Koleksi Sensasi

Rakyat Ukraine menyampaikan ucapan takziah di pejabat Kedutaan Malaysia di sini berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas pada Khamis.


Mereka bertali-arus meletak jambangan bunga, kad, lilin malah patung anak beruang sejak dari pagi hingga ke malam di dinding kedutaan.

Kad ucapan kebanyakannya ditulis dalam bahasa Ukraine. Ada yang ditulis 'Ukraine is praying with you'.

Duta Malaysia di Ukraine, Chuah Teong Ban memberitahu Bernama orang ramai datang seawal 7 pagi di kedutaan yang terletak di Buslivska Street.

"Sesetenghnya berdiri bertafakur selama setengah jam sementara sesetengah yang lain membaca doa," katanya.

Jalur Gemilang di kedutaan turut dikibar separuh tiang.

Pesawat Boeing 777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Media asing melaporkan pesawat telah ditembak tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Kini lebih 200 beg hitam yang mengandungi mayat-mayat mangsa nahas MH17 disimpan dan dipindah ke gerabak kereta api barang yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin.


Urusan pemindahan mayat-mayat ini dilakukan oleh pihak pemisah Ukraine yang pro-Rusia sejak Sabtu.

Walaupun mendapat tentangan dan kritikan antarabangsa tetapi askar-askar puak pemisah berkata itulah langkah terbaik yang boleh mereka lakukan kerana mayat-mayat mangsa yang telah dikutip dan dikumpulkan dari tempat nahas telah berbau.

Sebelum itu, mayat-mayat mangsa telah dibiarkan terdampar di tepi jalan dan di tempat pesawat malang itu terhempas sejak Sabtu dan musim panas di Eropah sekarang menjadikan situasi semakin sukar.

Sebahagian besar pekerja yang ditugaskan membantu mengangkut mayat-mayat itu didatangkan khas dari sebuah lombong yang berdekatan bagi mempercepatkan proses memindah ke gerabak kereta api.

Isu berkaitan urusan pengurusan mayat mangsa dan juga bangkai pesawat di tempat kejadian menjadi perdebatan antarabangsa kerana puak pemisah yang pro-Rusia menghadkan kemasukan pasukan antarabangsa yang dihantar ke tempat kejadian oleh kerajaan pusat Ukraine.

Kini gerabak-gerabak berhawa dingin itu di tempatkan di Stesen Kereta Api Torez sembilan batu dari tempat kejadian.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman memberitahu satu sidang akhbar di Kiev sejumlah 192 mayat telah dipindahkan ke gerabak-gerabak berhawa dingin itu.

Bagaimanapun katanya pihak pemisah enggan membenarkan kereta api itu berlepas keluar dari Torez.


Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.

Artikel yang ditulis di sebuah buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita'.

Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.

Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.


Terkini

Seorang kanak-kanak 4 tahun dilaporkan terkorban di Bandar Gaza selepas rumah mereka dibom pesawat penjajah Israel menjadikan angka korban meningkat sebanyak 235 orang.

Sumber;
PreesAbdoo

Presiden Rusia Vladimir Putin menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung insiden pesawat penumpang Malaysia Airlines terhempas di wilayah Ukraine.

Laman web Presiden Rusia, http://eng.kremlin.ru , menyatakan nahas itu telah menyebabkan banyak kehilangan nyawa.

"Presiden Rusia meminta Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan ucapan takziah dan sokongan beliau kepada keluarga mangsa," lapor laman web itu.

Dalam tweet beliau, Najib berkata beliau terkejut dengan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas.

Agensi berita antarabangsa telah melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine.

PETALING JAYA: MAS sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar dan portal berita dunia apabila penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.
Pada 8 Mac lalu, MAS mula dikenali masyarakat dunia apabila sebuah pesawat milik syarikat penerbangan itu hilang dari radar dan tidak ditemui hingga kini.
Dalam kejadian itu penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar selepas berlepas pada pukul 12.41 pagi.
Pesawat itu dilaporkan mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi dan usaha mencari masih diterus sehingga hari ini.
Bagaimanapun, pada Khamis dunia sekali lagi dikejutkan dengan berita nahas penerbangan apabila sebuah lagi pesawat milik MAS terhempas kerana ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu.
Pesawat itu didakwa ditembak jatuh kerana terbang di kawasan konflik antara kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia.
Tags / Kata Kunci:

Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia - mengorbakan kesemua penumpang dan anak kapalnya.



Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, demikian menurut laporan agensi berita antarabangsa.

Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik antara puak pemisah Ukraine yang pro Rusia dengan tentera Kerajaan Ukraine berhampiran Donetsk dan adalah rumit untuk sampai ke lokasi di mana ia terhempas.

Sementara itu sumber MAS pula berkata, kapal terbang itu belum lagi memasuki ruang udara Rusia ketika ia terhempas.

Tambah sumber, pesawat itu dikhautiri ditembak jatuh ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine dalam satu kenyataan ringkas berkata, kesemua 295 orang penumpang dan krew dalam pesawat itu kini dikhuatiri terkorban.

Pesawat itu berkemungkinan terhempas dari udara disebabkan serangan sistem anti pesawat BUK, kata sumber.

MAS pula melalui laman Twitternya menulis: "MAS telah terputus hubungan dengan MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir yang diketahui adalah di ruang udara Ukraine."


TELUK CADBORO, British Columbia - Imej seekor raksasa yang mempunyai bonggol di bahagian belakang berjaya dirakamkan di sini oleh seorang nelayan pada 2009 dekat Alaska, seperti disiarkan sebuah akhbar pada 20/7/2011.
Imej itu disiarkan dalam program Discovery Channel kelmarin. Bekas ketua di Jabatan Bumi dan Sains Lautan, Paul LeBlond berkata, dia tertarik dengan video tersebut.
"Walaupun dirakamkan semasa hujan dalam kapal yang bergoyang, ia amat asli," katanya. - Agensi


Seorang pelajar cina berusia 17 tahun mendakwa 'mengandungkan' 20 ekor anak tikus 
kerana tuala wanita. Pada awalnya, dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks. 

Pelajar itu merupakan budak miskin miskin dan bapanya pula seorang penjual tuala wanita, disebabkan banyak tuala wanita yang tamat tempoh,si bapa telah memberikan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya.

Setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa terdapat 20 ekor anak tikus yang dikandungkan oleh pelajar terbabit.Doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut.

Selama bertahun-tahun, kematian Putri Diana memang masih menjadi misteri. Namun kini, seorang lelaki tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai pembunuh bekas isteri Putera Charles tersebut. 

Itulah yang diceritakan majalah Globe baru-baru ini. Seorang anggota militer mengakui bahawa dia adalah salah seorang petugas yang diperintahkan membunuh emak kepada Putera William dan Putera Harry itu.

Tugas lelaki tersebut ialah memastikan bahawa Diana tidak keluar dari terowong Paris dalam keadaan hidup. Kematiannya pun dikelirukan dalam bentuk kemalangan yang mengerikan.

Sayangnya, hingga berita ini disiarkan oleh kami, belum ada kesahihan tentang berita ini. Media bahkan belum boleh mengungkap identiti lelaki yang membuat pengakuan tersebut.

KES ditipu oleh peniaga yang menjalankan perniagaan secara online bukanlah perkara baru sebenarnya.

Terbaru, menerusi laporan portal Oh!Media, satu aduan telah diterima daripada seorang pelanggan yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa penipuan seorang isteri pelawak tempatan, Arin Raja Lawak.

Menurutnya, dia telah membeli sebuah beg yang dijual dengan harga RM190, namun apa yang diterimanya ternyata jauh berbeza daripada gambar yang diberi.

Bukan sahaja warna dan set lain yang diterima, material dan zip pada beg tersebut umpama beg berharga RM20 yang boleh didapati di pasar malam.



Lebih menyakitkan hati, bukan sahaja ditipu, malah dia turut menjadi dimaki oleh pasangan suami-isteri itu apabila mempersoalkan mengenai barangan tersebut.



Berikut merupakan petikan aduan mangsa:






Hai, memang tak berkatlah hasil berniaga kalau begini caranya.

Tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Senang cakap, sudahlah tak popular, buat hal pula!

