Koleksi Sensasi

Dr Mahathir Kritik Najib, Ahli Parlimen BN Bersuara

Ketika kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak semakin panas...para Ahli Parlimen Barisan Nasional Isnin bersatu tampil bersuara menyokong Perdana Menteri.

Mereka menilai cara serangan bekas Perdana Menteri itu 'bukan cara yang sepatutnya'.


Pendirian Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang mempunyai keahlian 79 orang disuarakan oleh Pengerusinya Tan Sri Shahrir Samad dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen.

Sidang akhbar yang mencuri perhatian ramai itu turut disertai oleh sebilangan Ahli Parlimen dari semua komponen BN yang hadir pada sidang Dewan Rakyat Isnin.

Ini adalah kali pertama BNBBC menyatakan pendirian setelah Dr Mahathir terus membuat kritikan terhadap Najib menerusi blognya dan juga sidang media selepas beberapa acara kebelakangan ini.

Kata Shahrir mereka perlu bersuara dan melihat serangan bekas Perdana Menteri kini sudah sampai ke tahap 'very personal'.

Mengambil contoh isu kes Altantuya yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir, beliau rasa pelik kenapa setelah kes ini lalui semua proses di mahkamah kini kata-kata Sirul Azhar Umar yang bersalah jadi sangat bernilai.

Menurut beliau sepatutnya semuanya sudah dicakap semasa kes itu dibicarakan dalam mahkamah dulu.

Katanya Perdana Menteri sendiri telah bersumpah tidak kenal dengan Altantuya.

Beliau menjelaskan sebagai orang Islam soal bersumpah itu harus diambil kira.

Dr Mahathir antara lain persoal mungkin Sirul terima arahan bunuh Altantuya dan pihak berkuasa harus siasat hal itu.

Beliau juga berpendapat tidak adil gantung Sirul hingga diketahui kebenaran.

Ahli Parlimen Johor Bharu dan pernah memegang beberapa jawatan menteri itu menegaskan sokongan BNBBC pada Perdana Menteri bukan membabi buta dan mereka bukan rubber stamp.

Sebaliknya kerana melihat Najib telah membawa perubahan yang memuaskan dalam pentabirannya dicelah senario realiti politik kini yang berbeza dengan keadaan masa lampau.

Kata Shahrir beliau sendiri sudah berjumpa sendiri Perdana Menteri dan bertanya macam-macam hal yang berbangkit kepadanya.

Beliau melihat dalam hal-hal tertentu sudahpun dijawab.

Malah ahli-ahli BNBBC,katanya boleh tolong jawab dan jelaskan isu-isu seperti IMDB,GST,pembelian jet,BR1M dan sebagainya.

Namun merasa ada yang Perdana Menteri perlu jawab sendiri." Saya yakin beliau akan jawab,"katanya.

Hal itu katanya tidak menjadi masalah.

Menurut Shahrir beliau ada bertanya kepada Perdana Menteri apa masalah antaranya dengan Dr Mahathir. " Perdana Menteri kata ' hot and cold' dan beliau pun confuse", katanya.

Atas sebab melihat kebuntuan ini,beliau menegaskan mereka perlu bersuara dan nyatakan pendirian." Jika tidak ia tidak akan membawa kesudahan,"katanya.

Beliau menilai kritikan Dr Mahathir terhadap bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dulu adalah berbeza dengan didahapi oleh Najib sekarang.

Menurut Shahrir jika Dr Mahathir dakwa beliau lakukan semua ini kerana sayangkan parti, mereka juga sayangkan parti dan tidak mahu lihat ia terjejas.

" Tun Mahathir lebih tua dari saya dan lebih berpengalaman.Jika beliau buat sebab sayangkan parti dan negara ini menjadi tanggongjawab kami untuk pertahankan negara serta kerusi yang BN menang pada PRU13 ,"katanya.

