Koleksi Sensasi

Nasib Malang Kumpulan Zero - Rumah Hangus Terbakar

Nasib malang menimpa kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik, Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif apabila kediaman mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, Selasa.
ZeroPengurus kumpulan tersebut, Shafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut turut melibatkan 69 buah rumah lain yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.
“Kejadian dikatakan berpunca daripada baju yang terbakar daripada sebuah rumah dan menyebabkan api marak dengan cepat dan merebak ke rumah lain. Alhamdulillah tiada yang tercedera dalam kejadian itu tetapi semua barang-barang musnah akibat kejadian itu,” katanya.
Dalam pada itu, Shafeeqa berkata, ketika kejadian, Mohammad Syaiful dalam perjalanan pulang ke kampung untuk melawat keluarganya sebelum mendapat tahu tentang kebarakan tersebut. Manakala abang dan adiknya, Sahrif Doli dan Sharif Kunal berada di ibu negara dan bergegas pulang ke Kudat apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.
image1 (2)
“Mereka dalam keadaan terkejut apabila Syaiful memberitahu tentang kebakaran itu dan meminta saya segera membeli tiket penerbangan pulang,” jelasnya.
Sementara itu, Shafeeqa berkata, Zero bersama penduduk kampung yang lain kini sedang giat mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk meringkan beban 69 keluarga terlibat. Pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai terutama barangan terpakai seperti pakaian, seragam sekolah, makanan dan minuman selain keperluan asas lain untuk kegunaan penduduk di sana.
IMG_2034
“Ini dugaan besar buat mereka semua dan saya bagi pihak Zero mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai memandangkan Ramadan akan tiba esok (Khamis). Alhamdulillah setakat ini ramai menghulurkan bantuan termasuk rakan-rakan artis dan pihak kami akan terbang ke Sabah pada Isnin ini untuk menghantar barangan tersebut,” katanya.
Bagi yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6. Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-721 0491. [sumber berita: mStar Online]

posted@malaysiasensasi.net