Koleksi Sensasi


Pemandu kepada Li Ka Shing – LKS (Jutawan No 1 di Asia) telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan LKS dan telah capai umur bersara. LKS sebagai tanda penghargaan telah memberinya cek bernilai 2 juta tetapi pemandu tersebut menolaknya kerana dia mendakwa sudah miliki 20 juta ditangannya. LKS berasa hairan kenapa bekas pemandunya ada simpanan sebegitu banyak walhal gaji dia cuma 6 ribu sahaja.

Pemandu LKS akhirnya mendedahkan bahawa ketika dia menjadi pemandu kereta beliau, LKS selalu membuat pesanan kepada pengurusnya melalui telefon, memberi arahan supaya membeli tanah atau saham yang mana satu. Pemandu tersebut memasang telinga dan secara tidak serius dan diam-diam membeli saham-saham yang LKS arahkan kepada pengurus beliau.
Lama kelamaan, selepas bermula secara kecil-kecilan bermain saham melalui curi-curi dengar arahan LKS kepada pengurusnya, pemandu tersebut berjaya mengumpul dana lebih 20 juta.


Kini selfie telah menjadi suatu fenomena yang kian popular di seluruh dunia terutamanya bagi mereka yang suka menangkap gambar sendiri. Malah fenomena ini tidak mengira usia baik golongan remaja mahupun golongan dewasa.



Beberapa gambar yang menunjukkan imej sebelum dan selepas penagih dadah jenis syabu telah disiarkan sebuah laman web bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya penagihan dadah jenis syabu.

Kesan sampingan penyalahgunaan dadah kepada pengguna tegarnya adalah amat dahsyat dan menakutkan tetapi selepas melihat keadaan penagih-penagih ini, timbul pula rasa kasihan.

Hampir kesemua mengalami perubahan fizikal yang drastik SERTA banyak lagi masalah lagi seperti kancing gigi, halusinasi, penurunan berat badan mendadak dan kerengsaan kulit kritikal.
Syabu membuatkan pengamalnya berada di dalam dimensi sendiri dan merasakan sensasi seakan-akan ulat kecil menjalar di dalam lapisan kulit dan membuatkan penagih mencakar muka mereka bagi menghalau ulat-ulat halimunan itu.


Juara Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Faizul sedar  namanya kurang dikenali berbanding rakan-rakan seangkatanya selepas berakhirnya program realiti tersebut kira-kira setahun lalu.

Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, 29, berkata, perkara tersebut disebabkan dia terlalu sibuk memberi komitmen terhadap prosos pembikinan album pertamanya berjudul Faizul Sany sehingga kurang menghadiri majlis yang mendapat liputan media.

"Selepas AF 2013 berakhir saya sedar nama saya agak perlahan jika dibandingkan rakan-rakan lain, ini kerana saya jarang pergi ke majlis-majlis yang mendapat liputan media.

"Tempoh setahun itu saya gunakan sepenuhnya untuk menghabiskan masa pembikinan album ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album pertamanya iaitu Faizul Sany, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Album yang memuatkan sembilan buah lagu itu turut menggabungkan beberapa komposer seperti Audi Mok, Faizal Tahir, Amir Jahari, dan Omar K. Album tersebut menampilkan lagu ciptaannya sendiri iaitu berjudul Perempuan dan dua buah lagu iaitu Surat Untuk Sahabat dan Lullaby yang lirik ditulis sendiri.

Tambahnya, biarpun tidak dikenali namun dia mengakui berbangga apabila muncul dengan menghasilkan sebuah album penuh.

"Orang kata saya sepi dan kurang muncul di media cetak dan elektronik selepas AF 2013, oleh itu saya buktikan hari ini saya menyepi kerana sibuk menghasilkan album ini," ujarnya. 

Dalam pada itu, Faizul berkata, lagu paling memberi kesan dalam hibupnya adalah lagu Lullaby yang berkisar tentang luahan perasaanya selepas putus dalam hubungan percintaan yang dibina hampir tujuh tahun.

"Lagu itu sangat menyentuh perasaan saya kerana saya menulisnya mengikut pengalaman dan luahan hati saya ketika putus cinta.

"Hubungan tersebut berakhir disebabkan dia kurang yakin dengan pilihan saya untuk menjadikan muzik sebagai kerjaya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kehidupannya selepas bergelar artis, Faizul berkata, kemenanganya dalam AF 2013 lalu banyak membantu keluarganya yang kini berada di Sabah.

Katanya, wang kemenangan sedikit sebanyak dapat memperbaiki kehidupan dan kos rawatan ibu bapanya.

"Alhamdulillah wang kemenangan itu saya ambil RM6,000 sahaja, baki RM94,000 saya beri kepada keluarga. Mereka buat baiki rumah kami di Sabah dan selebihnya simpan untuk kos rawatan ibu dan ayah.

"Ibu dan ayah saya sudah tua dan sering sakit-sakit, jadi dengan ada sedikit duit dapat membantu sedikit sebanyak," ujarnya. mstar


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah cemerlang dan menunjukkan rakyat menerima dasar-dasar kerajaan. 

Perdana Menteri berkata BN berupaya meingkatkan majoritinya hampir 900 undi. Ia juga menunjukkan usaha jentera BN berjalan lancar dan keputusan memilih calon nampak serasi dengan pengundi tempatan. 

“Kemenangan diduga tetapi majoriti tidak (pasti)… sebab faktor-faktor tidak begitu jelas tapi kemenangan cemerlang sekali sebab kita hadapi calon PAS dan bukan PKR. Ramai kata calon PAS lebih kuat daripada PKR,” katanya kepada media Malaysia, Khamis.

Mengenai calon BN Mat Razi Mat Ail, Najib berkata: “Calon tak ada masalah, tak ada masalah peribadi, bersih, ada watak agama, tidak menonjol dan merendah diri”.

Najib berkata kemenangan itu akan dijadikan asas untuk memantapkan lagi jentera Umno dan BN. 

Katanya, beliau sudah menghubungi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Mat Razi bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada mereka dan jentera pilihan raya parti. 

Najib berkata beliau akan bertemu dengan Mat Razi sekembalinya ke tanah air kelak.  

Perdana Menteri berada di negara ini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta lawatan kerja bermula 20 hingga 28 September. 


24 jam telah berlalu tanpa serangan kejam pesawat rejim Basyar Assad yang biasa atas Utara Syria. Tetapi ada pihak yang menggantikan jenayah terkeji mereka.

Dan bertambah lagi sekujur tubuh syahid dari kalangan kanak-kanak kita yang dibunuh oleh roket dan bom pesawat Amerika Syarikat dan negara Arab yang bersekongkol dengan mereka.


Gara-gara menghidap sejenis penyakit kulit yang ganjil, seorang budak lelaki berusia 16 tahun digelar 'Budak Ular' apabila memiliki tubuh yang dipenuhi sisik seperti reptilia sejak lahir, lapor MailOnline semalam.

Remaja tersebut, Ari Wibowo mendapat gelaran tersebut kerana setiap 41 hari, sisik pada kulitnya akan tertanggal dan diganti dengan sisik baharu seperti proses bersalin kulit yang dialami oleh seekor ular.

Doktor berkata, Ari yang tinggal di sebuah kampung di sini menghidap penyakit erythroderma yang juga dikenali sebagai sindrom lelaki merah menyebabkan kulit di seluruh badan menjadi bersisik dan mengelupas.

Kehidupan Ari didedahkan oleh seorang jurugambar Indonesia, Nurcholis Anhari Lubis yang merakam keadaan remaja itu.

"Ia sangat menyedihkan kerana dia lahir sebagai manusia tidak normal. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, seluruh tubuhnya diselaputi kulit bersisik. Ia kelihatan seperti luka terbakar," katanya.

