Koleksi Sensasi


Hukuman mati dengan ditembak menggunakan mesingan, teknik hukuman mati ini mungkin nampak ganas tetapi sebelum 1934 teknik hukuman mati utama Thailand adalah dengan hukuman pancung dengan menggunakan pedang. Lebih dari 280 penjenayah dikenakan hukuman mati dengan ditembak. Majoriti dijatuhkan hukuman ini kerana membunuh dan merompak sehingga mengakibatkan kematian. 

Tidak seperti hukuman tembak yang digunakan oleh tentera yang menggunakan beberapa orang penembak pada satu-satu masa, di Thailand hanya seorang algojo ditugaskan menembak pesalah sehingga mati. Sebuah mesingan diisikan dengan 15 butir peluru. Mesingan ini ditambat pada permukan meja. Pesalah diikat pada kayu berbentuk salih dan tubuh beliau dipisahkan dari penembak dengan kain kanvas lengkap dengan sebuah bulls eye. Sasaran algojo ialah bahagian jantung. Penembak akan menanti bendera dijatuhkan oleh ketua beliau untuk menekan picu mesingan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan pada pesalah. Jika pesalah tidak mati serta merta beberapa lagi das tembakan akan dilepaskan sehingga beliau menghembuskan nafas terkahir. 

Datuk Khairuddin Abu Hassan, yang mendapat perhatian selepas membuat aduan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), digugurkan jawatannya dalam Umno.


Berita itu disampaikan oleh rakannya yang menonton rancangan berita di televisyen malam tadi, katanya kepada Malaysiakini.

"(Saya) tidak dimaklumkan langsung. Kawan (saya) kata (berita itu) keluar TV3," katanya.

Difahamkan, tindakan itu diambil selepas beliau didapati telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Surat kepada Khairuddin bulan lalu dilaporkan ditandatangani oleh setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ditanya sama ada pengguguran jawatannya itu berkaitan isu 1MDB, Khairuddin berkata: "Tidak berani hendak buat spekulasi.

"Tetapi kenapa (saya) tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak dipanggil ke ibu pejabat Umno untuk memberi pencerahan?"

Tindakan terhadap Khairuddun, yang sering menjadi sorotan media sewaktu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2000, dipercayai susulan masalah kewangan yang dihadapinya.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau masih seorang ahli Umno dan layak menyertai mesyuarat parti tetapi tidak boleh dilantik walau boleh mengundi.

Dalam kenyataan bertulisnya, beliau juga menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana masalah hutangnya dalam proses penyelesaian

"Saya tidak terkejut langsung dengan berita jawatan saya telah dilucutkan oleh Umno disebabkan oleh kes jaminan korporat saya. Hakikatnya, (ia) sedang dalam fasa penyelesaian oleh pihak peguam," katanya.

"Namun saya amat hairan dengan sikap ibu pejabat Umno Malaysia yang tidak pernah memanggil saya untuk memberikan penjelasan mengenai kedudukan sebenar kes tersebut yang hakikatnya sedang selesai."

Khairuddin, yang beristerikan pelakon terkenal Umie Aida di Mekah, menegaskan beliau akan terus berkempen untuk "menegakkan kebenaran dan melawan rasuah secara habis-habisan."

"Saya seorang yang amat kental dalam perjuangan... Untuk kepentingan rakyat, saya tidak akan berganjak daripada landasan ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai tekanan politik," tambahnya.

Beliau, yang merancang ke Mekah hari ini, akan menjelaskan kedudukannya dalam parti selepas pulang dari tanah suci.

Disember lalu, Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB, syarikat pelaburan nasional yang berdepan dengan pembayaran hutang berjumlah berbilion-bilion ringgit.



Selepas harganya menurun sejak beberapa bulan lalu, harga bagi RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 25 sen, berkuatkuasa tengah malam ini.

Mulai 1 Mac, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter).

“Harga baru ini akan berkuatkuasa  bagi bulan Mac 201,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan, katanya, akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran matawang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Bulan lepas, harga RON95 turun ke paras terendah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009, didorong oleh kejatuhan mendadak harga minyak dunia, yang kini agak bertambah baik.

Harga bahan api tertakluk kepada sistem apungan terurus sejak Disember tahun lalu selepas kerajaan menghapuskan sistem subsidi.

Pada masa itu, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM2.26, RM2.46 dan RM2.23 selitar.


