Koleksi Sensasi

Seorang Budak Lelaki Nazak Merayu Ibunya Mengambil Buah Pinggangnya



Kata orang cinta tidak memerlukan syarat. Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anak tidak berbelah bagi. Namun, bagaimana pula sayangnya seorang anak kepada ibunya?. Seorang budak lelaki di China yang bernama Chen Xiaotian meninggal dunia selepas dua tahun berperang dengan kanser otak. Pada usia seawal lima tahun dia disahkan menghidap penyakit membunuh itu. 

Hasratnya semasa hidup adalah untuk menyelamatkan ibunya yang menghidap penyakit Uremia pada masa itu. Menurut pakar-pakar yang merawati ibu Chen, hanya dengan satu pemindahan buah pinggang akan menyelamatkannya. Apabila keadaan Chen semakin teruk, neneknya bersetuju dengan idea cucunya untuk menderma buah pinggangnya kepada ibu Chen. 

Ibu Chen pada mulanya enggan menerima kerana dia masih berharap Chen akan pulih seperti sedia kala. Walau bagaimanapun, Chen meminta ibunya untuk menerima buah pinggangnya untuk menyelamatkan penyakit ibu Chen dan biarkan dia pergi dengan tenang. 

Beberapa jam selepas kematian Chen, buah pinggangnya berjaya dipindahkan ke dalam ibunya dan prosedur dianggap berjaya. Sebelah lagi buah pinggang didermakan kepada orang lain dan Chen turut menderma hatinya.

posted@malaysiasensasi.net