Koleksi Sensasi

30 Dipaksa Baris Sebelum Dibunuh

Militan yang didakwa anggota Negara Islam (IS) memaksa 30 lelaki Sunni berbaris di sebuah bandar di barat Baghdad sebelum menembak mereka mati.


Pegawai dan penduduk berkata, kejadian berlaku di bandar Hit di daerah Al-Bakir yang menjadi medan pertempuran sengit antara kumpulan itu dengan penduduk tempatan sejak beberapa minggu lalu.

Kebanyakan lelaki terbabit dipercayai pemimpin suku kaum tempatan yang bersekutu dengan kerajaan Iraq dan membantu melancarkan operasi anti-IS di bandar berkenaan.

Militan itu mulanya memaksa lelaki berkenaan berjalan sekitar bandar sambil mereka melaungkan menerusi pembesar suara, mendakwa lelaki yang ditahan itu musuh Islam kerana menentang mereka, kata penduduk.Mereka kemudian ditembak mati.