Pada 1 Januari, bagaimanapun, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan RM1.93 seliter dan bulan lepas harganya terus menurun. 

NORWICH, Britain – Seorang ibu di sini bagaikan tidak percaya bahawa bayi lelakinya masih hidup selepas lapan minit dilahirkan tanpa degupan jantung baru-baru ini.


Ibu tersebut, Rachel Cherry, 30, bersyukur selepas anak lelaki yang diberi nama Theo Babbage itu bertindak balas terhadap rawatan kecemasan yang diberikan oleh pegawai hospital tempatan yang membantu menyelamatkan nyawa anaknya itu.

Babbage yang dianggap bayi ajaib mempunyai komplikasi paru-paru ketika dilahirkan dan pihak hospital tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa melakukan pembedahan kecemasan terhadap bayi tersebut.

“Apabila seorang ibu melahirkan anak, perkara pertama yang ingin didengari ialah suara bayi tersebut menangis buat kali pertama, tetapi itu tidak berlaku kepada anak saya.

“Saya terus menunggu dan menunggu tetapi tidak ada langsung suara tangisan atau jeritannya. Saya tahu tentu ada sesuatu yang tidak kena dan berfikir bayi saya telah meninggal dunia,” kata Cherry sewaktu menceritakan pengalamannya itu.

Babbage yang diberikan rawatan lanjut selama 12 hari di hospital kini disahkan sihat dan dibenarkan pulang ke rumah. – Agensi

PESHAWAR – Gadis mata hijau dikenali sebagai ‘Afghan Girl’ di muka depan majalah National Geographic 30 tahun lalu masih hidup sebagai pelarian di Pakistan, malah terperangkap dalam skandal rasuah negara ini.


Gambar gadis itu, Sharbat Gula ketika dia berusia 12 tahun di sebuah kem pelarian muncul sebagai foto muka depan paling terkenal untuk majalah tersebut 30 tahun lalu.

Jurugambar, Steve McCurry yang bertanggungjawab merakam gambar gadis malang itu kemudian berusaha mencari semula gadis itu selepas 17 tahun dan akhirnya menemui Sharbat pada 2002 di sebuah perkampungan terpencil di Afghanistan.

Kini ketika berusia 42 tahun, Sharbat yang merupakan warga Afghanistan disiasat pihak berkuasa negara ini kerana disyaki menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan kad pengenalan Pakistan bagi membolehkan dia tinggal di bandar ini.

Menurut pihak berkuasa di sini, wanita itu memohon kad pengenalan Pakistan di bawah nama Sharbat Bibi pada April 2014 di Peshawar. Kes itu merupakan sebahagian daripada siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pemberian beribu-ribu kad pengenalan kepada pelarian Afghanistan.

Seorang wartawan AFP yang mencari rumah wanita itu mengikut alamat dalam rekod pengenalan dirinya dimaklumkan penduduk setempat bahawa dia dan suaminya telah meninggalkan rumah tersebut bulan lalu.

Dokumen rasmi daripada Pihak Berkuasa Pendaftaran dan Pangkalan Data Kebangsaan (NADRA) Pakistan menunjukkan Sharbat memberi maklumat bahawa dia lahir di Peshawar pada Januari 1969 dalam dokumen permohonan kad pengenalan tersebut.

“Semua dokumen sokongan diberikan Sharbat adalah palsu, manakala dua ‘anak lelakinya’ yang turut menerima kad pengenalan pada hari sama disyaki tidak mempunyai pertalian darah dengan wanita itu,” kata jurucakap NADRA, Faik Ali Chachar.

Katanya lagi, kes Sharbat dikesan pihak berkuasa di sini pada Ogos lalu sebelum dihantar kepada Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) Pakistan.

Sekitar 23,000 permohonan kad pengenalan pelarian Afghanistan berjaya disekat NADRA sejak agensi itu ditubuhkan 12 tahun lalu. – Agensi

LABUAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan tujuh inisiatif dan projek bagi meneruskan momentum pembangunan pulau bebas cukai ini yang berkembang pesat demi kemakmuran dan kesejahteraan penduduknya.


Inisiatif dan projek berkenaan termasuk meneruskan pemberian subsidi untuk feri penumpang Labuan bernilai RM15 juta setahun dan membangunkan Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk menempatkan semua agensi kerajaan Persekutuan di bawah satu bumbung bagi menyediakan perkhidmatan lebih cekap kepada rakyat.