Katanya sebagai Ahli Parlimen mereka tahu senario dibawah dan yakin dapat pertahankan BN pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

"Biasanya orang diatas cakap tidak ambil kira perasaan orang dibawah,"katanya.- 6/ 4/2015 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL



BERIKUT IALAH TRANSKRIP PENUH SIDANG AKHBAR TAN SRI SHAHRIR SAMAD SELAKU PENGERUSI BNBBC

Pertamanya kami ingin menyatakan perasaan sedih kami di atas tragedi helikopter petang Sabtu lalu yang melibatkan seorang rakan kita, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan juga seorang pegawai di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Azlin. Jadi kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. Kami mendoakan bagi yang beragama Islam semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan di dalam golongan yang soleh.

Saya yakin sumbangan dan jasa yang telah dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis akan memberangsangkan kami dalam menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen sebab Allahyaraham rapat juga dengan BNBBC dan juga dengan parlimen selain memegang jawatan sebagai Menteri ataupun sebagai Duta yang ada hubungkaitnya dengan kedudukan negara dengan dunia luar.

Yang keduanya, saya ingin menyatakan bahawa sebagai BNBBC, kami, hari ini kalau nak dibandingkan dengan keadaan sebelumnya, kita sendiri melihat bagaimana parlimen sedang menjadi bertambah mantap peranannya sebagai institusi parlimen dalam sistem politik negara.

Kami sebagai Ahli Parlimen biasa yang menjadi Back Benchers (BNBBC), menyokong kerajaan, melihat bahawa kedudukan parlimen semenjak kepimpinan Tun Abdullah Badawi dan diteruskan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, bukan macam dahulu di mana kita lihat bahawa eksekutif tidaklah begitu dominan kalau dibandingkan dengan masa-masa yang lampau.

Sebab itu kami sebagai Ahli Parlimen biasa memang merasa lebih perkasa dalam memainkan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen biasa. Itu saya rasakan merupakan satu-satunya yang tiada siapa boleh menafikan dan kami sedia menunjukkan contoh-contoh di mana kami bukannya Ahli Parlimen yang dikatakan buta tuli sahaja apa sahaja eksekutif arah kami ikut, sebaliknya apa yang rakan-rakan saya saksikan ialah beberapa kali pandangan kami sebagai Ahli Parlimen biasa diambilkira oleh eksekutif. Sehingga ada Rang Undang-Undang (RUU) atau Pindaan kepada RUU yang nak dibentangkan ditarik balik selepas teguran dan pandangan kami.

Ini bukan satu keadaan yang biasa pada masa dahulu. Jadi sebab itu kita lihat bahawa, umpamanya baru-baru ini walaupun satu RUU pindaannya baru dibahaskan di dalam Dewan Rakyat tetapi di atas teguran dan pandangan daripada Ahli Parlimen biasa, maka Kerajaan telah menarik balik pindaan itu. Kerana kami rasa kepentingan dan keadaan pindaan itu tidak menguntungkan pada rakyat.

Selain daripada itu kita lihat bahawa dalam perkembangan dalam peranan Ahli Parlimen, kita sendiri boleh memberikan pandangan secara ikhlas kepada pucuk pimpinan dan tentang perkara-perkara yang nak dibahaskan. Dan kedudukan institusi parlimen itu sendiri sudah lebih diperkasakan dan ini ialah hasil secara terus daripada fahaman dan falsafah kepimpinanan dan falsafah politik Datuk Seri Mohd Najib sendiri sebagai Perdana Menteri di mana Parlimen sebagai institusi politik negara dimartabatkan, diperkasakan.

Saya bagi contoh, dalam soal1MDB umpamanya di mana cadangan dari saya sendiri disampaikan kepada Perdana Menteri suopaya diberikan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk menyiasat supaya bila Ketua Audit menyiasatnya, dia akan bawa hasil penyiasatan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Yang penting, Datuk Seri Mohd Najib bersetuju di atas cadangan yang telah saya kemukakan dan saya pun pernah menjadi Pengerusi PAC di mana soal PKFZ telah dibicarakan dan disiasat oleh PAC sehinggakan kita lihat bagaimana PKFZ itu telah di bawakan ke mahkamah sampai ada bekas menteri yang terlibat dengan tuduhan di mahkamah dan hari ini masih ada kes-kes dibawa ke mahkamah hasil daripada PKFZ di mana parlimen sendiri melalui PAC telah terlibat dalam penyiasatan perkara ini.

