Koleksi Sensasi


Seorang isteri tergamam apabila mendapati suaminya dan seorang wanita yang tidak dikenalinya meninggal dunia di dalam sebuah kereta. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Sabri Sulaiman menyatakan pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu sekitar jam 5.10 petang tadi. Ketika di tempat kejadian, lelaki itu yang berusia dalam lingkungan 60-an dan wanita berumur dalam lingkungan 50-an itu telah pun meninggal dunia.

posted@malaysiasensasi.net


Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku

Jika Telinga Kanan Berdesing

  • Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar buruk
  • Jam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orang
  • Jam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lain
  • Jam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga
  • Jam 10:00 - 11:00 pagi - ada penghalang dalam merencanakan perjalanan. sebaiknya ditunda atau dibatalkan dahulu
  • Jam 11:00 - 12:00 tengahhari - bermakna akan ada khabar yang kurang enak yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu terdekat
  • Jam 12:00 - 01:00 petang - akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama
  • Jam 01:00 - 02:00 petang - akan ada undangan makan-makan
  • Jam 02:00 - 03:00 petang - akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat
  • Jam 03:00 - 04:00 petang - ada berita daripada keluarga samada menggembirakan atau menyedihkan
  • Jam 04:00 - 05:00 petang - akan ada perjalanan jauh yang akan dilakukan dalam waktu terdekat
  • Jam 05:00 - 06:00 petang - bermakna anda sedang menjadi percakapan orang
  • Jam 06:00 - 07:00 petang - ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda
  • Jam 07:00 - 08:00 malam - akan mendapat berita buruk dari kalangan keluarga sendiri
  • Jam 08:00 - 09:00 malam - bermaksud akan mendapat untung yang besar
  • Jam 09:00 - 10:00 malam - bermakna akan ada yang mengancam anda
  • Jam 10:00 - 11:00 malam - ertinya ada berita yang baik
  • Jam 11:00 - 12:00 tgh malam - beri maksud akan ada seseorang yang jatuh cinta pada anda

Jika Telinga Kiri Berdesing

  • Jam 06:00 - 07:00 pagi - ada tetamu yang menguntungkan anda dalam waktu terdekat
  • Jam 07:00 - 08:00 pagi - akan melakukan perjalanan jauh dalam waktu terdekat 
  • Jam 08:00 - 09:00 pagi - tanda kedatangan keluarga terdekat 
  • Jam 10:00 - 11:00 pagi - selamat dalam perjalanan akan datang 
  • Jam 11:00 - 12:00 tghari - kedatangan keluarga dari seberang lautan 
  • Jam 12:00 - 01:00 petang - didatangi penyakit dalam waktu terdekat 
  • Jam 02:00 - 03:00 petang - bermakna akan kedatangan tetamu 
  • Jam 03:00 - 04:00 petang - bermakna akan berpergian jauh baik untuk urusan perniagaan atau urusan pekerjaan
  • Jam 05:00 - 06:00 petang - bakal mendapat keuntungan besar dalam waktu terdekat bagi usaha perdagangan yang dirintis dan dalam waktu terdekat akan naik pangkat dalam pekerjaan. 
  • Jam 07:00 - 08:00 malam - terima pengakuan cinta daripada seseorang dalam waktu terdekat.
  • Jam 9:00 - 10:00 malam - bermakna akan menerima undangan perkahwinan daripada teman rapat
  • Jam 10:00 - 11:00 malam - bermakna akan didatangi pencuri 
  • Jam 11:00 - 12:00 tgh malam - bermakna akan menghadapi penghalang dalam menguruskan perkara yang sedang dihadapi

Ini adalah sekadar cakap-cakap orang tua lama, petua ini saya ambil dari buku lama .... kulit pun dah tak ada dah. Petua orang lama-lama kadangkala pelik jugak, tapi saya fikirkan apa yang berlaku mungkin sekadar kebetulan, tetapi dijadikan rujukan terkemudian.
HASRULHASSAN

Pengerusi CIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Tun Razak sekali lagi membuat kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kali ini menerusi laman sosial Instagram.
Beliau memuat naik gambar muka depan sebuah akhbar harian kewangan dan menyelar tindakan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy serta bekas ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang tidak dapat hadir ke prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Nazir yang meemuat naik gambar itu turut menyertakan komen: "Syarikat anda mencetuskan krisis negara dan anda masih boleh terlalu sibuk untuk berhadapan dengan Parlimen? Tidak boleh diterima."

