Koleksi Sensasi

Mia Ahmad Tolak Adegan Peluk

Pelakon baharu, Mia Ahmad sudah bertudung sebelum namanya popular. Selepas tertudung tawaran masih ada walaupun dia meletakkan batasan dalam membawa watak yang diserahkan kepadanya.

HATI PEREMPUAN
Mia terang-terangan meletakkan syarat untuk tidak terlibat dalam babak berpelukan dengan lelaki. Dia tidak mahu mengundang sensitiviti masayarakat terhadap penampilannya yang bertudung.

HATI PEREMPUANPelakon utama drama Hati Perempuan itu menganggap penampilan dan prinsip memberi cabaran kepadanya untuk menunjukkan lakonan yang baik tanpa menunjukkan aksi sedemikian.


“Saya akan meneliti skrip yang diterima khususnya jika terdapat adegan berpegangan tangan atau perlu melakukan babak mesra dengan pelakon lelaki.

“Sekiranya pihak produksi bersungguh-sungguh inginkan saya terlibat dalam karya mereka, perbincangan akan dibuat bagi mengetahui teknik kamera yang dilakukan,” kata Mia kepada Kosmo.

Dalam Hati Perempuan dia mendapat kerjasama yang baik daripada pengarah. Pengarah membantu memberikan idea untuk mengelak daripada melakukan adegan bersentuhan melainkan berlapik.

Pada pulanya dia gusar tiada lagi tawaran berlakon selepas berhijab. Nampaknya semakin lebat pula tawaran khususnya membawakan watak wanita bertudung.