Koleksi Sensasi

Nasib malang menimpa kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik, Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif apabila kediaman mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, Selasa.
ZeroPengurus kumpulan tersebut, Shafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut turut melibatkan 69 buah rumah lain yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.
“Kejadian dikatakan berpunca daripada baju yang terbakar daripada sebuah rumah dan menyebabkan api marak dengan cepat dan merebak ke rumah lain. Alhamdulillah tiada yang tercedera dalam kejadian itu tetapi semua barang-barang musnah akibat kejadian itu,” katanya.
Dalam pada itu, Shafeeqa berkata, ketika kejadian, Mohammad Syaiful dalam perjalanan pulang ke kampung untuk melawat keluarganya sebelum mendapat tahu tentang kebarakan tersebut. Manakala abang dan adiknya, Sahrif Doli dan Sharif Kunal berada di ibu negara dan bergegas pulang ke Kudat apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.
image1 (2)
“Mereka dalam keadaan terkejut apabila Syaiful memberitahu tentang kebakaran itu dan meminta saya segera membeli tiket penerbangan pulang,” jelasnya.
Sementara itu, Shafeeqa berkata, Zero bersama penduduk kampung yang lain kini sedang giat mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk meringkan beban 69 keluarga terlibat. Pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai terutama barangan terpakai seperti pakaian, seragam sekolah, makanan dan minuman selain keperluan asas lain untuk kegunaan penduduk di sana.
IMG_2034
“Ini dugaan besar buat mereka semua dan saya bagi pihak Zero mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai memandangkan Ramadan akan tiba esok (Khamis). Alhamdulillah setakat ini ramai menghulurkan bantuan termasuk rakan-rakan artis dan pihak kami akan terbang ke Sabah pada Isnin ini untuk menghantar barangan tersebut,” katanya.
Bagi yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6. Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-721 0491. [sumber berita: mStar Online]

posted@malaysiasensasi.net


Seorang remaja lelaki mengalami perubahan yang dahsyat pada wajahnya, setelah menggunakan pewarna rambut. Remaja ini sebenarnya alah pada pewarna rambut dan memyebabkan wajahnya membengkak seperti makhluk asing.

"Hair Dye Reaction,," tidak banyak maklumat mengenainya. Gambar-gambar ini telah diambil sepanjang tempoh seminggu, menunjukkan muka remaja ini perlahan-lahan berubah bentuk, yang menyebabkan dia tidak dapat dikenali. Menurut rakan kepada abangnya, remaja ini telah mewaranakan rambut beliau sejurus sebelum gambar pertama diambil.



posted@malaysiasensasi.net

Seorang pelayar web Stomp telah berkongsi sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki miang sedang meramas punggung seorang penumpang wanita di dalam MRT.


Di awal video tersebut menyaksikan lelaki tersebut kelihatan sedang menyentuh punggung seorang wanita yang memakai skirt pendek berwarna merah.

Apabila wanita tersebut berpaling, lelaki berkenaan cepat-cepat menarik tangannya.

Lelaki itu kemudian sekali lagi mengambil kesempatan apabila MRT tersebut bergoyang dan akhirnya wanita tersebut beredar dari tempat asalnya berdiri.

Insiden tersebut berlaku di dalam MRT kerana pengumuman 'Buona Vista' dan 'Circle Line' kedengaran ketika ianya berlaku

posted@malaysiasensasi.net

KUALA LUMPUR: Palestin membelasah Malaysia 6-0 pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia/Kelayakan Piala Asia 2019 dalam saingan Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam Selasa.


Penjaring:
Palestin: Musab Battat (minit ke-8), Sameh Maraaba (minit ke-22, 74), Tameer Seyam (minit ke-41, 85), Khader Abuhammad (minit ke-63)

Malaysia: Mohd Farizal Marlias, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Shas, Mohammad Afiq Azmi, Mohd Safiq Rahim (kapten), Ahmad Syamim Yahya (Indra Putra Mahayuddin), Mohd Nasir Basharuddin, Kunanlan Subramaniam (Mahali Jasuli), Mohd Amri Yahyah, Ahmad Hazwan Bakri (Mohd Safee Mohd Sali), Muhammad Zubir Mohd Azmi.

Palestin: Tawfiq Ali Abuhammad, Ahmed Harbi Mahajna (kapten), Tamer Salah (Mohammed Abukhamis), Musab Battat, Tamer Seyam, Sameh Maraaba (Ahmed Wridat), Mahmoud Dhada, Abdullah Jaber, Pablo Bravo (Khader Abuhammad), Matias Hadwa, Mohammed Darwish.

posted@malaysiasensasi.net

Zhejiang: Seorang lelaki berusia 48 tahun yang cuba melemaskan dirinya dalam usaha untuk membunuh diri di sungai di sini membatalkan hasratnya kerana air sungai itu terlalu kotor.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Liu memberitahu polis, dia mengalami kerugian besar dalam perniagaannya, menyebabkan dia mengambil keputusan membunuh diri.

Dia terjun ke Sungai Yiwu kelmarin. Sebaik berada dalam sungai itu, dia kesal dengan keputusannya kerana air sungai itu terlalu kotor dan busuk, sebelum dia cuba berenang ke tebing.

Bagaimanapun, bukan senang untuk dia berbuat demikian kerana arus deras sungai itu, diburukkan pula dengan hujan lebat.

Dia berjaya mengapungkan dirinya ketika dihanyutkan ke hulu sungai. Mujur ada orang melihatnya sebelum menelefon polis.

Dia memberitahu pasukan perubatan: "Saya tidak jadi bunuh diri kerana air sungai itu busuk dan kotor. Saya juga tidak akan cuba lagi untuk bunuh diri." - Agensi


Seorang wanita yang tidak ingin dikenali telah menjual bunga di dalam kereta api sejak sekian lamanya. Dia bekerja keras menjual bunga untuk mendapatkan wang dan menyara hidupnya dari hari ke hari. Setiap hari, dia akan berdiri di satu sudut dalam kereta api dan menjual bunga di situ.

Kebiasaan harinya tidak ada orang yang mempedulikannya di sudut itu. Namun, takdir Tuhan pada hari yang bertuah itu sesuatu yang cukup indah dalam hidupnya telah berlaku. Seorang lelaki yang boleh dikatakan kaya berdasarkan pakaiannya bertanya berapa harga untuk kesemua bunga yang dia jual. Selepas memberitahu harganya $ 140, lelaki itu mengambil sejumlah wang yang besar dan membeli setiap bunga yang wanita itu jual.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengambil walau sekuntum bunga dan sebaliknya meminta wanita itu untuk memberikan kepada penumpang yang ada di dalam kereta api secara percuma. Tengok videonya kat bawah ni:


SIAPA sangka perwatakan bertudung dan lagak ‘emak-emak’ sebenarnya merupakan lakonan semata-mata. Di Sabah, gelagat sekumpulan empat perempuan bertudung yang bersekongkol mencuri di sebuah premis berjaya dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV). 

 Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial, kejadian dikatakan berlaku pada 1 Jun lalu, di premis Sportmat, Tawau.  Melalui rakaman, kelihatan suspek menggunakan taktik ‘sorok barang celah kangkang’ dengan menggumpal pakaian sebelum menyelak dan menyumbatnya di dalam baju yang dipakai.
Sejurus selepas itu, suspek beredar dan di kedudukan yang sama, seorang lagi rakannya melakukan perbuatan yang serupa, serentak dengan seorang lagi yang lain. Tiga daripada mereka kemudiannya beredar keluar dari premis berkenaan. Sementara itu dari sebuah rakaman di kedai yang sama, seorang wanita dilihat membuka kotak dan kemudian mengepitnya di celah kelangkang. 

Ia dilakukan berdepan dengan CCTV dan suspek kelihatan ditemani seorang lelaki dan anak kecil. Keempat-empat makcik geng “kangkang” ini akhirnya kelihatan bersatu untuk kembali mencuri di kedai sama. 

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Salah seorang mereka “kantoi” apabila barang yang disembunyikan di celah kelangkang terjatuh di hadapan salah seorang pekerja yang segera menjerit hingga menarik perhatian orang lain.