Oleh itu bila Datuk Seri Najib dan kabinet bersetuju untuk parlimen memainkan peranan akhirnya bila hasil siasatan dan laporan Ketua Audit Negara dibawa kepada PAC, bermakna institusi parlimen itu akan lebih diperkasakan dan dalam soal ini lebih melibatkan wakil rakyat bukan sahaja dari Barisan Nasional (BN) tetapi juga dari pelbagai parti. Itu satu contoh menunjukkan di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib, peranan parlimen itu diutamakan.

Keduanya, ialah apabila soal TPPA pertama kalinya dibahaskan oleh parlimen sebelum ditandatangan atau dipersetujui oleh kerajaan. Biasanya ikut sistem pentadbiran sistem politik, soal treaty antara Malaysia dengan negara-negara lain tidak dibawa ke parlimen, ianya hanya berada di peringkat eksekutif untuk memutuskan. Tetapi kali ini TPPA sebagai salah satu perkara yang sungguh besar, melibatkan masa depan ekonomi negara, Datuk Seri Mohd Najib bersetuju untuk dibahaskan dahulu di peringkat parlimen memutuskan samada Kerajaan boleh memberi persetujuan atau tidak untuk memulakan TPPA.

Ini adalah antara contoh-contoh yang membuat kami sebagai Ahli Parlimen BN merasakan bahawa dari segi kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan kabinet yang sedia ada bahawa ianya membawa kepada satu keadaan di mana parlimen dan kami sebagai Ahli Parlimen biasa yang kadang-kadang dituduh sebagai menyokong membuta-tuli tanpa berfikir apa-apa, tak ada pertimbangan yang lain, hanya ikut arahan atas, sebenarnya tak benar, malahan kami dihormati dan diberikan peluang untuk menyatakan pandangan dan apatah lagi ia menunjukkan eksekutif negara ini, iaitu Perdana Menteri tidak dominan dalam keadaan hari ini.

Ini berterusan. Soalnya strategi ini berkesan dan saya lihat apabila diadakan perbahasan tentang soal hudud umpamanya, pindaan kepada akta jenayah syariah, akta 355 sejak mula saya mengutarakan supaya ia akan menjadi undi suara hati – sebenarnya kami BN yang pertama yang menyatakan undi ini harus dibuat mengikut suara hati. Kita belum dengar umpamanya dari PKR atau DAP mahupun PAS sendiri menyatakan ini bukan soal Whip. Saya tak nampak pihak eksekutif menentang atau kepimpinan UMNO mengatakan ini kena ikut Whip.

Ini saya lihat satu perkembangan yang memang harus dihormati di atas peranan kita walaupun sebagai Ahli Parlimen Biasa.

Soal BNBBC hanya wujud pada akhir-akhir bukan sesuatu yang baharu. Ianya lebih mantap semasa pada akhir pentadbiran dan kepimpinan Tun Dr Mahathir tetapi kemudian itu apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambilalih, saya dilantik sebagai pengerusi BNBBC dan keadaan ini berterusan sampai sekarang.

Tetapi kita berada dalam keadaan yang agak bebeza. Kalau dulu boleh dikatakan BN selesa dengan dua pertiga. Biasanya begitulah, kalau terlalu selesa dengan kedudukan yang selesa, mungkin eksekutif merasakan semuanya boleh dibuat tanpa runding betul-betul dengan Ahli Parlimen biasa. Jadi suasana politik hari ini saya rasakan lebih perlukan kepada muafakat dan kekuatan, persefahaman di antara eksekutif dan parlimen termasuklah terutamanya di kalangan Ahli Parlimen biasa BNBBC.

Soalan: So gone are the days of rubber-stamp and blind support?

We are not a rubber-stamp. Why we are saying this? Because we are standing behind the leadership of the Prime Minister. He is able to adjust and lead us during a time which is different from the previous time. So, at a time when BN is dominant, therefore maybe the executive can be dominant. Therefore there could be more rubber-stamping. But even so in those days I remember during my time. But definitely the leadership of Datuk Seri Najib is able to adjust to the new political reality.

