Koleksi Sensasi

Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya NPE

Dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas, lalu melanggar penghadang besi jalan di Km15.6 Lebuhraya Baru Pantai (NPE), petang Ahad.  
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata kemalangan pada3.03 petang itu membabitkan pemandu kereta berkenaan Lee Jein Siung, 36, yang maut di tempat kejadian, manakala anaknya Lee Tung, 3, yang cedera parah, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya.  

Bagaimanapun seorang lagi anak mangsa, Lee Ming, 4, hanya cedera ringan dan ibu mertuanya, Bong Shui Chin@Bong Soon Chin, 64, patah tangan kanan dan dirawat di hospital yang sama. 

Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan balik dari SS2, Petaling Jaya menghala ke rumah mereka di Kuchai Lama, katanya dalam kenyataan di sini, Ahad malam. 

Katanya kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.  

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata tiga jentera dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam.