Koleksi Sensasi


Seorang wanita muda membuat keputusan untuk membuka mulut untuk melindungi sepasang suami isteri beragama Islam yang dihina di dalam sebuah komuter, rabu baru ini.

Menurut Dailymail, Stacey Eden, 23, berasa tertekan dan marah selepas seorang wanita pertengahan umur menuduh pasangan Islam berkenaan sebagai 'penyokong pengganas'.

Eden turut merakam kejadian berkenaan dan memuatnaik video ke laman sosial Facebook.

"Dia (perempuan Islam) memakai hijab kerana (untuk) bersederhana, bukan untuk orang seperti anda yang akan duduk dan tidak menghormatinya," luah Eden dalam video tersebut.

Sementara itu, wanita pertengahan umur berkenaan kedengaran berterusan menghamburkan penghinaan terhadap suami isteri berkenaan.

"Tutup mulut awak! (Kalau) anda tidak ada benda elok untuk cakap, jangan cakap apa-apa." kata Eden.

Eden kemudian membuat keputusan untuk menemani pasangan Islam berkenaan yang kemudiannya turun di sebuah perhentian.

"Saya terlepas stesen saya kerana saya mahu memastikan mereka (pasangan Islam) selamat," kata Eden yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Maskot ketika itu.

Menurut jurucakap polis, polis menggalakkan saksi kejadian supaya tampil membuat laporan dan mereka akan menyiasat kejadian berkenaan.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.
Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.
Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-‘Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.
Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.
Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-‘Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.
Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.
Wallahu ta’ala a’lam.
sumber: http://www.harakahdaily.my/pandangan-haron-din-berkenaan-zikir-sambil-menari



posted@malaysiasensasi.net


Nautilus, seperti gambar diatas ini berenang di salah satu perairan di Palau, Mikronesia, nautiluses pertama kali muncul ketika zaman Permian dan merupakan segelintir organisme yang mampu bertahan hidup setelah kemusnahan luas yang menyapu hampir 95 persen dari kehidupan di bumi sekitar 250 juta tahun yang lalu.

MELEPASKAN tiga gol sudah cukup memalukan bagi seorang penjaga gol, namun Rob Green terpaksa melalui penghinaan tambahan apabila dia diperbodohkan budak pengutip bola.
Kejadian mengaibkan penjaga gol QPR itu berlaku ketika pasukan tersebut seri 3-3 dengan Aston Villa pada Isnin.
Ketika insiden itu, QPR memperolehi sepakan gol apabila bola terkeluar.
Namun ketika Green menghulurkan tangan meminta bola daripada budak tersebut di tepi gawang, lelaki berkenaan bertindak menggolekkan bola di celah kaki penjaga gol terbabit.
Budak tersebut sebelum itu cuba memberikan bola di tangan Green namun bertindak spontan untuk memalukan penjaga gol terbabit.
Dia kemudian melarikan diri kerana bimbang dipukul Green yang kelihatan tenang.

posted@malaysiasensasi.net

SEORANG pekerja di Pengawal Udara Negara, Utah kebingungan apabila berada di dalam bilik mesyuarat bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama serta beberapa pegawai tertinggi negara itu.


Lance Futch, 26, menyangka dia akan mendengar ucapan daripada Obama tentang mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan veteran tetapi dibawa bersama ke dalam mesyuarat itu.

"Saya dimaklumkan bahawa ia merupakan perjumpaan kasual dan tidak rasmi.

"Pada ketika itu apa yang terlintas di fikiran saya ialah Komander pasti akan memarahi saya kerana perkara ini dan saya sepatutnya tahu tentang perkara ini," kata Futch.

Pereka di syarikat Vivint Solar itu juga percaya pemilihan pakaiannya ketika itu mungkin tidak menarik perhatian Presiden.

"Semasa Presiden Obama memasuki bilik mesyuarat, dia memandang pakaian saya dan fikir saya sepatutnya memakai pakaian seragam atau sekurang kurangnya memakai sut," tambahnya lagi.

Seorang wakil syarikat menerangkan pihaknya menyangka seorang wakil perlu dihantar sebagai seorang penonton semasa majlis ucapan tetapi sebenarnya pihak presiden meminta seorang wakil untuk menyertai mesyuarat tersebut.

"Kami sepatutnya menghantar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebagai wakil sebaliknya menghantar seorang kawan kerana salah faham yang berlaku," kata wakil syarikat itu.

Gambar Futch menghadiri mensyuarat itu dengan berpakaian baju polo putih Vivint Solar tersebar luas di laman sosial.

Malang bagi Futch apabila bahagiannya di dalam gambar telah dipotong apabila pihak Tentera Udara mengeluarkan gambar rasmi mesyuarat tersebut.

Jika sudah dikategorikan sebagai pelawak, lebih-lebih lagi popular, kini nama Tauke daripada kumpulan Jambu terpalit dengan spekulasi pelawak bermain cinta malah lebih jijik lagi turut sama menghantar mesej lucah dan meminta gambar bogel.


“Sepatutnya orang ramai yang membaca kontroversi berkenaan pelawak itu janganlah terlalu cepat membuat andaian dan menuding jari. Orang ramai perlu mengikut perkembangan dan membaca cerita sepenuhnya. Jauhilah fitnah,” tegas Tauke kepada BH Online menafikan dirinya terlibat dengan perkara tersebut.