Arul dan Shahrol sepatutnya dipanggil hadir memberi keterangan mengenai 1MDB kepada PAC pada Selasa.

Dilaporkan kedua-dua mereka tidak dapat hadir bagi memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan atas alasan berada di luar negara.

Sehubungan itu, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Isnin memberitahu bahawa prosiding siasatan terhadap 1MDB membabitkan dua pengurusan tertinggi syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu ditangguhkan.

PETALING JAYA: Bekas pengurus kepada Tegar Septian iaitu Muhammad Arif Dollah akan mengheret ke mahkamah pihak yang menuduh dia melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi remaja dari Indonesia itu.

Muhammad Arif, 30, yang merupakan warga negara Singapura berkata, anak tirinya yang juga penyanyi republik itu, Sufie Rashid, 24, akan turut mengalami nasib serupa kerana bersekongkol membuat tuduhan itu tanpa bukti yang sah.

“Saya sudah puas diaibkan. Bukan saja dituduh melakukan gangguan seksual terhadap Tegar tetapi bekas anak tiri saya juga merancang agenda untuk meraih populariti dengan membuat tuduhan itu kepada saya.

"Pihak-pihak yang berkaitan akan saya heret ke mahkamah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di Singapura pada Rabu.

Terdahulu media di Singapura pada hujung Mac lalu melaporkan Muhammad Arif telah ditangkap polis selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan berhubung gangguan seksual yang dibuat oleh Tegar dan bekas anak tirinya, Sufie  Rashid.

Selepas insiden itu Muhammad Arif hanya berdiam diri dan kini bersedia untuk membuka mulut bagi membersihkan namanya semula.

Tegar berjaya mencipta nama apabila lagu mengisahkan kesusahan hidupnya iaitu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang menjadi popular bukan sahaja di Indonesia sebaliknya di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sehingga kini, klip video lagu itu mendapat lebih 11 juta tontonan di YouTube.

mStar Default Image
Tegar (kiri) bersama penyanyi Singapura, Sufie  Rashid menunjukkan laporan polis yang dibuat di Singapura pada hujung Mac lalu terhadap individu bernama Muhammad Arif Dollah atas tuduhan melakukan gangguan seksual. Gambar ini petikan dari portal berita BeritaHarian.sg

Bagaimana perkembangan terbaru tentang dakwaan anda melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi Indonesia, Tegar?
Tegar membuat laporan di Kompleks Balai Polis Cantonment, Singapura pada 31 Mac lalu dan saya dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung perkara tersebut. Saya memberikan kerjasama dengan baik kepada pihak polis dan menjawab semua soalan mereka berhubung isu tersebut.

Apakah yang ditanya oleh pihak polis semasa siasatan?
Kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut mengenainya tetapi laporan yang dibuat Tegar terhadap saya langsung tiada kena mengena dengan gangguan seksual seperti hebat diperkatakan dalam media sebelum ini.

Saya juga pelik kerana perkara itulah yang dicanang-canangkan kepada media tetapi laporan polis di Singapura pula berbeza.

Pada pendapat Arif mengapa Tegar tiba-tiba mengubah ceritanya semasa buat repot polis di Singapura?
Saya sendiri tidak pasti kenapa tetapi sejak awal lagi ceritanya tidak pernah konsisten berdasarkan fakta selain sering berubah-ubah.

Tetapi dia mungkin sedar apabila seseorang itu membuat laporan di Singapura, peraturannya tiada sesiapa dibenarkan untuk bersama-samanya dan cerita diberikan kepada pihak polis langsung tidak menyebut mengenai gangguan seksual yang saya lakukan kepada dia.

Siapa sebenarnya Tegar di mata anda sebagai bekas pengurus?
Tegar adalah seorang individu yang baik dan mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap keluarganya dalam menyara kehidupan mereka.

