results every time with this wonderful set including: the JML Pedi Spin tool, one filing plate, one finishing head, replacement finishing pads and a cleaning brush. It's made of high quality durable plastic.

Features:
- 100% Brand New And High quality
- Electronic home pedicure system
- Removes dead skin and calluses
- Leaves feet silky smooth and soft
- Totally painless and gentle on your feet
- Offers high and low speed settings
- Ergonomic, easy to use design
- Traps shavings to prevent mess
- Filing plate for removing calluses
- Finishing head for the perfect smooth finish
- Easy swapping between heads
- Fits in the palm of your hand
- Battery operated to use anywhere
- Requires 4 x AA batteries (not included)

Specifications:
Color: As the picture show
Size : Approx 4.5cm*13.5cm
Weight: Approx 280g

BELI DI SINI


Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.

Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu. 

Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003. 

Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil.


GAMBAR dalam bulatan menunjukkan wanita berkenaan tersepit di celah bongkah batu.

Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.

Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. - Agensi

Seorang gadis berusia 20 tahun yang membelanjakan lebih sejuta ringgit untuk melakukan lebih 200 pembedahan plastik, terpaksa menerima hakikat pembedahan itu bukan mencantikkannya sebaliknya hanya menyebabkan tumit kakinya menjadi haus.


Selain menderita kesakitan, gadis yang hanya dikenali sebagai Pink Baby itu tidak lagi mampu berjalan, malah payudaranya juga dikesan mempunyai tumor sepanjang tiga sentimeter.

Akhbar Yangtze Evening News melaporkan, gadis itu menjalani banyak pembedahan di pusat kecantikan kerana mahu kelihatan cantik dan untuk membetulkan wajahnya.

Namun dia mengetahui mengenai penyakitnya itu selepas mendapatkan pemeriksaan di Hospital Friendship di Nanjiang.

“Saya mula membuat pembedahan plastik pada usia 16 tahun dan sejak itu mula ketagih.

“Saya hanya percayakan pusat kecantikan dan tidak mengunjungi hospital untuk menjalani pembedahan itu. Malah saya pernah menetap di Korea Selatan selama setahun semata-mata ingin melakukan pembedahan kerana percaya saya boleh menjadi lebih cantik,” katanya.

Semua rawatan berkenaan ditanggung oleh ibu bapanya yang kaya.

Dalam pada itu, doktor yang merawatnya, Dr. Xia Jianjun memaklumkan hampir seluruh badannya dibedah sehinggakan ada pembedahan yang tidak langsung sesuai untuk usia mudanya itu.

Jelas beliau, bahagian paling teruk terjejas akibat pembedahan itu ialah payu dara dan tumitnya.

“Adalah mustahil untuk memulihkan semula kecederaan pada tumit kaki,” katanya. 

SYDNEY: Seorang lelaki ‘alim’ yang menipu wanita supaya mengadakan hubungan seks dengannya untuk mengelak sihir, dipenjara sekurang-kurangnya 15 tahun.


Tony Golossian, 63, dianggap sebagai tokoh yang suci di kalangan penduduk Greek di Sydney kerana kononnya mampu berkomunikasi dengan malaikat.

Disember lalu Golossian didapati bersalah atas 24 kesalahan berkaitan rogol ke atas dua wanita dan hakim menetapkan hukuman ke atasnya semalam.

Tertuduh bersama, Arthur Psichogios, 41, diarahkan dipenjara sekurang-kurangnya 12 tahun, manakala isterinya, Frances, 38, dihukum lima tahun kerana menyerang seorang daripada mangsa.

Ketika perbicaraan, tertuduh didakwa memperdaya dua wanita kononnya mereka terkena sihir dan dipaksa mengadakan hubungan seks bagi membebaskannya.

Mangsa diyakinkan bahawa perbuatan itu adalah sebahagian daripada ‘doa’ untuk mengatasi sihir berkenaan.

Hakim berkata, kesan emosi yang dialami kedua-dua mangsa sangat serius.

Katanya, mangsa pertama mengalami kesan dahsyat selama empat setengah tahun, dimanipulasi secara kejam kesan daripada ajaran lelaki terbabit.

Semalam, mahkamah dikawal polis antirusuhan selepas seorang daripada pegawai mengendalikan kes berkenaan diserang saudara seorang daripada defendan.











posted@malaysiasensasi.net

Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan langsung.. apabila seorang wanita berusia 90 tahun dikurung di dalam sebuah bilik tidur dengan harapan dia akan mati kebuluran oleh anaknya sendiri, lapor akhbar dari China itu.