Sumber mynewshub

posted@malaysiasensasi.net

Kejadian itu berlaku di hadapan lobi Hotel Le Meridien, New Delhi ketika pemiliknya, Nipun Miglani sedang menunggu keretanya untuk pulang. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel, kereta sukan itu gagal dikawal pemandu ketika kawasan tersebut sesak dengan kenderaan lain.
Lamborghini Gallardo itu tiba-tiba bergerak laju melanggar belakang sebuah kereta sebelum merempuh tembok konkrit hotel hingga pecah. Akibatnya, kereta mewah itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.
Pemiliknya, Miglani memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel berikutan kerosakan kereta tersebut. Harga sebuah kereta import dan kos mendapatkan alat ganti di India lebih mahal daripada negara lain kerana duti import.

Siapa kata selfie satu fenomena baru. Sebenarnya zaman dulu lagi sudah ada manusia yang berselfie, atau groufie. Kalau mengikut catatan gambar dibawah, gambar ini diambil pada tahun 1920

Pelakon wanita berbadan gempal Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 35, mengambil keputusan untuk tidak lagi mendapatkan rawatan lanjut penyakit kanser ususnya di sebuah hospital ekoran tindakan seorang doktor memaki hamunnya.

Menurut Enot, beliau kecewa dengan layanan doktor terbabit kerana melemparkan kata-kata kesat sesuka hati kepadanya tanpa memahami keadaan emosinya yang tidak stabil.

Difahamkan, tindakan spontan doktor itu memaki hamun adalah berpunca daripada keengganan Enot menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi yang sememangnya perlu bagi mana-mana pesakit yang disahkan mempunyai kanser.


Dalam pada itu, Enot memberitahu enggan menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi terbabit kerana kegagalan kaedah berkenaan terhadap ahli keluarganya lain yang turut menghidap penyakit kanser.

Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun.
Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan (Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di sebahagian besar tanah Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara bangsa Arab Palestin dengan Yahudi.

Kronologi Sejarah Konflik Palestin Dan Israel

Berikut merupakan rentetan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan konflik Palestin-Israel sejak penguasaan Khilafah Utmaniyyah sehingga tahun 2005:
1516
Pemerintah Uthmaniyyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin. Mereka telah menguasai kawasan ini selama 400 tahun.

Abad ke-19
Orang-orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.

1869
Sebuah konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British Ia menjadi cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuatkan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.

1896-1897
Theodor Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku berjudul The Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.

1908
Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.

1914-1916
Perang Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain berjanji kepada orang Arab bahawa mereka akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.

1917
Perisytiharan Balfour pada 2 November menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.

1918
Orang Arab membebaskan Damsyik daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Walaupun mereka telah dijanjikan kemerdekaan, namun sebulan kemudian Britain menguasai Damsyik. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat memenangi Perang Dunia Pertama.

1920-1939
Liga Bangsa dibentuk, dan jelas sekali sebahagian besar negara ahlinya merupakan negara Eropah. Liga memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala Britain diberi mandat ke atas Iraq, Jordan dan Palestin. Di sini mandat ringkasnya membawa makna Britain dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan ini sebagai jajahan de facto. Pada 1 September 1920, Perancis membentuk Lubnan Besar, merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria.

Dengan persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dapat memperluaskan bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja.
Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.
1943
Kemerdekaan Lubnan, dan kuasa diagih-agihkan mengikut agama dengan kekuatan sesuatu komuniti agama didasarkan kepada bilangan yang diandaikan. Kuasa orang Kristian tidak dapat ditandingi, dipastikan oleh nisbah enam ahli Kristian kepada setiap lima ahli Islam di Parlimen. Presiden mesti seorang Kristian Maronite. Perdana Menteri seorang Muslim Sunni, Speaker Parlimen seorang Muslim Syiah dan seterusnya daripada struktur yang berasaskan kepercayaan agama atau gabungan yang terbentuk daripada komuniti bangsa. Pegawai kanan Angkatan Tentera Lubnan kebanyakannya orang Kristian.

1939-1945
Perang Dunia Kedua meletus. Dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba-tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak Palestin.

1946
Pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin.

1947
Resolusi Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampung halaman.

1948
Tentera-tentera British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan negara Israel untuk kaum Yahudi. Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang negara baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel. Ankatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza. Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza.

1949
Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.