Sebab itu saya kasihkan dia. Setiap hari sebelum tidur dia akan mengadu kepada saya tentang kebimbangan dan masalahnya. Malah sebelum tidur dia akan meminta saya membacakan doa untuknya supaya dia dapat tenang dan tabah dalam mengharungi kehidupannya sebagai seorang penyanyi.

Dia sangat muda untuk memahami banyak perkara dalam hidupnya tetapi pada masa sama dia tahu dia perlu berbuat demikian bagi menggembirakan orang disekelilingnya.

Tegar pernah memberitahu saya dia ingin berhenti menyanyi kerana enggan lagi dipergunakan oleh keluarga dan orang disekelilingnya.

Salah satu gambar Tegar bersama bekas pengurusnya. Petikan dari Facebook Muhammad Arif.

Pelbagai tuduhan dilemparkan Tegar terhadap anda. Apa perasaan sebenar anda terhadap dia sekarang?
Jujur saya kasihan kepada dia kerana saya tahu segala cerita disebalik apa yang berlaku dalam hidupnya. Saya orang paling rapat dengan dia sebelum ini. Ramai yang marahkan saya kerana berasa simpati dan kasihan kepadanya tetapi saya tahu dia juga mangsa dalam hal ini demi kepentingan pihak tertentu.

Tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap remaja bawah umur bukan sesuatu yang ringan. Apakah impak terhadap anda sehingga hari ini?
Banyak impaknya, kerana 70 peratus yang membaca atau mendengar cerita tersebut mempercayai saya melakukannya dan dari segi profesional ia menutup periuk nasi saya. Saya bukan baru dalam bidang ini tetapi ia kali pertama berlaku terhadap saya.

Jika benarlah saya melakukan perbuatan terkutuk itu kenapa baru sekarang Tegar membuka mulut? Wahal saya sudah bersama dia selama setahun dan dia ada peluang yang cukup banyak untuk mendedahkan perbuatan saya.

Ada satu tuduhan mengatakan Tegar tak selesa apabila anda mengajaknya mandi bersama termasuklah meletakkan kemaluan anda pada badannya. Apa komen anda?
Saya sangkal mengenai dakwaan tersebut. Buktikanlah! Ada juga tuduhan mengatakan saya meliwatnya tetapi kenapa tidak membuat pemeriksaan di hospital?

Kami tidur di hotel bukannya berdua malah turut ditemani oleh pembantu. Mana mungkin saya dapat lakukan perkara itu dengan adanya orang lain di dalam bilik yang sama. Seperti saya katakan, semua tuduhan itu ada niat jahat dan menjadikan saya sebagai kambing hitam!

Anda tahu siapa dalang disebalik semua ini?
Saya tahu tetapi saya mahu lihat terlebih dahulu sejauh mana mereka ingin menjatuhkan saya. Segala bukti ada di tangan saya namun saya tidak akan dedahkan buat masa sekarang.

Tambahan pula saya tidak mahu menggangu siasatan yang sedang berlangsung di Singapura dan tidak memburukkan lagi keadaan tetapi saya akan dedahkan juga nanti.

Itu soal Tegar. Bagaimana pula dengan tuduhan bekas anak tiri anda iaitu Sufie Rashid (penyanyi Singapura) yang dikatakan menjadi mansga liwat anda semasa dia berusia 13 tahun?
Pada saya mudah, Sufie mempunyai agenda tersendiri dan mengambil kesempatan terhadap apa yang menimpa Tegar untuk menaikkan namanya di kalangan peminat di Malaysia memandangkan dia baharu sahaja muncul dengan lagu terbaharunya. Jika benar dakwaan dia, mengapa baharu sekarang dia hendak membuat dakwaan tersebut? Mengapa tidak dari dahulu lagi dia laporkan kepada polis?

Sebenarnya dia ada peluang untuk berbuat demikian pada 2011 apabila bekas isteri saya iaitu ibunya membuat laporan polis terhadap saya apabila menuduh saya memukulnya.

Dia boleh ikut ibunya untuk membuat laporan itu terhadap saya atau mengadu kepada bapa kandungannya, tetapi tidak pula dia berbuat demikian.

Kenyataan bercanggah Sufie kepada media Malaysia dan Singapura agak menggelirukan. Apa sebenarnya hubungan anda dengan ibunya?
Dia menerusi satu kenyataan mengatakan saya rapat dengan ibunya dan meminta jangan persoalkan ikatan sebenar saya dan wanita tersebut. Sebenarnya tujuh tahun kami hidup bersama. Kalau kami tidak berkahwin, itu apa?

Adakah anda akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan anda menerusi dakwaan terkutuk itu?
Sudah tentu! Ada tiga pihak yang akan saya ambil tindakan bagi membersihkan bukan sahaja nama saya tetapi keluarga yang turut terjejas dalam hal ini.

Buat masa ini saya tidak boleh dedahkan secara lanjut tetapi salah seorang yang akan saya ambil tindakan adalah Sufi, bekas anak tiri saya sendiri. Tunggulah masanya nanti.
posted@malaysiasensasi.net


Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggesa menteri kabinet yang masih tidak memahami isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun keputusan telah dicapai supaya meletak jawatan.

"Pilihankan ada, tiada siapa pun paksa jadi menteri, itu tak jadi masalah. Kalau ada menteri yang kata tak faham tapi keputusan telah dibuat, boleh keluar lah (kabinet)," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Isnin yang menyatakan keseluruhan kabinet perlu dipertanggungjawabkan atas masalah dihadapi 1MDB dan bukannya dibebankan kepada perdana menteri sahaja.

Shahril berkata menteri yang masih enggan memahami isu tersebut disifatkan sebagai melanggar keputusan yang telahpun dicapai sebulat suara.

"Prinsip kabinet, prinsip tanggungjawab bersama dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan tanggungjawab bersama," katanya.

Beliau berkata Kabinet sentiasa memberi ruang kepada mana-mana menteri untuk bertanya dan berbincang sekiranya masih belum jelas mengenai sesuatu isu.

"Boleh tanya sampai puas hati, boleh pergi lagi sekali jumpa perdana menteri kalau tak faham, tanya lagi menteri kewangan, cuma asasnya adalah tanggungjawab bersama dalam seluruh ahli Kabinet," katanya.

Ketika ditanya mengenai kesahihah dakwaan Tengku Razaleigh itu, beliau hanya menganggap ia sebagai dakwaan (Ku Li) semata-mata.

"Itu dakwaan dia, kalau ada menteri yang betul-betul tak faham tak tahulah, tapi perbincangan pernah berlaku. Sebab itu ada keputusan supaya  dirujuk perkara ini kepada penyiasatan PAC.

"Kalau ada keputusan ahli Kabinet kata dia tak faham, apa yang tak fahamnya? Jadi pada saya ini hanya dakwaan sahaja," katanya.


SUBANG JAYA - Apalah nasib tiga beradik ini diabaikan dan ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.

Tiga beradik itu kini dijaga oleh nenek dan ayah saudara mereka yang bekerja sebagai 'despatch' dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Jumlah gaji itu juga digunakan untuk membayar rumah sewa berjumlah RM500. Tetapi perbelanjaan bil-bil lain, susu, makan minum? Sudah tentu RM1,500 tidak mencukupi untuk menyara tiga beradik ini.

Difahamkan si bapa dihukum penjara di atas kes najis dadah. Manakala ibu mereka pula menghilangkan diri begitu sahaja.

Tiga beradik itu terpaksa tinggal dalam keadaan yang memang menyedihkan. Dengan tikar getah yang sudah rosak dan berulang, tilam nipis dan berbau hapak.


Namun, penderitaan mereka itu mendapat perhatian Shanaa Amirah yang datang membantu mereka sekeluarga.

"Saya datang melawat, anak yang sulung tengah makan nasi digaul dengan garam. Si adik pula minum air susu manis. Allahuakbar, kejamnya saya sebab selama ini tidak tahu ada family yang susah ini di kawasan saya membesar. 