Wanita malang itu, Xiaoming Tsui bagaimanapun terselamat selepas hampir sebulan cuma bergantung kepada air minuman dan bubur bijirin yang dibaling melalui tingkap oleh jiran-jiran ketika anak-anaknya keluar.

Tidak tahan melihat nasib warga emas di kampung Yangjuan di Hunan itu, salah seorang jirannya yang tidak menyatakan namanya menghantar mesej kepada pasukan polis melalui internet.

Sebaik menerima laporan itu, pihak polis melakukan serbuan di rumah berkenaan. Perkataan pertama yang diluahkan oleh wanita itu ialah: "Tolong beri saya makan." Berikutan serbuan itu, seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki wanita itu kini berhadapan dengan tuduhan cubaan membunuh.

"Wanita itu sakit dan bagi menghilangkan masalah mereka untuk menjaga, anak-anaknya cuba mengurungnya di dalam sebuah bilik dengan harapan dia akan mati kelaparan.

"Mereka tidak memberikan makanan dan mereka memberitahu dia tidak memerlukan bilik mandi, malah tidak sesiapa dibenarkan untuk berjumpanya," kata seorang jurucakap polis.


Anak Patung Berhantu Di Tanam Bawah Pokok Berjaya Di Rungkai Oleh Seorang Ustaz | Admin percaya kalau tengok gambar sahaja pasti korang rasa lain macam sahaja kan ? Jom baca kisah misteri yang berjaya di rungkai ini.

Menurut pemilik asal anak patung ini, anak patung ini akan bergerak sendiri. Bertukar kedudukan dan menunjukkan riak muka sedih atau senyum.
Ada bukti gambar yang ia tersenyum. Memang menyeramkan.
Oleh itu pemilik menutup mata sebelum meninggalkan anak patung berhantu ini supaya ia tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah. Macam kes kucing yang dipotong misainya tidak dapat mencari rumah tuan.
Kedudukannya akan teralih atau beralih dengan sendiri. Kerana ketakutan pemilik menutup pandangan anak patung dengan kain putih dan ikat anak patung tersebut ke pokok berkenaan.
Carian di internet mendapati insiden ini berlaku di Singapura dan bukannya di Malaysia. Anak patung berhantu ini dikenali sebagai misteri “Hougang Doll” yang seram.
Menurut sumber, seorang Ustaz telah pergi untuk mengambil anak patung tersebut dari terus menjadi bualan masyarakat setempat. Ketika mengambil anak patung tersebut tiada kejadian aneh berlaku dan anak patung itu akan dihanyutkan untuk mengelakkan perkara syirik dari terus terjadi.

Siapa sangka wanita cantik yang dituduh sebagai perisik semasa era Perang Dunia Pertama ini pernah mengharungi hidup yang penuh berliku. Margaretha Geertruida Zelle atau lebih dikenali sebagai ‘Mata Hari’ ini dilahirkan pada 7 Ogos 1876 di Leeuwarden, Netherlands.

Beliau adalah anak sulung daripada empat adik-beradik. Bapanya, Adam Zelle adalah pemilik kedai topi dan turut berjaya membuat pelaburan dalam industri minyak hingga mampu memberi kemewahan kepada Mata Hari dan keluarganya.

Mata Hari juga pernah mendapat pendidikan di sekolah eksklusif sehingga dia berumur 13 tahun. Bagaimanapun, panas tidak sampai ke petang, bapanya muflis pada 1889 sehingga membawa kepada penceraian tidak lama selepas itu.

Selepas bapanya berkahwin kali kedua di Amterdam pada 1893, kira-kira dua tahun selepas ibunya meninggal dunia, Mata Hari tinggal bersama bapa pembatisannya, Visser di Sneek.

Di Leiden, Mata Hari menjadi guru tadika tetapi dipecat selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan guru besar. Selepas beberapa bulan, beliau melarikan diri ke rumah pakciknya di The Hague.

Semasa berumur 18 tahun, Mata Hari berkahwin dengan Kapten Tentera Belanda, Rudolf MacLeod, 38, yang tinggal di Indonesia (pusat Syarikat Hindia Timur Belanda) pada 11 Julai 1895.

Ia menjadi titik tolak kepada Mata Hari untuk memulakan hidup baru sebagai golongan kelas atasan. Mereka berpindah ke Malang di Jawa Timur dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Perkahwinan mereka tidak kekal lama akibat tabiat buruk MacLeod yang ketagih alkohol dan mempunyai perempuan simpanan. Mata Hari meninggalkan suaminya secara sementara dan tinggal bersama seorang pegawai Belanda, Van Rheedes.

