Koleksi Sensasi

Tauke Nafikan Terlibat Kontroversi, Minta Orang Ramai Jangan Cepat Menuduh

Jika sudah dikategorikan sebagai pelawak, lebih-lebih lagi popular, kini nama Tauke daripada kumpulan Jambu terpalit dengan spekulasi pelawak bermain cinta malah lebih jijik lagi turut sama menghantar mesej lucah dan meminta gambar bogel.


“Sepatutnya orang ramai yang membaca kontroversi berkenaan pelawak itu janganlah terlalu cepat membuat andaian dan menuding jari. Orang ramai perlu mengikut perkembangan dan membaca cerita sepenuhnya. Jauhilah fitnah,” tegas Tauke kepada BH Online menafikan dirinya terlibat dengan perkara tersebut.

Sebelum ini, Tauke pernah dikaitkan dengan kontroversi melibatkan wanita lain, sekali gus ianya memberi peluang kepada gosip baru ini hinggap pada nama pelawak ini.

“Apabila berita ini keluar ramai yang menuduh saya sebagai pelawak yang dimaksudkan, namun saya merasakan perkara ini tidak adil bagi saya. Mungkin sejarah yang menyebabkan orang menuduh saya….tapi, teliti bukti yang ada serta jangan cepat jatuhkan hukum ke atas saya,” katanya sambil menyifatkan gosip sebegini mampu menjejaskan kerjayanya. (rtky/s)