Sebelum ini, Tauke pernah dikaitkan dengan kontroversi melibatkan wanita lain, sekali gus ianya memberi peluang kepada gosip baru ini hinggap pada nama pelawak ini.

“Apabila berita ini keluar ramai yang menuduh saya sebagai pelawak yang dimaksudkan, namun saya merasakan perkara ini tidak adil bagi saya. Mungkin sejarah yang menyebabkan orang menuduh saya….tapi, teliti bukti yang ada serta jangan cepat jatuhkan hukum ke atas saya,” katanya sambil menyifatkan gosip sebegini mampu menjejaskan kerjayanya. (rtky/s)

Selepas nama Tauke terpalit dengan kontroversi yang dikaitkan dengan dua orang wanita yang tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai gangguan seksual yang diterima daripada seorang pelawak yang menjijikkan, kini nama Zizan Razak pula menjadi sebutan.


Mengakui terkejut dengan perkara berkenaan, Zizan berkata dia tidak selesa apabila ada sesetengah pihak mengaitkan namanya dengan kontroversi negatif itu.

“Saya terkejut dan tidak selesa apabila orang mula bertanyakan saya kesahihan cerita ini. Lebih memeranjatkan apabila ada peminat yang ‘tagged’ nama saya di laman sosial Facebook dan Twitter. Saya tahu mereka hanya `tagged’ saja, tiada maksud menuduh saya”

“Tetapi ia bahaya buat kerjaya saya sebagai selebriti. Namun, saya tidak tercalar dengan isu ini kerana rezeki datangnya dari Allah SWT. Mungkin ini satu lagi ujian buat saya,” kata Zizan dalam pertemuan dengan BH Plus.

Menurut Zizan, dia mahu pelawak popular yang dimaksudkan menyelesaikan dakwaan itu secepat mungkin kerana selagi tidak diselesaikan, ramai pelawak lain bakal menerima tempiasnya dan berharap perkara tersebut mampu membersihkan nama pelawak-pelawak yang terpalit dengan isu tidak bermoral ini. (rtky/s).


Seekor anjing jalanan yang kini diberi nama ‘Xiaosa’ telah menjelajah dari China ke Tibet sejauh 1700km. Anjing ini dikatakan kelaparan di tepi jalan ketika ditemui oleh sekumpulan penunggang basikal. Salah seorang dari mereka memberi anjing ini makanan. Kemudian anjing tersebut mengikuti mereka sejak dari insiden tersebut hingga mereka selesai menjelajah 1700km dalam waktu 20 hari. posted@malaysiasensasi.net

Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah ‘rabun ayam’ kerana tidak dapat melihat dengan baik pada waktu malam atau yang memang mahu mata mereka boleh melihat terang dalam suasana gelap.

Sekumpulan saintis biologi dari California Science for Masses (SfM) baru-baru ini berjaya mencipta sejenis ubat titis mata yang didakwa mampu menyebabkan penerimanya dapat melihat keadaan sekeliling dalam gelap.

Ubat cecair itu menggunakan Klorin e6 atau Ce6 yang bahan asasnya diperbuat daripada sejenis bahan dalam ikan laut dalam serta sering digunakan masyarakat nelayan tradisional untuk merawat masalah kebutaan dan barah.


Ce6 itu kemudian dicampur dengan insulin, sebatian masin dan bahan kimia dikenali sebagai dimetilsulfooksida atau DMSO yang berfungsi memperkuatkan retina, tisu mata untuk mengesan sebarang rangsangan cahaya.

Penemuan unik SfM yang diterbitkan menerusi jurnal sains dalam talian, IFLScience.com, pada Jumaat lalu mendedahkan, mereka menitis sejumlah 50 mikroliter ubat khas itu kepada salah seorang petugas mereka, Gabriel Licina.

“Selepas dua jam dititis, Licina dibawa ke tempat gelap dan dia mampu melihat seseorang yang berada 50 meter di depan dirinya selain banyak objek lain,” kata Jeffrey Tibbetts, petugas perubatan SfM yang menguji ubat itu.

Bagaimanapun, sebatian Ce6 ujar Tbbetts, hanya dapat bertahan dalam tempoh seharian dan mata individu terbabit akan kembali seperti sedia kala pada keesokan hari tanpa memberi sebarang kesan sampingan susulan.

Namun, atas sebab keselamatan memandangkan ubat itu belum lagi disahkan selamat oleh penyelidik bebas, penitisan kena dibuat secara terkawal oleh pakar perubatan bagi mengelak permukaan mata rosak dan langsung buta. – Agensi 

posted@malaysiasensasi.net


Ini adalah cerita cinta yang mengemparkan media di India pada 2009. Dimana sepasang kekasih memutuskan untuk bunuh diri setelah ketua daerah mereka meminta agar mereka membatalkan pernikahan atau memilih mati. Mereka adalah Amreen yang beragama Islam dan suaminya, Lokesh yang seorang Hindu. Kerana enggan berpisah, atas nama cinta mereka meneguk racun dan mati bersama.
posted@malaysiasensasi.net

“Dosa kita yang lepas menghantui kita sekarang. Maksud saya bukanlah dosa maknanya kenakalan kita yang lepas menjadikan kita sekarang.


“Perkara itu dah berlalu tapi apabila ada lagi benda-benda begini, orang akan menuding jari pada saya sedangkan ramai lagi pelawak di negara kita.

“Ramai lagi yang nakal tapi apabila ada kes membabitkan pelawak, orang akan kata Taukelah orangnya,” ujar Tauke mengulas isu berkenaan pelawak kasanova yang hangat diperkatakan sekarang.

Tauke berkata, sudah menjadi lumrah tuduhan begini mudah dilemparkan oleh masyarakat bukan saja dalam perkara berkaitan bidang hiburan tetapi di mana-mana juga.

“Contohnya dalam rumah kita sendiri. Dulu seorang adik kita dituduh mencuri. Bila hilang saja duit, dia pasti akan dituduh padahal orang lain yang buat.

“Walaupun orang luar datang mencuri tapi inilah persepsi. Kalau bolehlah saya minta masyarakat jangan cepat buat andaian tanpa membaca sesuatu berita sampai habis.

“Dapatkan cerita sebenar dan jangan tuduh Tauke yang salah, kena baca dan fahami betul-betul. Memang bukan saya yang buat,” katanya ketika ditemui ketika tayangan filem lakonannya Hantu Bungkus Ikat Tepi di GSC Nu Sentral malam tadi.

Menurutnya lagi, tuduhan itu sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasinya kerana namanya sudah tercemar.

“Apabila berlaku spekulasi begini, kita nak marah siapa? Sebabnya yang mencetuskan spekulasi itu ialah orang ramai yang memberi komen.

“Takkanlah saya nak saman peminat semua? Mereka ada hak nak menaip. Mereka ada upaya untuk buat kerja begitu.

“Bagaimanapun satu perkara yang saya nak tegur ialah pemikiran dan yang kedua jauhilah fitnah,” katanya yang turut mengendalikan satu segmen di stesen radio.

Perbualan dengan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kira-kira jam 3,.00 petang Sabtu dipercayai yang terakhir sebelum Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis menaiki herlikopter.
"Jat, jangan lupa wanita amat mustahak. Jagalah wanita dengan baik," kata Jamaluddin yang diketahui orang kepercayaan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.

Ada jenaka di kalangan wartawan politik, sambut JJ macam sambut Datuk Najib juga... yang membawa makna betapa rapatnya mereka dan JJ memang orang penting war room BN sebelum dan selepas PRU13.

Shahrizat berkata perbualan dan pesanan terakhir itu berlangsung dua jam sebelum nahas yang mengorbankan anggota Parlimen Rompin itu bersama lima yang lain termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

"Allahyarham telefon saya dua jam sebelum nahas berlaku, kami berbual kira-kira 12 minit. Tidak sangka ia perbualan terakhir," kata Shahrizat kepada Bernama ketika ditemui di Masjid Negara selepas pengkebumian jenazah Allahyarham berlangsung.

Menceritakan detik pertama selepas mengetahui rakan seperjuangannya itu terlibat dalam nahas tersebut, Shahrizat berkata badan beliau jadi gementar dan teringat perbualan bersama arwah.

"Ketika Allahyarham telefon, saya dalam perjalanan hendak ke persidangan wanita di Kepong. Kami berbual dalam pukul 3.00 petang.


"Beliau hendak bertanya khabar dan sampaikan pesanan kepada saya. Kami ada bincang sedikit tentang keadaan semasa dan sempat berseloroh bersama-sama tentang perjuangan wanita sebab Allahyarham memang rapat sangat dengan Pergerakan Wanita," katanya.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, arwah memang sangat rapat dengannya dan keluarga malah ia bukan semata-mata dalam urusan politik tetapi juga sahabat sejati.

Beliau masih teringat kata-kata Allahyarham "Ok, I'm going off" (Ok, saya pergi) yang bagi Shahrizat tentunya membawa maksud sahabatnya itu akan menaiki helikopter dan berlepas.

"Saya tidak akan lupa jasa baik arwah. Tidak kurang daripada 30 tahun kami mengenali antara satu sama lain. Bukan sahaja untuk bidang politik tetapi juga sebagai sahabat.

"Saya dan Wanita UMNO amat terasa dengan kehilangan beliau. Kami berdoa rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya.

Bagi pihak Wanita UMNO, Shahrizat mengucap takziah kepada semua keluarga nahas.

Empat lagi mangsa nahas ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; pembantu operasi Aidana Baizieva; pengawal peribadi Razakan B Seran; dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.-5/4/2015

Ketika kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak semakin panas...para Ahli Parlimen Barisan Nasional Isnin bersatu tampil bersuara menyokong Perdana Menteri.

Mereka menilai cara serangan bekas Perdana Menteri itu 'bukan cara yang sepatutnya'.


Pendirian Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang mempunyai keahlian 79 orang disuarakan oleh Pengerusinya Tan Sri Shahrir Samad dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen.

Sidang akhbar yang mencuri perhatian ramai itu turut disertai oleh sebilangan Ahli Parlimen dari semua komponen BN yang hadir pada sidang Dewan Rakyat Isnin.

Ini adalah kali pertama BNBBC menyatakan pendirian setelah Dr Mahathir terus membuat kritikan terhadap Najib menerusi blognya dan juga sidang media selepas beberapa acara kebelakangan ini.

Kata Shahrir mereka perlu bersuara dan melihat serangan bekas Perdana Menteri kini sudah sampai ke tahap 'very personal'.

Mengambil contoh isu kes Altantuya yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir, beliau rasa pelik kenapa setelah kes ini lalui semua proses di mahkamah kini kata-kata Sirul Azhar Umar yang bersalah jadi sangat bernilai.

Menurut beliau sepatutnya semuanya sudah dicakap semasa kes itu dibicarakan dalam mahkamah dulu.

Katanya Perdana Menteri sendiri telah bersumpah tidak kenal dengan Altantuya.

Beliau menjelaskan sebagai orang Islam soal bersumpah itu harus diambil kira.

Dr Mahathir antara lain persoal mungkin Sirul terima arahan bunuh Altantuya dan pihak berkuasa harus siasat hal itu.

Beliau juga berpendapat tidak adil gantung Sirul hingga diketahui kebenaran.

Ahli Parlimen Johor Bharu dan pernah memegang beberapa jawatan menteri itu menegaskan sokongan BNBBC pada Perdana Menteri bukan membabi buta dan mereka bukan rubber stamp.

Sebaliknya kerana melihat Najib telah membawa perubahan yang memuaskan dalam pentabirannya dicelah senario realiti politik kini yang berbeza dengan keadaan masa lampau.

Kata Shahrir beliau sendiri sudah berjumpa sendiri Perdana Menteri dan bertanya macam-macam hal yang berbangkit kepadanya.

Beliau melihat dalam hal-hal tertentu sudahpun dijawab.

Malah ahli-ahli BNBBC,katanya boleh tolong jawab dan jelaskan isu-isu seperti IMDB,GST,pembelian jet,BR1M dan sebagainya.

Namun merasa ada yang Perdana Menteri perlu jawab sendiri." Saya yakin beliau akan jawab,"katanya.

Hal itu katanya tidak menjadi masalah.

Menurut Shahrir beliau ada bertanya kepada Perdana Menteri apa masalah antaranya dengan Dr Mahathir. " Perdana Menteri kata ' hot and cold' dan beliau pun confuse", katanya.

Atas sebab melihat kebuntuan ini,beliau menegaskan mereka perlu bersuara dan nyatakan pendirian." Jika tidak ia tidak akan membawa kesudahan,"katanya.

Beliau menilai kritikan Dr Mahathir terhadap bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dulu adalah berbeza dengan didahapi oleh Najib sekarang.

Menurut Shahrir jika Dr Mahathir dakwa beliau lakukan semua ini kerana sayangkan parti, mereka juga sayangkan parti dan tidak mahu lihat ia terjejas.

" Tun Mahathir lebih tua dari saya dan lebih berpengalaman.Jika beliau buat sebab sayangkan parti dan negara ini menjadi tanggongjawab kami untuk pertahankan negara serta kerusi yang BN menang pada PRU13 ,"katanya.

Katanya sebagai Ahli Parlimen mereka tahu senario dibawah dan yakin dapat pertahankan BN pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

"Biasanya orang diatas cakap tidak ambil kira perasaan orang dibawah,"katanya.- 6/ 4/2015 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL



BERIKUT IALAH TRANSKRIP PENUH SIDANG AKHBAR TAN SRI SHAHRIR SAMAD SELAKU PENGERUSI BNBBC

Pertamanya kami ingin menyatakan perasaan sedih kami di atas tragedi helikopter petang Sabtu lalu yang melibatkan seorang rakan kita, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan juga seorang pegawai di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Azlin. Jadi kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. Kami mendoakan bagi yang beragama Islam semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan di dalam golongan yang soleh.

Saya yakin sumbangan dan jasa yang telah dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis akan memberangsangkan kami dalam menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen sebab Allahyaraham rapat juga dengan BNBBC dan juga dengan parlimen selain memegang jawatan sebagai Menteri ataupun sebagai Duta yang ada hubungkaitnya dengan kedudukan negara dengan dunia luar.

Yang keduanya, saya ingin menyatakan bahawa sebagai BNBBC, kami, hari ini kalau nak dibandingkan dengan keadaan sebelumnya, kita sendiri melihat bagaimana parlimen sedang menjadi bertambah mantap peranannya sebagai institusi parlimen dalam sistem politik negara.

Kami sebagai Ahli Parlimen biasa yang menjadi Back Benchers (BNBBC), menyokong kerajaan, melihat bahawa kedudukan parlimen semenjak kepimpinan Tun Abdullah Badawi dan diteruskan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, bukan macam dahulu di mana kita lihat bahawa eksekutif tidaklah begitu dominan kalau dibandingkan dengan masa-masa yang lampau.

Sebab itu kami sebagai Ahli Parlimen biasa memang merasa lebih perkasa dalam memainkan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen biasa. Itu saya rasakan merupakan satu-satunya yang tiada siapa boleh menafikan dan kami sedia menunjukkan contoh-contoh di mana kami bukannya Ahli Parlimen yang dikatakan buta tuli sahaja apa sahaja eksekutif arah kami ikut, sebaliknya apa yang rakan-rakan saya saksikan ialah beberapa kali pandangan kami sebagai Ahli Parlimen biasa diambilkira oleh eksekutif. Sehingga ada Rang Undang-Undang (RUU) atau Pindaan kepada RUU yang nak dibentangkan ditarik balik selepas teguran dan pandangan kami.