Selama beberapa bulan, wanita itu belajar adat dan kebudayaan masyarakat Indonesia dan turut menyertai syarikat tarian tempatan. Pada 1897, beliau menggunakan nama ‘Mata Hari’ sebagai langkah untuk memulakan hidup baru sekali lagi melalui surat yang dikirimkan kepada saudaranya di Holland.

Mata Hari kembali kepada suaminya, namun sikap buruk lelaki tersebut masih tidak berubah dan terus berlaku konflik dalam perkahwinan mereka termasuk kematian anak lelakinya yang jatuh sakit pada 1899.

Mereka kembali semula ke Belanda tetapi tinggal berasingan pada 1902 dan kemudiannya bercerai pada 1907. Mata Hari terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran termasuk berebut hak penjagaan anak perempuan mereka yang akhirnya meninggal dunia semasa berumur 21 tahun akibat komplikasi penyakit siflis.

Jadi penari eksotik

Pada 1903, Mata Hari berpindah ke Paris dan menjadi penunggang kuda sarkas dengan menggunakan nama gelaran Lady MacLeod. Akibat kesempitan hidup, pada 1905, Mata Hari mula menjadi penari eksotik dengan mengikut kumpulan tarian kontemporari dikendalikan Isadora Duncan dan Ruth St Denis.

Gaya meliuk-liuk Mata Hari berjaya menarik perhatian penontonnya terutama selepas membuat persembahan di Musée Guimet (Muzium Seni Asia) pada 13 Mac 1905. Menjelang 1910, Mata Hari mula dikritik banyak pihak kerana mempersembahkan tarian yang mengghairahkan.

Semasa kemasyhurannya, Mata Hari turut menjalinkan hubungan dengan pegawai atasan tentera, ahli politik dan individu berpengaruh dari beberapa negara. ‘Hubungan’ istimewa itu membolehkan beliau bebas merentasi sempadan tanpa sebarang halangan. Bagaimanapun, semasa ambang Perang Dunia Pertama, wanita tersebut mula dilabel sebagai ‘penggoda berbahaya’.

Perisik bermuka dua?

Semasa Perang Dunia Pertama tercetus, Mata Hari masih bebas merentasi sempadan kerana beliau tidak mempunyai halangan untuk merentasi Sepanyol dan Britain menuju ke Belanda. Pada 1916, kapal yang membawa Mata Hari dari Sepanyol diarah berlabuh di Pelabuhan Falmouth di England.

Beliau ditahan dan dibawa ke London untuk disoal siasat oleh Perisikan Britain (M15). Menurut pihak berkuasa , Mata Hari mengaku bahawa dia bekerja untuk Perisikan Perancis. Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada wanita itu menipu atau tidak kerana ada pihak mendakwa Mata Hari mungkin dipaksa untuk membuka mulut.

Pada Januari 1917, perisik Perancis berjaya memintas mesej yang dihantar ke Berlin daripada agen H-21. Difahamkan, hasil siasatan awal mereka mendapati agen H-21 adalah Mata Hari.

Dibicarakan dan dihukum mati

Pada 13 Februari 1917, Mata Hari ditahan di Hotel Elysee Palace di Paris. Beliau dibicarakan selepas didakwa menjadi perisik Jerman dan menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 50,000 askar.
M15 dan Perancis tetap menuduh Mata Hari adalah perisik Jerman tanpa bukti kukuh.

Namun, pihak berkuasa Perancis berjaya membuktikan bahawa Mata Hari pernah menerima bayaran untuk menjadi agen Jerman, H-21 sebelum Perang Dunia Pertama bermula walaupun dinafikan olehnya.

 Mata Hari akhirnya, didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan pengintipan dan dijatuhi hukuman ditembak sampai mati pada 15 Oktober 1917 semasa beliau berumur 41 tahun.

Info:

• Penulis yang menyokong feminisme, Pat Shipman menerusi bukunya berjudul Femme Fatale mendakwa Mata Hari tidak pernah menjadi agen bermuka dua tetapi dijadikan sebagai kambing hitam oleh pihak berkuasa Perancis untuk menutup kegagalan mereka dalam operasi ketenteraan.

• Dokumen milik Jerman yang didedahkan pada 1970-an pula membuktikan Mata Hari adalah agen Jerman (H-21).