So if we are feeling happy in our role as members of parliament, therefore we want to stand behind his leadership.

Soalan: Dalam keadaan Perdana Menteri sekarang ini diasak oleh Tun Dr Mahathir, apa nasihat BNBBC?

Kami ada berbincang dengan Perdana Menteri. Kami rasakan bahawa di mana yang boleh kami jawab, terutamanya dari segi soal pembelian jet, 1MDB, GST, BR1M – ini semua kita boleh jawab. Tetapi kami juga nasihat dan beri pandangan kepada Datuk Seri Najib bahawa tentunya mesti sampai masanya untuk dia juga memberi jawapan dia. Kerana inipun saya ingat tak menjadi masalah untuk Datuk Seri Mohd Najib memberi jawapan kerana isu ini kadang-kadang kita tak bolehlah kata kita hanya buat tak tahu. Saya percaya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan memberi jawapan kepada tuduhan-tuduhan ini. Tetapi perkara yang BR1M, GST, jet dan sebagainya bukanlah perkara yang besar sangat. Ia boleh diatasi. Boleh dijawab. Senang.

Macam kes Altantuya, bagi kamilah kes ini berlaku lapan tahun dulu sebelum Datuk Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri pun dan ia melalui proses perundangan. Sudahpun sampai ke peringkat yang paling tinggilah. Saya rasa pelik apabila orang itu sudah didapati bersalah, macam lebih bernilai pula kenyataannya. Patutnya masa kes dikendalikan di mahkamahlah kenyataan-kenyataan dibuat. Kami tak ada keraguan dari soal kedudukan Datuk Seri Mohd Najib dalam kes ini kerana sebagai seorang Muslim kami menyaksikan bagaimana dia melaksanakan sumpah laknat secara ikhlas. Kita ini bukan manusia yang ikut undang-undang sahaja. Soal agama, akidah juga menjadi sebahagian daripada kami.

Soalan: BNBBC tak mahu desak AG untuk ke depan bagi menjawab tuduhan Tun M berhubung Altantuya?

Ag nak tuduh siapa pula? Kes sudah ditutup. Proses mahkamah dah habis. Pesalah sudah dihukum.

Soalan: Kritikan Tun M itu semakin berterusan, macam tak boleh stop?

Tun Dr Mahathir ini lebih tua sedikit daripada saya dan lebih berpengalaman. Pada saya, saya rasa kalau dikatakan Tun Mahathir lakukan ini kerana sayang dan menghargai parti, sayang dan cinta kepada parti, kami juga mempunyai perasaan yang sama. Sebagai Ahli Parlimen BN tanggungjawab kami ialah mempertahankan kerusi yang telah kami menang. Kami rasa yakin dengan usaha yang kami lakukan ini bahawa setiap kerusi yang kami telah menang akan dipertahankan dan ianya akan dilakukan bersama-sama dengan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri. Pada kami ialah soal memenangkan BN dalam Pilihanraya yang akan datang.

Dengan apa yang kami lakukan, lawatan yang dibuat, kerja yang buat, kami rasa tanggungjawab kami untuk mempertahankan kerusi yang BN menang pada pilihanraya ke-13 akan kita pertahankan dalam PRU ke-14.

Soalan: Sekiranyalah Tun M masih terus menerus attack PM adakah Tan Sri bagi pihak BNBBC bercadang face to face dengan Tun M?

Face to face, one-on-one telah dilakukan oleh rakan-rakan saya termasuk Perdana Menteri. Saya bagi contoh, masa Tun Dr Mahathir menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi, saya berdiam kerana kami pun dah tahu sebenarnya Tun Abdullah Ahmad Badawi akan meletakkan jawatan setelah pilihanraya ke-12. Kami memang dah tahu. Sebab itu serangan itu kita tak jawab secara terang dan kita tidak mahu ada ketegangan.