Ini bukan satu keadaan yang biasa pada masa dahulu. Jadi sebab itu kita lihat bahawa, umpamanya baru-baru ini walaupun satu RUU pindaannya baru dibahaskan di dalam Dewan Rakyat tetapi di atas teguran dan pandangan daripada Ahli Parlimen biasa, maka Kerajaan telah menarik balik pindaan itu. Kerana kami rasa kepentingan dan keadaan pindaan itu tidak menguntungkan pada rakyat.

Selain daripada itu kita lihat bahawa dalam perkembangan dalam peranan Ahli Parlimen, kita sendiri boleh memberikan pandangan secara ikhlas kepada pucuk pimpinan dan tentang perkara-perkara yang nak dibahaskan. Dan kedudukan institusi parlimen itu sendiri sudah lebih diperkasakan dan ini ialah hasil secara terus daripada fahaman dan falsafah kepimpinanan dan falsafah politik Datuk Seri Mohd Najib sendiri sebagai Perdana Menteri di mana Parlimen sebagai institusi politik negara dimartabatkan, diperkasakan.

Saya bagi contoh, dalam soal1MDB umpamanya di mana cadangan dari saya sendiri disampaikan kepada Perdana Menteri suopaya diberikan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk menyiasat supaya bila Ketua Audit menyiasatnya, dia akan bawa hasil penyiasatan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Yang penting, Datuk Seri Mohd Najib bersetuju di atas cadangan yang telah saya kemukakan dan saya pun pernah menjadi Pengerusi PAC di mana soal PKFZ telah dibicarakan dan disiasat oleh PAC sehinggakan kita lihat bagaimana PKFZ itu telah di bawakan ke mahkamah sampai ada bekas menteri yang terlibat dengan tuduhan di mahkamah dan hari ini masih ada kes-kes dibawa ke mahkamah hasil daripada PKFZ di mana parlimen sendiri melalui PAC telah terlibat dalam penyiasatan perkara ini.

Oleh itu bila Datuk Seri Najib dan kabinet bersetuju untuk parlimen memainkan peranan akhirnya bila hasil siasatan dan laporan Ketua Audit Negara dibawa kepada PAC, bermakna institusi parlimen itu akan lebih diperkasakan dan dalam soal ini lebih melibatkan wakil rakyat bukan sahaja dari Barisan Nasional (BN) tetapi juga dari pelbagai parti. Itu satu contoh menunjukkan di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib, peranan parlimen itu diutamakan.

Keduanya, ialah apabila soal TPPA pertama kalinya dibahaskan oleh parlimen sebelum ditandatangan atau dipersetujui oleh kerajaan. Biasanya ikut sistem pentadbiran sistem politik, soal treaty antara Malaysia dengan negara-negara lain tidak dibawa ke parlimen, ianya hanya berada di peringkat eksekutif untuk memutuskan. Tetapi kali ini TPPA sebagai salah satu perkara yang sungguh besar, melibatkan masa depan ekonomi negara, Datuk Seri Mohd Najib bersetuju untuk dibahaskan dahulu di peringkat parlimen memutuskan samada Kerajaan boleh memberi persetujuan atau tidak untuk memulakan TPPA.

Ini adalah antara contoh-contoh yang membuat kami sebagai Ahli Parlimen BN merasakan bahawa dari segi kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan kabinet yang sedia ada bahawa ianya membawa kepada satu keadaan di mana parlimen dan kami sebagai Ahli Parlimen biasa yang kadang-kadang dituduh sebagai menyokong membuta-tuli tanpa berfikir apa-apa, tak ada pertimbangan yang lain, hanya ikut arahan atas, sebenarnya tak benar, malahan kami dihormati dan diberikan peluang untuk menyatakan pandangan dan apatah lagi ia menunjukkan eksekutif negara ini, iaitu Perdana Menteri tidak dominan dalam keadaan hari ini.

Ini berterusan. Soalnya strategi ini berkesan dan saya lihat apabila diadakan perbahasan tentang soal hudud umpamanya, pindaan kepada akta jenayah syariah, akta 355 sejak mula saya mengutarakan supaya ia akan menjadi undi suara hati – sebenarnya kami BN yang pertama yang menyatakan undi ini harus dibuat mengikut suara hati. Kita belum dengar umpamanya dari PKR atau DAP mahupun PAS sendiri menyatakan ini bukan soal Whip. Saya tak nampak pihak eksekutif menentang atau kepimpinan UMNO mengatakan ini kena ikut Whip.

Ini saya lihat satu perkembangan yang memang harus dihormati di atas peranan kita walaupun sebagai Ahli Parlimen Biasa.

Soal BNBBC hanya wujud pada akhir-akhir bukan sesuatu yang baharu. Ianya lebih mantap semasa pada akhir pentadbiran dan kepimpinan Tun Dr Mahathir tetapi kemudian itu apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambilalih, saya dilantik sebagai pengerusi BNBBC dan keadaan ini berterusan sampai sekarang.