• Mata Hari turut digelar femme fatale (wanita penggoda, penyebab kemusnahan kepada mana-mana lelaki yang menjalin hubungan bersamanya).

• Muzium Frisian di Leeuwarden, Netherlands mempamerkan ‘Bilik Mata Hari’ termasuk dua buku skrap peribadi beliau.

Luther George Simjian adalah salah seorang pencipta dan ilmuwan . Dia dilahirkan di Turki pada 28 Januari 1905 dan meninggal pada 23 Oktober 1997 pada usia 92 tahun.

Luther George Simjian.

Simjian berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 15 tahun setelah terpisah dengan keluarganya semasa Perang Dunia Pertama.

Setelah bertemu dengan kerabatnya di Connecticut, dia bekerja sebagai jurugambar kerana minat dengannya.

Pada mulanya, Simjian belajar di Universiti Yale dengan mengambil bidang kedoktoran, namun minatnya berubah ketika pihak universiti menawarkannya pekerjaan di Laboratorium Foto. Pada tahun 1928, dia telah menjadi ketua di Jabatan Fotografi di universiti tersebut.

Pada tahun 1934, Simjian berpindah ke New York, dimana dia telah mengembangkan mesin x-ray warna dan self-posing portrait camera, yang memungkinkan subjek untuk melihat ke dalam cermin dan melihat gambar yang tepat untuk diambil.

Dengan berbekalkan penemuannya ini, Simjian telah menubuhkan sebuah syarikat pembuatan kamera dengan jenama Photoreflex yang kemudiannya digantikan dengan nama Reflectone. Syarikat ini kemudiannya terus berkembang.

Ketika Simjian menawarkan idea untuk pelanggan bank melakukan transaksi pengeluaran wang tanpa perlu ke kaunter bank, ia diragui ramai orang.

Namun, dia tidak berputus-asa dan pada tahun 1939, Simjian telah mendaftarkan 20 paten yang berkaitan dengan penemuan barunya dan telah menawarkannya kepada sebuah syarikat besar yang sekarang ini dikenali dengan nama Citicorp.

Namun, hanya selepas enam bulan barulah Citicorp memberi respon mengenai tawaran Simjian.

"Nampaknya, orang yang akan menggunakan mesin ini hanyalah sejumlah kecil pelacur dan kaki judi yang malu dan tidak mahu bertemu muka dengan kerani bank"!

Akhirnya, pada hari ini disetiap sudut bangunan, kita dengan mudah menemui mesin 'ajaib' ini.

Apa yang menjadi keraguan ramai orang pada masa itu terbukti salah!

ATM telah menjadi keperluan yang tidak lagi mampu dipisahkan bagi kebanyakan daripada kita. 

BEKAS juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher menunjukkan tanda lebih positif selepas membuat isyarat angguk sebagai cara berkomunikasi dengan doktor dan staf. 

Schumacher ,45, turut membuka mata dan berada dalam keadaan sedar ketika proses pemindahannya dari sebuah hospital di Perancis ke sebuah hospital pemulihan di Switzerland. 

Pada Isnin lalu, Schumacher dipindahkan ke Lausanne dari Hospital Universiti Grenoble yang menjadi pusat pemulihannya selepas mengalami kecederaan otak akibat kemalangan ketika bermain ski Disember lalu.

Hospital Universiti Lausanne yang menempatkan Schumacher untuk proses pemulihan.
Agensi berita Swiss berkata, sepanjang perjalanan itu, Schumacher tidak bercakap tetapi hanya mengangguk sebagai isyarat kepada doktor dan kakitangan ambulan.  

"Sepanjang perjalanan 120 batu (193 kilometer) dia membuka matanya untuk tempoh yang lama," jelas agensi berita Swiss itu.  

Sementara itu, Pengarah Unit Neuroscience Hospital Universiti  Lausanne, Dr Richard Franckowiak, berkata: "Perjalanan Schumacher berjalan sangat lancar". 

Tambah Dr Franckowiak, pihaknya amat komited untuk melindungi privasi Schumacher serta keluarganya. 

Dalam pada itu, Schumacher dilihat memberi tindak balas terhadap suara isterinya, Corinna. 

Suara Corinna dikatakan mampu memberi kesan kepada Schumacher berbanding orang lain.
sumber: mystar

PELABUHAN KLANG: Marah terhadap isterinya yang tidak membuka pintu, seorang lelaki yang dipercayai dibawah pengaruh alkohol bertindak membakar rumahnya di Pandamaran pada malam Rabu.


Akibat tindakan itu, enam lagi rumah milik jiran ejen insuran terbabit turut musnah dalam kebakaran.

Menurut jiran suspek, dalam kebakaran pada pukul 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 30-an terbabit didakwa menyimbah minyak petrol pada pintu rumah dan membakarnya apabila isterinya enggan membuka pintu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung tindakan lelaki terbabit.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api," katanya.

Difahakam, isteri dan dua anak lelaki itu yang berusia  tiga dan empat tahun telah menghilangkan diri selepas kejadian.

Akibat tindakan khianat yang melampau, suspek dibelasah oleh jiran-jiranya sehingga cedera sebelum ditahan polis setelah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.



Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia  juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar.

Uqasha  turut menegaskan keputusannya mahu bertudung pada bulan lalu tiada kaitan dengan permintaan mana-mana lelaki yang cuba dikaitkan dengannya.

Perubahan itu ujarnya datang atas kemahuan sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Uqasha berkata, dia juga bersyukur masih lagi menerima pelbagai tawaran berlakon termasuklah perojek terbaharu iaitu penggambaran filem Mat Kilau.

Selain itu dia juga bakal muncul dengan drama Opps Terlebih Sudah dan Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya. posted@malaysiasensasi.net

Perkataan "ambulance" diambil daripada perkataan Latin "ambulare" yang membawa maksud "to walk". Kemudian, terbit "hôpital ambulant", istilah Perancis yang pada dasarnya bermaksud "mobile hospital". Pada peringkat awal, "ambulance" tidak membawa maksud seperti apa yang digunakan sekarang. Secara umumnya, ia merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara yang boleh bergerak dengan mudah terutamanya bagi merujuk kepada hospital perubatan bergerak tentera.

gambar ambulans
Bagaimana ambulans mendapat namanya‏?
"Ambulance", dalam Bahasa Inggeris dikesan kali pertama muncul sekitar 1798, juga merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara. Kenderaan pengangkutan perubatan bergerak juga dikenali sebagai ambulans di Perancis sekitar waktu ini. Seorang warga Perancis, Dominque-Jean Larrey memperkenalkan perkhidmatan "flying ambulance" yang direka untuk membawa keluar para askar yang tercedera dari medan perang untuk rawatan semasa perang. Tidak seperti praktik sebelumnya yang menunggu sehingga pertempuran berakhir.

Ambulance volante or "flying ambulances"
Ambulance volante atau "flying ambulances"
Menjelang pertengahan abad ke-19, "ambulance" dikembangkan penggunaannya untuk merujuk kepada sebarang kenderaan yang digunakan untuk membawa askar yang tercedera di medan perang ke hospital tentera. Salah satu contoh terdekat ialah semasa Perang Krimea (1853-1856). Tidak lama selepas itu, semasa Perang Saudara Amerika, kenderaan pengangkutan perubatan sedemikian dikenali sebagai "ambulance wagon". Sejak itu, gelaran "ambulance" bagi kenderaan perubatan bergerak melekat sehingga sekarang.

"Ambulance" diterjemahkan sebagai "ambulans" dalam Bahasa Malaysia, manakala "ambulance chaser" bukanlah sejenis kenderaan. Ia gelaran kepada segolongan peguam dan dipercayai istilah tersebut mula digunakan sekitar 1897. Ia merujuk kepada peguam yang mendapatkan pelanggan dengan memujuk mangsa kemalangan untuk membuat saman ganti rugi.

maksud ambulance chaser


posted@malaysiasensasi.net

Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.


Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.

Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.”

Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.

“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis. posted@malaysiasensasi.net

Seorang pemilik sebuah pangsapuri mewah di China telah membeli kediamannya ini beberapa tahun yang lalu. Dia yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berhasrat mengubah fizikal kediamannya yang berada di tingkat 18, juga tingkat paling atas bangunan.

pangsapuri haram
Pada mulanya, dia bertindak menanam beberapa batang pokok dan semak tebal di atas bumbung bangunan dan tindakannya itu dilihat pelik oleh jiran-jiran lain. Ada yang beranggapan tindakan itu mungkin untuk melindungi privasinya, namun dia dilihat semakin aneh apabila meliputi bahagian bumbung bangunan tersebut dengan jaring penyamaran yang dipenuhi dengan dedaun tumbuhan.