Menurutnya, Ari perlu berendam di dalam air setiap sejam dan menyapu kulitnya dengan losen pelembap bagi mengelak kulitnya mengeras. - Agensi


Serangan udara tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas kedudukan militan Negara Islam (IS) di Syria kelmarin menjadi medan ujian peperangan pertama kepada sebuah pesawat tempur generasi baharu AS, F-22 Raptor.

Pesawat F-22 merupakan jet pejuang paling canggih milik AS yang direka supaya tidak boleh dikesan radar dan mampu terbang lebih jauh serta lebih pantas berbanding jet pejuang F-15 Eagle.

F-22 juga boleh terbang melebihi dua kali ganda kelajuan bunyi dan mempunyai jarak operasi sejauh 3,200 kilometer serta dilengkapi dengan pelbagai jenis peluru berpandu antipesawat canggih.

Jet pejuang itu direka untuk menguasai ruang udara serta mampu memusnahkan musuh di darat kerana boleh membawa dua bom pintar GBU-32 seberat 453 kilogram atau lapan bom yang lebih kecil.

Kelajuan dan sistem pengesan serta pengendalian yang canggih membolehkan F-22 menjatuhkan bom sejauh 24 kilometer dari sasaran.

Syarikat Lockheed Martin yang mengeluarkan pesawat itu berkata, F-22 akan menjadi kuasa udara dominan untuk tempoh 40 tahun akan datang.

Sementara itu, sebuah badan pemantau hak asasi di Syria memberitahu, tentera bersekutu melakukan 20 serangan ke atas beberapa lokasi IS dan al-Qaeda yang sedang mara ke bandar Kobane yang didiami penduduk Kurdis.

Menurut badan itu, seramai 120 militan IS dan al-Qaeda termasuk lapan orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan udara berkenaan. - Agensi


Pelakon Aeril Zafril didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Khamis atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari, 26, dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat.

Dalam pada itu, aktres Wawa Zainal yang juga isteri Aeril turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama dan dikenakan denda sebanyak RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 22, melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 134 (subahat) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Kedua-dua pasangan itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Aizan Md Idrus manakala pertuduhan dibuat Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmat Khairi.

Menurut pertuduhan, Aeril dan Wawa melakukan pernikahan tanpa kebenaran pada 25 Februari 2012 di sebuah rumah beralamat 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam.

Sementara itu, bapa angkat Aeril, Wahap Raub yang turut dituduh bersubahat dalam kes berkenaan turut dikenakan denda sama seperti Wawa.

Dua lagi tertuduh iaitu bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong yang bertindak sebagai wali dan Salim Asari tidak menghadirkan diri kerana berada di Sabah.

Aeril dan Wawa bernikah buat kali kedua dengan kebenaran pada 4 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia 15 bulan.

Terkini, Ahmad Maslan ingin mendedahkan hasil kajian, pandangan & pengamatannya kepada anda semua, yang selama mana anda bergelar rakyat Malaysia mungkin ramai yang tidak sedar, hanya menteri yang bernama Ahmad Maslan sahaja yang sedar mengenai perkara dan pengiraan seperti ini.
Apabila selama ini anda sebenarnya berdasarkan pengamatan & kajian Ahmad Maslan, rakyat Malaysia terlalu banyak terhutang budi dengan kerajaan Malaysia. Yang menariknya lagi, anda dikatakan hanya perlu mencari rezeki untuk tempoh 9 bulan sahaja bagi menampung kehidupan anda selama setahun kerana……selebihnya telah ditanggung, ditaja dan disubsidi oleh Barisan Nasional tanpa anda sedari.
Ya, di sinilah Ahmad Maslan ingin menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada anda, anda, tuan, puan di sini sehingga mengeluarkan kenyataan seperti di atas tadi?