Tetapi kita berada dalam keadaan yang agak bebeza. Kalau dulu boleh dikatakan BN selesa dengan dua pertiga. Biasanya begitulah, kalau terlalu selesa dengan kedudukan yang selesa, mungkin eksekutif merasakan semuanya boleh dibuat tanpa runding betul-betul dengan Ahli Parlimen biasa. Jadi suasana politik hari ini saya rasakan lebih perlukan kepada muafakat dan kekuatan, persefahaman di antara eksekutif dan parlimen termasuklah terutamanya di kalangan Ahli Parlimen biasa BNBBC.

Soalan: So gone are the days of rubber-stamp and blind support?

We are not a rubber-stamp. Why we are saying this? Because we are standing behind the leadership of the Prime Minister. He is able to adjust and lead us during a time which is different from the previous time. So, at a time when BN is dominant, therefore maybe the executive can be dominant. Therefore there could be more rubber-stamping. But even so in those days I remember during my time. But definitely the leadership of Datuk Seri Najib is able to adjust to the new political reality.

So if we are feeling happy in our role as members of parliament, therefore we want to stand behind his leadership.

Soalan: Dalam keadaan Perdana Menteri sekarang ini diasak oleh Tun Dr Mahathir, apa nasihat BNBBC?

Kami ada berbincang dengan Perdana Menteri. Kami rasakan bahawa di mana yang boleh kami jawab, terutamanya dari segi soal pembelian jet, 1MDB, GST, BR1M – ini semua kita boleh jawab. Tetapi kami juga nasihat dan beri pandangan kepada Datuk Seri Najib bahawa tentunya mesti sampai masanya untuk dia juga memberi jawapan dia. Kerana inipun saya ingat tak menjadi masalah untuk Datuk Seri Mohd Najib memberi jawapan kerana isu ini kadang-kadang kita tak bolehlah kata kita hanya buat tak tahu. Saya percaya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan memberi jawapan kepada tuduhan-tuduhan ini. Tetapi perkara yang BR1M, GST, jet dan sebagainya bukanlah perkara yang besar sangat. Ia boleh diatasi. Boleh dijawab. Senang.

Macam kes Altantuya, bagi kamilah kes ini berlaku lapan tahun dulu sebelum Datuk Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri pun dan ia melalui proses perundangan. Sudahpun sampai ke peringkat yang paling tinggilah. Saya rasa pelik apabila orang itu sudah didapati bersalah, macam lebih bernilai pula kenyataannya. Patutnya masa kes dikendalikan di mahkamahlah kenyataan-kenyataan dibuat. Kami tak ada keraguan dari soal kedudukan Datuk Seri Mohd Najib dalam kes ini kerana sebagai seorang Muslim kami menyaksikan bagaimana dia melaksanakan sumpah laknat secara ikhlas. Kita ini bukan manusia yang ikut undang-undang sahaja. Soal agama, akidah juga menjadi sebahagian daripada kami.

Soalan: BNBBC tak mahu desak AG untuk ke depan bagi menjawab tuduhan Tun M berhubung Altantuya?

Ag nak tuduh siapa pula? Kes sudah ditutup. Proses mahkamah dah habis. Pesalah sudah dihukum.

Soalan: Kritikan Tun M itu semakin berterusan, macam tak boleh stop?

Tun Dr Mahathir ini lebih tua sedikit daripada saya dan lebih berpengalaman. Pada saya, saya rasa kalau dikatakan Tun Mahathir lakukan ini kerana sayang dan menghargai parti, sayang dan cinta kepada parti, kami juga mempunyai perasaan yang sama. Sebagai Ahli Parlimen BN tanggungjawab kami ialah mempertahankan kerusi yang telah kami menang. Kami rasa yakin dengan usaha yang kami lakukan ini bahawa setiap kerusi yang kami telah menang akan dipertahankan dan ianya akan dilakukan bersama-sama dengan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri. Pada kami ialah soal memenangkan BN dalam Pilihanraya yang akan datang.

Dengan apa yang kami lakukan, lawatan yang dibuat, kerja yang buat, kami rasa tanggungjawab kami untuk mempertahankan kerusi yang BN menang pada pilihanraya ke-13 akan kita pertahankan dalam PRU ke-14.

Soalan: Sekiranyalah Tun M masih terus menerus attack PM adakah Tan Sri bagi pihak BNBBC bercadang face to face dengan Tun M?

Face to face, one-on-one telah dilakukan oleh rakan-rakan saya termasuk Perdana Menteri. Saya bagi contoh, masa Tun Dr Mahathir menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi, saya berdiam kerana kami pun dah tahu sebenarnya Tun Abdullah Ahmad Badawi akan meletakkan jawatan setelah pilihanraya ke-12. Kami memang dah tahu. Sebab itu serangan itu kita tak jawab secara terang dan kita tidak mahu ada ketegangan.

Tetapi kali ini ianya sudah masuk peringkat secara terbuka. Kalau dikaitkan Tun Dr Mahathir sayangkan parti, kami pun sayangkan parti. Kami rasa kalau sayangkan parti ini bukan caranya. Tetapi kalau kita diam saja, ia tak kan bawa kepada kesudahannya. Sebab itu pada hari ini tujuannya ialah untuk menyatakan sebagai Ahli Parlimen biasa, pertamanya kita bukan golongan rubber-stamp, buta-buta menyokong. Kami berdiri bersama dengan Perdana Menteri kerana kami sudah lihat bagaimana perubahan dan keadaan yang sebenarnya kami rasa begitu puas hati dan seronok dengan peranan kami sebagai Ahli Parlimen BN.

