Koleksi Sensasi

Mahkamah Persekutuan memutuskan penggunaan pintu berpalang (boom gate) dan pembinaan pondok pengawal keselamatan di pintu keluar masuk kawasan perumahan adalah sah di sisi undang-undang.


Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel lima hakim, berkata akses berperaturan ke kawasan yang ditakrifkan bukan satu halangan dalam undang-undang terutama jika ia untuk tujuan keselamatan.

"Ia menjadi sebegitu jika seseorang itu dinafikan akses ke tempat awam. Ia bukan penghadang yang diletakkan di laluan orang ramai untuk menyekat sama sekali orang yang ingin memasuki kawasan itu," katanya dalam penghakiman ringkas setebal 10 muka surat yang dikeluarkan pada 19 Mac lepas.

Beliau berkata pondok pengawal keselamatan dan pintu berpalang merupakan kemudahan infrastruktur yang dibenarkan di bawah Akta Perancangan bandar dan Desa 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Ia tidak boleh dipertikaikan bahawa komuniti berpengawal merupakan skim yang dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan awam di kawasan perumahan yang ditakrifkan," katanya.

Panel tersebut membuat keputusan itu selepas membatalkan rayuan yang dikemukakan oleh seorang penduduk kawasan perumahan D'Villa Equestrian di Kota Damansara, Petaling Jaya, Au Kean Hoe, yang memfailkan tindakan undang-undang terhadap Persatuan Penduduk D'Villa Equestrian.

Au mendakwa pondok pengawal dan dua pintu berpalang yang dibina di kawasan perumahan itu harus dirobohkan kerana ia merupakan struktur haram, kacau ganggu dan dianggap sebagai satu halangan.

Zulkefli berkata Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebagai pihak berkuasa tempatan dalam kes ini, diberi kuasa undang-undang untuk meluluskan pondok pengawal dan pintu berpalang selaras dengan garisan panduan MBPJ untuk komuniti berpengawal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan pada Mei 2011.

Menurutnya pihak pemaju taman perumahan itu telah memperoleh kelulusan daripada MBPJ untuk pembinaan pondok pengawal tersebut.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah membuat kesimpulan dengan tepat bahawa dakwaan Au berhubung kemudhan tersebut bukanlah perbuatan kacau ganggu.

Pada Ogos 2010, Au tidak lagi menjadi ahli persatuan penduduk itu dan berhenti membayar yuran penyelenggaraan bulanan sebanyak RM250 sebelum dikurangkan kepada RM200.

Au membuat laporan polis dan aduan atas talian kepada MBPJ selepas persatuan penduduk mengeluarkan surat pekeliling bertarikh 25 Oktober 2011, memaklumkan penduduk yang tidak membayar yuran penyelenggaran perlu membuka sendiri pintu berpalang tanpa bantuan pengawal keselamatan bertugas.

Au kemudian mengambil tindakan undang-undang atas alasan kacau ganggu manakala persatuan penduduk itu membuat tuntutan balas bagi tunggakan yuran penyelenggaran dan memohon perintah injuksi bagi menghalang Au daripada menggangu persatuan dan juga pengawal di pondok kawalan keselamatan.

Mahkamah Tinggi menolak tuntutan Au tetapi membenarkan tuntutan balas oleh persatuan itu dan mengeluarkan perintah injuksi. 

Au akhirnya gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.


Penduduk di benua ini masih melakukan amalan kanibalisme hingga saat ini. Walaupun secara mata kasar tidak pernah terlihat, ramai saksi melaporkan adanya aktiviti perdagangan organ tubuh manusia di sana. Disertai bukti ramai warga pendatang yang hilang ketikar bercuti di sana. Biasanya penculikan dilakukan oleh penjenayah. Disebutkan juga, pada saat perang Kongo ke 2 dan perang sipil di Liberia dan Sierra Leone sering terjadi aksi kanibalisme di sana.
posted@malaysiasensasi.net

Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia pada pukul 3.18 pagi Isnin di Hospital Besar Singapura, umum Pejabat Perdana Menteri.


Menurut Pejabat Perdana Menteri, anaknya iaitu Perdana Menteri Lee Hsien Loong, amat berdukacita dengan kematian itu.

Hsien Loong dipetik sebagai berkata, proses pengebumian dan urusan tempat untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian.

Kuan Yew dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Februari lalu kerana radang paru-paru yang serius.