Jiran-jiran mula bimbang akan kewarasan pemilik pangsapuri tersebut, namun mendapati dia bukanlah seorang yang gila. Dia sebenarnya menggunakan kesemua penyamaran tersebut sebagai taktik menyembunyikan dua tingkat tambahan yang ditambah senyap-senyap ke pangsapurinya yang sudah cukup luas. Sementara dia memaklumkan penduduk lain bahawa dia sedang menjalankan pengubahsuaian, dia sebenarnya telah menambah tingkat 19 dan 20 pada bangunan itu. Semua ini dilakukan secara rahsia untuk lari daripada undang-undang perancangan tempatan.

pangsapuri haram
Penduduk lain telah membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun tiada sebarang tindakan diambil untuk tempoh dua tahun. Dikatakan, ahli perniagaan ini mempunyai hubungan baik dengan pihak berkaitan dan sukar untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Akhirnya, pakar-pakar dalam bidang pembinaan memutuskan untuk masuk campur dalam kemelut yang dihadapi oleh penduduk kejiranan mewah Hai Tang Ge ini. Mereka menjalankan beberapa ujian bagi mengenal pasti kesan pembinaan dua tingkat haram tersebut ke atas keselamatan keseluruhan bangunan. Jika ianya mengganggu, tiada pilihan lain selain merobohkan dua tingkat baru itu.

Menurut sumber, kes tingkat haram sebegini sudah menjadi kebiasaan di China. Contoh lainnya seperti dua gambar di bawah.

China
Binaan "moutain villa" di atas bumbung bangunan pangsapuri 26 tingkat.
China
Binaan sebuah tokong di atas bumbung bangunan pangsapuri 21 tingkat.
posted@malaysiasensasi.net
kongsakongsi

Penduduk tempatan menyebutnya sebagai ' Bandar Mati ' . Ini adalah sebuah ' bandar hantu ' di mana tidak ada penduduk hidup di dalamnya . Lebih dari seratus bangunan berdiri kosong , setelah dibina enam tahun lalu untuk penduduk di Bandar Beihai , di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang .

Bandar itu dibina untuk memenuhi peningkatan kelas orang kaya baru , yang dijangka bakal melabur dan membeli dengan cepat hartanah di bandar tersebut . Banyak di antara bangunan di bandar itu dijual.

Penduduk China tidak dibenarkan untuk melabur di luar negeri , sehingga ada letupan nyata dalam dunia hartanah di saat orang mencari pelaburan yang selamat untuk kekayaan mereka .

Dalam usaha untuk melayani mereka ingin melabur di bidang hartanah , seluruh bandar telah dibina lengkap dengan bangunan pencakar langit , pusat membeli-belah , jalan raya , dan taman . Namun , dengan tidak adanya penduduk , bandar itu berubah menjadi ' bandar mati ' kerana jauh dari pusat - pusat ekonomi penting .

Beberapa pekerja di China  telah melabur tabungan mereka hingga ke tiga generasi dari satu keluarga hanya untuk membeli hartanah di bandar itu . Tetapi mereka tidak mahu membeli salah satu rumah di sana kerana bandar itu terlalu jauh dari pusat - pusat bandar utama dan membuat kota itu dibiarkan tanpa penduduk sama sekali .

Kebanyakan dari mereka , yang berharap adanya pertumbuhan dalam nilai hartanah , beranggapan melabur di sana akan berisiko . Para pemerhati percaya China telah kelebihan harta , yang boleh menyebabkan berlakunya gelembung perumahan dari harta - harta yang kosong .

Namun , pihak lain mengatakan pemodenan di China merupakan kisah urbanisasi terbesar yang pernah ada di dunia , dan bandar - bandar ' mati ' seperti itu akan segera menjadi wilayah metropolitan yang berkembang .

Selepas enam tahun dibina dan dengan tidak ada manusia hidup di dalamnya , beberapa bangunan di bandar itu akan memerlukan lebih banyak wang yang akan dibelanjakan untuk melindungi mereka daripada kerosakan .

Proses pembinaan bandar itu tidak hanya menggaji ratusan ribu penduduk China , tetapi juga telah membuat ratusan ribu penduduk tempatan terpaksa harus pergi dari tanah dan rumah mereka agar dapat membuat jalan bagi projek - projek pembinaan .

" Ini suatu kegilaan , rumah - rumah dibina hanya untuk dibiarkan kosong ! " kata salah satu penduduk tempatan yang terpaksa harus tinggal di sebuah pondok kayu .