1956
Mesir memiliknegarakan Terusan Suez. Israel, Britain, dan Perancis menentang Mesir. Kesatuan Soviet mengancam akan mengebom Paris dan London. Amerika Syarikat memaksa penyerang berundur. Sekumpulan penuntut Palestin-salah seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat- memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah.

1958
8 Mei: Perang Saudara Lubnan yang pertama bermula. Perang berakhir pada 14 Oktober.

1964
Negara-negara Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan Palestin) atau PLO. Pergerakan Fatah tidak menganggotai PLO kerana mereka menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara Arab.

1965
1 Januari; Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel.

1967
Perang Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan menduduki Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan Russia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak kebangsaan rakayat Palestin.

1968-1969
Perjanjian Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan dan menggunakan sebahagian kawasan selatan sebagai tempat melancarkan serangan ke atas Israel. Ketiadaan angkatan bersenjata selepas tentera Arab dalam Perang Jun kemudiannya diganti dengan kehadiran Fatah. Beberapa lagi kumpulan komando ditubuhkan seperti Barisan Hadapan bagi Pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik. 21 Mac 1968: Pertempuran Karameh- kumpulan gerila Palestin di Jordan berjaya menumpaskan angkatan tentera Israel. PLO mengambil alih kuasa ke atas kem pelarian di Lubnan dan di Jordan. Disember 1968: Israel menyerang lapangan terbang Beirut; maka bermulalah konflik di Lubnan berkaitan isu Palestin. Pada tahun 1969, kumpulan-kumpulan komando mengambil alih PLO dan pemimpin Fatah, Yasser Arafat dilantik sebagai pengerusi PLO. Pangkalan gerila turut ditubuhkan di Jordan.

1970-1971
Peristiwa Black September. Banyak sekali operasi gerila PLO yang dilancarkan dari Jordan, tindak balas dendam oleh Israel terhadap pengkalan gerila dan kampong-kampung di Jordan, perampasan empat buah kapal terbang ke Jordan, dan bertambahnya kekuatan tentera PLO mencetuskan konfrontasi antara gerakan pembebasan dengan Raja Hussein dari Jordan. Selepas pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, angkatan tentera Raja Hussein berjaya mengusir keluar gerakan pembebasan dari Jordan pada Septrember 1971. PLO memindahkan ibu pejabatnya dari Jordan ke Lubnan. Serangan gerila yang berterusan terhadap Israel menyebabkan Israel melancarkan serangan udara terhadap selatan Lubnan. Presiden Jamal Abdul Nasser dari Mesir meninggal dunia dan Anwar Sadat menggantikannya.

1973
Perang Oktober: Usaha Damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur menjadi buntu kerana Israel enggan bertolak ansur. Untuk memecahkan kebuntuan, Mesir dan Syria memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di Semenanjung Sinai dan Golan. Negara-negara Arab memulakan sekatan minyak. Rundingan damai yang baru bermula.

1974
Pengerusi PLO, Yasser Arafat menyampaikan ucapan pertamanya di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar negara di dunia -105 buah negara- mengiktiraf PLO sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampung halaman mereka sendiri.

1975
Operasi gerila yang begitu banyak dari selatan Lubnan menyebabkan Israel memulakan operasi pengeboman yang dahsyat terhadap kem pelarian Palestin di kawasan berkenaan. Mereka turut menyerang perkampungan-perkampungan di Lubnan untuk memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan bahawa selatan Lubnan juga adalah milik negara Yahudi yang juga diistilahkan mereka sebagai Tebing Utara Israel. Rabbai IDF mengeluarkan risalah yang mewar-warkan bahawa bandar dan kampung di Lubnan dinamai dengan nama Ibrani kuno. Beirut ditandai Be’erot (telaga-telaga), manakala Lubnan diperihalkan sebagai tanah puak Asher.

13 April: Sayap kanan Phalange Kristian menyerang bas yang sarat dengan rakyat Palestin dan beberapa orang rakyat Lubnan. Mereka dibunuh beramai-ramai. Perang saudara Lubnan bermula. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan bertindak untuk membersihkan semua kawasan Beirut Timur dan kawasan utara daripada PLO dan Gerakan Kebangsaan Lubnan (Lebanese National Movement atau LNM).
PBB mengutuk Zionisme sebagai bersifat perkauman. Mesir di bawah pemerintahan Anwar Sadat dan Israel menandatangani Perjanjian Interim yang kedua; lapangan minyak Abu Rudeis diletakkan semula di bawah Mesir.