"Anak sulung berumur 3 tahun, anak kedua berumur 2 tahun dan bongsu berumur 8 bulan. Tubuh badan tiga beradik ini kurus-kurus je," katanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebook pada Isnin lalu.

Justeru, Shanaa menyeru orang ramai tampil memberikan sumbangan kepada keluarga kecil ini.

"Mereka amat memerlukan tilam, baju anak-anak, bantal, susu lactogen langkah 2, pampers size M, botol susu, beras, ikan bilis, telur, gula, milo dan lain-lain yang dirasakan perlu. 

"Bantuan boleh disalurkan ke akaun CIMB 7612696508 di atas nama Mohd Nordin bin Abdul Ghani," katanya.

Bagi tujuan pengesahan, anda bolehlah menghubungi nombor telefon Mek Che Yah 010-7740100 atau boleh melawat mereka di alamat berikut:

No H10-10-11,
Pangsapuri Angsana, Blok H,
Tingkat 8, USJ 1,
Subang Jaya, Selangor.
posted@malaysiasensasi.net


Adakah anda sedang menghadapi dugaan hidup? - sempit rezeki, peluang selalu terlepas, dibenci orang sekeliling, masalah rumahtangga, masalah hubungan sesama manusia, wang selalu tidak cukup, buntu memikirkan masalah rezeki, gaji cukup-cukup makan, tiada jaminan dalam pekerjaan?.  InsyaAllah Pengijazahan Ilmu Kerohanian amalan guru-guru pondok dan alim ulama bakal merungkai masalah rezeki, perhubungan, perniagaan, permusuhan, jodoh, masalah rumah tangga..dan sebagainya. Inilah Seminar Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi

BERIKUT ADALAH MODUL-MODUL KEILMUAN YANG AKAN DIKONGSIKAN
1. Kerezekian – Amalan kerezekian merupakan amalan untuk menarik rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Selepas energi penarikan rezeki diaktifkan dengan izin Allah, anda sudah boleh merasai energi penarikan rezeki dan kesannya. Anda juga mampu menarik rezeki dari segenap penjuru alam dan dari arah yang tidak disangka-sangka. Amalan ini bermanfaat dan telah terbukti banyak mengubah kehidupan peserta-peserta sebelum ini.

2. Bio-Magnetic Money – Amalan ini sangat bagus bagi mereka yang bekerja sebagai jurujual, ahli perniagaan dll. Hanya melalui berjabat tangan anda,insyaAllah ilmu ini akan aktif dan berfungsi secara ghaib menembus medan fikiran orang yang berjabat tangan dengan anda. Cara ini juga dapat digunakan ketika kita sedang terdesak dan perlukan bantuan dana dari siapapun. InsyaAllah. AMARAN! Jangan menggunakan ilmu ini untuk penipuan.

3. Ilmu Pandang Tembus – Kemudahan mendapat isyarat batin dari Allah, Meninggikan kualiti tembus pengesanan. Ilmu ini ada banyak kegunaan rahsia yang hanya akan dirasai oleh pengamalnya. Ada boleh mengesan orang hilang, mengesan barang hilang, melihat seseorang atau benda yang jauh dengan mata batin, melihat perkara-perkara yang telah lalu dan anda akan mendapat mengetahui rahsia-rahsia yang tidak diketahui orang lain. Amalan ini 100% menggunakan Asmaul Husna, dijamin!

4. Payung Al-Husni – Keilmuan ini jika diamalkan 7x setiap hari selepas solat, insyaAllah segala bentuk serangan zahir mahupun batin tidak akan mencederakan anda. Dengan izin Allah juga, musuh akan menjadi gerun dan tidak mampu berbuat apa- apa yang jahat kepada anda.

5. Kewibawaan/Pengasihan – Secara ringkasnya in iadalah ilmu pengasih. Tujuannya untuk sebarang urusan seperti bisnes, mengeratkan kekeluargaan, kewibawaan dan sebagainya. Amalan yang akan diperturunkan adalah amat ampuh (berkesan), jadi tidak dibenarkan anda menggunakannya secara salah. 
=============================================
Tarikh: 7 JUN 2015 (ahad)
Yuran: RM180 seorang (datang lebih seorang yuran RM150/seorg)
Masa: 8.30am - 1.00pm
Lokasi: Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Moderator: Hj Shahrin Abd Rahman

Info lengkap mengenai program ini boleh layari www.seminar2u.net



Mahkamah Mesir pada Sabtu menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohamed Morsi dan lebih 100 tertuduh lain kerana rusuhan di penjara pada 2011. 
Morsi berada di kandang tertuduh apabila hakim membacakan keputusan itu.  