Selain itu, peruntukan RM1.5 juta untuk mewujudkan kemudahan eskalator di Kompleks Pasar Sentral Labuan; RM20 juta untuk menaik taraf kemudahan di jeti pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Labuan; pembinaan beberapa batang jalan raya yang perinciannya akan diumumkan kemudian dan penurunan secara ketara duti setem untuk penukaran status tanah pertanian kepada perumahan.

Turut diumumkan ialah projek-projek di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) berjumlah RM77.5 juta.

Projek berkenaan adalah pembinaan surau baharu di Kampung Sungai Bedaun bernilai RM7 juta, RM5 juta bagi pembinaan surau pusat bandar, RM60 juta untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama dan asrama di Kampung Sungai Bedaun serta RM2 juta untuk kerja baik pulih Masjid An Nur.

Najib mengumumkan inisiatif dan projek itu ketika berucap pada majlis perasmian Kompleks Pasar Sentral Labuan di sini hari ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Anggota Parlimen Labuan yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Rozman Isli.

"Saya senang melihat pembangunan Pulau Labuan sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan. Dahulu kita lihat Labuan sebagai satu pulau yang agak lembab dan barangkali wajahnya tidak begitu segar tetapi hari ini jelas sekali bahawa hasil daripada perancangan dan strategi pembangunan yang dilaksanakan kerajaan maka Wilayah Persekutuan Labuan sudahpun bertukar wajah menjadi pulau yang lebih moden, progresif dan rancak pembangunan ekonominya.

"Namun tugas kita belum berakhir ... kita perlu jadikan Wilayah Persekutuan Labuan ini bukan sahaja manfaatnya dalam konteks domestik tetapi memaparkan Labuan sebagai pulau bertaraf antarabangsa. Usaha kita perlu dilipatgandakan," katanya.

Katanya usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan pembangunan Labuan meskipun ia kini sudah terkenal sebagai pusat industri gas dan minyak dan Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa (IOFC) selain beberapa potensi pelancongan yang sudah dikenal pasti serta memiliki sebahagian daripada kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pusat matrikulasi.

Justeru itu, kata Najib dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bermula 2016, usaha serius perlu dilakukan untuk mengenal pasti apa lagi projek yang diperlukan bagi meneruskan pembangunan Labuan dalam pelbagai sektor ekonomi.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata projek dan inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan di Labuan akan mendahulukan kepentingan rakyat demi kemakmuran dan kesejahteraan penduduk pulau berkenaan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan penubuhan Yayasan Pendidikan Labuan serta mengumumkan bantuan RM2 juta untuk yayasan berkenaan meningkatkan taraf pendidikan dan membina modal insan.

"Saya dapat lihat kalau kita hendak jamin rakyat mengecapi pembaharuan dan transformasi ... mesti labur dalam pembangunan modal insan. Kalau tidak, nanti orang tempatan akan merasai diri mereka terpinggir daripada arus pembangunan," katanya.

Katanya sekiranya anak-anak tempatan Labuan berjaya dalam pendidikan dan memiliki kemahiran tinggi sudah tentu mereka akan turut mengecapi nikmat daripada apa juga bentuk aktiviti ekonomi dan pelbagai sektor lain yang diwujudkan di pulau berkenaan.

Najib juga mengumumkan untuk sekali lagi melawat Labuan sebelum akhir tahun ini.


Mahu belajar mencipta lagu, asas nyanyian dan menulis lirik yang puitis?. Akademi Komposer akan menganjurkan kursus Mencipta Lagu - Hanya dalam 1 hari anda akan mampu menulis lagu. Benar hanya 1 hari sahaja. Kursus ini akan diadakan di Kuala Lumpur dan dikendalikan oleh komposer terkenal Adinda Amiro..Keterangan lanjut sila KLIK SINI 

posted@malaysiasensasi.net


Sebenarnya sudah lama video ini di kalangan manusia di planet bumi ini. beredar video objek mister berada di sekitar permukaan matahari. Gambar tersebut dirakamkan oleh SOHO (Solar and Heliospheric Observatory), sebuah pesawat pengawas matahari yang disiarkan NASA - posted@malaysiasensasi.net

BROOKLYN Beckham dilaporkan tidak akan kekal bersama Akademi Arsenal musim depan.

Biarpun terpilih untuk menyertai pasukan Bawah 18 Tahun musim depan, Brooklyn gagal dalam percubaan mendapatkan biasiswa akademi itu.

