Koleksi Sensasi

Ferrari Kuning Langgar Pembahagi Jalan, Zizan Razak Selamat

Kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa.


Pembantu peribadinya, Izwan mengesahkan perkara itu dan memberitahu Zizan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Dalam pada itu Izwan menafikan gambar kemalangan kereta Ferrari seperti yang tersebar di laman-laman sosial adalah milik pelawak tersebut.

Sementara itu, Zizan turut memuat naik gambarnya pada petang Rabu dengan kapsyen memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

Zizan dalam proses penggambaran drama Angin Cinta bersama pelakon Ummi Nazeera terbitan syarikat milik aktres Liyana Jasmay.