Sebahagian besar daripada mereka dibicarakan tanpa kehadiran, termasuk ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar. 

Kes seperti ini kebiasaannya akan dirujuk kepada pihak berkuasa agama Mesir iaitu pejabat Mufti, bagi mengemukakan pendapat sebelum apa-apa hukuman dilakukan. 

Mahkamah akan mengumumkan keputusan muktamad pada 2 Jun ini.

Morsi terlepas hukuman mati satu daripada dua perbicaraan yang berakhir pada Khamis, di mana mahkamah dinasihatkan agar menjatuhkan hukuman mati diberi kepada 16 tertuduh lain di atas pertuduhan pengintipan.

Mereka telah didakwa bersekongkol dengan kuasa asing, Hamas (Palestin) dan Iran untuk menjejaskan kestabilan Mesir.

Penyokong Terengganu bertindak liar dengan membaling batu ke arah kereta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini selepas pasukan itu gagal layak ke final Piala FA 2015, malam Sabtu.

Penyokong merusuh selepas perlawanan akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid.

Kemenangan 3-2 yang diraih skuad 'Penyu' pada perlawanan separuh akhir kedua itu, gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

Sebahagian besar penyokong Terengganu bertindak liar dengan melakukan kerosakan ke atas harta benda awam di stadium dengan memecahkan pintu kaca di laluan masuk selain dilaporkan turut membakar sebuah ambulans yang diletakkan di perkarangan stadium.

Keadaan tersebut memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 15,000 penyokong Terengganu yang cuba menimbulkan kekecohan.

Sebuah bas yang membawa penyokong Lions XII turut dirosakkan oleh segelintir penyokong Terengganu yang tidak dapat menerima keputusan perlawanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abdul Rafar yang ditemui pemberita di venue berkenaan, enggan memberikan ulasan lanjut tetapi memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan mengenai insiden kekecohan itu.posted@malaysiasensasi.net

Vokalis XPDC, Mael mendedahkan ahli-ahlinya nyaris berpecah gara-gara tiada persefahaman pada zaman kegemilangan kumpulan itu sekitar tahun 1990-an.

Mael  atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim berkata, bagaimanapun, kerana sayang pada kumpulan dan menghargai peminat membuatkan mereka kekal sehingga kini.

"Sedangkan lidah pun tergigit apatah lagi sesama rakan. Diakui kami nyaris berpecah atas kesilapan lama sebelum ini.

"Tambahan pula persefahaman yang kurang buatkan kami tidak boleh bersama. Tetapi selepas memikirkan susah senang kami bersama dan sokongan padu peminat membuatkan XPDC masih wujud sehingga ke hari ini," kata Mael kepada mStar Online.

Mael ditemui pada sidang media Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini di Talent Lounge PJ Trade Centre di sini pada petang Khamis.

Selain Mael, XPDC kini dianggotai  pemain Eddie (bes), Lola (deram) Izu (gitaris). 

Sementara itu, kata Mael, kerana sokongan peminat yang masih kuat sehingga kini membuatkan XPDC bakal mengadakan berkenaan pada 6 Jun 2015 di Stadium Merdeka dekat sini.

Konsert itu juga bersempena menyambut ulang tahun XPDC yang ke-26 sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1989.

"Menariknya konsert ini kami akan mempersembahkan sebantak 25 buah lagu yang pernah hit sebelum ini selama dua jam.

"Malah konsert ini akan dirakamkan untuk dijadikan sebuah album berkonsep DVD sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

"Selain itu pada konsert itu nanti kami juga akan memberi sedikit  kejutan kepada para peminat," ujarnya.