Suspek bagaimanapun dengan selamba cabut lari diikuti teman-teman sejenayahnya yang berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.


CALIFORNIA - Seorang pelanggan restoran makanan segera popular, Kentucky Fried Chicken (KFC) terkejut menemui makanan yang dipesannya itu merupakan seekor tikus goreng.

Devorise Dixon, memuat naik video dan gambar penemuan yang mengejut itu di laman Facebook dan kini telah tersebar di seluruh dunia sehingga menimbulkan perasaan panik terhadap pelanggan restoran itu.

"Saya kembali semula ke KFC semalam dan mengadu penemuan itu pada manager dan dia juga mengakui apa yang dilihatnya itu adalah tikus. Beliau meminta maaf, namun sudah tiba masa untuk mencari peguam. Berwaspada, jangan makan makanan segera," katanya.

Berdasarkan video, kelihatan seketul daging goreng yang tidak tumpah seperti ayam goreng KFC nampak rangup. Tetapi menimbulkan rasa pelik apabila melihat daging itu mempunyai 'ekor'.

Penemuan yang mengejutkan ini bukan berlaku di Malaysia dan difahamkan pihak KFC seluruh dunia diserang dengan pelbagai pertanyaan mengenai penemuan yang menjijikan ini.

Berikutan itu, Ibu Pejabat KFC mengeluarkan kenyataan akan menyiasat perkara berkenaan.


"Kami memandang serius akan aduan yang dikemukakan oleh pelanggan. Kami akan menyiasat perkara ini untuk memastikan ianya diselesaikan secepat mungkin,"

Sementara itu netizen pula meluahkan rasa jijik mereka sehingga memberikan gelaran baru kepada restoran itu, Kentucky Fried Rat.

GAMBAR HIASAN

Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas. 

Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu telah dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu telah diterima oleh Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana telah dihantar dengan tangan. 

"Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak telah dihantar kepada Mohd Fadzil," katanya kepada Bernama  ketika dihubungi pada Ahad. 

Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.

Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi. 

Pada Sabtu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mendesak kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri. 

Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit bahawa mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu "diterima" tanpa bahas dan "bukan dirujuk" oleh Muktamar PAS. 

Lim berkata tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah  meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan  dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan menggunakan sumber-sumbernya untuk mengesan kapal tangki yang hilang bersama 22 kru di 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada Khamis.  

Najib berkata beliau berasa sedih mendengar berita kehilangan kapal tangki itu dan berdoa semoga semua kru dalam kapal tersebut berada dalam keadaan selamat. 

"Saya sedih mendengar berita kehilangan kapal tangki milik Malaysia itu. Saya berdoa semoga 22 kru yang 16 daripadanya ialah warga Malaysia berada dalam keadaan selamat.

"Doa saya adalah bersama keluarga masing-masing. Kerajaan akan menggunakan sumber-sumbernya untuk mengesan kapal tangki itu," katanya menerusi catatan terbaharu beliau dalam laman Twitter dan Facebook pada Ahad. 

MT Orkim Harmony membawa 6,000 tan metrik muatan minyak petrol RON95 sedang dalam pelayaran dari Melaka ke Kuantan apabila dilaporkan hilang Khamis lepas. 

Selain 16 kru warga Malaysia, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar berada dalam kapal tangki itu. 

Operasi mencari untuk menjejaki kapal tangki itu telah dilancarkan denganTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengerahkan tiga buah kapal bersama 150 anggota sementara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggunakansebuah helikopter, tiga buah kapal dan sebuah bot. 

Dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas, lalu melanggar penghadang besi jalan di Km15.6 Lebuhraya Baru Pantai (NPE), petang Ahad.  
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata kemalangan pada3.03 petang itu membabitkan pemandu kereta berkenaan Lee Jein Siung, 36, yang maut di tempat kejadian, manakala anaknya Lee Tung, 3, yang cedera parah, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya.  