Tetapi kali ini ianya sudah masuk peringkat secara terbuka. Kalau dikaitkan Tun Dr Mahathir sayangkan parti, kami pun sayangkan parti. Kami rasa kalau sayangkan parti ini bukan caranya. Tetapi kalau kita diam saja, ia tak kan bawa kepada kesudahannya. Sebab itu pada hari ini tujuannya ialah untuk menyatakan sebagai Ahli Parlimen biasa, pertamanya kita bukan golongan rubber-stamp, buta-buta menyokong. Kami berdiri bersama dengan Perdana Menteri kerana kami sudah lihat bagaimana perubahan dan keadaan yang sebenarnya kami rasa begitu puas hati dan seronok dengan peranan kami sebagai Ahli Parlimen BN.

Saya rasa Tun Dr Mahathir tidak akan tahu apa yang kami lakukan di peringkat akar umbi, di peringkat kawasan parlimen. Ini orang atas-atas. Kami orang yang jaga bawah. Jadi kami lagi dekat dengan rakyat dan pengundi. Saya pelik tengok, kadang-kadang apa yang orang atas-atas ini bercakap tak ambil kira sebenarnya keadaan dan kenyataan di bawah. Jadi sebab itu kami biasa diam ajalah. Tetapi kali ini kenalah kita nyatakan, sebagai Ahli Parlimen yang duduk mewakili akar umbi dan rakyat biasa, kami berpuashati dengan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Soalan: Perhaps Tun M was wrongly advised?

Apapun advise yang kami terima kita juga yang akhirnya yang bertanggungjawab.

Soalan: At the end of the day, PM will still have to answer all this?

It’s not about having to answer. He will. I am confient he will answer.

Soalan: Tapi kali ini nampak Tun M macam personal sangat?

Very personal. Dah terlalu direct. Personal. Itu yang kita berdiri menjawab ini. Kalau tidak kalau cakp-cakap biasa sahaja kita diam. Yang peliknya, rakan-rakan saya ada pergi jumpa Tun M, cakap dengan dia. Datuk Seri Najib pun sendiri pernah berjumpa. Saya pun tanya Datuk Seri Najib, apa halnya Tun M dengan you ini? Jawab dia – hot and cold. Ada masa panas, lepas tu sejuk. Dia pun confuse. Bukan pasal kami tak mengambil berat tetapi dalam keadaan itu memanglah kita serahkan kepada kedua-dua tokoh untuk berbicara. Tetapi kalau dah peringkat tokoh berbicara tak dapat dilaksanakan, jadi sebagai wakil kepada parti dan kawasan, sebagai Ahli Parlimen biasa, kami perlu menyatakan pendirian kami.

Soalan : Rakan-rakan dan Tan Sri sendiri pernah jumpa Tun M tapi makin keras pula serangannya?

Dia tak ada linkage ya. Kadang-kadang nakal sikit dia punya soalan. Bukan kerana kita dah jumpa Tun effect dia jadi begini. Jadi baik-baik sikit. Tanya betul-betul ya (dalam nada seloroh).

Soalan: Minta komen pasal Akta dadah berbahaya (Ketum).

Bila kita minta ditarik balik undang-undang itu, ia tak berlaku dalam dewan. Ada juga RUU nak dibawa ke parlimen. Kami masa berbincang dengan menteri berkenaan, kami kata No, minta maaf, bukan masanya. Harus diperhalusi lagi. Pun ada berlaku juga tetapi kita tak isytihar.

Hari ini kalau kita berjumpa ada orang tanya apa pasal kita sokong Datuk Seri Najib? Kita kata kita happy with him and his leadership.

Soalan: Pasal POTA?

Sama juga dengan POCA . Peranan pembangkang ialah asyik mengkritik dan menolak. Soal ini, soal itu. Nak buat pindaan, macam-macam. Masa kita laksanakan POCA tak ada pun komplen. Happy. Bila POTA pun begitu. Jadi keadaan untuk menentukan bahawa prosedur itu akan diikuti untuk menjamin tidak ada salah guna kuasa yang diberi. Itu kita sudah suarakan kepada Perdana Menteri. Kalau kita tengok hari ini dengan penangkapan terbaharu ini, sampai ada 17 orang, dua baru balik dari Syria, ia merupakan perkembangan yang harus kita pandang serius. Jangan bila dah berlaku sesuatu baru kita nak bersuara.

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/dr-mahathir-kritik-najib-ahli-parlimen-bn-bersuara.html