Koleksi Sensasi

Pizza Penyelamat Tebusan

Florida (Amerika Syaikat): Seorang wanita terdesak meminta bantuan menerusi mesej rahsia menggunakan aplikasi memesan pizza selepas ditahan sebagai tebusan bersama anaknya oleh teman lelakinya, di sini.


Polis Daerah Highlands memberitahu stesen televisyen WFLA-TV di sini bahawa kedai Pizza Hut di Avon Park menerima pesanan online itu petang Isnin lalu daripada Cheryl Treadway, 25.

Pekerja di restoran itu melihat permintaan khas Treadway supaya menghubungi polis pada bahagian komen sebelum berbuat demikian.

Treadway yang membuka pintu rumah apabila polis tiba memberitahu mereka bahawa teman lelakinya, Ethan Nickerson, 26, yang berada di dalam rumah itu menahannya dan tiga anak serta bersenjatakan pisau.

Polis membawa Treadway dan anaknya keluar daripada rumah itu sebelum menahan Nickerson.

Dua lagi anak yang berada di dalam rumah itu selamat dan tidak cedera.



Menurut polis, Nickerson menahan Treadway di dalam rumay hari itu sehingga dia meyakinkannya untuk memesan pizza menggunakan aplikasi pada telefon pintarnya.
posted@malaysiasensasi.net