Bagaimanapun seorang lagi anak mangsa, Lee Ming, 4, hanya cedera ringan dan ibu mertuanya, Bong Shui Chin@Bong Soon Chin, 64, patah tangan kanan dan dirawat di hospital yang sama. 

Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan balik dari SS2, Petaling Jaya menghala ke rumah mereka di Kuchai Lama, katanya dalam kenyataan di sini, Ahad malam. 

Katanya kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.  

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata tiga jentera dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam.
Pemain import pasukan T-Team, David Faramola Oniya yang meninggal dunia ketika beraksi semasa perlawanan persahabatan antara Kelantan dan T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu malam, disahkan mengalami komplikasi jantung.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat berkata pihaknya telah berhubung dengan keluarga mendiang dan memaklumkan insiden yang telah menimpa pemain kelahiran Nigeria itu.
Katanya, ketika ini pihaknya juga sedang berhubung dengan pihak Kedutaan Nigeria bagi proses menghantar pulang mayat mendiang untuk disemadikan di negara asal.
"Semua urusan dengan pihak hospital di Kelantan telah selesai dan kita telah berhubung dengan bapanya yang berada di Nigeria dan isterinya di Uzbekistan...dan bapanya meminta supaya jenazah anaknya dihantar pulang ke Nigeria.
"Kita akan menguruskan dengan kadar segera untuk menghantar jenazah Oniya ke negara asalnya. Selain itu, kita juga akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran dan sebagainya berhubung pemain itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini sebelum beliau bersama-sama kumpulan Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) berlepas ke Sabah bagi membantu penduduk terjejas akibat gempa bumi.
Dalam aksi perlawanan persahabatan malam tadi, pemain berusia 30 tahun itu tiba-tiba jatuh pada minit ketiga perlawanan dan dibawa oleh pasukan paramedik untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kelantan.
Bagaimanapun kira-kira pukul 10.05 malam, pemain pertahanan pasukan itu disahkan meninggal dunia selepas beberapa ketika menerima rawatan dan tidak lama kemudian, perlawanan persahabatan itu dihentikan pada minit ke-60 oleh pengadil Ku Alauddin Ku Muhammad sebaik mendapat tahu mengenai berita kematian pemain itu.
Rozi yang mewakili kerajaan negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas insiden yang berlaku dan ini merupakan kejadian yang pertama menimpa pemain dari pasukan tersebut.
Sebelum menyarung jersi pasukan T-Team musim ini, Oniya pernah bermain bersama kelab Neftchi FK (Fergana) dalam liga Uzbekistan.
Ketika diminta mengulas denda dan hukuman dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Rozi enggan mengulas kerana mendakwa masih belum mendapat maklumat penuh mengenainya.
PBSNT dihukum bermain satu perlawanan tanpa penyokong dan denda RM87,500 akibat tindakan penyokong membakar dan membuat kecoh pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 16 Mei.

Banyak pepatah melayu berkata "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Memang lawak bila sesuatu pekara sperti ini sengaja di jadikan viral, sehinggakan tak kering gusi admin baca komen-komen di bawah ini.


Tidur dalam kelas pasti sangat best kan? kebanyakan pelajar jika tidur di kelas termasuklah kegiatan dilakukan terpaksa di sembunyi-sembunyikan. Tapi tidak bagi kanak-kanak sekolah di Kota Xian, Provinsi Shaanxi, China, malah mereka diwajibkan dan dipaksa melakukan pekara itu.

Di petik dari Daily Mail melaporkan, bangunan sekolah di China tidak cukup besar bila ditambah asrama menampung para murid dan tempat tinggal para pelajar yang tinggal jauh. "Tidak cukup masa untuk pulang dan tidur siang ," kata juru cakap sekolah yang tidak disebutkan namanya. Kebiasaan tidur siang dinilai bagus untuk perkembangan kanak-kanak. Pelajar disuruh melakukan kegiatan itu di dalam ruang kelas, di atas meja belajar mereka masing-masing. Konsep ini dikenali dengan nama Wujiao. Banyak sekolah di China dan Taiwan melaksanakannya setelah selesai makan tengah hari.

