Koleksi Sensasi

Lukas Podolski Pemain Paling Merugikan Kelab Di Itali

Penyerang Jerman yang juga pemain pinjaman Arsenal, Lukas Podolski kini dilapor sedang mengharungi detik mencabar selepas menyertai Inter Milan.


Hal ini kerana, Podolski diundi sebagai antara pemain paling teruk yang menyertai Serie A menerusi  jendela pemindahan Januari.

Dalam undian oleh akhbar terkenal Itali, Gazetta dello Sport itu, Alessio Cerci dinamakan sebagai pemain paling merugikan kelab dengan mendapat 46 peratus undian manakala Podolski pula memperolehi 36 peratus.

Selain itu, Seydou Doumbia pula berada di kedudukan ketiga dengan 9 peratus.

Berikutan undian itu, Arsenal didakwa perlu memutuskan sendiri mengenai masa depan Podolski kerana Inter Milan mungkin tidak akan membeli pemain tersebut pada akhir musim ini.

Kedudukan Podolski juga semakin 'gelap' di Itali apabila pengendali kelab berkenaan, Roberto Mancini memberi bayangan bahawa Xherdan Shaqiri lebih baik daripadanya.

"Lihat bagaimana Shaqiri bermain, dia begitu efektif dalam mengubah rentak permainan, saya kesal kerana tidak menurunkan dia sejak awal permainan," jelasnya yang mengeluarkan Podolski untuk Shaqiri.