Dilahirkan pada 16 September 1923, di Singapura, Kuan Yew dikenali sebagai pengasas Singapura modern, dengan mengetuai kerajaan lebih daripada tiga dekad, menjadikan beliau antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.

Sebagai pengasas bersama dan setiausaha agung pertama People's Action Party (PAP) (Parti Tindakan Rakyat), mendiang memimpin parti itu mencapai lapan kemenangan dalam pilihan raya antara tahun 1959 dan 1990.

Beliau juga menyaksikan pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965.

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai visi besar dan berani, Kuan Yew berjaya menjadikan Singapura sebuah bandar raya negara bertaraf dunia.

Kuan Yew meletak jawatan sebagai perdana menteri dalam tahun 1990 dan dilantik sebagai Menteri Kanan oleh Perdana Menteri kedua Singapura Goh Chok Tong.

Pada Ogos 2004, Kuan Yew memegang jawatan sebagai penasihat atau Menteri Mentor dalam kerajaan yang dipimpin anaknya, Perdana Menteri sekarang Lee Hsien Loong.

Mendiang merupakan lulusan undang-undang Ijazah Kelas Pertama Kepujian daripada Universiti Cambridge pada tahun 1949.

Sepanjang memegang jawatan perdana menteri, menteri kanan dan penasihat lebih daripada 50 tahun, Kuan Yew merupakan antara tokoh politik paling berpengaruh di Asia.

Kuan Yew mengumumkan persaraannya daripada jawatan kabinet pada 14 Mei 2011 selepas pilihan raya umum tahun itu tetapi kekal sebagai anggota Parlimen. 
Isterinya Kwa Geok Choo, meninggal dunia pada 2010 ketika berusia 89 tahun.


Mata lelaki suka menjeling sana sini jika melihat gadis cantik dan seksi, itu wajar, bererti lelaki itu normal. Tapi bagaimana jadinya jika ‘hati’nya yang sering melihat gadis lain? atau si lelaki ‘selingkuh hati’ pada gadis lain. Padahal si lelaki sudah ada pasangan. Apakah hal ini boleh  dikatakan wajar? Para ilmuwan mengatakan: Ya, itu wajar.

Lelaki selalu jatuh cinta dengan wanita lain

Satu penelitian terbaru menunjukkan bahawa dalam hubungan yang kuat dan bahagia sekalipun, lelaki tidak akan pernah berhenti jatuh cinta pada gadis lain. Jatuh cinta ini boleh dia nikmati sendiri secara diam-diam atau terang-terangan. Setidaknya, lelaki akan jatuh cinta tiga kali pada gadis lain selama memiliki pasangan.

Dalam sebuah pemerhatian, beberapa lelaki mengaku bahawa mereka tertarik dengan dua gadis secara fizikal. Sebahagian lagi jatuh cinta dengan jiran mereka. Ada juga yang jatuh cinta dengan kekasih teman mereka bahkan sahabat pasangan mereka.

Para ilmuwan mengatakan bahawa hal ini tidak perlu dicemaskan. Selagi si lelaki tidak melakukan kecurangan  atau meninggalkan pasangannya, suka pada gadis lain adalah wajar. Majoritis lelaki akan menyimpan rapat-rapat perasaannya ini.


Sedangkan gadis, kita boleh juga jatuh cinta pada lelaki lain, tetapi lelaki yang tidak boleh kita jangkau. Misalnya saja aktor tampan atau ahli sukan.



Di Amerika ternyata ada juga jalanan berhantu, bukan hanya di Malaysia saja. Dan jalanan ini paling ditakuti dan dihindari, ramai orang lebih gemar melalui jalan lain dari terpaksa melalui jalan-jalan ini.  Mulai dari penampakan hantu budak lelaki hingga haiwan yang tiba-tiba gila ketika menyeberangi jalan berhantu ini. Dan inilah dia ke 5 jalan berhantu menurut riskydhe.mywapblog.com

1. SHADES OF DEATH ROAD di Warren County, New Jersey
Ramaiorang yang takut melalui jalan ini kerana satu penampakan cahaya putih yang sangat terang, sering muncul pada malam hari. Cahaya putih terang yang aneh ini menerangi sebuah tempat bernama Lenape Lane. Dan yang paling mengerikan iala, jika kita melihat cahaya putih tersebut berubah menjadi merah, kononnya kita akan mati.