Pemain berusia 15 tahun itu yang menjalani latihan di Akademi Hale End berharap akan mendapat biasiswa penuh selama dua tahun sekiranya mahu kekal bersama The Gunners.

Bagaimana pun difahamkan remaja ini gagal mengekalkan posisinya musim depan sekaligus kontraknya bersama Arsenal akan tamat.

Pun begitu, Brooklyn menjadi salah seorang pemain  B16 dan B17 yang masih beraksi untuk akademi ini ketika aksi perlawanan di Qatar.

Malah ramai yang mengakui dia tidak layak ditawarkan ke pasukan B18 jika berdasarkan merit. 

Dengan kegagalan untuk terus berada di akdemi ini, masih belum pasti sama ada Brooklyn akan mencari kelab baharu atau tidak.

Semenjak berada di akademi ini, Brooklyn sentiasa menjadi tumpuan walaupun keputusan tidak berpihak untuk mengekalkannya.

Manakala jurulatih berpuas hati dengan prestasi Brooklyn tetapi mereka merasakan ada pemain lain yang lebih layak untuk berada di posisinya itu.

Mereka juga menganggap Brooklyn boleh membuat penampilan profesional di kelab lain.

Selain itu, adik-adiknya, Romeo dan Cruz masih kekal di Hale End.

Pasukan Pahang bermula langkah kanan pada aksi pembukaan Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mengalahkan wakil Myanmar, Yadanarbon FC 3-2 di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar,Rabu. 


Pemain gantian, R. Gopinathan muncul wira skuad 'Tok Gajah' menerusi gol kemenangan pada minit ke-88 selepas kedua-dua pasukan pasukan terikat 2-2 pada perlawanan yang disiarkan oleh sebuah televisyen berbayar itu. 

Pada aksi hari ini, Pahang berada di depan menerusi gol penyerang importnya,Dickson Nwakaeme seawal minit kelima selepas beliau bijak menyambar bola yang ditampan keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Thiha Sithu. 

Dickson terus menjadi 'duri dalam daging' untuk pasukan tuan rumah apabila menggandakan kedudukan untuk skuad 'Tok Gajah', tujuh minit kemudian selepas bijak menggelecek pemain tuan rumah sebelum menolak masuk bola bagi menewaskan Sithu untuk kali kedua. 

Yadanarbon FC berjaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-40 selepas pertahanan Pahang, Damion Stewart tertampan bola masuk ke gol sendiri dan keputusan itu kekal sehingga separuh masa.

Bersambung babak kedua, Pahang terus menggandakan asakan bagi memburu jaringan seterusnya namun ditimpa malang selepas kapten pasukan, Mohd Razman Roslan dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-55 kerana mengasari pemain lawan di dalam kotak penalti. 

Pemain import dari Ivory Coast, Djedje Maximin Djawa yang mengambil sepakan penalti, mudah menolak masuk bola ke dalam gawang bagi menyamakan kedudukan untuk Yadanarbon FC. 

Ketika permainan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, Gopinathan muncul wira menerusi sepakan lencong bagi mengesahkan tiga mata mutlak menjadi milik Pahang. 

Satu lagi perlawanan kumpulan G membabitkan Global FC dari Filipina dan South China dari Hong Kong berlangsung di Stadium Memorial Rizal,Manila, Filipina. 

Pahang akan menerima kunjungan Global FC pada aksi kedua kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala South China akan menentang Yadanarbon FC di Stadium Mongkok, Hong Kong dan kedua-dua perlawanan berlangsung 11 Mac ini.


KUALA LUMPUR – Datuk Siti Nur­haliza Tarudin, 35, yang didakwa sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia boleh berdepan ancaman penculikan oleh sindiket-sindiket tertentu yang mahu mengambil kesempatan atas kekayaan penyanyi tersohor tanah air itu.

Penganalisis jenayah, S. Jeevan berkata, maklumat seumpama itu boleh menjadi perhatian kumpulan penjenayah dalam merangka sasaran mereka bagi melakukan jenayah terancang untuk menculik biduanita berkenaan.

“Berdasarkan keadaan ekonomi negara malah dunia yang tidak begitu stabil, maka informasi mengenai siapa kaya dan siapa berharta boleh membuatkan mereka yang sudah lama menunggu peluang ini mengambil tindakan di luar jangkaan.

