Koleksi Sensasi

Portugal Rangkul Juara Euro 2016 Tewaskan Perancis 1-0


PORTUGAL berjaya merangkul trofi Kejuaraan Eropah (Euro) 2016 buat kali pertama selepas menewaskan tuan rumah Perancis pada aksi akhir di Stade de France awal pagi Isnin.

Bekas penyerang Swansea, Eder menjadi hero Portugal selepas menjaringkan gol tunggal pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan gagal mencatat sebarang keputusan dalam tempoh permainan sebenar.

Pemain gantian itu menewaskan penjaga gol dengan sepakan padu yang mengelirukan Hugo Lloris.