2. MONA LISA DRIVE di New Orleans, Louisiana
Seorang dermawan membina sebuah patung, patung tersebut adalah patung anaknya yang telah meninggal dunia, anaknya tersebut bernama Mona. Patung Mona diletakkan di sebuah taman di Friederichs DriveCity Park, New Orleans, LA, United States. Sebuah taman yang ramai dikunjungi golongan muda. Namun suatu ketika ada seorang pemuda tidak sengaja mematahkan lengan patung Mona. Keanehan pun dimula terjadi sejak itu. Hantu Mona konon sering menampakkan diri. Hantu itu mendatangi kenderaan yang melalui kawasan tersebut, menncakar tangannya ke tingkap kenderaan sambil mengerang kesakitan.

3. BOY SCOUT LANE di Stevens Point, Wisconsin
Ada satu kisah, sekumpulan Pengakap pernah berkhemah di daerah jalan ini sekitar tahun 1950-an. Mereka tidur dalam kenderaan, di bawah pohon-pohon tinggi. Namun ketua kumpulan membunuh mereka pada tengah malam. pemandu yang kebetulan lalu mengatakan, hantu anak-anak Pengakap tersebut masih menghantui Boy Scout Lane. Mereka muncul di tempat-tempat tak dijangka, terkadang berlumur darah!

4. KELLY ROAD di Ohioville, Pennyslvania
Dikatakan, haiwan-haiwan yang menyeberangi dan melintasi Kelly Road akan menjadi gila dan berperilaku aneh dalam sekejap. Masyarakat sekitar juga pernah melaporkan ada penampakan hantu abudak lelaki di belakang rumahnya, disinari cahaya putih menakutkan, mirip seperti Death Road.

5. CLINTON ROAD di West Milford, New Jersey
Tak sedikit pemandu yang melaporkan adanya penampakan hantu. Mengikuti pemandu dari jarak dekat, kemudian hilang begitu saja. Jalan ini semakin menyeramkan dengan adanya Old Circus Zoo yang terbengkalai.

Orang yang berkendara di Clinton Road akan melewati Old Boy Bridge. Jika ada cukup keberanian, cuba buang duit syiling dari atas jambatan. Dikatakan lembaga hantu budak lelaki akan muncul dari dalam danau, melihat terus ke arah anda


Kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa.


Pembantu peribadinya, Izwan mengesahkan perkara itu dan memberitahu Zizan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Dalam pada itu Izwan menafikan gambar kemalangan kereta Ferrari seperti yang tersebar di laman-laman sosial adalah milik pelawak tersebut.

Sementara itu, Zizan turut memuat naik gambarnya pada petang Rabu dengan kapsyen memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

Zizan dalam proses penggambaran drama Angin Cinta bersama pelakon Ummi Nazeera terbitan syarikat milik aktres Liyana Jasmay.


Persidangan Dewan Rakyat hari ini dipenuhi dengan gelak ketawa apabila Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, menyampaikan soalannya dalam bahasa Melayu yang tunggang terbalik.

Soalan tambahan dari Er Teck Hwa itu ditujukan kepada Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah binti Mohamed Sadique yang gagal memahami sepatah haram soalan yang cuba disampaikan itu sehingga terpaksa meminta ahli parlimen berkenaan mengulanginya sekali lagi.

"Terima kasih kepada Yang Berhormat (ADUN) Bakri, boleh tak Yang Berhormat ulang balik soalan tadi? Sebab saya dengar tadi tetapi tak berapa faham. Ambil ayat yang nak ditanyakan itu sahaja tanpa sebarang karangan awal," kata Halimah disambut gelak ketawa dari ahli-ahli parlimen yang hadir ke Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang mempengerusikan persidangan itu hanya mampu tersenyum melihat kelemahan seorang ahli parlimen DAP yang gagal berbahasa Melayu dengan baik.

"Timbalan Menteri sengaja menyeksa (ahli parlimen) Bakri ni," usiknya apabila melihat kepayahan Er Teck Hwa cuba untuk berbahasa Melayu.

Soalan tambahan yang cuba disampaikan oleh Teck Hwa itu juga sukar difahami kerana diucapkan dalam keadaan yang tergagap-gagap. 

Netizen turut memberikan komen mengenai perkara yang memalukan itu.