1976
Seluruh anggota sayap kanan Barisan Lubnan menyerang kawasan orang Islam, Palestin dan Kristian yang berdegil di Beirut Timur: kem-kem Palestin ditawan, Dbayyeh (ditawan pada 14 Januari); Jisr al-Basha (lebih kurang 2000 orang Kristian) dan Tal al-Za’atar (30 000 rakyat Palestin dan rakyat Lubnan ditawan pada 12 Ogos); daerah sesak Syiah, Maslakh dan Karantina (ditawan pada 18 Januari), pinggir bandar Syiah, Nabab (ditawan pada 6 Ogos), dan Badawi, kawasan kecil Kristian Armenia. Gabungan LNM dan angkatan bersenjata Palestin yang dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Bersama telah membalas dengan menawan bandar pantai Damour; penduduk Kristian Maronite diusir.

Pertengahan Januari: Angkatan Tentera Lubnan berpecah. Unit-unit tentera yang menentang persubahatan Kuasa Pemerintahan Tentera dengan sayap kanan angkatan bersenajat Kristian menarik diri daripada angkatan tentera dan membentuk Angkatan Tentera Arab Lubnan di bawah kuasa pemerintahan Leftenan Ahmad Khatib. Jun: Angkatan Bersenjata Bersama hampir-hampir menewaskan sayap kanan Barisan Lubnan apabila angkatan tentera Syria memasuki Lubnan atas undangan Presiden Lubnan, Sulaiman Franjieh. Kejayaan gerakan umum dan progressif tiba-tiba terencat. Syria bermula dengan menyerang angkatan tentera campuran LNM dan PLO dan dua tahun kemudian berlawan dengan sayap kanan campuran Maronite.
1977
16 Mac: Kamal Jumblatt, pemimpin LNM dibunuh. 19 November: Presiden Mesir, Anwar Sadat datang ke Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh Liga Arab, terutamanya PLO.

1978
Mac: Israel menyerang selatan Lubnan, 2000 orang awam terkorban dan 200 000 lagi menjadi pelarian; enam buah kampung dimusnahkan dan 82 buah lagi dirosakkan. Israel dipaksa berundur tetapi mereka menubuhkan zon penampan atau Lubnan Bebas seluas 10 kilometer di wilayah Lubnan.

1979
Perjanjian damai yang akhir ditandatangani antara Mesir dan Israel. Israel dikehendaki mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir; pemindahan selesai pada tahun 1982. Sementara Mesir dan Israel sedang berunding, tentera Israel mengebom kem pelarian rakyat Palestin di Lubnan. Mesir kemudiannya dipecat daripada Liga Arab. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan yang disokong Israel mengisytiharkan negara mereka sendiri di beberapa bahagian selatan Lubnan.

1980
Iraq menyerang Iran. Bermulalah Perang Teluk.

1981
Pesawat pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor nuklear di Baghdad, Iraq. 300 orang terbunuh dan 800 orang tercedera dalam seranga udara Israel ke atas kawasan orang awam di Beirut. Angkatan tentera Israel dengan cara yang teratur telah memusnahkan jambatan-jambatan yang menyeberangi Sungai Litani. Para diplomat Amerika merundingkan gencatan senjata di sempadan Lubnan-Israel. Disember: Israel secara tidak sah merampas Bukit Golan dari Syria.

1982
Jun: Cubaan membunuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang radikal dan anti-PLO dijadikan alasan bagi Israel untuk menyerang Lubnan (perang Arab-Israel yang keenam); pengepungan Beirut selama tiga bulan; pengusiran angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria dari Beirut.

14 September: Pembunuhan bakal Presiden Lubnan, Bashir Gemayel selepas beliau enggan mengikat perjanjian damai dengan Israel. 15-17 September: Pembunuhan beramai-ramai Shabra dan Shatila dijalankan oleh militia Kata’ib yang diketuai Elias Hobeika dan di bawah perlindungan dan sokongan tentera Israel. Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu ialah Ariel Sharon.
1983
Angkatan tentera di bawah kuasa Phalange menguasai kawasan Beirut Barat. Penentangan di bawah sokongan Syria meletus dalam Fatah dan PLO; pertempuran di Lembah Biqa’a dan Tripoli, utara Lubnan berakhir dengan pemecatan askar yang setia kepada Pengerusi PLO, Arafat.