Masa diberikan untuk tidur siang ini hanya setengah jam tapi cukup membuat mereka kembali segar. kanak-kanak mengaku tidak sukar untuk tidur. Mereka cukup sekadar meringkuk di atas meja. Para murid malah semangat, sampai membawa bantal dan selimut . Jadi tidak ada lagi alasan terlambat ke sekolah dan boleh mengikuti pelajaran dengan baik.



Kata orang cinta tidak memerlukan syarat. Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anak tidak berbelah bagi. Namun, bagaimana pula sayangnya seorang anak kepada ibunya?. Seorang budak lelaki di China yang bernama Chen Xiaotian meninggal dunia selepas dua tahun berperang dengan kanser otak. Pada usia seawal lima tahun dia disahkan menghidap penyakit membunuh itu. 

Hasratnya semasa hidup adalah untuk menyelamatkan ibunya yang menghidap penyakit Uremia pada masa itu. Menurut pakar-pakar yang merawati ibu Chen, hanya dengan satu pemindahan buah pinggang akan menyelamatkannya. Apabila keadaan Chen semakin teruk, neneknya bersetuju dengan idea cucunya untuk menderma buah pinggangnya kepada ibu Chen. 

Ibu Chen pada mulanya enggan menerima kerana dia masih berharap Chen akan pulih seperti sedia kala. Walau bagaimanapun, Chen meminta ibunya untuk menerima buah pinggangnya untuk menyelamatkan penyakit ibu Chen dan biarkan dia pergi dengan tenang. 

Beberapa jam selepas kematian Chen, buah pinggangnya berjaya dipindahkan ke dalam ibunya dan prosedur dianggap berjaya. Sebelah lagi buah pinggang didermakan kepada orang lain dan Chen turut menderma hatinya.

posted@malaysiasensasi.net


Sebuah dewan bandar raya di barat India merancang membayar warga kota supaya menggunakan tandas awam selepas terdesak untuk menghentikan orang ramai daripada membuang air kecil dan besar di tempat awam.

Perbadanan Dewan­ Bandar Raya Ahme­dabad (AMC) memutuskan untuk membayar orang awam 1 rupee (5 sen) untuk setiap kunjungan dalam usaha memancing mereka menggunakan 300 tandas awam yang disediakan dan tidak lagi membuang air kecil pada dinding bangunan.

Pegawai kesihatan AMC, Bhavikk Joshi berkata, tawaran itu akan dilaksanakan di 67 tandas awam di seluruh Ahmedabad yang merupakan bandar utama negeri Gujarat, barat India.

“Sekiranya berjaya, projek ini akan dilaksanakan di semua 300 tandas di Ahmedabad,” kata Bhavikk.

Langkah itu merupakan usaha terbaru untuk menggalakkan rakyat India menggunakan tandas selepas pengumuman kempen kebersihan yang diterajui Perdana Menteri, Narendra Modi pada tahun lalu.

“Idea projek ini adalah untuk menghalang pembuangan najis di tempat awam di beberapa bahagian di bandar raya ini di mana orang ramai masih membuang air besar secara terbuka walaupun terdapat kemudahan tandas awam,” kata pengerusi jawatankuasa AMC, Pravin Patel.

Dalam pada itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan hampir 594 juta orang atau separuh populasi India masih membuang air di tempat terbuka. – AFP




Hasrat membawa pulang Pelumba SuperSports 600cc negara, Muhammad Zamri Baba, untuk rawatan di Kuala Lumpur hanya boleh dilakukan paling awal dua minggu lagi, menurut Pengurus pasukan Mushashi Boon Siew Honda Racing Zulhelmi Ahmad pada Rabu.

Zamri kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Siloam di Tangerang dekat sini setelah cedera parah akibat kemalangan pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2015 di Litar Antarabangsa Sentul, dekat Jakarta, Ahad lepas.

Zulhelmi ketika dihubungi Bernama berkata, "Jika hendak dibawa pulang ke Kuala Lumpur pun, pihak hospital berpendapat ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu lagi. 

"Keadaan Zamri masih kritikal dan koma walaupun telah menunjukkan reaksi positif," kata beliau. 

Keadaannya dilaporkan mula stabil. 