Saya rasa Tun Dr Mahathir tidak akan tahu apa yang kami lakukan di peringkat akar umbi, di peringkat kawasan parlimen. Ini orang atas-atas. Kami orang yang jaga bawah. Jadi kami lagi dekat dengan rakyat dan pengundi. Saya pelik tengok, kadang-kadang apa yang orang atas-atas ini bercakap tak ambil kira sebenarnya keadaan dan kenyataan di bawah. Jadi sebab itu kami biasa diam ajalah. Tetapi kali ini kenalah kita nyatakan, sebagai Ahli Parlimen yang duduk mewakili akar umbi dan rakyat biasa, kami berpuashati dengan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Soalan: Perhaps Tun M was wrongly advised?

Apapun advise yang kami terima kita juga yang akhirnya yang bertanggungjawab.

Soalan: At the end of the day, PM will still have to answer all this?

It’s not about having to answer. He will. I am confient he will answer.

Soalan: Tapi kali ini nampak Tun M macam personal sangat?

Very personal. Dah terlalu direct. Personal. Itu yang kita berdiri menjawab ini. Kalau tidak kalau cakp-cakap biasa sahaja kita diam. Yang peliknya, rakan-rakan saya ada pergi jumpa Tun M, cakap dengan dia. Datuk Seri Najib pun sendiri pernah berjumpa. Saya pun tanya Datuk Seri Najib, apa halnya Tun M dengan you ini? Jawab dia – hot and cold. Ada masa panas, lepas tu sejuk. Dia pun confuse. Bukan pasal kami tak mengambil berat tetapi dalam keadaan itu memanglah kita serahkan kepada kedua-dua tokoh untuk berbicara. Tetapi kalau dah peringkat tokoh berbicara tak dapat dilaksanakan, jadi sebagai wakil kepada parti dan kawasan, sebagai Ahli Parlimen biasa, kami perlu menyatakan pendirian kami.

Soalan : Rakan-rakan dan Tan Sri sendiri pernah jumpa Tun M tapi makin keras pula serangannya?

Dia tak ada linkage ya. Kadang-kadang nakal sikit dia punya soalan. Bukan kerana kita dah jumpa Tun effect dia jadi begini. Jadi baik-baik sikit. Tanya betul-betul ya (dalam nada seloroh).

Soalan: Minta komen pasal Akta dadah berbahaya (Ketum).

Bila kita minta ditarik balik undang-undang itu, ia tak berlaku dalam dewan. Ada juga RUU nak dibawa ke parlimen. Kami masa berbincang dengan menteri berkenaan, kami kata No, minta maaf, bukan masanya. Harus diperhalusi lagi. Pun ada berlaku juga tetapi kita tak isytihar.

Hari ini kalau kita berjumpa ada orang tanya apa pasal kita sokong Datuk Seri Najib? Kita kata kita happy with him and his leadership.

Soalan: Pasal POTA?

Sama juga dengan POCA . Peranan pembangkang ialah asyik mengkritik dan menolak. Soal ini, soal itu. Nak buat pindaan, macam-macam. Masa kita laksanakan POCA tak ada pun komplen. Happy. Bila POTA pun begitu. Jadi keadaan untuk menentukan bahawa prosedur itu akan diikuti untuk menjamin tidak ada salah guna kuasa yang diberi. Itu kita sudah suarakan kepada Perdana Menteri. Kalau kita tengok hari ini dengan penangkapan terbaharu ini, sampai ada 17 orang, dua baru balik dari Syria, ia merupakan perkembangan yang harus kita pandang serius. Jangan bila dah berlaku sesuatu baru kita nak bersuara.

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/dr-mahathir-kritik-najib-ahli-parlimen-bn-bersuara.html


Rata-rata netizen yang membaca petikan Whatsapp ini marah dan ada juga yang sayu bagaimana seorang isteri diperlakukan sedemikian rupa.

Sepatutnya, sebagai seorang suami, si suami harus menitikberatkan soal tanggungjawab dan ingat kembali janji-janji dan lafaz yang beliau isytiharkan semasa akad nikah dan ingat kembali kenapa dia berkahwin dengan isterinya.

Semoga kita semua dijauhi dari kejadian sebegini.







