Koleksi Sensasi

Takziah! Ahli Kumpulan Shades Maut Kemalangan


Ahli kumpulan Shades, Mohd Khirulnizam Wahab yang mesra di sapa Zenn maut dalam satu kemalangan pagi semalam.



Mohd Khirulnizam merupakan pemandu kereta tersebut dan dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kampung Sungai Lancang, Bagan Datoh.




Zenn disahkan meninggal dunia manakala empat lagi penumpang cedera parah selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit di Kilometer 30, Jalan Hutan Melintang dekat Bagan Datoh.

Ini komen dari pihak polis:

"Pemandu kereta Proton Saga itu dipercayai mengantuk dan gagal mengawal kenderaannya sehingga menyebabkan kereta itu terbabas ke lorong bertentangan," 

Sementara itu, pakcik kepada Zenn iaitu Datuk Shahrul Zaman Yahya (ADUN) Rungkup mengesahkan permergian Zenn.

"Al - Fatihah anak buah saya, Nizam, ahli kumpulan Shades telah pulang ke rahmatullah accident di selekoh, Bagan Datok sebentar tadi. Mohon sedekahkan Al - Fatihah,"

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan mari kita doakan buat Mohd Khirulnizam Wahab atau Zenn.