Senarai Jasa Kerajaan Malaysia BN Kepada Anda Rakyat Malaysia

  1. Anak-anak ke sekolah dapat RM100‎ bantuan persekolahan
  2. Kalau rajin ‘kerja malam’ 10 anak, RM1,000 dapat
  3. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat
  4. Subsidi minyak masak 1kg RM1.50
  5. Subsidi tepung 1kg RM1.00
  6. Subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi Subsidi
  7. Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi
  8. Pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian
  9. Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000
  10. RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN

Jumlah Bantuan & Tajaan Kerajaan BN kepada Anda Semua?

Jadi kira punya kira, tolak tambah apa semua segala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel‎, tepung, beras dan gas memasak, berdasarkan pengiraan Ahmad Maslan kehidupan anda selama 3 bulan pada tahun 2014 ini sudah pun ditaja & dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional. Anda hanya perlu mencari rezeki 9 bulan sahaja lagi dalam tempoh setahun.
Ahmad Maslan mahu anda semua berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun 2014 ini sehingga telah memudahkan kehidupan rakyat seperti anda, anda di sini terutama yang memiliki tanggungan keluarga yang besar. Benarkah kehiduapan anda selama ini “seindah” & semudah yang diungkapkan oleh Ahmad Maslan? Realiti?
beritasemasa



Ciuman terakhir Ala' kepada adik perempuannya Amal.. Rejim Basyar Assad merampas Amal dari abangnya Ala'. Inilah antara dalam jutaan kisah-kisah penderitaan yang ditanggung oleh saudara-saudara Islam kita di Syria. 


Bukan kerana bengang atau marah tetapi tindakan pelakon Abby Abadi, 37, membesar-besarkan konflik terbaru dengan bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, bertujuan demi menuntut haknya semula.

Abby atau Arbaieyah Abdul Manan berkata dia mahu bersemuka dengan Farhan secepat mungkin.

Katanya, sejak mereka sah bercerai talak satu pada 11 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, Farhan terus lenyap daripada tanggungjawabnya termasuk sejumlah wang mencecah puluhan ribu miliknya.




“Kalau ikutkan dari awal lagi saya tak nak kaitkan dia lagi dan besar-besarkan kes ini tapi usaha saya untuk menuntut semula hak saya secara baik tidak dilayan.

Dia gagal dihubungi dan langsung tak ada inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini.

“Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan.

Sekarang dah lama raya habis dia masih berdiam diri.

“Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya,” kata Abb ketika dihubungi.

Abby berkata, dia mengambil tindakan undang-undang kerana mahu lelaki itu tampil ke depan dan memulangkan semula wang yang digunakan untuk membeli sebuah kereta untuk bekas adik iparnya pada April lalu.

“Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini,” kata Abby.
dipetik dari suara[dot]tv



Tanah di Kg.Jenderak dekat bandar Temerloh, berhampiran sungai dengan pemandangan yang cantik. Deposit rendah, bayar pada peguam. Sesuai untuk pelaburan atau buat rumah.

  • Pembeli hanya perlu bayar deposit RM10,500 sahaja
  • Bayaran kepada peguam yang dilantik (tiada penipuan)
  • Baki hanya perlu dibayar selepas dapat geran
  • Hanya RM7 sekaki, harga ini di bawah pasaran 
  • Tanah berstatus pertanian dan dalam proses pecah lot
  • Hanya 27 unit sahaja untuk dijual
  • Geran tanah akan ditunjukkan
  • Tiada fee tersembunyi

Satu-satunya hartanah termurah daerah temerloh. Jangan tunggu hingga geran individu keluar baru hendak beli kerana selepas itu harga tanah akan melambung sekurang-kurangya 20-30%.

Sekiranya berminat sila whatapps/SMSkan nama penuh dan alamat anda ke nombor yang tertera di flyers di atas. Pembeli yang serius sahaja!