1984
Februari: Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange.

1985
Tentangan orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka berundur dari kebanyakn kawasan Lubnan yang kemudiannya diambil alih oleh pergerakan Amal, Hizbullah, dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida dan kem pelarian Rashidiyyah berhampiran Tyre. Mei: Militia Amal menyerang Shabra, Shatila, Bourj al-Barajneh. Bermulalah Perang Kem.

1986
Januari: Pertempuran Empat Hari di Shatila. April: Pertempuran Dua Puluh Hari di Shatila. Julai: Pertempuran Tiga Puluh Hari di Shatila. September: Pertempuran Enam Bulan bermula di Rashidiyyah, kemudiannya di Bourj al-Barjneh pada bulan Oktober, dan akhirnya di Shatila pada bulan November.

1987
Februari: Sekatan makanan ditarik balik di Bourj al-Barajneh dan Shatila; namun tembakan curi berterusan. Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers. Disember: Meletusnya intifada (kebangkitan rakyat Palestin), pemberontakan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah pendudukan Israel.

1988
Januari: Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh. Mei: Pertempuran di kem-kem di Beirut, di bawah sokongan Syria; Shatila dan Bourj al-Barajneh ditawan; mereka yang setia kepada Yasser Arafat diusir. Disember: Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mengistiharkan perlembagaan negara Palestin.

1993
Pihak berkuasa Palestin dan Israel and telah menandatangani Deklarasi Oslo pada 13 September 1993 yang menjanjikan pemerintahan bebas dan berdaulat untuk rakyat Palestin.

1994
Kawasan aman Israel-Jordan dibentuk pada 26 Oktober.

2002
Pada 24 Jun, Presiden Amerika Syarikat, George Bush memetakan penyelesaian konflik Israel-Palestin. Namun perkembangan yang berlaku tidak menunjukkan kemajuan. Malah pertempuran sering berlaku saban hari.

2004-2005
Kematian Yasser Arafat. Mahmood Abbas mengambil alih jawatan sebagai pemimpin Palestin sehingga sekarang.

sumber: thevocket.com

Pemilik sebuah pub terkejut apabila kamera litar tertutup (CCTV) di premis miliknya itu merakamkan imej lembaga putih yang secara tiba-tiba muncul dari permaidani, demikian lapor laman mirror.co.uk.


David Langley Evans, 49, menyedari kewujudan rakaman imej berkenaan selepas dia memeriksa rakaman CCTV premisnya yang dikenali sebagai 'pub berhantu'.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan satu imej berwarna putih secara tiba-tiba muncul dari permaidani dan kemudiannya perlahan-lahan memanjat dindang menuju ke bahagian siling.

Menurut David: "Saya sudah melihatnya sebelum ini dengan mata saya sendiri...namun kini saya mempunyai bukti mengenainya.

"Sejak lebih sepuluh tahun saya berada di pub ini...saya sudah lihat semua jenis kejadian berhantu di sini."

Tambah David, dia berharap kumpulan pakar paranormal boleh menjelaskan mengenai kejadian aneh tersebut.

Penganjuran Festival Empire Rock 2014 diyakini akan mendapat sambutan hebat daripada peminat muzik genre itu biarpun ada yang memandang skeptikal dengan acara tersebut.


Pengerusi Langkah Karya Production, Hazmimi Johar berkata, festival berkenaan bukan sahaja dapat menghimpun kumpulan pemuzik terbaik dari era berkenaan malah mampu membangkitkan semula kegemilangan rock dikalangan peminat terutamanya generasi muda.

"Muzik rock adalah antara yang paling ramai diminati tidak kira generasi lama atau pun baharu dan ini yang membuatkan kami terpanggil untuk mengadakan festival ini.

"Pihak kami yakin ia akan mendapat sambutan hebat daripada peminat rock di seluruh Malaysia," katanya. 

