Koleksi Sensasi

Gigit Telinga Sampai Putus

Shandong, China: Seorang wanita di sini cedera selepas sebahagian telinganya digigit hingga putus oleh teman lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan baru-baru ini.


Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Chen berkata, dia diserang kekasihnya yang dikenali sebagai Wu di dalam sebuah lori yang dipandu lelaki itu.

Ujarnya, dia bertemu kekasihnya itu untuk menyelesaikan perselisihan faham antara mereka.

“Ketika sedang berbincang kekasih saya tiba-tiba naik berang dan terus memukul saya.

“Dalam pergelutan itu, dia memeluk kepala saya dan terus menggigit telinga kiri saya sehingga putus,” katanya.