Subhanallah - beginilah putaran alam, siang dan malam. Bukti kebesaran Allah yang tiada tandingan. Kepadanya suatu hari nanti kita akan kembali.

posted@malaysiasensasi.net

elakon dan pelawak Jep (Sepahtu) mengurangkan aktiviti seni dengan menolak tawaran membintangi drama dan filem bagi mengelakkan tuduhan-tuduhan liar terhadapnya.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri  Zainal Abidin, 29, berkata, dia tidak mahu tuduhan dan fitnah yang sering timbul ketika melakukan penggambaran memberi tekanan kepada kehidupannya.

"Saya kurangkan aktiviti seni buat masa ini kerana tidak mahu gosip timbul, bila saya ambil sikit sahaja tawaran lakonan, saya dapat kesan kesalahan saya lakukan di produksi yang mana.

"Pada saya biarlah sikit sahaja produk tetapi meninggalkan kesan kepada penonton daripada banyak drama atau program tetapi banyak gosip yang tidak betul.

"Secara jujurnya, saya tidak boleh menerima banyak sangat gosip kerana ia akan menganggu ketenangan hidup saya," ujarnya ketika ditemui selepas Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, di sini, malam Jumaat.
Jep meraih trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular 2014 buat tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah tersebut.

Sementara itu, Jep berkata, dia tidak akan memberi sebarang respon terhadap dakwaan yang timbul mengaitkannya selepas ini.
"Saya ambil keputusan tidak akan menjawab mana-mana tuduhan atau fitnah yang timbul mengaitkan saya kerana mereka yang mendakwa itu tidak akan muncul sebaliknya saya yang terpaksa bersihkan semua yang mereka dakwa itu.

"Oleh itu, baik saya senyap sahaja kerana kalau saja jawab pun pekara tidak selesai," ujarnya.

Selain tidak mahu dihimpit gosip liar, Jep mengakui dia tidak pernah mengejar matlamat tertinggi dalam dunia seni ini.


Katanya, dia sudah bersyukur pada kedudukannya sekarang dan tidak pernah mengharapkan lebih tinggi daripada ini.

"Selain gosip saya juga tidak pernah mengejar populariti atau pencapaian lebih tinggi daripada apa yang saya capai sekarang.

"Saya tahu saya masih kagi berada di bawah jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang sudah ada tahap mereka sendiri, tetapi berbalik kepada matlamat asal saya dalam industri hanya untuk bekerja semata-mata," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas kemenangan pada malam tersebut, Jepp berkata, dia tidak pernah mempromosi diri sendiri di mana-mana media untuk meraih undi.

Katanya, dia lebih selesa jika pengundian tersebut dilakukan secara jujur daripada penonton yang benar-benar puas dengan apa hang telah diberikan.

"Sejak masuk Raja Lawak lagi saya tidak pernah suruh orang mengundi saya termasuk ahli keluarga sendiri.

"Biar mereka mengundi secara telus tanpa paksaan dan mereka fikirkan layak. Pada saya kemenangan sebenar adalah kepuasan penonton dan bukan pada anugerah yang kita raih," ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan bukti beliau telah dibeli oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 


Hadi dalam ucapan penggulungannya pada Sabtu mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun PAS demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Saari menjelaskan tindakannnya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah adalah bagi menafikan peluang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan lebih banyak kekacauan terhadap pentadbiran kerajaan negeri. 

Saari menegaskan kesilapan yang dilakukannya hanyalah demi menyelamatkan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor dan membidas PAS kerana membenarkan ahli parti mencaci dan menghina beliau tanpa mengetahui kisah sebenar. 

Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun PAS yang menandatangani SD yang menyokong Dr Wan Azizah pada 14 Ogoso lalu, tiga hari sebelum PAS membuat kenyataan rasmi mengenai krisis menteri besar Selangor.



Masih ingatkah kita dengan kasih sayang ibu?. Melahirkan, membesarkan dan berkorban segalanya untuk kita. Wang ringgit, tenaga dan keringat semata-mata untuk memastikan kita menjadi seorang yang berjaya dan memiliki kehidupan yang lebih baik dari mereka sendiri.