"Entah bagaimana dia boleh dilantik/dipilih oleh rakyat menjadi Ahli Parlimen Bakri. Sebagai warganegara Malaysia, dia seharusnya fasih berbahasa Melayu. Ini tidak, kita yang mendengar ini pun tak berapa nak faham," katanya.

Difahamkan, ketidakfasihan Teck Hwa berbahasa Melayu ini, menimbulkan kesukaran pada ahli parlimen yang lain untuk memahami apa yang cuba disampaikan olehnya yang merupakan seorang bekas pelajar sekolah cina.

"Inilah akibatnya apabila wujudnya sekolah jenis vernakular yang tidak mengutamakan bahasa rasmi Malaysia. Ini bukan hanya berlaku pada Ahli Parlimen Bakri, ramai lagi cina yang gagal berbahasa Melayu dengan baik menyebabkan mereka lebih suka mengasingkan diri dari bangsa lain seterusnya timbul tanggapan yang negatif," jelas Hattan yang kecewa dengan 'hasil' yang dikeluarkan oleh sekolah jenis SJKC itu.

Terdahulu, Halimah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (BN Padang Besar) berhubung jumlah projek perumahan terbengkalai yang masih belum diselesaikan oleh Kementerian.
posted@malaysiasensasi.net

Miri: Seekor ikan kerapu bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di perairan Tukau.

Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit.

Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain.

“Ramai yang tidak ingin melepaskan peluang membeli ikan ini kerana ia satu yang pelik dan dipercayai membawa tuah kepada pembeli serta orang yang memakannya.

“Saya tidak kisah walaupun terpaksa menghabiskan wang ribuan ringgit asalkan ikan ini menjadi milik saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketika ditanya harga sebenar ikan itu, Ah Tai enggan mendedahkan jumlah wang yang dilaburkan untuk membeli ikan berkenaan, namun dipercayai dia menghabiskan lebih RM10,000 untuk membeli ikan berkenaan.

Ah Tai berkata, ikan itu akan dijadikan hidangan istimewa di restorannya khusus untuk pelanggan yang inginkan hidangan berbeza.

“Saya difahamkan nelayan terpaksa mengambil masa lebih empat jam untuk membawa ikan ini naik ke atas kapal dan umpannya hanya ikan hidup,” katanya.

Pelakon Zara Zya menganggap populariti yang diraih pelakon Ayda Jebat adalah satu lumrah yang perlu dilalui seseorang artis.

Zara, 30, berkata, dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan Ayda dan menganggap ia sebagai giliran rezeki untuk aktres itu.

"Saya dah pernah lalui apa yang dia menang itu dan populariti yang dikecapinya tahun lalu. Ia adalah lumrah artis.

"Kadang-kala kita di atas dan ada masanya di bawah. Bukan bermaksud sekarang saya sedang jatuh, tetapi tahun ini adalah rezeki dia pula," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pra kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014), di Hotel Royale Chulan, di sini, Selasa.

Zara berkata demikian ketika diminta pendapat tentang populariti pelakon Ayda Jebat yang semakin menonjol selepas  memenangi kategori Pelakon Baru dan Top Top Meletop (Wanita) di Anugerah Meletop Era 2015 (AME 2015) pada 22 Februari lalu.

Anugerah sama pernah dimenangi Zara Zya pada tahun lalu.

Dalam pada itu tambah Zara, dia juga tidak menganggap wanita itu merampas populariti dan namanya dalam industri lakonan.

"Pada saya tiada isu dia gantikan tempat saya kerana ia adalah perkara biasa, tentang anugerah pula bagi kategori yang dia menang itu saya sudah memenanginya tahun lalu dan tidak mungkin pula saya bersaing dalam kategori sama iaitu pelakon baru sekali lagi.

"Masa saya menang dulu pun orang ada berkata saya gantikan pelakon itu dan ini, tetapi sebenarnya tidak ada istilah itu pun," ujarnya.

Zara berkata, dia turut gembira dengan kejayaan dan populariti Ayda dan berharap ia dapat mengekalkan namanya terus dalam industri seni tanah air.

Sementara itu, ditanya tentang popularitinya semakin merundum, pelakon itu berkata, kebanyakan drama lakonannya belum lagi ditayangkan di televisyen.

Zara berkata dia bakal keluar dengan drama berjudul Dan Calonnya Adalah yang  di Tonton pada April depan dan Hidayahmu Ramadan untuk slot Samarinda sempena Ramadan nanti.