“Oleh sebab itu, apabila keluarnya laporan mengatakan Siti Nurhaliza merupakan wanita ketiga terkaya, maka dia tidak boleh memandang remeh atau ambil mudah akan hal ini sebaliknya perlu ada inisiatif untuk meningkatkan keselamatan diri serta keluarga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu beliau diminta mengulas laporan Kosmo! semalam bahawa Siti Nurhaliza mengakui keselamatan dirinya tergugat setelah penyebaran maklumat mengenai dirinya menjadi wanita ketiga terkaya di Malaysia dengan kekayaan dianggarkan RM50 juta.

Dalam pada itu, Jeevan memberitahu, kerajaan tidak boleh menyekat atau mengambil tindakan ke atas pihak yang mengeluarkan laporan mengenai kekayaan Siti Nurhaliza kerana ia melibatkan hak asasi individu iaitu kebebasan bersuara.

Bagaimanapun katanya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jaga Dia Untukku itu perlu membuat laporan ke Mahkamah Sivil sekiranya beliau mahu berbuat demikian bagi melindungi hak asasi dirinya.

Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang beliau ditahan di negara itu.


Dalam telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.30 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia yang mana saya sekarang bawah lindungan pihak Asutralia. Dan saya perlu menghormati negara Australia.

“Saya tak berhasrat untuk membuat kenyataan di masa ini. Bagaimanapun saya akan cuba membuat satu kenyataan dari masa ke semasa dan apabila waktu sesuai," katanya yang bercakap selama kira-kira tiga minit melalui pembesar suara telefon bimbit Mahfuz.

Selepas itu, Sirul hanya mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan berkali-kali dibuat selama kira-kira 40 minit.

Talian telefon termasuk beberapa orang pemberita yang berada di ibu pejabat PAS turut terganggu ketika sidang media itu diadakan.

Bagaimanapun, pada jam 1.10 petang, Mahfuz kemudian mendapat panggilan telefon daripada Sirul yang mengatakan bahawa bekas anggota polis itu sedang menantikan panggilan daripada Mahfuz.

Sirul kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney dan tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati.

Sirul boleh dibawa pulang sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati terhadap Sirul.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

PKR akan meminta bantuan ahli Parlimen Australia untuk membuat permohonan rasmi kepada kerajaan negara itu supaya bekas anggota polis Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Sirul Azhar Umar dibenarkan ditemu bual oleh media Malaysia dan antarabangsa.


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, temu bual itu perlu dilakukan setelah baru-baru ini Sirul menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan terbaharu mengenai kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Dengan adanya sesi temu bual ini, ia seterusnya boleh menjadi asas untuk membuka semula siasatan kes itu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti tersebut, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau juga sudah berbincang mengenai kedudukan Sirul dengan beberapa ahli parlimen Australia.

“Saya difahamkan Sirul tidak boleh ditemu ramah oleh mana-mana media tanpa kebenaran kerajaan Australia kerana beliau ketika ini ditahan di bawah Jabatan Imigresen Australia,” katanya.

Pada masa sama, Rafizi berkata, PKR cuba mendapatkan bantuan daripada seorang ahli parlimen Australia untuk wakilnya berjumpa dengan Sirul bagi memastikan keselamatannya terjamin.

“Saya yakin dengan usaha semua pihak (berkaitan), perkara sebenar mengenai pembunuhan Altantuya akhirnya akan diketahui umum, terutamanya persoalan siapa yang mengarahkan Sirul menembak dan meletupkan Altantuya,” katanya.

Dalam pada itu, kata Rafizi, pihaknya akan melancarkan kempen laporan polis secara besar-besaran di seluruh negara bermula minggu ini bagi memastikan siasatan kes berkenaan dibuka semula.

Solo: Polis menghentikan siasatan terhadap tuduhan merogol seorang gadis ke atas Sultan Solo Pakubuwono XIII atas alasan kekurangan bukti.


Polis di Sukoharjo, Jawa Tengah berkata, mereka tidak mempunyai alasan untuk menyoal siasat sultan itu yang dituduh merogol gadis berusia 16 tahun hingga mangsa melahirkan anak.

Beberapa saksi disoalsiasat tetapi tidak ada yang memberikan bukti mencukupi mengenai pembabitan Pakubuwono, kecuali mangsa.