Sekiranya kita masih mempunyai ibu, kunjungilah ibu, bertanya khabar dan melayannya bagaikan seorang permaisuri - posted@malaysiasensasi.net


Antara pencipta Youtube ialah seorang muslim, Jawed Karim yang menubuhkan Youtube pada tahun 2005. Setahun selepas itu, Google membeli Youtube dengan harga US1.65billion.

Jawed Karim (35 tahun) ialah seorang anak imigran dari Bangladesh dan sekarang dia bernilai US140 juta. Ayahnya berkahwin dengan seorang german saintis, dan keluarga mereka berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1999.

Ini menunjukkan seorang muslim boleh bersaing dalam sektor teknologi jika dia mencari ilmu dengan gigih. Satu inspirasi kepada semua muslim di dunia ini.

Kanak-kanak yang didakwa dilarikan ke Pakistan kini dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan tinggal bersama bapanya di Mansehra, Pakistan.


Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak berkuasa negara itu memaklumkan bahawa bapa kepada Ziad Mohammad Talib, 9, telah mengemukakan tuntutan cerai terhadap isterinya, seorang rakyat Malaysia dan hak penjagaan kanak-kanak itu secara rasmi di Mahkamah Sivil Mansehra.

"Kementerian Luar mengesahkan mengambil tindakan berhubung kes aduan kehilangan Ziad melalui laporan daripada ibu beliau, Zarena Bibi Omar Din pada 14 April. 

"Hasil kerjasama kerajaan Pakistan, pihak berkuasa Pakistan pada 27 Jun memaklumkan bahawa Mohammad Talib Abdul Rauf dan anaknya tinggal di Mansehra dan berada dalam keadaan sihat," menurut kenyataan itu.

Menurut Kementerian Luar, kes itu merupakan kes keluarga yang melibatkan perceraian dan tuntutan penjagaan anak.

"Walaupun demikian, Kementerian Luar sentiasa peka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada warga negara Malaysia yang menghadapi permasalahan konsular berdasarkan kapasiti sedia ada," katanya.

Pada 15 September lepas, Zarena Bibi pada satu sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional, Ipoh memohon pertolongan daripada Wisma Putra untuk membawa balik anak tunggalnya yang didakwa diculik oleh suaminya, seorang warga Amerika Syarikat, yang berasal dari Pakistan. 

Zarena Bibi mendakwa, pada 31 Januari lepas, dia dan anaknya telah dipaksa oleh suaminya pergi ke Mansehra, atas alasan untuk melawat keluarga dan dijadualkan pulang ke Malaysia pada 3 Februari.

Bagaimanapun, apabila mereka tiba di rumah keluarga Mohammad Talib pada 2 Februari, beliau mendakwa suaminya itu memberitahu tujuannya adalah untuk melarikan mereka dan mengugut untuk membunuhnya.

Beliau mendakwa telah dipukul dan dipaksa menandatangani dua perjanjian dalam Bahasa Inggeris serta Urdu selain diugut tidak akan dihantar pulang ke Malaysia.

"Pada 8 Mac, saya telah menerima panggilan daripada suami mengatakan saya akan dihantar pulang dengan syarat menyerahkan rumah, kereta dan duit.

"Dua hari kemudian, saya diberikan tiket penerbangan pulang tetapi anak saya masih ditahan oleh keluarga suami di sana," dakwa Zarena Bibi.

PAS menyifatkan dua wakil rakyatnya yang bertindak menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon Menteri Besar Selangor sebagai 'barua' Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) dianggap melanggari baiah atau sumpah taat setia kepada parti.

"Kita tak memandang ringan (tindakan) dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker...yang jadi barua.

"Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbaiah masa nak jadi calon dulu," katanya tegas ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu.

Selain itu Abdul Hadi turut mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun mereka demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

"Ini pula curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat, inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tak boleh pandang ringan. Jangan pandang ringan atau ambil mudah nak bagi (amanah menjadi menteri besar) begitu sahaja. Ada amanahnya," katanya.