"Mereka ingat saya menyepi dan merundum kerana saya sibuk berlakon tahun ini. Orang tak nampak produk saya keluar di televisyen lagi.

"Insya-Allah bermula April ini ada beberapa buah drama saya akan keluar," katanya.

Chef selebriti terkenal iaitu Datuk Chef Wan terpaksa menangguhkan hasrat untuk membuka restoran '1 Market by Chef Wan' di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya dekat sini kerana keadaan ekonomi negara kurang baik.
Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 57, berkata, rakan kongsi dan pelabur memutuskan penangguhan tersebut selepas membuat kajian selama lima bulan di pusat beli belah tersebut yang mendapati perniagaan di situ kurang memberangsangkan.

"Rakan kongsi dan pelabur Lippo Group di bawah anak syarikat mereka The Food Junction membuat keputusan untuk menangguhkan pembukaan restoran tersebut ke suatu masa selepas ekonomi negara lebih baik.

"Kajian selama lima bulan yang dibuat mendapati sambutan di IOI City Mall itu kurang baik dan tidak menggalakkan untuk operasi restoran tersebut," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.
Papan tanda restoran 1 Market milik Chef Wan di IOI Mall City sudah diturunkan.
Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang papan tanda nama kedai miliknya di IOI City Mall, Putrajaya, yang sepatutnya sudah beroperasi telah ditanggalkan.
Tambahnya, pelabur enggan mengambil risiko tinggi dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil.

"Dengan keadaan ekonomi negara kita tak stabil tentulah pelabur luar takut untuk melabur RM11 juta untuk set up food hall ini dan tidak mahu mengambil risiko.

"Jadi mereka terpaksa lepaskan ruang perniagaan itu serta tiga bulan deposit yang sudah dibayar kepada pusat beli-belah tersebut. Memang rasa sayang tapi biarlah kita rugi sedikit daripada rugi banyak selepas membukannya nanti," ujarnya.

Bagaimanapun, Chef Wan berkata, mereka dalam perancangan untuk membuka francais yang baharu di bawah namanya di seluruh Malaysia, Singapura dan Jakarta tidak lama lagi.

Restoran 1 Market pertama milik Chef Wan telah dibuka pada tahun 2012 di Plaza Singapura, Singapura dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara itu.
posted@malaysiasensasi.net

Dalam dunia yang serba canggih ini ada perkara yang kita rasa ia sekadar gurauan tapi sebenarnya tidak apa bila perkara serbergitu menjadi viral dan panas di laman sesawang.



Baru-baru ini Tindakan Wak Doyok baru-baru ini yang meninggalkan komen yang memberi gambaran negatif di akan Instagram milik Kilafairy mendapat kritikan teruk daripada peminat malah ada di antara mereka melabelkan dirnya sebagai gila seks.



Mungkin daripada pandangan Wak Doyok perkara tersebut sebagai gurauan dan menjadi dirinya sendiri bagaimanapun tindakannya itu sedikit sebanyak mengundang perkara yang bakal memakan dirinya kembali. Difahamkan, Kilafairy turut membalas komen figura fesyen tersebut namun kemudiannya dipadam.
- See more at: http://www.zulaeriazz.my/2015/03/wak-doyok-dilabelkan-gila-seks-kenapa.html#sthash.sWNXHvqf.dpuf
posted@malaysiasensasi.net