Tiket berharga RM95 sudah mula dijual di semua cawangan Rock Corner atau boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my atau hubungi 03-77251177.

Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini  dianjurkan oleh DuaLaris Event.

Antara lagu popular XPDC termasuklah Hentian Ini, Titian Perjalanan, Hairan Bin Ajaib, Senapang Patah dan Semangat Yang Hilang.

Shandong, China: Seorang wanita di sini cedera selepas sebahagian telinganya digigit hingga putus oleh teman lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan baru-baru ini.


Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Chen berkata, dia diserang kekasihnya yang dikenali sebagai Wu di dalam sebuah lori yang dipandu lelaki itu.

Ujarnya, dia bertemu kekasihnya itu untuk menyelesaikan perselisihan faham antara mereka.

“Ketika sedang berbincang kekasih saya tiba-tiba naik berang dan terus memukul saya.

“Dalam pergelutan itu, dia memeluk kepala saya dan terus menggigit telinga kiri saya sehingga putus,” katanya.


KOREA UTARA - Menteri Pertahanan Korea Utara, Hyon Yong-chol maut akibat ditembak mati hanya kerana beliau tertidur ketika menghadiri mesyuarat menteri-menteri bersama dengan pemimpin tertinggi, Kim Jong-un, lapor agen perisik Korea Selatan.

Hyon ditembak mati pada 30 April, Khamis, di hadapan ratusan saksi yang hadir melihat hukuman itu dilaksanakan.

Berita itu didedahkan seminggu lalu selepas 15 pegawai atasan kerajaan turut dikenakan hukuman tembak mati setelah didapati mengingkari dan membantah arahan Kim Jong-un.

15 pegawai yang ditembak mati itu termasuk dua timbalan menteri yang dikatakan telah mencabar polisi pemerintahan Kim Jong-un.

Difahamkan, mana-mana pegawai kerajaan yang membantah arahan Kim Jong-un akan dikenakan hukuman tembak sampai mati.

Lapor BBC, pertukaran menteri di negara komunis itu sentiasa berlaku namun hukuman mati yang dilaksanakan amat jarang dilakukan.

Hyon Yong-chol merupakan salah seorang menteri kabinet yang telah lama berkhidmat di bawah pemerintahan legasi Kim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, yang diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi mendedahkan langkah itu adalah sengaja dilakukan untuk mengaibkan dirinya.
Wakil Barisan Nasional (BN) berusia 64 tahun itu berkata, ada musuh yang mahu menyingkirnya sebagai wakil rakyat.

"Saya tidak pernah mendapat apa-apa notis tuntutan dari pihak lain meminta saya untuk menjelaskan bayaran tertunggak. 

"Jika mereka ikhlas, mereka boleh memanggil saya untuk membincangkan hal-hal berkaitan, " katanya kepada The Star pada Rabu.

Ishak tersingkir sebagai Ketua Umno Bahagian Seremban pada tahun 2013 selepas 25 tahun menerajui jawatan itu kerana diisytiharkan muflis oleh mahkamah pada 18 Mac lalu gara-gara gagal menjelaskan pinjaman kepada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi.

Bagaimanapun Ishak berkata beliau hanya menerima perintah mahkamah itu pada 27 April lalu.

"Peguam saya menghantar permohonan untuk mengetepikan keputusan tersebut dan ia akan didengar di Mahkamah Tinggi pada Khamis," katanya.

Ishak berkata masalah itu bermula selepas kontraktor yang membuat pinjaman sebanyak RM2 juta daripada Misran pada tahun 2007 dan gagal membayar pembayaran.

"Oleh kerana saya sebagai penjamin, beban itu jatuh pada saya. Saya telah membayar RM1.2 juta secara berperingkat-peringkat sejak itu. 

"Ishak berkata, beliau hairan mengapa peguam Misran itu tidak menghantar notis tuntutan melalui pos berdaftar sebelum diisytiharkan muflis.

"Semua orang di kawasan saya tahu bahawa saya akan berada di sini beberapa hari dalam seminggu.

"Tidak ada masalah untuk mencari saya di kawasan sendiri," tambahnya.