Tegas Abdul Hadi lagi, PAS tidak akan berdiam diri dalam soal calon pengganti menteri besar Selangor jika pemilihannya tidak mengikut ajaran Islam.

"PAS tak boleh berdiam diri kalau melantik seseorang (sebagai menteri besar) kerana kecenderungan (pilihan tanpa asas) dan bukan kerana kelayakan.

"Apa lagi kalau bukan kerana amanahnya. Dilantik begitu sahaja. Saya tak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam (jika salah pilih)," katanya.

Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS tidak berminat untuk menduduki kerusi panas itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Namun katanya, pemilihan calon untuk memikul tanggungjawab perlu dibuat dengan kaedah yang betul.

"PAS tak berebut jawatan menteri besar. PAS tak pelahap (tamak) nak jawatan menteri besar.

"Walaupun tak ada persefahaman menentukan siapa jadi menteri besar...tak ada perjanjian bertulis. Walaupun PAS ada 15 kerusi, PKR (14) dan DAP (15) serta Perlembagaan Selangor menyebut menteri besar seharusnya Melayu dan Islam, PAS tak tuntut (jawatan menteri besar).

"Tapi ingat...di sana ada hukum syarak, bukan hukum akal sahaja," katanya.

 Nortipah sempat mengucup jenazah arwah anaknya, Fatin Farah Faradia sebaik sampai di Masjid Minda untuk disembahyangkan.


 DUNGUN – Seorang ibu tidak menyangka hasrat anak sulungnya untuk bertemu bapa tersayang selepas dua tahun berpisah, rupanya menjadi permintaan terakhir sebelum si anak menemui ajal dalam satu kemalangan di kampus pengajiannya, dekat sini, petang kelmarin.

Ibu mangsa, Nortipah Khalid, 42, berkata, arwah anaknya, Fatin Farah Faradia Yusuf, 20, yang pulang bercuti sempena Aidilfitri baru-baru ini beria-ia mahu bertemu bapanya, Yusuf Yunus, 41, yang berpisah dengan ibunya sejak dua tahun lalu.

Nortipah berkata, untuk tidak menghampakan permintaan anaknya itu, dia membawa arwah bertemu bekas suaminya itu di Sri Bandi Kemaman dan mereka sempat bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Menurut Nortipah, walaupun mereka tinggal berjauhan, namun arwah yang juga anak sulung daripada tiga beradik sentiasa menghubunginya, terutama jika anaknya itu ingin menduduki peperiksaan.

Kata Nortipah, dia masih terkejut dengan berita kematian anak perempuannya itu kerana arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, apatah lagi dia baharu bercakap dengan arwah melalui telefon seminggu lalu.

Menurut Nortipah, dia menerima berita mengejutkan itu kira-kira jam 5.30 petang kelmarin ketika dia berada di Felda Jerangau, menguruskan perniagaan pasar malamnya, dekat situ.

“Dia baru menghubungi makcik minggu lalu memberitahu dia agak sibuk kerana sedang membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

“Tiba-tiba petang semalam mak cik terima panggilan telefon memaklumkan dia terlibat dalam kemalangan, susah nak percaya,” kata Nortipah.

Menurut Nortipah, ketika arwah menghubunginya minggu lalu, anaknya yang juga penuntut jurusan Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam juga sempat bertanyakan alamat rumah untuk mengirim baju T yang dicetaknya di kampus.

Fatin Farah Faradia maut akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus di sini, petang, kelmarin.

Mangsa dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga
menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan.

Penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi itu meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam hari yang sama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang berikutan pendarahan dalaman.

Menurut Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya, dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa yang baharu selesai menghadiri kuliah dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta itu yang menyebabkannya tercampak.

“Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR,” katanya.

Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta dipandunya.

Jenazah arwah tiba dengan kenderaan jenazah UiTM di Masjid Minda, Dungun kira-kira jam 7 petang untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam kampung Minda, lewat petang semalam.



Tinggal kenangan. Gambar arwah (kanan) bersama seorang rakannya ketika bersekolah di Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu.