“Tanpa bukti tambahan, dakwaan itu terlalu lemah. Kami memerlukan sekurang-kurangnya satu saksi tambahan untuk mengesahkan tuduhan mangsa sebelum kami boleh menyoal siasat sultan itu,” kata Ketua Polis Sukoharjo Andi Rifai.

Menurutnya, polis juga melakukan siasatan untuk mencari bukti di kamar sebuah hotel, tempat pemerkosaan itu dikatakan berlaku.

Penyiasat tidak berjaya mendapatkan rakaman CCTV yang diperlukan kerana kelengkapan keselamatan hotel itu memadamkan rakaman video setiap dua bulan secara automatik.
Mangsa mendakwa dirogol Mac tahun lalu tetapi hanya melaporkannya pada Julai.

Pelajar itu berkata, seorang wanita dengan nama singkatan WT menawarkan dia kerja dengan Pakubuwono tetapi sebaliknya menjualnya kepada sultan itu dengan harga Rp2 juta (RM540).

posted@malaysiasensasi.net

Kuantan: Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan yang membantu skuad itu merangkul tiga kejuaraan Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih musim lalu sudah bersedia untuk meraih kemenangan pada perlawanan pertama Piala AFC 2015.


Katanya, biarpun beraksi di gelanggang lawan terlebih dulu, Pahang sedia untuk merobek gawang Yadanarbon FC dijadualkan berlangsung di Stadium Bahtoo, Myanmar, malam esok.

“Saya membawa 20 pemain dalam kunjungan ke Myanmar sebagai percaturan terbaik kerana bimbang kemungkinan ada pemain mengalami kecederaan.

“Saya harap pemain yang diturunkan bersedia untuk mengasak kubu lawan dan pada masa sama mengekang asakan tuan rumah,” katanya semalam.

Yadanarbon FC adalah juara Liga Nasional Myanmar musim lalu dan antara kelab bola sepak terbaik di negara itu yang turut diperkuatkan dua tenaga import Okpechi Happiness dari Nigeria dan Djedje Maximin Djawa (Ivory Coast).

Ditanya impiannya dalam kejohanan itu, Zainal Abidin mengulangi pendirian untuk melakar kejayaan manis pada Kejohanan Piala AFC 2015 biarpun bakal berdepan cabaran getir di peringkat kumpulan.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, Pahang yang diundi dalam Kumpulan G bersama South China dari Hong Kong dan Global FC (Filipina) bersedia untuk melepasi peringkat kumpulan sebelum memberikan fokus pada peringkat kalah mati.

Pelakon Uqasha Senrose menyifatkan gosip kononnya dia kini sedang diintai oleh seorang anak hartawan sebagai cerita rekaan dan tidak mempunyai asas kukuh.


Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, berkata, dia sendiri tidak pasti siapakah individu dimaksudkan sedang mendekati dirinya dan hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas membacanya di akhbar.

Uqasha mengulas mengenai laporan dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mendakwa dia sedang diintai oleh anak hartawan dan mereka dikhabarkan pernah keluar bersama.

Lelaki berkenaan dikatakan adalah tunang kepada seorang pelakon baharu dan pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain sebelum ini.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia berasa pelik kerana sering dijadikan sasaran gosip biarpun perkara berkenaan tidak benar dan berharap dia tidak lagi dikaitkan dengan cerita seumpama itu pada masa hadapan.

Sementara itu, bercakap mengenai hubungannya dengan pelakon Syafiq Kyle, Uqasha menjelaskan dia tidak pernah menyorokkan status sebenar hubungan mereka kerana mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Malah kata Uqasha, dakwaan kononnya hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Syafiq menjadi penyebab dia berdolak-dalih mengenai percintaannya dengan lelaki itu juga tidak benar.

Marina Torch setinggi 336.1 meter, salah satu menara kediaman tertinggi di dunia yang terletak di Dubai terbakar awal pagi tadi.

Kebakaran bermula di tingkat ke-50 dan merebak ke tingkat ke-70, kata penduduk.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke menara bersebelahan.

Tiada kematian dilaporkan. Kebakaran berjaya dikawal dan beratus penduduk dibenar kembali ke kediaman masing-masing.
posted@malaysiasensasi.net


Keputusan rasmi pemenang juara Anugerah Meletop ERA AME 2015. Malam kemuncak Anugerah Meletop ERA AME 2015 kini berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad 22 Februari 2015. Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria (104), Astro Prima (105) dan Astro Mustika HD bermula pada pukul 9.00 malam manakala karpet merah pada pukul 8.30 malam. Untuk info, sebanyak 16 kategori utama dipertandingkan pada malam kemuncak AME 2015 untuk memartabatkan Industri Tanah Air.

Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Meletop ERA AME 2015
Artis Baharu MeleTOP
  • Ayda Jebat
Anugerah Bintang Online MeleTOP
  • Dato’ Siti Nurhaliza
Anugerah Couple MeleTop
  • Scha & Awal
Anugerah Program Radio Meletop
  • Johara Pagi Era
Penyampai Radio MeleTOP
  • Johan
Group/Duo MeleTOP
  • Akim & The Majistret
Anugerah Penyanyi MeleTOP
  • Dato’ Siti Nurhaliza
Anugerah Lagu MeleTop
  • Mewangi- Akim & The Majistret
Anugerah Program TV Meletop
  • Maharaja Lawak Mega 2013
Anugerah Drama Tv Meletop
  • Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Hos/ Pengacara TV MeleTop
  • Dato’ AC Mizal
Artis Lawak MeleTop
  • Johan
Pelakon TV Meletop
  • Zul Ariffin
Bintang Filem Meletop
  • Nelydia Senrose
Anugerah Filem Meletop
  • Abang Long Fadil
Anugerah Top Top Meletop (Perempuan)
  • Ayda Jebat
Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki)
  • Johan
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang AME 2015

PAS dilihat bukan lagi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac depan, kata anggota parlimen DAP.


Gobind Singh berkata, ini kerana, ia bukan sebahagian daripada dasar bersama gabungan tiga parti pembangkang itu.

“PAS tidak patut memberi amaran kepada DAP untuk tidak mencampuri urusan Kelantan,” kata Gobind yang juga pemimpin DAP Selangor.

“PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih kekal dalam Pakatan, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi terikat dengan tanggungjawab untuk memastikan PAS tidak bertindak menjejaskan kerangka dasar bersama Pakatan.”

Dalam kenyataannya hari ini, Gobind berkata PAS harus menghormati keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kepimpinan tertinggi sebelum ini.

Jika pindaan itu diteruskan, katanya, pemimpin PAS harus berani mengakui bahawa mereka memaksa parti itu menjauhi Pakatan, sekali gus menyebabkan kewibawaannya memperkukuh Pakatan dipersoal.

PM_Israel_Ice_Cream

Tel Aviv – Tinggal sebulan lagi menjelang pilihan raya umum terbaharu Israel, juruaudit pemerintah mengkritik hobi mewah Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menghabiskan banyak wang hanya untuk pelbagai kepentingan peribadi.

Meskipun beliau sudah memiliki seorang cef peribadi, pemimpin rejim itu dipercayai suka membelanja makanan di luar secara berlebihan dan tidak logik termasuk membeli ais krim yang berjumlah kira-kira 10,400 sheqel (RM9,800) setiap tahun.

Dalam laporan setebal 40 halaman itu juga, jabatan audit Israel melaporkan, anggaran yang diguna pakai Netanyahu untuk membeli makanan berjaya mencapai 472,341 sheqel (RM445,177) sepanjang pentadbiran beliau pada 2011 lalu.

Ini bermakna setiap hari beliau berbelanja untuk makanan sahaja sebanyak 1,294 sheqel (RM1,219), manakala untuk membeli ais krim, Netanyahu sanggup menghabiskan duit kerajaan sehingga 28 sheqel (RM26) dalam sehari sahaja.



Media Israel melaporkan Netanyahu menawarkan kontrak pembelian ais krim sehingga 14 kilogram setiap bulan daripada sebuah kedai bernama Metudela di Balfour Street yang memenuhi cita rasa beliau iaitu perisa vanila dan kacang pistachio.

Laporan audit rasmi yang dikeluarkan pada Selasa oleh ketua audit negara, Yoseh Shapira turut menunjukkan, Netanyahu dan isterinya, Sara, berbelanja ribuan bajet wang rakyat untuk membina rumah istirahat mereka di bandar Kaisarea.

Hobi Perdana Menteri Benjamin Netanyahu suka makan ais krim menyebabkan beliau menyarankan rakyat Israel agar banyak makan ais krim dan mengurangkan amalan makan roti.