Kami Banyak Kali Terlanjur Kerana Ia Menyeronokkan, Tapi Kini Menyesal!! | Kuala Lumpur: “Saya lakukan pelbagai aktiviti termasuk kerja berat tanpa mengetahui saya sebenarnya sudah hamil tujuh bulan,” kata seorang wanita lepasan sebuah universiti swasta (US) di ibu kota dikenali sebagai Warti.
Kami Banyak Kali Terlanjur Kerana Ia Menyeronokkan, Tapi Kini Menyesal!!
Warti, 24, kini menunggu masa melahirkan anak tidak sah taraf hasil hubungan dengan teman lelaki yang dikenali sejak di sekolah menengah.
Menurutnya yang juga anak ketiga daripada enam beradik dia cukup kesal dengan apa yang menimpanya dan kini hanya mampu bertaubat dan berjanji dengan keluarganya akan berkahwin dengan teman lelaki dan memelihara bayi yang bakal dilahirkan dengan sebaik mungkin.
“Kami banyak kali melakukan hubungan seks di rumah sewa teman lelaki ketika rakannya tiada.
“Pada awalnya tiada apa yang berlaku, namun saya mula bimbang apabila kerap muntah serta pening sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik dengan ditemani ibu saudara serta teman lelaki.
“Saya terkejut apabila doktor memaklumkan saya hamil tujuh bulan dan apa yang terbayang ialah perasaan ibu bapa jika mereka mengetahuinya,” katanya.
Menurut Warti, ketika itu dunia dirasakan gelap dan dia hanya mampu menangis walaupun ditenangkan teman lelaki, namun dia tetap bimbang dengan penerimaan ibu bapa serta keluarganya.
Katanya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang teknologi maklumat, ibu saudaranya turut berang namun mengawal perasaannya kerana tidak mahu memburukkan keadaan.
“Saya mengambil masa seminggu untuk memaklumkan kehamilan kepada ibu bapa dan mereka cukup kecewa dengan apa yang berlaku.
“Teman lelaki pula memaklumkan akan bertanggungjawab dan akan menikahi saya sebaik bayi dilahirkan,” katanya.
Keluarga yang bimbang dengan apa yang berlaku terhadap Warti menjadi tohmahan masyarakat mengambil keputusan menumpangkan wanita berkenaan di rumah perlindungan Baitul Fiqh, Subang Jaya sejak awal Januari lalu.
Menurut Warti, apa yang dilakukan kini mendalami ilmu agama sebaik mungkin selain bertaubat kerana dia cukup kesal dengan apa yang dilakukannya.
“Di Baitul Fiqh saya diberi lebih banyak pendedahan berkaitan agama seperti membaca al-Quran, kelas Fardu Ain dan kuliah oleh tenaga pengajar yang datang ke sini.
“Walaupun baru masuk ke sini, banyak yang saya belajar malah pengurusan Baitul Fiqh turut mengajar saya kemahiran seperti menghasilkan pelbagai jenis kuih dan kek.
“Saya juga terbabit dengan program bantuan kemanusiaan dianjurkan Baitul Fiqh seperti menyediakan bekalan makanan untuk dihantar kepada mangsa banjir di Manek Urai, Kelantan, baru-baru ini,” katanya.
Menurut Warti, dia kini lebih tenang dan menyatakan semua yang berlaku itu memberi banyak pengajaran kepadanya untuk menjadi insan lebih berguna.
“Saya insaf dan bertaubat atas kesalahan yang saya lakukan. Semoga kisah saya ini boleh dikongsi dengan wanita lain supaya kita tidak terlalu mengikut nafsu kerana akibatnya cukup buruk,” katanya.
- See more at: http://www.zulaeriazz.my/2015/03/kami-banyak-kali-terlanjur-kerana-ia.html#sthash.SvDqztMz.dpuf

Rekod bersih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dalam kempen Piala AFC lebur apabila mereka kecundang 0-2 kepada Kitchee SC semalam sekali gus terpaksa merelakan status selaku pendahulu Kumpulan F dirampas wakil kelab Hong Kong itu.


Dalam aksi di Stadium Mongkok, pasukan tuan rumah yang dibimbing oleh bekas penjaga gol Sepanyol Jose Francisco Molina memberi amaran awal apabila membuat asakan menerusi percubaan Christian Annan pada minit ke-3 namun tepat ke dakapan penjaga gol Mohd Farizal Marlias.

Johor DT yang tidak dapat menggunakan khidmat tiga pemain import termasuk dua penyerang utama dari Argentina Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa nyata bergelut pada babak pertama dengan pengendali Bojan Hodak hanya mempertaruhkan Mohd Amri Yahyah di posisi serangan.

Rekod dua kemenangan skuad Harimau Selatan ke atas East Bengal (4-1) dan Balestier Khalsa (1-0) tidak menggentarkan Kitchee SC yang membuka tirai jaringan menerusi tandukan penyerang dari Sepanyol Juan Belencoso selepas menerima bola hantaran lintang Cheung Kin Fung di minit ke-26.

Gambar seorang tukang sapu sedang menyapu di jalan raya di Deyang di wilayah Sichuan dengan skirt mini hitam, stokin dan kasut tumit tinggi menjadi viral di media sosial China.


Ada sesetengah pengguna Internet menggelarnya ‘Tukang Sapu Paling Bergaya China.’