**********************************************
sinar




Seorang pengguna facebook, ARieda Akhtar U'waisyahtelah memuat naik gambar dan caption yang pasti menyentuh hati pembaca. Kisah seorang bapa ini pasti mampu membuat korang menangis.

Baca kisah yang dikongsikan di bawah:- 

Coretan semalam..

tersua dan lunch dgn hamba Allah ini merupakan bapa muda awal 30an...membawa anak kecil lelaki umur 3 bulan di bawah panas terik matahari.

Sejak 2 minggu lalu berjalan hampir 2km setiap hari sambil membawa anak kecilnya itu ke sebuah pasaraya tempat kerja si isteri untuk menghantar makanan yg dimasaknya sendiri di bilik yg disewa rm300 sebulan.

Baru sahaja berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk sementara bagi menjaga anak sementara si isteri tak melepaskan tawaran kerja yg terpaksa diambil.

Dah lama tak makan nasi berlauk katanya sambil menghirup semahunya milo ais yg dipesan,anak kecil tiba2 terjaga dan merengek minta susu yg dah habis,air kosong jadi penganti botol susu babynya..

biasa tengahari buat jeput gandum@cekodok kat bilik n hantar bekalan pada isteri katanya. Kos tinggal di Bandaraya,sewa rumah yg tinggi,taska yg mahal,terasing dan berjauhan dari kampung halaman,sikap ingin berdikari yg lahir dari keluarga yg susah dan sebagainya memaksa dia dan isteri menyewa bilik dan melalui semua itu.

Tiada tanah,kereta,motor dan harta peninggalan dari orang tuanya.selesai makan,not hijau yg diberi diambil dengan gengaman salam yg kuat dan ucapan yg sayu,sambil mohon berlalu pergi dengan segera..mungkin ingin cepat mencari susu buat anak kecilnya sementara si ibu menyusu di mlm hari setelah usai kerja..

Sudah lama ku memerhatikannya mundar mandir membawa anak kecilnya itu..Ya Allah,nikmatMu terlalu luas Ya Allah...Rahmatmu didambakan setiap insani....Astagfirullah..ampunkan kami ya Allah...Permudahkan urusan hambamu ini.





Bagi yang ingin membantu, kami masih menunggu maklumat bapa dan anak ini oleh pemuatnaik kisah ini. Boleh rujuk beliau di sini www.facebook.com/akmalhamdi165 
pahang2day



Tumpat – Ada yang mendakwa ia hanya sekadar kebetulan, namun ada juga yang mengatakan ia merupakan amaran tuhan agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berhati-hati ketika memberikan ucapan sepanjang kempen pilihanraya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Hadi ketika berceramah semalam berkata perjuangan Nabi Ibrahim sama seperti rakyat Kelantan yang menurutnya ditindas oleh kerajaan pusat yang zalim dan kejam.

Beliau berkata sudah pasti Allah mempunyai perancangan yang tersendiri apabila memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan anaknya, Nabi Ismail di sebuah kawasan gurun yang kering kontang.

“Mengapa Allah tidak memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan keluarganya di China, sedangkan ekonomi negara itu sedang meningkat naik, mengapa bukan di Amerika yang merupakan negara terkuat? soalnya ketika menyampaikan ceramah pilihnaraya di Unit Peti Undi (UPU) Kampung Genting malam semalam?

Menurutnya walaupun kerajaan negeri Kelantan miskin dan tidak mempunyai sumber ekonomi yang kuat, ia masih mampu ditadbir dengan baik oleh pimpinan PAS yang terdiri daripada ulama dan ahli agama.

Namun ketika beliau berkata perjuangan tersebut sama dengan rakyat Kelantan yang hidup dalam serba kekurangan petir dan guruh secara tiba-tiba berdentum dengan kuat sehingga memeranjatkan beliau dan hadirin yang hadir.

Berikut adalah rakaman ketika kejadian tersebut:

sumber: suara