Kelebihan ataupun kesitimewaan Israel di bandingkan dengan Negara2 lain di Dunia ini adalah:

1. Satu-satunya Negara yang boleh Membunuh, Memusnahkan suatu Etnik, bangsa, ataupun Negara tanpa Bisa di Hukum Oleh PBB

2. Satu-satunya Negara di mana ada Tenteranya, maka itu juga Punya israel. Contoh: Jika para Tentera Israel Datang ke Kedah, maka kedah adalah Milik Israel, bukan lagi punya Malaysia, dan Kerajaan Malaysia tidak boleh keberatan, jika Kerajaan Malaysia Bantahan maka akan di Serang oleh Amerika, dan PBB.

3. Menguasai 90% Perekonomian Dunia, para Banker Yahudi, 10 Orang Terkaya di Dunia (Bill Gates, dan lainnya), dan illuminati.

4. Satu-satunya Negara di Dunia yang mempunyai Senjata Nuklear Tapi tidak di Larang oleh Amerika dan PBB. Cuba anda bayangkan jika yang mempunyai senjata nuklear itu negara2 Islam, maka Amerika dan PBB akan Memberikan Hukuman.5. Bahawa bangsa Yahudi (Israel) diberi kelebihan oleh Allah SWT sehingga mereka memiliki keunggulan dalam bidang kecerdasan dan kekuatan berbanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia.Anggapan tersebut berdasarkan pada Al-Qur’an surat Al-Baqarah ayat 47, yang berbunyi:
“Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingat pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat.” (QS 2:47)

6. Merokok adalah barang yang Sangat Haram bagi mereka. Akan tetapi tahukah anda Philip Morris adalah seorang Yahudi, pemilik syarikat rokok yang telah menguasai 70% pasaran rokok di seluruh dunia. Termasuk di Malaysia, HM Sampoerna, Gudang Garam, dan Djarum adalah termasuk milik Philip Morris.

7. Menguasai filem Box office, tahukah anda Makna dan rahsia dari HOLLYWOOD?

8. Anak2 Remaja (13-17 Tahun) dan Dewasa Awal (18-22 Tahun) di Israel Sangat Tidak di Benarkan Berhubungan Sex dengan Lawan Jenis, tetapi Justeru di Benarkan oleh Orang Tua Mereka Berhubungan Sex dengan Sesama Jenis (Homo – Lesby) sebelum Menikah Rasmi dgn Lawan Jenis. Oleh kerana itulah Tidak Hairan jika di Israel Seorang Remaja ataupun lelaki dewasa awal (18-22 tahun) sudah pernah Berhubungan Sex dengan rakannya.

9. Satu-satunya Negara yang Mengusai Hampir di seluruh Sektor Kehidupan Umat Manusia, melalui Persaudaraan Bebas (Freemasonry).

10. Negeri yang mempunyai IQ Penduduknya ataupun Keturunannya Rata2 140 ke Atas, Albert Einstein adalah seorang Yahudi yang mempunyai IQ 165, Bill Gates Keturunan Yahudi yang mempunyai IQ 155

Kegiatan Ah Long dikesan merekrut pelajar untuk mengedarkan risalah atau menampal poster dengan menawarkan sejumlah wang saku untuk mengisi masa lapang pada musim cuti persekolahan.

Walaupun belum ada tangkapan setakat ini, pihak polis sudah mengenal pasti lokasi kegiatan berkenaan dan kini sedang mempergiatkan pemantauan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, pembabitan pelajar dalam kegiatan ini adalah salah di sisi undang-undang.

"Dalam undang-undang, sesiapa yang membantu kegiatan Ah Long adalah satu kesalahan.

"Walaupun belum terima sebarang laporan, pihak kami tahu mengenai perkara ini dan saya berharap ibu bapa memantau kegiatan harian anak-anak mereka," katanya ketika mengikuti 'Operasi Vulture' di sekitar Shah Alam pada Selasa.

Mun Phing berkata, sesiapa yang didapati bersalah boleh didalwa mengikut 29AA Seksyen 5 Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan dihukum penjara dua tahun dan denda sehingga RM20,000 jika disabitkan kesalahan.

"Bagi yang menjalankan aktiviti Ah Long pula boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5(2) akata sama," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini 29 tangkapan membabitkan Ah Long dibuat, manakala 38 kes dibuka untuk siasatan lanjut.

"Di Shah Alam, kawasan Taman Sri Muda menjadi tumpuan Ah Long kerana faktor pendatang asing yang ramai serta pekerja kilang.

"Kami dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) akan cuba mengurangkan aktiviti Ah Long ini daripada terus berleluasa," jelasnya.

Selain itu, Pengawai Penguatkuasa MBSA, Hairul Hanif Abu Taib berkata, pihaknya membuat empat tangkapan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berkaitan kes merosakkan harta benda awam atau vandalisme.