Gambar itu tersebar selepas wanita itu dirakam seorang pengguna jalan raya minggu lalu dan memuatnaiknya ke Internet. Ia menjadi viral dalam sekelip mata.

Akhbar Sichuan News berjaya menjejaki wanita itu, Liu Junhua di pejabat majikannya.

Bagaimanapun, menurut Liu, pakaian yang dipakainya itu bukan uniform yang sepatutnya dia pakai ketika menjalankan tugas.

“Saya tidak bekerja hari itu dan keluar membeli-belah apabila seorang rakan menelefon dan memberitahu dia tidak dapat bekerja. Dia meminta saya menggantikannya.

“Kerana tidak sempat untuk pulang dan menukar uniform, saya lakukan tugas itu dengan skirt mini dan kasut tumit tinggi,” kata Liu. - Agensi



KUALA LUMPUR: Selepas ditegur Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang bimbang dengan aliran dakwah semasa yang dilihat menjurus kepada penglipur lara, dua pendakwah bebas tampil memberi penjelasan mengenai cara dakwah masa kini.
Pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias dan Haslin Baharim berpendapat unsur jenaka dan nyanyian boleh diselitkan dalam ceramah bagi menarik perhatian pendengar, khususnya golongan muda, asalkan kena khalayak dan tempatnya serta tidak keterlaluan.
Malah, kata mereka, kandungan jenaka dan lirik lagu yang disampaikan semasa ceramah mampu menerbitkan keinsafan di hati pendengar sehingga mereka kembali mengamalkan ajaran Islam.
Haslin yang terkenal dengan panggilan Ustaz Bollywood, berpendapat pendekatan dakwah moden zaman tidak dapat lari daripada unsur berbentuk hiburan seperti nyanyian dan jenaka asalkan tidak melampau.
Malah, katanya, kaedah berdakwah perlu disesuaikan dengan kumpulan sasaran atau mad'u khususnya untuk menarik golongan muda menghadiri majlis ilmu.
"Saya bukan nak kata saya hebat...malah saya tidak minta diberi gelaran Ustaz Bollywood...Apakah ini kesalahan besar dalam dunia dakwah moden zaman ini?
"Rasulullah SAW berpesan berdakwahlah sesuai pemikiran masyarakat pada zaman itu. Ramai anak muda jauh disebabkan hiburan yang tersasar, jadi tidak salah ustaz sesuaikan dengan keperluan mereka yang cenderung kepada hiburan.
"Bagaimanapun, hiburan itu digarap dalam teknik dakwah dengan memberi pengisian bermanfaat. Tidak dinafikan ada yang berpandangan berdakwah perlu serius, tapi timbul juga persoalan sejauh mana pendekatan itu berkesan. Jadi kena pandai cari cara masing-masing," katanya ketika dihubungi di Kota Bahru, Kelantan petang semalam.
Beliau berada di sana untuk program dakwah santai bersama golongan busker di tepi Jambatan Sultan Yahya Petra.
Semalam, Harussani menyatakan kebimbangan beliau dengan aliran dakwah semasa yang dilihat menjurus kepada menjadi penglipur lara.
Mufti Perak itu bimbang keadaan itu boleh mengakibatkan berlaku kekeliruan dalam kalangan umat Islam serta kecelaruan antara menyampaikan ilmu dengan unsur luaran dalam berdakwah yang dibimbangi tersasar daripada matlamat dakwah untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Haslin berkata, dalam konteks mendekati golongan muda, tidak salah sekiranya pendakwah menyelitkan unsur hiburan mengikut kreativiti masing-masing daripada mereka terus lalai dengan hiburan serta menjauhi daripada agama.
"Bagaimanapun, hiburan itu digarap dalam teknik dakwah dengan memberi pengisian bermanfaat. Tidak dinafikan ada yang berpandangan berdakwah perlu serius tetapi timbul juga persoalan sejauh mana pendekatan itu berkesan. Jadi kena pandai cari cara masing-masing," katanya.
Mengulas mengenai lawak menjadi bahan ulangan yang sering disebut-sebut berbanding isi dan kandungan ceramah pendakwah, Haslin berkata terserah kepada kumpulan sasar untuk menerima ilmu yang disampaikan dan untuk seseorang itu berubah, ia adalah hak Allah SWT.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan pengalaman serta maklum balas yang diterima, pendekatan diterapkan dalam kaedah dakwahnya dapat diterima baik oleh mereka yang mendengar, malah ada mengaku mendapat manfaat.