Dalam pada itu, Ishak berkata beliau juga telah diisytiharkan bankrap pada tahun 2008 kerana perkara yang sama, tetapi berjaya diselesaikan. 

Beliau enggan menamakan siapa yang mahu menyingkirnya sebagai Adun.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berkata status Ishak sebagai Adun kekal sehingga rayuannya didengar.


GEORGE TOWN - Seorang pelajar perempuan darjah satu mendakwa tangannya diikat guru kerana didakwa mengambil getah pemadam milik seorang rakan sekelasnya di sekolah di Sungai Nibong, sini.

Berang melihat ikatan di tangan yang meninggalkan bekas kemerah-merahan itu, ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Chan, membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

Chan, 25, berkata anak perempuannya juga tidak dibenarkan membuka ikatan tersebut apabila dia ingin pergi ke tandas di sekolah rendah itu.

"Saya perasan pergelangan tangannya berbekas apabila saya menjemputnya pulang dari sekolah pada jam 6.40 petang, Isnin. Anak saya berjaya meleraikan ikatan itu sebelum habis waktu persekolahan.

"Adakah kesalahan yang dilakukan oleh anak saya begitu serius sehingga terpaksa mengambil tindakan mengikat kedua-dua tangannya? 

"Budak-budak adakalanya memang nakal tetapi tidak wajar mereka dihukum seperti itu," katanya.

Menurut Chan, dia telah berjumpa dengan guru besar sekolah anaknya  namun enggan menerima permohonan maafnya.

"Dia (guru besar) mahu mengaturkan pertemuan di antara saya dengan guru terbabit tetapi saya menolak.

"Anak saya sekarang enggan hadir ke sekolah. Saya risau tentang dia walaupun kecederaan kecil itu telah sembuh.

Pihak sekolah yang ditemui enggan mengulas lanjut mengenai kes itu apabila ditemui oleh pihak media.

Difahamkan, beberapa pegawai pendidikan negeri telah datang ke sekolah berkenaan untuk menjalankan siasatan.

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Datuk Osman Hussain berkata, pihaknya masih menunggu laporan dari pegawai yang dikerahkan untuk menyiasat kejadian itu.


Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa.

Baby Muhammad Adam Hamka Bin Norisam, berumur 5 bulan memerlukan bantuan anda. Baby Adam mengalami penyakit Pfeiffer Syndrome( Tengkorak kepala tertutup awal) memerlukan dana kewangan untuk pembedahan.. Sebelum ini bby ada telah menjalani pembedahan membuka ruang penafasan dan memasukkan tempurung kepala..Menurut ibunya kos kewangan diperlukan lagi untuk menjalani beberapa pembedahan besar perlu dilakukan dengan kos sekurang2nya RM70 ribu.

Marilah sama kita membantu adik Adam dengan harapan ada sinar untuk dia kembali sihat seperti kanak2 normal yang lain.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun
0510229000139274 BSN
Khairiyah bt Shamsudin (ibu) 01123266907

05100043569520 CIMB (Bapa) 0126503806
Norisam bin Mhd Jaafar

Selain itu sama2 kita mendoakan akan kesihatan adik adam dan cepat sembuh.
Baby Muhammad Adam Hamka Bin Norisam, berumur 5 bulan memerlukan bantuan anda. Baby Adam mengalami penyakit Pfeiffer Syndrome( Tengkorak kepala tertutup awal) memerlukan dana kewangan untuk pembedahan.. Sebelum ini bby ada telah menjalani pembedahan membuka ruang penafasan dan memasukkan tempurung kepala..Menurut ibunya kos kewangan diperlukan lagi untuk menjalani beberapa pembedahan besar perlu dilakukan dengan kos sekurang2nya RM70 ribu.

Marilah sama kita membantu adik Adam dengan harapan ada sinar untuk dia kembali sihat seperti kanak2 normal yang lain.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun
0510229000139274 BSN
Khairiyah bt Shamsudin (ibu) 01123266907

05100043569520 CIMB (Bapa) 0126503806
Norisam bin Mhd Jaafar

Selain itu sama2 kita mendoakan akan kesihatan adik adam dan cepat sembuh.
sumber: fb siakap keli