Katanya, daripada jumlah itu, seorang membayar denda, manakala tiga lagi dalam proses penawaran kompuan dan boleh didakwa jika gagal berbuat demikian.

"Selain itu, sebanyak 35,000 bunting diturunkan tahun ini dengan purata 7,000 sebulan," katanya.

Ops Vulture yang dijalankan pada Selasa melibatkan 110 orang termasuk pihak polis, MBSA dan NGO.

Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana. 


"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai berkata.

Lelaki itu berusia 30 tahun.

Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan.

Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.

Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.

Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan.

Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh tiga jam.

"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.

Kecaman dan bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.

Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.

Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek bersenjatakan pisau.

Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India.

Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi.




Petang kemarin ketika keluaqkan duit dari Mesin ATM di TESCO extra selayang, ada satu brader Melayu. awai 50an. sawa matang. tinggi dlm 1.60 m. pakai smart. minta tolong pasai kad ATM dia telan dlm mesin ATM. Dia kata dia "cikgu" dari Syah Alam. Bini nak operate ptg ni kat HKL.

Simpati dgn dia aku cuba tolong la apa yg boleh. Dia minta no acc aku. nak suruh kawan dia sorang "USTAZ" bank in duit dlm acc aku. aku ambik no phone "cikgu" 0175334878 utk sent no acc aku .

Plan dia cukup menarik.. tengah2 dok cerita pasai masalah dia ni, tot2 call in dari bank katanya, aku tengok sendiri no yg call in tu start 03 . percaya la aku dari bank. no office. Dia suruh cut off ATM acc sebab kat dlm tu ada balance RM16K. fuyyooo .

lps tu ada call lain masuk kat hp dia yg lg 1. (Loaded juga "cikgu" ni ada 2 hand phone. ) USTAZ call lambat sikit nak transfer. suruh aku tunggu 1/2 jam.

"cikgu" ni merayu kat aku nak pakai duit dulu dlm 8 ratus sebelum USTAZ transfer RM1K kat acc aku.. kalau aku ada duit pun aku x bagi sebanyak tu,

dia tanya berapa aku boleh bagi dulu kat dia, sebab ada Staff dia stuck kat Cashier . pehhhhhh membelit nya cerita dia..

aku cakap kat "cikgu" tu, duit aku boleh bagi , tapi mai IC dia utk aku Snap gambaq guna hand phone ..

Dia cuba merayu , yang dia tak kan tipu ....tapi bila aku berkeras minta IC dia lari pi kot lain.

Tak mau ada org lain juga ditipu dgn CARA yang sama , pagi tadi aku pi Report Polis kat balai Batu caves, rupanya dah ghamai yang report terTIPU dgn teknik mcm "CikGu" ni....

DONIA OH DONIA!!!!


Bagi pencinta haiwan, anjing sering dianggap sebagai kawan baik manusia dan kesetiaan anjing pada tuannya memang tiada berbelah bahagi..Namun, tindakan kejam sekumpulan penguatkuasa di China yang memukul anjing milik seorang gelandangan ini sehingga mati telah menimbulkan kemarahan orang ramai selepas rakaman foto tersebut tersebar meluas di Internet..

Situasi ini dikatakan telah dirakam sekitar bulan Mac dimana seorang warga Internet telah mengirim gambar di laman sosial Weibo tentang suatu kejadian yang berlaku di persimpangan jalan Langzhong Tianshanggong di wilayah Sichuan di mana seekor anjing milik seorang lelaki gelandangan telah dipukul sehingga mati oleh polis.

Dari gambar-gambar yang dilampirkan, ia jelas menunjukkan seorang lelaki gelandangan berpakaian kelabu yang duduk di tepi jalan sambil memegang rantai besi di tangannya. Di sebelahnya terdapat dua orang pegawai polis yang berpakaian seragam memegang sejenis pencangkuk keluli dan pemyodok, di dalam proses untuk membunuh anjing tersebut.

Menurut saksi yang ditemubual iaitu En. Wang yang menyaksikan insiden tersebut, mengimbas semula sebelum berlakunya kejadian itu, lelaki gelandangan terbabit hanya mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian, beberapa orang pegawai polis dari balai polis daerah berdekatan tiba dan bertanyakan beberapa soalan kepada lelaki berkenaan. Lelaki itu katanya masih berdiam diri walaupun disoal. Tidak lama kemudian, pihak polis mengeluarkan alatan mereka dan memukul anjing tersebut.