Koleksi Sensasi

Bayi Ini Terpaksa Memakai Penutup Mata, Tetapi Ayahnya Melakukan Sesuatu Yang Epik!


Ceritanya begini, Layla dilahirkan dengan katarak kecil pada mata sebelah kanan yang menyebabkan penglihatan dia kabur sedikit. Untuk memulihkan kecederaan pada matanya itu, dia perlu memakai penutup mata selama dua jam setiap hari.

Tujuan menutup mata selama dua jam setiap hari itu adalah untuk memastikan mata yang rosak itu tidak mengalami ambylopia atau lazy eye disorder, dimana penghlihatan mata tidak berkembang dengan baik pada usia kanak-kanak.

Bapa Layla sangat kreatif, untuk menjadikan situasi ini menjadi lebih baik dan kurang tekanan dia telah melukis doodle yang comel pada penutup mata Layla. Apa yang lebih menariknya setiap hari Layla akan memakai penutup mata yang berbeza doodle nya.