posted@malaysiasensasi.net

Beberapa lari lalu, melalui laporan sebuah akhbar tempatan, seorang wanita mendedahkan perangai ‘hidung belang’ seorang lelaki yang didakwanya gemar memperdaya golongan hawa.
Tak cukup dengan pengakuan tersebut, hari ini, seorang lagi wanita tampil membuat tuduhan sama terhadap empunya diri yang dikatakan menghantar banyak mesej lucah serta meminta gambar bogel!
Pelawak-Terkenal-Hantar-Mesej-Lucah-Minta-Gambar-Bogel-ROTIKAYA20150406_2384
Bukan omong kosong, kedua-dua mangsa turut menunjukkan perbualannya dengan pelawak tersebut sebagai bukti terhadap dakwaan yang dibuat.
Dalam laporan Berita Harian hari ini, mangsa terbaru pelawak tersebut berkata, dia sering diganggu dengan mesej-mesej ‘nakal’ walaupun telah memaklumkan bahawa dirinya sudah memiliki teman lelaki.
Foto-foto di bawah merupakan antara mesej yang dihantar pelawak tersebut terhadap kedua-dua gadis.
Pelawak-Terkenal-Hantar-Mesej-Lucah-Minta-Gambar-Bogel-ROTIKAYA20150406_2385Pelawak-Terkenal-Hantar-Mesej-Lucah-Minta-Gambar-Bogel-ROTIKAYA20150406_2386Pelawak-Terkenal-Hantar-Mesej-Lucah-Minta-Gambar-Bogel-ROTIKAYA20150406_2387
Memetik kenyataan mangsa pertama yang membuat pendedahan, dia mengambil keputusan itu atas tujuan untuk mengelakkan wanita lain dari terus-terusan menjadi mangsa individu tersebut.
Ujarnya, “Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.
“Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara video call.
“Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya.
Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri.”
Pelawak-Terkenal-Hantar-Mesej-Lucah-Minta-Gambar-Bogel-ROTIKAYA20150406_2390Pelawak-Terkenal-Hantar-Mesej-Lucah-Minta-Gambar-Bogel-ROTIKAYA20150406_2389Pelawak-Terkenal-Hantar-Mesej-Lucah-Minta-Gambar-Bogel-ROTIKAYA20150406_2388Pelawak-Terkenal-Hantar-Mesej-Lucah-Minta-Gambar-Bogel-ROTIKAYA20150406_2392Pelawak-Terkenal-Hantar-Mesej-Lucah-Minta-Gambar-Bogel-ROTIKAYA20150406_2391
Buat si pelawak yang dimaksudkan, sepandai-pandai tupai melompatpun, pastinya jatuh ke tanah jua. Jadi, ada baiknya anda hentikan sikap ‘buaya’ anda itu sebelum pintu rezeki dalam bidang seni terus tertutup rapat.
posted@malaysiasensasi.net


Ada masalah rezeki? - wang selalu tidak cukup, peluang selalu terlepas, gaji cukup-cukup makan, selalu kebocoran wang, selalu ditimpa malang, nasib tidak selalu baik, dipandang rendah oleh orang sekeliling, rezeki terlalu sempit, rezeki susah masuk?

Kami akan bantu anda, dengan FORMULA LUAR BIASA KAMI!

100% BERJAYA DAN BELUM PERNAH ADA YANG GAGAL! ATAU WANG ANDA DIPULANGKAN 100%!!

Inilah satu kaedah luar biasa yang bakal mengubah kehidupan anda. Anda mampu mengajaibkan kehidupan anda sendiri dan merasai sendiri kehidupan yang luar biasa selepas ini. Malah mengikut rekod kami, beberapa testimoni dilakukan ianya berlaku sepantas kurang dari 3 minggu! - masalah hutang selesai, wang simpanan berganda, lepas dari masalah kesempitan wang!!!!

Kami memberi jaminan 100% amalan tanpa melibatkan amalan mencarik adat dan bercanggah dengan islam. Formula luar biasa ini tidak melibatkan amalan zikir, amalan wajib 40 hari, atau sebarang amalan-amalan ciptaan manusia moden!. Dalam kiraan saat, anda mampu membuka ruang dimensi rezeki anda.

Bagi yang berminat, boleh layari www.keajaibanrezeki.com. Tidak rugi anda mencuba kerana jaminan kami wang dikembalikan 100% sekiranya gagal! Malah kami berani katakan ianya tiada kegagalan, sesiapapun yang memiliki formula luar biasa ini pasti hidupnya berubah, tidak boleh tidak PASTI BERUBAH!

Masih belum yakin? - kami tidak boleh paksa anda, namun sekiranya di dalam hati anda ada perasaan ingin mengubah kehidupan maka inilah peluang terbaik anda..benar-benar luar biasa apa yang bakal berlaku dalam perubahan rezeki anda.

Selepas mengikuti seminar ini;
 - Rezeki menjadi mudah masuk
 - Dipermudahkan membayar hutang
 - Mudah urusan rezeki
 - Rezeki berlipat ganda
 - Kesusahan hidup akan hilang
 - Kesulitan dalam rezeki akan terhapus
 - Urusan menjadi sangat mudah
 - Bisnes menjadi maju@tidak rugi
 - Mempunyai banyak lebihan wang
 - Tidak perlu pening memikirkan masalah ekonomi
 - Peningkatan dalam kerjaya
 - Pekerjaan menjadi senang
 - Kewangan keluarga menjadi lebih baik
 - Peningktan luar biasa dalam rezeki
-  Peluang tidak mudah terlepas
-  Dan banyak lagi..kami telah buktikan semuanya dengan formula luar biasa ini, adalah mustahil ianya gagal


SEMINAR KEAJAIBAN REZEKI
25 April 2015
2.30pm - 4.00pm
Setapak, Kuala Lumpur
Yuran: RM100 (dipulangkan 100% jika gagal, tetapi jaminan kami MUSTAHIL GAGAL)
TERHAD 20 orang sahaja
Moderator: Muhammad Farhan Sulaiman (usahawan,motivator)