Zulhelmi berkata, sepasukan pakar perubatan masih memantau keadaan Zamri sehingga boleh diberi rawatan lanjut termasuk melakukan pembedahan.

Sebelum ini, Zamri dirawat di Hospital Pertamedika Sentul City di Bogor. 

Beliau dipindahkan ke Hospital Siloam Isnin malam. 

Zulhelmi berkata, pihak pengurusan Boon Siew Honda menanggung semua kos perubatan Mohamad Zamri dan telah membawa sembilan anggota keluarganya termasuk ibu, isteri dan anaknya ke Jakarta untuk berada di sisi Zamri.

Zamri, 34, yang beraksi dalam kelas perdana, SuperSport 600cc dianggap pelumba terbaik negara dan terjatuh dalam pelumbaan di Sentul itu sebelum dirempuh oleh sebuah motosikal dari belakang.

Akibat kemalangan itu, beliau terus koma kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada.


BINTANG Barcelona, Lionel Messi akan dibicarakan atas tuduhan penipuan cukai selepas rayuannya ditolak, lapor El Pais.


Menurut laporan tersebut, hak imej Messi dijual oleh bapanya dan ejen Jorge menggunakan syarikat di Belize dan Uruguay untuk mengelak daripada membayar cukai yang diwajibkan kerajaan Sepanyol.

Pemain bola sepak itu dan bapanya dikaitkan dengan tuduhan mengelak pembayaran cukai sebanyak 4 juta euro (RM16.95 juta) terhadap pendapatan hak imej antara 2007 dan 2009 semasa Messi mempunyai kontrak dengan syarikat termasuk Adidas, Pepsi-Cola, Danone dan Proctor dan Gamble.

Pada Oktober lalu, pendakwa raya Sepanyol mengemukakan alasan bahawa Jorge bertanggungjawab terhadap kewangan keluarganya dan bukan Pemain Terbaik Dunia empat kali itu.

Sebuah mahkamah di Barcelona memutuskan, Messi sepatutnya mengetahui mengenai perkara itu dan meluluskan penubuhan sebuah laman web yang didakwa digunakan untuk mengelak cukai yang sepatutnya dibayar di atas pendapatan yang diperolehi daripada hak imej tersebut.

Messi mengemukakan rayuan terhadap pertuduhan itu tetapi rayuan terbaharunya telah ditolak.

Penjaring terbanyak kelab Sepanyol itu dan bapanya membuat bayaran sebanyak 5 juta euro (RM21.2 juta) secara sukarela kepada pihak berkuasa Sepanyol pada 2014.

Pahang merupakan sebuah negeri yang penuh dengan sejarah. Malah sebenarnya, ia lebih bersejarah dari negeri Melaka. Kerajaan Pahang sudah wujud sebelum sebelum kewujudan kerajaan melayu Melaka. Penemuan bahan-bahan arkeologi membukti kan bahawa terhadapat hidupan pada zaman pra-sejarah di Pahang suatu ketika dahulu. Kini, di Sungai Mentakab, terdapat pula penemuan baru iaitu sebuah kendi zaman purba. 



Dianggarkan berusia lebih 2000 tahun. Artifak bersejarah ini berbentuk seperti burung mahawangsa bersayap, berparuh dan berkaki empat. Ia jelas menunjukkan ia seperti artifak zaman logam budaya Dong Son. Kajian lebih teliti diperlukan untuk memperbetulkan sejarah melayu yang ditulis oleh bangsa Inggeris yang tidak mengiktiraf ketamadunan masyarakat melayu - MalaysiaSensasi

Dato' Dol Said bin Omar, atau Abdul Said (1773 - 1849), ialah Penghulu Naning yang kesembilan. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun. Dol Said meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

http://2.bp.blogspot.com/_RIxRiw1ZBnw/ShEFuUxRN1I/AAAAAAAAA_8/VY1CSJhDblQ/s400/Sang_Kelembai.jpg