Festival Empire Rock Malaysia 2014 anjuran bersama Kelab Penggiat Kumpulan Rock Malaysia bakal diadakan pada 23 Ogos depan di Matic, Jalan Ampang bermula pukul 5 petang sehingga 11.30 malam.

Antara kumpulan rock yang dijangka akan mengadakan persembahan pada acara itu adalah Samudera, Junction, Sofea, Sejati dan Putera.

Samudera yang popular dengan lagu Salam Sejahtera, Silaturahim dan Sudah Takdir Begitu bakal menggegarkan festival tersebut dengan kemunculan penyanyi asal kumpulan tersebut Ujang.

Manakala Junction yang popular dengan lagu Akan Ku Kenang, Sofea dengan lagu Bunga Padang Pasir, Sejati dengan lagu Bila Bunga Dipetik Orang dan Putera dengan lagu Cinta Kain Putih turut akan menghiburkan peminat-peminat.

Tiket untuk menyaksikan persembahan mereka hanya dijual pada harga RM45 dan untuk keterangan lanjut, layari laman Facebook Empire Rock Kapak Malaysia di www.facebook.com/RockKapakMalaysia.

Azwan Ali hari ini mendedahkan bahawa dirinya dibayar oleh pihak Astro untuk mencetuskan suasana panas  dan kecoh ketika beliau menjadi salah seorang peserta MasterChef musim kedua.

Azwan Ali berkata, bagi tugasan tersebut beliau dibayar ribuan ringgit, hanya untuk  ‘memaki hamun’ peserta lain.

“Sudah 25 tahun saya jadi artis. ALLAH itu Maha Mengatur semuanya. Saya pernah naik, saya pernah jatuh. Tapi di saat saya jatuh, saya tak terduduk. Orang saja anggap yang saya terduduk. Saya tahu pada ketika itu, musuh-musuh saya semua bertepuk tangan.

“Tapi hakikatnya orang tak tahu yang rezeki saya tidak pernah putus. Bila agak lama saya tidak muncul di mana-mana program TV, orang bertanya pada saya, “Kau dah lama tak keluar tv. takde ‘job ‘eh, kau buat apa? Memang itu soalan yang berbisa untuk saya telan.

“Saya akui saya memang pernah tidak dapat apa-apa tawaran. Tapi ALLAH Maha Kaya. Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebrti untuk musim dua tahun lepas. Untuk’ job’ itu saja, saya dibayar ribuan ringgit,” katanya pada Sidang Media Program-program Astro Sempena Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bertempat di hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur semalam.

Jelas Azwan lagi, beliau tidak kisah dengan pandangan orang ramai yang tidak menyukai caranya dan cuba menjatuhkannya.

“Pihak Astro siap bagi saya Astro On The Go lagi. Saya tak perlu susah-susah nak ke Astro, nak keluar TV. Saya duduk rumah jer, duit masuk. Malah program-program saya seperti Sembang Teh Tarik mendapat rating yang tinggi.

“Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu,” katanya.

Terdahulu baru-baru ini menerusi laman Twitternya Azwan Ali pernah mencetuskan kontroversi di mana beliau telah menulis yang  berbunyi, "juadah yang dibelinya di bazar Ramadan kebanyakan rasa macam sampah".

Hinaan itu, telah membangkitkan kemarahan di kalangan perniaga bazar. Malah mendapat kecaman orang ramai.

Adalah saat yang menakutkan apabila sebuah lori treler merempuh sekumpulan pejalan kaki di lintasan zebra, menyebabkan mereka berselerak tetapi mereka semua terselamat. 

Kumpulan penjalan kaki seramai 6 orang itu, baru selesai membeli-belah cuba untuk menyeberangi lebuh raya yang sibuk di M3 , jalan utama yang menghubungkan Moscow ke sempadan Rusia dengan Ukraine, apabila sebuah lori treler gagal untuk berhenti. 

Pemandu lori Dmitriy Mihalov, 39, dalam perjalanan dari Kaluga ke Moscow, memberitahu polis, dia hanya terganggu untuk satu saat semasa menukar saluran radio, dan tidak menyedari kereta di hadapannya berhenti untuk membiarkan pejalan kaki menggunakan lintasan zebra.

Video
posted@malaysiasensasi.net