"Alhamdulillah ada yang menerima cara saya berdakwah. Ada yang mengaku dirinya sebenar sudah dikira murtad tapi setelah mendengar ceramah di YouTube, dia kembali kepada Islam dan bertaubat.
"Ada ibu bapa yang memberitahu selepas mendengar ceramah saya, anak mereka terbuka hati untuk menutup aurat. Jadi, dalam cara santai, berjenaka dan menghibur itu, apa yang saya sampaikan berjaya menjadi titik perubahan kepada orang tertentu," katanya.
Beliau berkata, tidak sepatutnya ada kerisauan pihak tertentu kerana pendakwah tahu tanggungjawab mereka dan tidak sekali-kali akan menyesatkan masyarakat sebaliknya berusaha mencari pendekatan yang boleh menarik mereka kepada ajaran Islam yang sebenar.
Malah beliau mengakui pendakwah selebriti termasuk dirinya pernah mengadakan pertemuan dengan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan isu Bollywood turut dibangkitkan di mana perkara itu sudah dijelaskan serta diterima baik Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sementara itu, Kazim berkata pendakwah perlu tahu kesesuaian masa dan tempat untuk memasukkan unsur jenaka dan nyanyian dalam ceramah mereka supaya tidak
"Jika nak menyanyi dan berlawak perlu kena pada tempatnya, jangan sampai sepanjang masa buat lawak kerana itu sudah jadi maharaja lawak...orang tak panggil tok guru tapi tok gurau," katanya.
Namun, katanya, beliau hanya menyelitkan jenaka dan nyanyian mengikut kesesuaian dan keperluan seperti di ceramah umum berskala besar atau kuliah di masjid dan surau.
"Apabila berceramah terutama di tempat terbuka, tempat umum dan skala besar, beribu-ribu orang datang termasuk budak kecil, mat rock dan orang bukan Islam juga ada hadir dalam ceramah saya.
"Jadi, saya selitkan lawak jenaka serta nyanyian yang tidak sampai melalaikan. Ada kena mengena dengan tajuk ceramah dan liriknya bagus dan memberi keinsafan.
"Ini saya lakukan pada ceramah besar atau membabitkan khalayak yang ramai untuk memastikan mereka tidak jemu dan terus mengikuti ceramah agama yang saya sampaikan, tetapi jika kuliah di masjid dan surau saya tidak buat begitu," katanya.
Namun, beliau menerima dengan hati terbuka teguran Mufti Perak itu yang menyentuh kecenderungan pendakwah kini bernyanyi dan menyelitkan unsur jenaka berlebihan dalam ceramah.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, setiap penceramah dan pendakwah perlu akur dengan teguran itu.
"Saya tak terkilan dan saya terima teguran itu kalau saya terlanjur...saya akan ikut cakap Mufti dan bagi saya semua kena akur," katanya ketika dihubungi BH di Johor malam tadi.
Kazim juga berkata, beliau sendiri bukan sahaja tidak bersetuju, malah marah jika ada pendakwah melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.
"Ada yang baca al-Quran yang dilagukan dengan irama hindustan, itu tak boleh...saya pun marah," katanya.
Beliau juga faham maksud Harussani yang menyuarakan kebimbangan mengenai pendakwah yang begitu mudah membuat hukum tanpa merujuk kepada mufti atau pihak majlis fatwa negeri atau pusat.
Sementara itu, pendakwah Syed Nurhisyam Tuan Padang, berpandangan matlamat dakwah adalah untuk mengajak manusia kepada mengamalkan ajaran Islam cuma tekniknya adalah pelbagai mengikut kumpulan sasaran.
Katanya, kepelbagaian latar belakang pendidikan, status, usia, lokasi program dan sebagainya perlu difahami oleh pendakwah untuk memilih pendekatan yang paling sesuai termasuk memasukkan unsur humor, nasyid serta selingan video.
"Ini adalah kreativiti yang sangat baik bersesuaian dengan sasaran dan syaratnya ia tidak terlalu melampau. Ia seumpama garam dalam masakan, diperlukan tetapi jangan berlebihan kerana nanti hilang keaslian.
"Unsur humor digunakan terutama untuk menarik minat mereka yang baru berjinak untuk menuntut ilmu," katanya.
posted@malaysiasensasi.net