Sang Kelembai digambarkan sebagai seorang budak lelaki dan tinggal didalam hutan.Mempunyai kuasa sakti dan sumpahannya boleh menjadi batu.Sang Kelembai suka makan pucuk buluh dan menyebabkan orang kampung di Kampung Gajah pada masa itu sukar untuk mendapatkan buluh.Pucuk dimakan,pangkalnya mati.Akhir cerita, Sang Kelembai berjaya dihalau dari kampung mereka setelah pohon buluh di tebang.Ini bertujuan supaya Sang Kelembai sukar untuk mendapatkan makanan.
Terdapat banyak versi mengenai kisah sang kelembai , ada versi di pahang,langkawi dan perak.Tetapi mengikut bukti , sang kelembai dikatakan wujud di negeri perak iaitu Kampung Gajah.
Kesan sumpahan Sang Kelembai ( ini yg dpt aku cari di internet )
  • Batu Kapal di Puncak Gunung Jerai – Dikatakan milik kapal Maharaja Merong Mahawangsa.
  • Batu di Bukit Tunggal yang menyerupai Gajah di Kampung Gajah,Perak.
  • Tanah Abang – Gajah dan Anaknya di sumpah menjadi batu.
Walau bagaimanapun, kita sebagai generasi baru sepatutnya tidak meminggirkan kisah-kisah klasik dan dongeng kerana ia sebahagian daripada warisan negara kita.Walaupun kisahnya tidak masuk akal tapi sekurang-kurangnya kita dapat memperoleh penganjaran daripada kisah tersebut terutamanya dari kisah Si Tanggang,Batu Belah Batu Bertangkup dan sebagainya


Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri.

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.

Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.

Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.


Asal-usul
Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya adalah mereka adalah dari keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka adalah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.

Hubungan dengan manusia
Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api). Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin kembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Orang Bunian Sungai Tekali
Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.

Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. [perlu rujukan] Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

Pemakaian Bunian Wanita
Di Malaysia,berbeza dengan bunian lelaki yang mempunyai pakaian yang pelbagai, bunian wanita sering didapati memakai baju kebaya dan berselendang dikepala. Bunian wanita juga selalunya mengikat rambut gaya siput dua dikepala. Bunian tidak memakai tudung tertutup rapi ataupun labuh.

Di sekitar benua Eropah pula, bunian wanita sering dilihat berpakaian gaun tertutup bewarna putih atau warna lusuh dengan mahkota yang diperbuat dari ranting kayu yang melilit dan terdapat bunga-bunga kecil pada ranting tersebut.


Orang melayu zaman dulu memang hebat. Bukan setakat hebat bersilat, dan ilmu batin aje, pergi Mekah pun boleh berjalan kaki. Sayangnya, disebabkan kita adalah orang melayu maka sejarah begini tidak pernah dicatatkan oleh bangsa kita sendiri. Apatah lagi penjajah British yang tak guna tu. MalaysiaSensasi kali ini akan membawakan anda satu kisah orang melayu yang ke Mekah dengan berjalan kaki.


Namanya ialah Haji Said Bin Patun. Berasal dari Negeri Sembilan, tetapi dilahirkan di Kampung Padang Baru, Sumatera. Beliau dilahirkan dua hari sebelum hari raya haji sekitar tahun 1880an.


Arwah ayah Haji Said ini merupakan seorang ulama yang disegani pada zamannya. Beliau berjalan kaki ke Mekah adalah kerana mahu melihat keindahan alam dan menuntut ilmu agama sepanjang perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa beberapa tahun itu bermula dari Selatan Thailand, sebelum melalui Burma, India, Pakistan, Iran dan Iraq. Akhirnya beliau sampai ke Kota Mekah di semenanjung Tanah Arab.

Masjid Mendum. Dibina oleh Hj Said atas restu Datuk Kelana Sg Ujong..

Selepas beberapa tahun, barulah beliau pulang semula ke Tanah Melayu dengan menaiki kapal wap. Pada tahun 1940 Haji Said pulan ke Sumatera, di sana beliau dikatakan telah membina sebuah masjid yang diberi nama Istiqamah. Akhirnya pada tahun 1978 beliau telah meninggal dunia ini untuk selama-lamanya - Al-Fatihah: MalaysiSensasi