Keadaan itu mengakibatkan sebanyak 77,120 sheqel (RM72,682) bajet tahunan kerajaan terpaksa habis digunakan untuk membangunkan jaringan air bersih dan pembaikan sistem elektrik di rumah agam milik peribadi pasangan tersebut.

Dokumen audit dari 2011 sehingga 2013 itu juga menunjukkan isteri Netanyahu banyak mengeluarkan wang akaun rasmi kerajaan untuk membeli pelbagai jenis kosmetik dan produk perawatan rambut, namun tidak menyatakan jumlah tepat.

Marah dengan laporan audit itu, Netanyahu sebaliknya menyalahkan bekas pegawainya, Menny Naftali, yang didakwa tidak berupaya mengurus isu kewangan rumah tangga perdana menteri tetapi tuduhan itu dinafikan Naftali sebagai karut.

Laporan terbaharu audit kewangan yang dilihat agak ‘menyusahkan’ Netanyahu ini bakal dijadikan ‘senjata’ oleh lawan-lawan politik beliau menjelang pilihan raya kebangsaan yang akan berlangsung pada 17 Mac depan. – Agensi


Ketuat plantar biasanya ditemui di tapak kaki dan jenis ini memang mendatangkan ketidakselesaan pada yang menanggungnya. Boleh diibaratkan umpama berjalan di atas batu-batu kecil. Adakalanya ketuat boleh tumbuh di kawasan genital namun ia lebih banyak berlaku di bahagian jari, kaki dan tangan.

Adakah Ketua Berbahaya?

Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.

Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Jika anda mempunyai tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.

Mengelakkan Ketuat

Walaupun tiada cara khusus untuk mengelakkan ketuat, namun amalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan. Jika anak anda mengalami luka, gunakan sabun dan air untuk mencuci bahagian luka tersebut.

Menguruskan Ketuat

Ketuat biasanya tidak mengancam kesihatan, jadi ia tidak semestinya dibuang. Para doktor akan menyarankan ia dibuang jika mendatangkan sakit atau mudarat kepada pesakit.

Cara untuk membuangkan ada pelbagai termasuklah penggunaan krim khas, cryosurgery dan rawatan laser.

Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia akan tumbuh kembali.

Doktor di Changsha berjaya mencantumkan tangan seorang lelaki yang terputus selepas menampalnya pada kaki mangsa selama sebulan.

Xiao Wei putus tangannya selepas kemalangan di tempat kerja pada 10 November lalu.

“Saya tergamam sehinggalah rakan-rakan memadam mesin yang saya gunakan dan mengambil tangan itu sebelum membawa saya ke hospital.

“Doktor memaklumkan tidak dapat menyelamatkan tangan saya.

“Saya masih muda dan tidak dapat membayangkan kehidupan sebagai orang kudung,” katanya.

Bagaimanapun, doktor mencadangkan supaya dia mencuba nasib di hospital daerah yang lebih besar.

Sehubungan itu, tujuh jam selepas kejadian Xiao Wei dirawat doktor di Changsha dan mereka yakin dapat mencantumkan semula tangan itu.

Bagaimanapun, mereka menampal tangan itu pada buku lalinya untuk mengelak pereputan.

“Kecederaan dialaminya serius kerana tangan itu bukan saja koyak malah penyek.

“Kami terpaksa membersihkan dan merawat kecederaannya sebelum menyambungkan semula tangannya itu,” kata seorang doktor yang merawatnya.

Kini, selepas hampir sebulan kejadian, Xiao sudah cukup sihat untuk menjalani pembedahan mencantumkan semula tangannya itu.

Walaupun dia masih memerlukan beberapa pembedahan lain, doktor yakin tangan itu mampu digunakan seperti sedia kala. - Agensi


Hanya terhidu sedikit bau makanan yang dimasak, nyawa Joshua Koscinki boleh diibaratkan seperti telur di hujung tanduk. Selain bau makanan, kanak-kanak lelaki itu turut alah kepada pelbagai jenis makanan seperti kekacang, daging dan makanan laut.

Malah, buah-buahan dan sayur-sayuran juga dikhuatiri boleh menyebabkan kematian Joshua.

Mahu atau tidak, itulah realiti kehidupan yang dilalui kanak-kanak yang berasal dari New York, Amerika Syarikat (AS) itu.

Manakan tidak, seawal usia 11 tahun, Joshua disahkan menghidap penyakit yang jarang ditemui iaitu sindrom eosinofilik esofagitis.
posted@malaysiasensasi.net