Koleksi Sensasi

Video: Dewan Rakyat Kecoh Dengan Kelemahan Bahasa Melayu Ahli Parlimen Bakri


Persidangan Dewan Rakyat hari ini dipenuhi dengan gelak ketawa apabila Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, menyampaikan soalannya dalam bahasa Melayu yang tunggang terbalik.

Soalan tambahan dari Er Teck Hwa itu ditujukan kepada Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah binti Mohamed Sadique yang gagal memahami sepatah haram soalan yang cuba disampaikan itu sehingga terpaksa meminta ahli parlimen berkenaan mengulanginya sekali lagi.

"Terima kasih kepada Yang Berhormat (ADUN) Bakri, boleh tak Yang Berhormat ulang balik soalan tadi? Sebab saya dengar tadi tetapi tak berapa faham. Ambil ayat yang nak ditanyakan itu sahaja tanpa sebarang karangan awal," kata Halimah disambut gelak ketawa dari ahli-ahli parlimen yang hadir ke Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang mempengerusikan persidangan itu hanya mampu tersenyum melihat kelemahan seorang ahli parlimen DAP yang gagal berbahasa Melayu dengan baik.

"Timbalan Menteri sengaja menyeksa (ahli parlimen) Bakri ni," usiknya apabila melihat kepayahan Er Teck Hwa cuba untuk berbahasa Melayu.

Soalan tambahan yang cuba disampaikan oleh Teck Hwa itu juga sukar difahami kerana diucapkan dalam keadaan yang tergagap-gagap. 

Netizen turut memberikan komen mengenai perkara yang memalukan itu.

"Entah bagaimana dia boleh dilantik/dipilih oleh rakyat menjadi Ahli Parlimen Bakri. Sebagai warganegara Malaysia, dia seharusnya fasih berbahasa Melayu. Ini tidak, kita yang mendengar ini pun tak berapa nak faham," katanya.

Difahamkan, ketidakfasihan Teck Hwa berbahasa Melayu ini, menimbulkan kesukaran pada ahli parlimen yang lain untuk memahami apa yang cuba disampaikan olehnya yang merupakan seorang bekas pelajar sekolah cina.

"Inilah akibatnya apabila wujudnya sekolah jenis vernakular yang tidak mengutamakan bahasa rasmi Malaysia. Ini bukan hanya berlaku pada Ahli Parlimen Bakri, ramai lagi cina yang gagal berbahasa Melayu dengan baik menyebabkan mereka lebih suka mengasingkan diri dari bangsa lain seterusnya timbul tanggapan yang negatif," jelas Hattan yang kecewa dengan 'hasil' yang dikeluarkan oleh sekolah jenis SJKC itu.

Terdahulu, Halimah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (BN Padang Besar) berhubung jumlah projek perumahan terbengkalai yang masih belum diselesaikan oleh Kementerian.
posted@malaysiasensasi.net