Koleksi Sensasi

Nazir Razak Selar Lembaga 1MDB Di Instagram

Pengerusi CIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Tun Razak sekali lagi membuat kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kali ini menerusi laman sosial Instagram.
Beliau memuat naik gambar muka depan sebuah akhbar harian kewangan dan menyelar tindakan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy serta bekas ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang tidak dapat hadir ke prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Nazir yang meemuat naik gambar itu turut menyertakan komen: "Syarikat anda mencetuskan krisis negara dan anda masih boleh terlalu sibuk untuk berhadapan dengan Parlimen? Tidak boleh diterima."

Arul dan Shahrol sepatutnya dipanggil hadir memberi keterangan mengenai 1MDB kepada PAC pada Selasa.

Dilaporkan kedua-dua mereka tidak dapat hadir bagi memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan atas alasan berada di luar negara.

Sehubungan itu, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Isnin memberitahu bahawa prosiding siasatan terhadap 1MDB membabitkan dua pengurusan tertinggi syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu ditangguhkan.